• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid I 2018

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid I 2018"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

113

KEBERKESANAN PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK TAJUK HUKUM KIRCHOFF KURSUS ASAS ELEKTRIK DALAM APLIKASI GOOGLE DRIVE KURSUS REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Cho Keng Boon

Jabatan Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Teknik Kompleks Pendidikan Nilai 71760 Bandar Ensteks, Nilai Negeri Sembilan

[email protected]

PENGENALAN

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas amat bergantung kepada aktiviti yang dirancang dengan baik dalam proses penyampaian ilmu seorang guru. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan berkesan dan menarik berjaya membantu guru dan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (Md Zuki & Khalid, 2016).

Proses pembelajaran pasti menjadi lebih menggembirakan jika kanak-kanak awal umur dapat memahami isi pengajaran

(2)

114

dengan lebih mudah menerusi pengalaman mereka menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat. Walau bagaimana pun Isi kandungan yang dimuatkan dalam bahan pengajaran bercirikan teknologi komunikasi dan maklumat seperti simulasi dan multimedia interaktif perlu mempunyai kaitan dengan kurikulum yang diguna pakai (Kurikulum PERMATA Negara, 2006).

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Reka Bentuk dan Teknologi bertujuan untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreativiti mereka. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi juga bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan perkembangan industri yang semakin pesat berkembang di negara kita (RMK Asas Elektrik, Elektronik, Sistem Kawalan dan Robotik, RBT1064, berkuatkuasa mulai jun 2015).

SISTEM PENGURUSAN TOPIK

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru yang tradisional, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(3)

115

lazimnya dilaksanakan dengan bersemuka atau dalam erti kata lain ia dilaksanakan dalam kelas ketika waktu interaksi antara guru dan pelajarnya.

Kini dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan bantuan sistem pengurusan pembelajaran atau juga dikenali sebagai Learning Management System (LMS) yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi menjadi alternatif yang baik kepada kaedah penyampaian proses pembelajaran secara maya. Ia boleh dilakukan dimana- mana dan bila-bila masa apabila diperlukan. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, penglibatan pelajar adalah lebih aktif dan dilaksanakan secara dua hala.

GOOGLE DRIVE (GD)

Google Drive merupakan salah satu tapak yang ditawarkan dalam Google untuk menyimpan fail atau dokumen untuk dikongsi bersama dengan rakan rakan kita atau pengguna Google Drive. Kemudahan ini membolehkan kita menikmati secara percuma sebesar 5 GB maupun berbayar, bergantung pada jumlah kapasiti memori dari dokumen yang disimpan.

Meski begitu, kita masih boleh menambahkan dokumen yang ingin disimpan di Google Drive dengan menggunakan kemudahan berbayar.

Menurut sumber lain seperti Wikipedia, Google Drive merupakan layanan penyimpanan dalam jaringan (online) kepunyaan Google yang telah dilancarkankan sejak tahun 2012. Google Drive sebenarnya merupakan hasil perubahan dari aplikasi Google yang sebelumnya iatu Google Docs. Ada

(4)

116

banyak sekali kelebihan dari Google Drive yang perlu diketahui, diantaranya:

• Menyimpan berbagai fail dalam satu tempat.

Dengan begini kita mengorganisasikan banyak data dalam satu tempat dengan lebih bersistematik.

• Membina folder untuk fail-fail yang tersedia secara offline, agar kita dapat mengaksesnya semula ketika kita tiada kemudahan internet.

• Biasanya menjadi tempat untuk backup data secara online.

• Membolehkan kita membuat dan mengedit dokumen Google dengan format file “rich text” dan melakukan perubahan pada Spreadsheet secara cepat.

YOUTUBE

Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran kini sudah meluas dilaksanakan. Pelbagai medium dan aplikasi telah digunakan bagi tujuan tersebut di semua peringkat sekolah dan peringkat universiti.

Dengan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 yang berasaskan konsep komunikasi, kreatif, berfikiran kritikal dan kolaborasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan ini memberi ruang yang banyak kepada aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Aktiviti-aktiviti yang berpusatkan pelajar adalah seperti inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, main peranan, pusat aktiviti pembelajaran setempat, simulasi dan permainan.

(5)

117

Menurut Azizi Yahya (2010) interaksi guru dengan pelajar dengan persekitaran harmoni lagi mempunyai kemudahan pembelajaran. Multimedia digunakan sama ada dalam aplikasi pembelajaran, latihan, permainan komputer, dan sebagainya.

Selain itu, tapak web untuk pembelajaran, persembahan video dan sebagainya dengan mudah dapat dicapai di internet.

Perkakasan multimedia digunakan untuk membina aplikasi multimedia dan mempersembahkan aplikasi multimedia tersebut. Antara perkakasan multimedia yang perlu untuk membangun dan mempersembahkan aplikasi multimedia ialah komputer, pemancar multimedia, pengimbas kamera digital, dan video digital.

YouTube merupakan salah satu aplikasi yang terdapat di Google yang terkenal dalam web carian internet. Google Drive pula merupakan satu medium yang boleh mencipta kelas secara maya dan juga interaksi kelas boleh berlaku melalui talian serta boleh laksanakan dimana mana kita berada. Dalam Google Drive aktiviti seperti Youtube, soalan tugasan, soalan kuiz makluman dan perkongsian bahan boleh dilaksanakan dengan mudah dan berkesan. Youtube yang telah dikenalpasti oleh guru boleh dimuat naik dalam Google Drive sebagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam kelas atau diluar kelas.

Youtube sebagai aplikasi perisian sosial dalam kalangan Generasi muda bolah menggantikan pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif yang mana pelajar berpeluang untuk menyuarakan pandangan dan memberi sumbangan serta boleh bekerjasama untuk mencapai hasil pembelajaran yang terlebih dahulu telah dirancangkan oleh guru.

(6)

118

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YOUTUBE DALAM GOOGLE DRIVE (GD)

Pada peringkat awal semua pelajar saya daripada kursus Elektrik, elektroniik, Sistem Kawalan dan Robotik untuk kumpulan RBT ambilan Jun 2018 terlebih dahulu perlu diberi pendedahan tentang cara penggunaan Google Drive sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk topik Hukum Kirchoof.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang dengan rapi seperti video-video klip youtube yang berkaitan dan juga yang sesuai dengan Hukum Kirchoof telah dipilih dari Youtube dalam internet. Weblink untuk video tersebut telah dihantar kepada pelajar melalui telefon bimbit mereka. Pelajar telah diminta memuat turun video dalam Youtube berkaitan ketika permulaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diminta menonton dan memahami teori dan contoh soalan pengiraan yang melibatkan Hukum Kirchoof Arus dan Hukum Kirchoof Voltan dalam Hukum Kirchoff. Lazimnya video klip dalam Handphone atau laptop pelajar lebih jelas berbanding dengan tayangan yang diipaparkan dengan projektor oleh guru dalam kelas ketika pembelajaran dilaksanakan dalam kelas. Masalah pengajaran dan pembelajaran saya yang lain juga timbul sekali sekala ketika sistem audio yang disedia ada kurang berkesan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran saya menjadi tidak begitu menarik dan kurang berkesan. Dengan adanya penggunaan telefon bimbit pelajar, masalah tersebut boleh diatasi.

Dengan menggunakan aplikasi video dalam Youtube, saya dapati Youtube menjadi alat pemudahcara yang boleh membantu saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

(7)

119

dengan lebih berkesan dan menarik di dalam kelas atau luar kelas untuk tajuk Hukum Kirchoff kursus asas elektrik bagi pelajar PPISMP semester dua ambilan Jun 2018.

Hal ini memberikan pemahaman kepada kita bahawa pemanfaatan youtube dalam pembelajaran membaca dapat menciptakan pembelajaran yang aktif. Pernyataan ini disokong berdasarkan data dalam kajian bertajuk Persepsi Mahasiswa Terhadap Pemanfaatan Youtube Dalam Pembelajaran Mata Kuliah Membaca oleh Asnawi Universitas Islam Riau, Pekan Baru, Indonesia (2016), persepsi mahasiswa sangat setuju dengan pemanfaatan youtube dalam pembelajaran membaca dapat menciptakan pembelajaran yang aktif yakni dengan 46%.

Selanjutnya 38% setuju, 10% cukup setuju, dan 2% sangat setuju.

Dengan penggunaan Youtube dalam pengajaran dan pembelajaran juga, suasana pembelajaran menjadi lebih seronok, minat pelajar terhadap aktiviti pembelajaran bertambah. Pengajaran dan pembelajaran saya juga didapati lebih aktif dan berkesan. Perbincangan langkah-langkah pengiraan Hukum Kirchoof dapat ditunjukkan dengan amat jelas, sistematik dan amat berkesan dengan berbantukan video dalam Youtube.

Begitu juga dalam kajian Rahil Mohd Ghazali dan Harun Baharudin (2016), dapatan soal selidik bagi penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab. Berdasarkan keputusan min keseluruhan, penggunaan aplikasi Youtube dapat menambah minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi.

(8)

120

Pelajar dapat memahami dengan amat baik dan seterusnya dapat menyelesaikan langkah-langkah pengiraan dengan betul dan lebih menyakinkan dengan adanya bantuan Youtube dalam aplikasi Google Drive. Soalan tugasan, kuiz, perbincangan dan pelbagai bentuk bahan rujukan boleh dimuat naik secara atas talian dalam Google Drive. Pelajar saya juga boleh menghantar tugasan yang disiapkan secara terus melalui atas talian kepada saya bila-bila masa sebelum tarikh penghantaran tamat.

Pernyataan ini disokong dalam kajian Nor Hafidah Ibrahim norhafidah, Melor Fauzita Md. dan Yusoff Norzaliza Ghazali zaliza (2016) yang menyatakan bahawa multimedia interaktif dapat mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kursus bahasa melayu pengurusan dalam kalangan pelajar universiti utara malaysia, pusat pengajian bahasa, tamadun dan falsafah, universiti utara malaysia.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YOUTUBE DALAM GOOGLE DRIVE (GD) DI LUAR KELAS

Lazimnya proses pengajaran dan pembelajaran saya dan pelajar berlaku di dalam bilik kuliah atau dalam bengkel. Dalam waktu kuliah, saya akan menerangkannya sekali lagi dengan berbantukan video tadi. Tetapi dengan bantuan youtube, pelajar boleh diminta menonton video dalam youtube terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Persembahan video klip yang menarik boleh dipilih lebih awal untuk menjadi bahan pengajaran yang berkesan dan menarik. Lazimnya pelajar masa kini lebih suka bahan pengajaran daripada internet yang boleh menarik perhatian mereka.

(9)

121

Sekiranya paparan video kurang jelas atau sistem audio dalam video kurang memuaskan, atau disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, atau masalah capaian Internet, dan sebagainya, aktiviti yang dirancang oleh guru dapat diteruskan memandangkan Google Drive dapat diakses dengan mudah menerusi telefon pintar pelajar masing-masing.

Arahan yang diberikan melalui Google Drive dapat diakses awal walaupun tidak diberikan secara verbal dan bersemuka. Pelajar akan menerima notifikasi melalui e-mel dan mesej bahawa sesuatu arahan atau tugasan diberikan kepada mereka apabila diaktifkan secara automatik.

KESIMPULAN

Saya mendapati melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran youtube dalam Google Drive, pelajar saya dapat berkomunikasi sesama sendiri dengan lebih berkesan dalam kumpulan dan berkongsi maklumat pendapat mereka yang diperolehi melalui pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Bahan-bahan pembacaan Internet, buku, majalah dan sebagainya mudah dipautkan di Google Drive yang dapat diorganisasikan dengan baik dan mudah diakses.

Sebelum menggunakan Youtube dalam pengajaran dan pembelajaran untuk topik berkenaan, pelajar didapati kurang yakin dan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan soalan soalan pengiraan berkaitan dengan Hukum Kirchoof. Ketika menggunakan Youtube untuk topik Hukum Kirchoof pelajar lebih yakin membuat kiraan yang berkaitan dengan Hukum Kirchoof. Pelajar juga menyatakan dalam penilaian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran

(10)

122

pensyarah bahawa mereka lebih berminat dan rasa seronok dengan penyampaian pensyarah menggunakan video Youtube dalam aplikasi Google Drive. Mereka dalam mengakseskan nota-nota dan video-video yang dikongsikan oleh saya untuk tajuk-tajuk yang berkaitan dalam ringkasan maklumat kursus Asas Elektrik, Elektronik, Sistem Kawalan dan Robotik, RBT1064. (RMK berkuatkuasa mulai jun 2015).

Penulisan reflektif ini menunjukkan bahawa penggunaan Google Drive sebagai medium aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran saya, sangat membantu dalam proses penyampaian kandungan pembelajaran dari guru atau pensyarah kepada pelajar. Walau bagaimanapun penyampaian secara tradisi seperti kuliah masih boleh diteruskan dan boleh dimantapkan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berkesan dengan menggunakan aplikasi Google Drive seperti video, kuiz, perkongsian sumber bahan rujukan dan gambar aktiviti agar proses pembelajaran lebih dinamik dan berkesan.

Dalam Laporan Geran Penyelidikan Universiti bertajuk Membangunkan Multimedia Interaktif Bagi Membantu KanakKanak Awal Umur Mempelajari Bahasa oleh Noor Aini Ahmad (2013), penggunaan TMK amat membantu kanak- kanak awal umur mempelajari bahasa kerana gabungan elemen teks, grafik, video dan bunyi boleh meningkatkan minat belajar dan memudahkan mereka memahami konsep.

Melalui aplikasi Google Drive aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga boleh dijalankan di luar kelas dengan berkesan dan boleh dipantau menerusi telefon pintar sahaja.

Begitu juga melalui pemerhatian yang saya jalankan di dalam kelas ketika pengejaran dan pembelajaran, pelajar saya kelihatan teruja untuk menggunakan aplikasi Youtube dalam

(11)

123

Google Drive kerana aplikasi ini mudah dan cepat untuk memberikan maklum balas serta mewujudkan hubungan dua hala antara pelajar dan pensyarah.

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Abd Munaem (2010). Gaya Kepimpinan Guru Besar dan hubungannya dengan Faktor Kepimpinan di sekolah Penerima anugerah Cemerlang di Melaka.

Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru. Jilid 5, ms 37-62. ISSN 1823-5891.

Kurikulum Permata Negara. (2006). Tanjong Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.

Md Zuki, N.S. & Khalid (2016). Penggunaan Web 2.0 dalam Pendidikan Abad ke-21 dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan

& Nurul Syaida Md Zuki. (Ed), Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Fakulti Pendidikan UKM, Bangi.

Nor Hafidah Ibrahim norhafidah, Melor Fauzita Md. dan Yusoff Norzaliza Ghazali zaliza (2016). Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Bahasa Melayu Pengurusan (Sblm 1053) Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

Noor Aini Ahmad (2013). Membangunkan Multimedia Interaktif Bagi Membantu KanakKanak Awal Umur Mempelajari Bahasa.

Laporan Geran Penyelidikan Universiti.

Rahil Mohd Ghazali Dan Harun Baharudin (2016). Penggunaan Aplikasi Youtube Dalam Kemahiran Mendengar Bahasa Arab Pelajar. UKM.

Wikipedia (2017). https://ms.wikipedia.org/wiki/YouTube.

Referensi

Dokumen terkait