• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keadaan ini tidak boleh dimaafkan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Keadaan ini tidak boleh dimaafkan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Keadaan ini tidak boleh dimaafkan

Hassan Omar [email protected]

HEE Sem melihat tempat tinggal pekerja asing di ladang penternakan ayam telur. FOTO Hassan Omar

Masjid Tanah: Macam reban ayam. Itulah perumpamaan tempat tinggal 27 pekerja Myanmar di ladang penternakan ayam telur di ladang kelapa sawit di Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, dekat sini.

Ia bukan setakat memeranjatkan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem malah beliau menyifatkan keadaan itu sebagai 'tidak boleh dimaafkan.'

(2)

Selain katil yang tiada berlapik tilam, rumah kongsi pekerja terbabit yang diperbuat daripada batu konkrit tidak dilengkapi almari pakaian, apatah lagi kelengkapan asas lain, terutama dapur dan tandas yang sempurna.

Lebih mengejutkan, ada beberapa pekerja asing ditempatkan dalam sebuah pondok diperbuat daripada papan yang jika sekali pandang tidak ubah seperti reban ayam.

Hee Sam berkata, beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepala sendiri keadaan sedemikian ketika menyertai 'Op Rumah Pekerja' hari ini.

"Operasi ini dijalankan bagi memastikan majikan menyediakan penginapan yang baik untuk pekerja mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Kerja 1955.

"Keadaan di rumah kongsi amat menyedihkan dan saya sudah meminta Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan,"

katanya pada sidang media di lokasi operasi itu.

Hadir sama, Penolong Pengarah Kanan JTK, Hafizah Nabilah Mohd Idris dan Pengarah JKKP, Rabaayah Daud.

Hee Sam berkata, selain kesalahan berkenaan, majikan juga gagal mencarum tiga pekerjanya dalam Perkeso dan tindakan undang-undang akan turut diambil.

Sementara itu, Hafizah berkata, pegawai JTK sudah memberi amaran kepada majikan ketika meneliti keadaan tempat tinggal pekerja pada Februari lalu.

"Bagaimanapun, tiada sebarang pembaikan yang dilakukan majikan, sebaliknya pihak pengurusan syarikat memberi alasan rumah kongsi itu bukan tempat tinggal pekerja.

"Mereka mendakwa ia hanyalah tempat rehat manakala rumah kongsi ada disediakan di kawasan lain tetapi pekerja asing masih belum dipindahkan," katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut akta berkenaan sebelum dirujuk kepada bahagian pendakwaan JTK dan keputusan akan dibuat sama ada mengenakan kompaun atau mendakwa di mahkamah.

Rabaayah berkata, JKKP turut membuka kertas siasatan dan bakal memutuskan sama ada mengenakan kompaun atau mendakwa majikan berikutan kegagalan mematuhi peraturan berkaitan penjagaan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Disiarkan pada: Mei 26, 2022 @ 5:35pm

Referensi

Dokumen terkait

Based on the previous analysis and discussion, the following conclusions can be drawn: 1 Motivation has a positive effect on employee performance; 2 Remuneration has a positive effect

Gumilyev 03.1993-08.2002 - Head of the Department "Accounting and Audit" Kazakh National Agrarian University 11.1988-02.1993 associate professor of the department "Accounting and