235
Pre15-24 – International Drug Prevention And Rehabilitation Conference (Prevent 2015)
KAJIAN EFIKASI GURU PENDIDIKAN JASMANI TERHADAP KANDUNGAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM SUKATAN
MATA PELAJARAN
Nozama Bt Mahadi [email protected]
Siti Aishah Bt Hashim Khairinfariza Bt Kamarul Bahrin
Persatuan Kaunselor Penyalahgunaan Dadah Malaysia (MADAC)
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji efikasi guru pendidikan jasmani terhadap pendidikan pencegahan dadah dalam sukatan mata pelajaran di sekolah. Sebanyak 3 konstruk atau domain yang dapat dikaitkan dengan efikasi, ialah Kemahiran, Pengetahuan dan Sikap. Kajian kualitatif ini cuba mengenal pasti konsturk atau domain- domain yang terlibat dalam mempengaruhi efikasi guru pendidikan jasmani secara keseluruhannya, iaitu sikap motivasi dan tanggungjawab, pengetahuan am dan pengetahuan pdp, dan kemahiran pedagogi dan strategi pengajaran. Seramai 8 orang guru dipilih sebagai responden bagi kajian ini, mereka terdiri daripada 5 orang guru lelaki dan 3 orang guru perempuan yang berumur antara 30 – 45 tahun. Kesemuanya terlibat dalam temu bual bersemuka secara individu. Secara keseluruhannya, faktor demografi juga mempengaruhi efikasi guru pendidikan jasmani dalam keberkesanan pendidikan seperti pengalaman mengajar mata pelajaran PJK, opsyen, jumlah waktu mengajar PJK, dan kelayakan mengajar PJK mempengaruhi efikasi guru dalam keberkesanan pendidikan penyalahgunaan dadah.
Kata kunci: Efikasi, guru pendidikan jasmani, pendidikan pencegahan dadah dan sukatan mata pelajaran.
PENDAHULUAN
Feigelman dan Feigelman (1993) dalam Mohanaraj (2003) menyatakan bahawa zaman kanak-kanak ke alam remaja merupakan zaman yang penuh dengan pelbagai pergolakan masalah dan diiringi pelbagai bentuk cabaran. Remaja akan mencari penyelesaian yang lebih mudah iaitu dengan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah. Daripada jumlah keseluruhan penagih dadah di Malaysia, 203, 716 penagih terdiri daripada generasi belia.
Sekolah adalah satu institusi untuk penyampaian ilmu pengetahuan kepada para pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja. Sekolah juga merupakan tempat yang paling berkesan untuk pelajar mempelajari pelbagai kaedah pengetahuan. Oleh itu, guru dianggap sebagai pengantara yang paling berkesan untuk menyampaikan segala maklumat yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup serta mengaplikasikan dan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat (Kathleen, 2005).
Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati faktor utama penglibatan remaja di dalam penyalahgunaan dadah adalah disebabkan oleh faktor genetik, biologikal, emosi, kognitif
236
dan sosial (Samsudin, 2006). Faktor individu seperti pemalu, agresif, personaliti impulsif dan pencapaian akademik yang rendah adalah faktor risiko kepada penglibatan dalam penyalahgunaan dadah. Individu yang masih berada di alam persekolahan perlu didorong untuk mengubah gaya hidup mereka demi kesejahteraan hidup.
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menyebabkan kerosakan terhadap diri tetapi turut memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Bagi menjamin kesejahteraan negara pada
masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah kerana ia memberi impak yag besar terhadap modal insan masyarakat.
“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan…Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang semakin meningkat.”
YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi - (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006) Penyakit masyarakat yang tidak mengira bangsa, agama dan umur ini merupakan penyakit serius yang akan boleh menyebabkan wujudnya masalah sosial yang lain.
Penggunaan dadah yang berterusan mampu mendatangkan bahaya seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Justeru Kajian Efikasi Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Kandungan Pendidikan Pencegahan Dadah Dalam Sukatan Mata Pelajaran, adalah dilihat sebagai satu sumbangan untuk dijadikan panduan bagi penambahbaikan serta mengatasi isu penyalahgunaan dadah di Malaysia dan meningkatkan mutu pendididan dari aspek pendekatan pencegahan di kalangan pelajar.
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM SUKATAN MATA PELAJARAN
Sekolah Kebangsaan
TAHUN BAB TOPIK BIL. MUKA
SURAT
1
Unit 8 : Tubuh Kami Sihat
Unit 10 : Sentiasa Bersih dan Selamat
i) Kedai Farmasi (m.s. 65)
ii) Ikut Arahan dan Simpan Elok-elok (m.s. 66)
iii) Ubat Saya (m.s. 67) iv) Ubat Yang Betul (m.s. 68) i) Jauhi Bahaya (m.s. 89)
4
1 JUMLAH MUKA SURAT 5 2
Unit 8 : Amalan Hidup Sihat
i) Pameran Sihat (m.s. 75)
i) Hindari Bahaya (m.s. 91)
1
1
237
Unit 10 : Hidup Sihat dan Selamat
ii) Simpan Dengan Selamat (m.s.
93)
1
JUMLAH MUKA SURAT 3
3
Unit 9 : Hargailah Kesihatan
i) Bahaya Hisap Rokok (m.s. 72) ii) Cegah Lebih Baik (m.s. 73) iii) Cegah Bersama-sama (m.s.
75)
iv) Sayangi Nyawa (m.s. 74) v) Saya Bijak ( m.s. 76)
1 1 1 1 1
JUMLAH MUKA SURAT 5
4
Unit 4: Sihat Tanpa Alkohol
Unit 6 : Keluargaku Sayang
Unit 9 : Rakan Sebaya
i) Beringat Sebelum Kena (m.s.
20)
ii) Padah Alkohol (m.s. 21) iii) Yang Mana Satu (m.s. 22) iv) Mari Sebarkan (m.s. 23) v) Cabar MInda (m.s. 24) i) Cabar Minda (m.s. 36)
i) Elak Sebelum Terjebak (m.s.
50)
ii) Suri Teladan Pilihanku (m.s 51)
1 1 1 1 1 1
1 1
JUMLAH MUKA SURAT 8
5
Unit 4 : Awas Bahaya
Unit 9 : Berhubung Secara Selamat
i) Oh, Begitu Rupanya (m.s. 20 – 21)
ii) Bimbang Jadi Begitu (m.s. 22 – 23)
iii) Kita Aset Negara (m.s. 24) iv) Semua Harus Tahu (m.s. 25)
i) Sedar Dan Berwaspada (m.s.
51)
2 2 1 1 1
JUMLAH MUKA SURAT 7
6
Unit 5 : Gaya Hidup Sihat
Unit 6 : Kebersihan dan Keselamatan Diri
i) Penyalahgunaan Bahan (m.s.
102 – 105)
ii) Penyakit Berjangkit ; HIV/Aids dan Program PROSTAR (m.s. 114 – 116)
2
3
JUMLAH MUKA SURAT 5
238
Sekolah Menengah
TINGKATAN BAB TOPIK BIL. MUKA
SURAT 1
BAB 5:
GAYA HIDUP SIHAT
- Pemakanan - Konflik dan Stres - Penyalahgunaan Bahan
15
2
- Pemakanan
(Nutrien dan Fungsi)
- Stres dan Pengurusan Konflik
(Tahap stress dan Cara Mengurus Stres)
- Penyalahgunaan Bahan (Kesan Pengambilan Dadah)
21
3
3
- Pemakanan
(Pemakanan Berdasarkan Keperluan dan Saranan Pengambilan Makanan (RDA))
- Stres dan Pengurusan Konflik
(Situasi yang Menyebabkan Stres, Perhubungan Kendiri dan Strategi menguruskan Stres)
- Penyalahgunaan Bahan (Kronologi Pengambilan Dadah, Faktor Pencetus Pengambilan Dadah dan Implikasi Pengambilan Dadah)
17
4
- Pemakanan
(Penyakit yang Berkaitan dengan Tabiat Pemakanan dan Masalah yang berkaitan dengan Kekurangan Zat Makanan)
- Stres dan Pengurusan Konflik
(Stres, Tanda-Tanda Stres, Faktor Penyebab stress, Strategi Menangani Stres,
23
239
Konflik dan Faktor Penyebab Konflik)
- Penyalahgunaan Bahan (Agensi Pelaksana Anti Dadah dan Langkah-Langkah Pengawalan dan Pencegahan)
5
- Pemakanan
(Nutrien Tambahan)
- Stres dan Pengurusan Konflik
(Persediaan ke Alam Dewasa)
- Penyalahgunaan Bahan (Penyalahgunaan Dadah dan Peruntukan Dalam Akta)
29
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk memengetahui tahap efikasi guru pendidikan jasmani terhadap kandungan pendidikan pencegahan dadah dalam sukatan mata pelajaran yang dapat dikaitkan dengan kemahiran, pengetahuan dan sikap.
METODOLOGI
Rekabentuk kajian kualitatif telah dipilih sebagai reka bentuk yang paling sesuai bagi menjalankan kajian yang berorientasikan penerokaan (Denzin & Lincoln, 2000) dan mengkaji tentang peserta daripada pelbagai latar belakang budaya dan agama kerana ia boleh digunakan untuk meneroka, mengesan, berkongsi perspektif, menambah kesedaran, menilai, atau membentuk sesebuah teori (Creswell, 2007; Denzin & Lincoln, 2000). Menurut Charmaz (2003)
pula kajian kualitatif boleh dijadikan suatu alat untuk menyebabkan perubahan sosial dan meningkatkan kesedaran tentang sesuatu kepercayaan, situasi atau tingkah laku yang luarbiasa untuk mempengaruhi pembuat polisi atau membentuk pandangan umum (Creswell, 2007). Dengan menggunakan rekabentuk kajian ini, temubual secara bersemuka secara individu terhadap Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada 8 orang guru pendidikan jasmani di sekolah-sekolah di daerah Seremban. Pemilihan subjek kajian dibuat berdasarkan maklumat snow ball. Keizinan secara lisan dan bertulis daripada responden telah diperoleh bagi menjalankan kajian ini. Lapan sesi temu bual yang mengambil masa antara 45 minit hingga 60 minit telah dijalankan. Bagi mendapatkan dataanalisis yang sah dan boleh dipercayai pengkaji telah melakukan teknik pengesahan member checking dan peer debriefing bagi mendapatkan hasil yang bermakna bagi kajian ini.
240
DAPATAN KAJIAN
Kebanyakan subjek kajian setuju mengenai pengajaran pembelajaran penyalahgunaan dadah di sekolah. Dapat dikatakan bahawa, sesi pengajaran pembelajaran penyalahgunaan dadah di sekolah menunjukkan keberkesanannya. Guru dan murid perlu memainkan peranan masing-masing agar suasana pengajaran pembelajaran penyalahgunaan dadah menjadi lebih menarik. Menurut Caroll (1963) pengajaran berkesan melibatkan faktor kawalan guru dan kawalan pelajar. Kedua-dua faktor berkenaan mesti berjalan seiring bagi mencapai matlamat pengajaran berkesan.
Responden mempunyai pengetahuan tentang bahayanya dadah, kesan atau akibat daripada penagihan sebarang jenis dadah. Pengetahuan yang meluas hasil pengajaran penyalahgunaan dadah di sekolah. Ini bersesuaian dengan pendapat Keith & Shonna,(
2003) bahawa sekolah pada hari ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk pelajar menerima maklumat berkaitan dengan faktor yang menjadikan risiko terhadap kesihatan.
KESIMPULAN
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu mempunyai informasi mengenai isu penyalahgunaan dadah, memiliki latar belakang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran penyalahgunaan dadah lebih memberi impak yang sangat besar kepada pelajar sekolah. Guru perlu mempunyai maklumat yang lebih banyak mengenai isu penyalahgunaan dadah disebabkan guru seharusnya menjadi sumber rujukan utama berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka, berbanding sumber- sumber lain. Latihan dan kursus yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah juga penting bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam melahirkan guru- guru terlatih di dalam bidang penyalahgunaan dadah dan menjadikan topik ini sebagai mata pelajaran yang berasingan sekaligus menjadikan sekolah sebagai sumber yang paling penting di dalam menyalurkan maklumat kepada murid-murid berkaitan dadah.
Selain dari itu, semua maklumat yang diperolehi dalam kajian ini juga boleh digunakan oleh guru-guru Pendidikan Kesihatan di semua sekolah-sekolah menengah perguruan untuk menyediakan modul, perancangan dan pengisian pengajaran yang lebih berkesan serta sistematik bersesuaian dengan keperluan semasa dan cabaran terkini berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Segala peluang pembelajaran ( learning opportunities ) yang disediakan oleh guru hendaklah mendatangkan pengalaman pembelajaran ( learning experiences ) yang membawa kesan terhadap perubahan tingkah laku dalam
241
RUJUKAN
Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK). www.mohr.gov.my.
Borg, W.R. & Gall, M.D. (1983). Education research : An Introduction. New York : Longman Inc.
Bloom, B. S. (1976). Human Characteristic and School Learning. New York: McGraw- Hill Higher .
Caroll, J. (1963). A Model of School Learning. Teacher College Record, 64, pg. 723- 733.
Chen, K. & Kandel, D.B. (1998). Predictors of cessation of marijuana use-an event history analysis. Drug Alcohol Depend. 50 (2), 109-121.
Cole, L.C. & Hall, I.N., (1970). Psychology of Adolescent, (edisi ke-7), Holt, Rienehart
& Winston, New York.
Fingelman, B. & Feigelman, W. , (1993). Threating the adolescent substance abuser. In S.L.A.
Kathleen, J.Z. (2005). How Physical Education Teacher Education Major Should Be Prepared to Teach Students. Educational Administrator of School & Program. American Annals of the Deaf. 273-282.
Straussner (Ed), clinical work with substance abusing clients, New York : Grilford.
Samsudin A.Rahman & Haji Iran Herman. (1996). Remaja dan AIDS. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.