Keberkesanan Penggunaan Bahan Augmented Reality (AR ) Untuk Meningkatkan Pemahaman Dalam Topik Kegunaan Alat-
Alat Tangan Sistem Pemaipan
(The Effectiveness of Using Augmented Reality (AR) Materials to Improve Understanding in the Topic of the Use of Plumbing System
Hand Tools)
Nurain Izzati Rodzian1*, Fariza Khalid1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Received: 15 April 2023 | Accepted: 10 June 2023 | Published: 30 June 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.12
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian kuantitatif berbentuk kuasi-eksperimen ini dijalankan terhadap dua kumpulan pelajar yang terpilih untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan augmented reality untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan melalui instrumen temu bual serta ujian pra dan ujian pasca. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan Augmented Reality untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan. Kajian ini melibatkan responden seramai 50 orang pelajar lelaki, 25 orang pelajar 1 SKM MPP dan 25 orang pelajar 1 DVM MPP. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26. Keputusan analisis kajian ini telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik terhadap kefahaman pelajar di antara ujian pra dan ujian pasca. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan augmented reality membantu untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan adalah sangat signifikan kerana ianya telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar melalui ujian pra dan ujian pasca yang telah dilaksanakan. Hasil kajian telah menunjukkan perbezaan tahap pemahaman pelajar telah meningkat berbanding sebelum menggunakan bahan augmented reality. Kesimpulannya, penggunaan bahan augmented reality di dalam pembelajaran topik alat-alat tangan sistem pemaipan dapat meningkatkan pemahaman para pelajar.
Kata kunci: Keberkesanan, Penggunaan, Augmented Reality, Pemahaman Pelajar, Alatan Tangan, Sistem Pemaipan
Abstract: This quasi-experimental quantitative study was conducted on two selected groups of students to identify the effectiveness of using augmented reality materials to improve students' understanding of the topic of the use of piping system hand tools through interview instruments as well as pre-test and post-test. The purpose of this study is to identify the effectiveness of using Augmented Reality materials to improve students' understanding of the topic of the use of piping system hand tools. This study involved a total of 50 male student respondents, 25 1st SKM MPP students and 25 1st DVM MPP students. The data of this study was analysed using SPSS software version 26. The results of the analysis of this study have shown a very good improvement in student understanding between the pre-test and the post-
test. This shows that the use of augmented reality materials helps to improve students' understanding of the topic of the use of hand tools.
Keywords: Effectiveness, Usage, Augmented Reality, Student Understanding, Hand Tools, Piping Systems
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Perkembangan penggunaan teknologi di dalam sektor pendidikan pada masa kini telah berkembang dengan sangat pesat. Namun begitu, penggunaan teknologi sebagai alat bantuan mengajar (BBM) berada pada tahap yang tidak memuaskan. Kebanyakkan guru-guru di sekolah lebih gemar menggunakan buku teks sebagai rujukan dan sedikit tambahan BBM lain yang berbentuk nota cetakan. Hal ini menyebabkan para pelajar akan menjadi kurang berminat dan tertarik kerana bahan tambahan tersebut adalah mirip dengan buku teks yang mereka gunakan. Penggunaan teknologi di dalam pendidikan sedikit sebanyak telah membuka jalan baharu dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP), disamping dapat membantu mengubah kaedah dan teknik penyampaian oleh para guru, namun ianya telah menjadikan proses PdP lebih menarik dan juga bersifat interaktif. Di Malaysia, pendidikan digital juga adalah tidak asing lagi, malah sering diperkatakan kerana ianya dianggap sebagai cara terbaik untuk mengubah teknik di dalam pendidikan. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, berdasarkan anjakan ketujuh telah menggalakkan para pendidik juga pelajar untuk memanfaatkan segala teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar ianya dapat membantu untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Justeru, pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memanfaatkan penggunaan ICT dalam pendidikan untuk mewujudkan hubungkait antara cara penyampaian ilmu dan juga teori-teori yang berkaitan dengan pendidikan. Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru adalah kaedah pembelajaran secara teradun “Blended Learning” yang menggabungkan beberapa elemen interaktiviti seperti audio, video, sedikit tulisan dan juga animasi pergerakan objek yang sangat membantu para pelajar untuk memahami sesuatu topik pembelajaran dengan mudah (Kamilin & Keong, 2020).
Berdasarkan beberapa analisa dan pembacaan dari artikel-artikel yang berkaitan dengan Augmented Reality (AR), penggunaan AR di dalam dunia pendidikan telah semakin mendapat perhatian dan tempat kerana ianya sangat berpotensi untuk menjadi satu teknologi yang membantu memudahkan proses PdP terutamanya untuk memberi kefahaman dan menarik minat pelajar untuk terus fokus dalam sesi PdP yang dijalankan (Ali, 2020). Selain itu, AR juga akan membantu untuk memberikan pengalaman interaktif yang diadaptasi melalui persekitaran dunia nyata oleh kerana objek-objek yang berada pada dunia nyata akan diubah dan ditambah maklumatnya dengan menggunakan gambaran digital serta AR akan memenuhi tiga ciri asas sistem ataupun teknologi yang melibatkan gabungan dunia nyata dan maya, interaksi masa sebenar dan juga penggunaan objek 3D yang tepat pada objek maya untuk mewakili objek sebenar pada dunia nyata (Md Yasin et al., 2021). Tidak dilupakan, AR juga boleh digunakan di dalam pelbagai bidang dan industri seperti perubatan, pendidikan, automotif dan lain-lain yang dirasakan bersesuaian kerana teknik pemaparan yang dihasilkan oleh teknologi AR adalah sangat menarik terutama sekali kerana ianya telah menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti objek 3D, video dan animasi berserta dengan audio (Mohid et al., 2018). Penggunaan AR adalah sangat mudah kerana pengguna hanya perlu mengimbas sahaja kamera telefon pintar mereka ke arah imej pencetus yang telah direka khas untuk pengguna akses maklumat
yang telah disediakan. Keupayaan utama AR adalah untuk memberi dan menambah persepsi pengguna terhadap dunia nyata melalui objek maya yang dipaparkan.
Biarpun penggunaan bahan yang menggunakan teknologi AR memberikan impak yang positif di dalam dunia pendidikan, namun begitu penggunaannya masih dianggap sangat asing dan berada pada tahap yang rendah dan tidak secara menyeluruh kerana keberkesanannya masih diragui untuk diaplikasikan di dalam PdP. Maka, ianya hendaklah dibuktikan supaya para guru akan merasa lebih yakin untuk menggunakan teknologi ini agar ianya dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak terutama sekali para guru dan pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tentang sejauh mana factor-faktor yang terdapat di dalam model Sim mampu mempengaruhi keberkesanan penggunaan bahan AR untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar.
1.2 Penyataan Masalah
Penggunaan teknologi AR telah mengubah kaedah PdP kepada sesuatu yang lebih menarik dan menyeronokkan dalam kalangan pelajar kerana ianya dibangunkan dengan menggabungkan pelbagai elemen multimedia bagi memudahkan para pelajar untuk memahami topik-topik yang sukar (Johar & Abdullah, 2018). Terdapat pelbagai perisian yang dapat membantu pembangunan dan penghasilan bahan AR agar ianya menjadi lebih menarik, antaranya termasuklah Unity, Zappar, BlippAR dan lain-lain. Melalui platform tersebut, elemen-elemen multimedia boleh diintegrasikan agar menjadi bahan PdP yang menarik.
Permasalahan yang dihadapi kini adalah bahan-bahan pembelajaran yang digunapakai adalah bahan-bahan yang tidak pernah diubahsuai mahupun dibaiki dari semasa ke semasa, ianya hanyalah bahan yang seringkali diulang guna saban tahun. Hal ini menyebabkan pembelajaran menjadi tidak menarik serta membosankan bagi para pelajar. Kesemua bahan-bahan pembelajaran tersebut adalah berbentuk PowerPoint dan juga fail PDF yang kebiasaannya para pelajar perlu mencetak bahan-bahan tersebut untuk dijadikan bahan rujukan. Ianya agak menyukarkan dan membebankan para pelajar sekiranya bahan pembelajaran mempunyai muka surat yang terlalu banyak kerana ianya akan menyebabkan pengeluaran kos yang tinggi dan juga sukar untuk dibawa ke mana-mana. Selain itu, topik alat-alat tangan sistem pemaipan sangat banyak melibatkan gambar rajah alatan tangan dan komponen yang berkaitan yang memerlukan penerangan dan penjelasan yang sangat panjang, maka penggunaan bahan bercetak amatlah menyukarkan para pelajar untuk memahami tentang topik tersebut (Proforma Akademik 2014/2015, 2014). Justeru, kajian ini akan dijalankan dengan mewujudkan bahan AR berdasarkan topik alat-alat tangan sistem pemaipan supaya dapat membantu pelajar memudahkan pemahaman topik tersebut.
1.2.1 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah:
i. Mengenalpasti perbezaan tahap kefahaman pelajar tentang topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan sebelum dan selepas menggunakan bahan AR.
ii. Mengenalpasti perbezaan tahap kefahaman pelajar tentang topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan antara kumpulan kawalan dan rawatan.
iii. Mengenalpasti kelebihan penggunaan bahan AR untuk meningkatkan pemahaman dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan.
1.2.2 Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah:
i. Apakah perbezaan tahap kefahaman pelajar tentang topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan sebelum dan selepas menggunakan bahan AR?
ii. Apakah perbezaan tahap kefahaman pelajar tentang topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan antara kumpulan kawalan dan rawatan?
iii. Apakah kelebihan penggunaan bahan AR untuk meningkatkan pemahaman dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan?
1.2.3 Hipotesis Kajian
Hipotesis yang dapat ditimbulkan di dalam kajian ini:
H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek tahap kefahaman pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos.
1.3 Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual bagi kajian ini adalah diadaptasi dari Model Sim dan telah diubahsuai mengikut faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan penggunaan bahan augmented reality untuk meningkatkan pemahaman dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan. Di dalam kajian ini, faktor-faktor yang menjurus kepada keberkesanan penggunaan bahan augmented reality untuk meningkatkan pemahaman adalah pembolehubah bebas yang digunakan, manakala keberkesanan penggunaan bahan augmented reality pemahaman dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan adalah pembolehubah bersandar.
Merujuk Rajah 1 di bawah, pembolehubah bebas yang digunakan di dalam kajian ini adalah minat pelajar, pemilihan bahan, pengurusan bahan dan cara penggunaan bahan, manakala pembolehubah bersandar adalah keberkesanan penggunaan bahan augmented reality. Melalui kerangka kajian ini, wujudnya interaksi di antara minat pelajar dan pemilihan bahan, interaksi antara pemilihan bahan dan minat pelajar serta interaksi antara minat pelajar dan keberkesanan penggunaan bahan augmented reality untuk meningkatkan pemahaman dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan.
Rajah 1: Kerangka konseptual kajian
Teori yang diaplikasikan melalui kerangka konseptual ini adalah teori kognitif kerana teori kognitif adalah sebuah teori yang menyatakan tentang pembelajaran adalah sebuah proses pemikiran dan setiap perubahan tingkah laku yang berlaku itu adalah merupakan refleksi terhadap perubahan yang berlaku secara dalaman (Pd, 2017). Menurut Jean Piaget, manusia bukan hanya menerima maklumat namun dalam masa yang sama manusia juga memproses maklumat yang telah diterima untuk menjadikan seseorang itu berfikir agar dapat memperkembangkan lagi idea yang dimiliki untuk mencipta sesuatu bergantung kepada kebolehan diri asing-masing (Nabila, 2021). Melalui teori ini, pengkaji dapat mengkaji tentang keberkesanan penggunaan bahan augmented reality yang akan dihasilkan untuk mengenalpasti peningkatan terhadap pemahaman dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan.
2. Sorotan Literatur
2.1 Augmented Reality (AR) Dalam Bidang Pendidikan
Penggunaan AR di dalam bidang pendidikan amatlah meluas pada masa kini, menurut Almutairi & Al-Megren (2017) di dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan aplikasi AR untuk mengajarkan Bahasa Arab kepada kanak-kanak sekolah rendah yang mengalami masalah kurang upaya (pekak) adalah lebih mudah dan berkesan dengan menggunakan penggabungan imej, video dan juga audio melalui AR. Kebanyakan kanak-kanak tersebut menunjukkan minat dan memberikan perhatian dengan baik semasa proses PdP dijalankan bersama bantuan bahan AR. AR juga boleh menjadi salah satu alat yang digunakan sebagai alat pembelajaran kendiri yang sangat mudah digunakan oleh semua peringkat umur dan proses pembelajaran menjadi sangat menarik dan boleh diperbaiki dengan wujudnya interaktiviti dan penglibatan diri pelajar itu sendiri melalui kuiz atau soal jawab mudah bagi menguji kefahaman pelajar (Mohd Ekhsan, 2022). Sejujurnya, penggunaan AR dalam pendidikan memberikan manfaat yang sangat besar kepada pelajar kerana mereka dapat belajar dengan lebih jelas serta mudah difahami disebabkan objek dunia nyata telah digabungkan dengan dunia maya dan menghasilkan bahan pembelajaran yang sangat jelas.
Sememangnya integrasi di antara teknologi AR dan pendidikan memerlukan sangat banyak perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa, namun ianya tidak akan menjadi penghalang untuk para guru kerana bantuan dari pihak jurutera termasuklah pakar AR akan dapat memudahkan integrasi yang dilaksanakan (Kato, 2019). Penggunaan bahan AR sangat membantu para pelajar untuk mudah memahami tentang perkara yang diajarkan disamping dapat mempengaruhi minat dan perasaan para pelajar terhadap persekitaran yang berbeza serta memberi kesan yang berbeza terhadap hasil pembelajaran mereka pada akhir PdP (Huang et al., 2019). Menurut Akçayır (2016) di dalam kajiannya telah membuktikan bahawa kelebihan penggunaan AR adalah sangat menggalakan dan meningkatkan pencapaian pembelajaran para pelajar meskipun terdapat beberapa cabaran yang dihadapi semasa proses pembangunan dan pelaksanaan AR di dalam pendidikan. Manakala, Subhashini et al. (2020) di dalam kajiannya menegaskan bahawa integrasi AR dalam proses PdP dapat diubah dari semata-mata di dalam bilik darjah kepada ruang tempat tinggal pelajar. Hal ini dapat memudahkan para pelajar untuk mengikuti proses PdP dengan mudah dan tidak perlu bergantung semata kepada bilik darjah dan juga bahan bercetak.
2.2 Keberkesanan Penggunaan Augmented Reality Dalam Pendidikan
Penggunaan bahan AR yang sesuai pastinya sangat membantu dalam memberikan pengalaman terbaik sewaktu berlangsungnya proses PdP dengan memberikan para pelajar pengalaman yang sebenar sama seperti dunia nyata (Cakir & Korkmaz, 2018). Ianya juga dapat membantu untuk meningkatkan tahap motivasi diri para pelajar untuk menjadi pelajar yang berfikiran kreatif
dan kritis serta merubah paradigma yang wujud tentang pembelajaran. Tambahan pula, penggunaan aplikasi AR banyak memberikan pengalaman yang baru serta membantu memberikan galakan yang lebih tinggi terhadap pengaplikasian kaedah pembelajaran kendiri dan penerokaan kendiri. Suasana yang baru dan lebih efektif juga boleh dicapai melalui penggunaan AR kerana ianya dapat memberikan gambaran mengenai dunia nyata dengan lebih jelas di dalam sistem pembelajaran dan juga sistem pendidikan (Kovoor et al., 2021). Hal ini menunjukkan bahawa masalah dan kesukaran untuk memahami kandungan yang terdapat di dalam silibus pembelajaran dapat diatasi dengan mudah dan baik.
Kajian mengenai AR di negara-negara barat dan Asia telah menunjukkan bahawa penggunaan AR sebagai bahan bantuan mengajar ataupun bahan alternatif semasa PdP adalah sangat baik berbanding dengan menggunakan bahan bercetak seperti buku teks, nota tambahan oleh guru dan juga gambar berkaitan topik pembelajaran (Markamah et al., 2018). Satu kajian oleh Afnan et al. (2021) telah berjaya membangunkan bahan pembelajaran menggunakan integrasi AR dalam pembelajaran huruf-huruf Bahasa Inggeris, nombor, haiwan dan juga berkaitan dengan dunia adalah sangat membantu dalam meningkatkan motivasi para pelajar, disamping pelajar juga telah menunjukkan kelakuan yang sangat baik sepanjang proses pembelajaran berlangsung.
2.3 Kelebihan Penggunaan Augmented Reality Dalam Pendidikan
Setiap teknologi yang muncul semestinya mempunyai kelebihan tersendiri, begitu jugalah dengan teknologi AR, terdapat banyak kelebihan yang boleh didapati terutamanya apabila telah diintegrasikan di dalam bidang pendidikan seperti yang dinyatakan oleh Saforrudin, Badioze Zaman & Ahmad (2018) bahawa penggunaan teknologi AR sangat membantu para pelajar terutamanya di dalam sebuah pengajaran yang memerlukan serta melibatkan proses kognitif yang memerlukan kepada suatu keupayaan untuk mendepani isu visual ruang kerana pelbagai objek bersaiz besar boleh divisualisasikan dengan menggunakan kaedah pendigitalan dan boleh dilihat secara 3 dimensi. Hal ini disokong oleh Saputri (2017) di dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan AR sangat membantu terutamanya dalam bidang pendidikan kejuruteraan yang melibatkan mesin-mesin besar perlu digunapakai mahupun dihasilkan.
Selain itu, penggunaan bahan pembelajaran sangat membantu meningkatkan motivasi para pelajar untuk memberikan konsentrasi sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka disebabkan oleh wujudnya model-model 3 dimensi yang dibangunkan dan dimuatkan di dalam bahan AR yang digunakan oleh para pelajar (Majeed & Ali, 2019). Penghasilan bahan AR yang mempunyai pelbagai elemen tambahan seperti bunyi, grafik dan video juga merupakan salah satu faktor terpenting untuk memudahkan para pelajar memahami dan mengingati apa yang mereka pelajari (Garzón, 2021). Menurut Pradana (2020) di dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan AR dalam pendidikan sangat membantu para pelajar untuk mewujudkan imaginasi yang sangat baik terhadap sesuatu topik atau subjek pembelajaran terutamanya jika melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengan dan peringkat universiti kerana setiap pelajar mempunyai imaginasi dan daya pentafsiran yang berbeza mengikut keupayaan mereka. Tahap penafsiran yang berbeza akan membuahkan perbincangan dalam kalangan mereka dan pastinya mereka akan menemukan satu titik persamaan untuk membantu pemahaman mereka berada pada tahap yang sama. Tidak dilupakan, ianya mampu meningkatkan mutu pendidikan terutamanya dalam bidang TVET disebabkan oleh penggunaan teknologi secara meluas memandangkan pada masa kini pemilikan telefon pintar dalam kalangan pelajar adalah sangat meluas, maka ianya perlulah dimanfaatkan sebaiknya agar membuahkan mafaat dan kebaikan kepada mereka (Sugiana & Muhtadi, 2020).
2.4 Cabaran Penggunaan Augmented Reality Dalam Pendidikan
Pengintegrasian teknologi sudah tentunya mempunyai cabarannya yang tersendiri daripada pelbagai sudut dan segi, begitu juga dengan penggunaan AR sebagai bahan pembelajaran.
Cabaran tersebut tidak bertumpu kepada pembangunan bahan-bahan pembelajaran sahaja, malah ia juga melibatkan penggunaan bahan itu sendiri. Menurut Anuar & Abdul Razak (2022), cabaran yang dihadapi terhadap penggunaan bahan AR adalah melibatkan para pelajar yang masih belum mahir untuk menggunakan aplikasi Augmented Reality disebabkan tiada pendedahan terhadap penggunaan bahan pembelajaran yang terlibat dengan pengintegrasian teknologi.
Tidak semua aplikasi AR boleh digunakan untuk membaca semua tindanan bahan digita AR kearana ciri-ciri perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi yang digunakan adalah sangat terhad, maka sebelum membangunkan bahan AR perlulah memilih platform yang bersesuaian dan mampu memberikan ciri-ciri perkhidmatan yang baik (Santos & Esposo-Betan, 2018).
Meskipun para pelajar pada masa kini telah terdedah dengan penggunaan telefon pintar, namun persekitaran e-pembelajaran adalah masih baru dan masih lagi dalam fasa adaptasi, maka ianya boleh mengakibatkan kesukaran kerana kandungan pembelajaran yang dimuatkan melalui penggunaan teknologi adalah bersifat kompleks (Alzahrani, 2020). Hal ini akan menyebabkan para pelajar sukar untuk mencapai sasaran pembelajaran yang terbaik berdasarkan apa yang mereka harapkan. Selain dari cabaran yang dihadapi oleh para pelajar, para guru juga menghadapi beberapa cabaran dalam penggunaan AR, antaranya adalah kurangnya pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan dan mengadaptasi penggunaan teknologi terkini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Mat Bistamam, 2018). Ianya kerana para guru tidak didedahkan dengan teknologi yang mampu berfungsi sebagai bahan bantuan mengajar sekaligus memudahkan serta merubah bahan-bahan pengajaran kearah yang lebih baik dan bagus agar dapat digunakan oleh para pelajar sebagai bahan bacaan dan juga bahan rujukan.
3. Metodologi Kajian
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk kuasi-eksperimen. Pengkaji menggunakan instrumen ujian pra, ujian pos dan temu bual untuk mengumpul data yang diperlukan. Pengujian hipotesis menggunakan ujian T dan kesemua data yang diperolehi adalah di dalam bentuk skala sela yang telah diuji apa aras signifikasi 0.05. Dapatan kajian yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 26. Seramai 50 orang pelajar 1 SVM MPP dan 2 DVM MPP dari Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor dipilih sebagai sampel kajian.
3.2 Instrumen Kajian
3.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
Di dalam kajian ini, terdapat dua jenis ujian yang akan dijalankan iaitu ujian pencapaian pra dan ujian pos untuk membuat perbandingan terhadap kefahaman responden sebelum dan selepas penggunaan bahan AR bagi topik alatan tangan sistem pemaipan. Terdapat 15 item berkaitan dengan alatan tangan sistem pemaipan telah diuji di dalam ujian terbabit. Ujian pra diberikan kepada 50 orang responden yang terlibat pada permulaan kajian sebelum bahan AR yang dibangunkan tersebut digunakan oleh mereka. Masa yang diberikan untuk responden menjawab soalan ujian adalah selama 20 minit sahaja. Di akhir kajian ini, markah ujian pra dan ujian pos akan dibandingkan bagi melihat keberkesanan penggunaan bahan AR terhadap kefahaman responden yang terlibat.
3.2.2 Temu Bual
Kaedah temu bual melibatkan proses komunikasi yang berlaku secara dua hala yang akan melibatkan dua orang atau lebih (Ali et al., 2018). Terdapat tiga jenis kaedah temu bual iaitu temu bual secara berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Di dalam kajian ini, kaedah temu bual secara berstruktur telah dipilih supaya maklumat yang tepat dapat dikumpulkan daripada responden yang terlibat.
4. Dapatan Kajian
4.1 Data Demografi
Analisis deskriptif yang telah dilaksanakan, didapati bahawa responden yang terlibat adalah pelajar dari kelas 1 SVM seramai 25 orang iaitu 50%, manakala pelajar dari kelas 1 DVM seramai 25 orang iaitu 50%. Selain itu, umur pelajar yang terlibat di dalam kajian ini adalah 16 tahun seramai 25 orang iaitu sebanyak 50% dan 18 tahun seramai 25 orang iaitu sebanyak 50%.
Bagi item jantina pula, kesemua responden yang terlibat ialah pelajar lelaki iaitu seramai 50 orang iaitu sebanyak 100%.
4.2 Perbezaan tahap kefahaman pelajar tentang topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan sebelum dan selepas menggunakan bahan AR
Berdasarkan jadual 1 di bawah, ianya menunjukkan skor tahap kefahaman dalam topik kegunaan alat-alat tangan yang sedia ada iaitu sebelum menggunakan bahan augmented reality dalam kalangan pelajar berdasarkan kumpulan kajian yang telah ditetapkan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Purata skor pelajar kumpulan kawalan dan rawatan sebelum menggunakan bahan augmented reality adalah 4.24 dan 5.04 iaitu berada pada tahap minimun skor. Ia menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap kegunaan topik alat-alat tangan sistem pemaipan berada pada tahap yang agak rendah dan kurang memuaskan.
Jadual 1: Skor tahap kefahaman pelajar dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan yang sedia ada (sebelum menggunakan bahan augmented reality)
Pelajar Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan
1 5 4
2 5 4
3 4 6
4 6 4
5 3 7
6 5 8
7 1 6
8 7 7
9 3 5
10 8 7
11 4 9
12 2 5
13 1 5
14 6 7
15 8 3
16 5 1
17 3 3
18 1 5
19 5 5
20 6 1
21 3 4
22 4 6
23 3 4
24 2 6
25 6 4
Purata 4.24 5.04
Manakala, jadual 2 menunjukkan skor tahap kefahaman pelajar dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan selepas menggunakan bahan augmented reality berdasarkan dua kumpulan yang terlibat. Purata skor pelajar kumpulan kawalan dan rawatan selepas menggunakan bahan augmented reality adalah 14.00 dan 14.04 iaitu menunjukkan skor berada pada tahap yang cemerlang dan sangat baik. Hal ini telah membuktikan bahawa penggunaan bahan augmented reality telah mempengaruhi peningkatan skor para pelajar di dalam kedua- dua kumpulan yang terlibat kerana skor mereka telah meningkat dengan sangat drastik serta mewujudkan jurang yang sangat besar berbanding skor tahap kefahaman pelajar sebelum menggunakan bahan augmented reality.
Jadual 2: Skor tahap kefahaman pelajar dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan selepas menggunakan bahan augmented reality
Pelajar Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan
1 15 13
2 13 13
3 13 14
4 14 14
5 15 15
6 13 14
7 13 15
8 14 15
9 15 14
10 13 13
11 13 14
12 14 15
13 15 15
14 15 15
15 14 13
16 14 13
17 13 14
18 14 14
19 15 15
20 13 13
21 14 13
22 14 15
23 15 13
24 14 13
25 15 14
Purata 14.00 14.04
4.3 Perbezaan tahap kefahaman pelajar tentang topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan antara kumpulan kawalan dan rawatan
Jadual 3 menunjukkan ringkasan perbezaan min dan sisihian piawai berkenaan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Min skor ujian pra bagi kumpulan kawalan adalah 4.24, manakala min skor bagi kumpulan rawatan adalah 5.04. Sisihan piawai ujian pra bagi kumpulan kawalan adalah 2.047, manakala sisihan piawai bagi kumpulan rawatan adalah 1.947. Hal ini telah membuktikan bahawa kedua-dua kumpulan pelajar yang terlibat mempunyai jurang kefahaman yang berbeza terhadap topik alat-alat tangan sistem pemaipan. Namun, setelah para pelajar diberikan pendedahan mengenai topik tersebut mengikut kaedah yang sama dengan menggunakan bahan augmented reality, didapati bahawa skor min ujian pos bagi kumpulan kawalan adalah 14.00, manakala skor min ujian pos bagi kumpulan rawatan adalah 14.04 Perbezaan skor min diantara kedua-dua kumpulan tersebut adalah 0.04. Ia telah menunjukkan peningkatan tahap kefahaman pelajar bagi kedua-dua kumpulan telah meningkat dengan jayanya dan jurang perbezaan skor yang wujud antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah sangat kecil.
Jadual 3: Perbezaan min dan sisihan piawai terhadap topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan
N Min Sisihan Piawai
Ujian Pra (Kawalan) 25 4.24 2.047
Ujian Pra (Rawatan) 25 5.04 1.947
Ujian Pos (Kawalan) 25 14.00 .816
Ujian Pos (Rawatan) 25 14.04 .841
Berdasarkan jadual 4 di bawah, ianya telah menunjukkan tentang keputusan ujain-t sampel tidak bersandar bagi ujian pra dan ujian pos terhadap kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Keputusan ujian-t tersebut adalah signifikan disebabkan nilai p bagi kedua-dua kumpulan adalah lebih dari 0.05. Maka, hipotesis nol ditolak keran terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek tahap kefahaman pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos. Justeru, kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Justeru, penggunaan bahan augmented reality mampu dan berjaya untuk meningkatkan pemahaman dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan.
Jadual 4: Ujian-t sampel tidak bersandar terhadap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan t df Signifikan Perbezaan Min Perbezaan Ralat Piawai
Ujian Pra -1.416 47.880 .163 -.800 .565
Ujian Pos -.171 47.959 .865 -.040 .234
5. Perbincangan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian, ianya telah menunjukkan bahawa penggunaan bahan AR mampu membuahkan kesan yang positif terhadap peningkatan pemahaman para pelajar dalam topik alat-alat tangan sistem pemaipan. Analisis kajian telah membuktikan bahawa penggunaan bahan AR sangat berkesan untuk membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik alat-alat tangan system pemaipan seperti memahami tentang jenis alatan tangan, memahami fungsi dan kegunaannya serta jenis dan saiz alatan tangan tersebut.
Justeru, para pelajar dapat menceritakan dan menerangkan semula tentang alatan tangan sistem pemaipan yang terdapat di dalam bahan augmented reality dengan begitu lancar. Dalam pada
masa yang sama, terdapat peningkatan di dalam markah ujian PB (Penilaian Bertulis) mereka selepas menggunakan bahan AR tersebut kerana ianya telah membantu daya ingatan para pelajar di dalam topik alatan tangan sistem pemaipan yang mereka pelajari.
Hal ini telah disokong oleh dapatan Diegmann (2018) yang berpendapat bahawa penggunaan bahan AR telah membantu meningkatkan kefahaman dalam proses pembelajaran disebabkan oleh setiap aplikasi atau bahan AR adalah sangat unik dan mempunyai cara yang tersendiri iaitu mempunyai keupayaan untukmenghasilkan persekitaran pembelajaran yang menarik.
Penggunaan bahan AR ini telah memberikan kesan yang positif, ianya disokong oleh dapatan kajian Mat Bistaman (2018) yang membuktikan bahawa bahan augmented reality telah berjaya meningkatkan motivasi para pelajar, memberikan keseronokan serta mewujudkan rasa ingin tahu di dalam diri para pelajar itu untuk mempelajari dan memahami pembelajaran mereka.
Disamping itu juga, penggunaan teknologi AR memperluaskan Pendidikan secara visual kepada para pelajar seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi terkini (Gurevych et al., 2021).
6. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mengumpulkan maklumat berkaitan dengan keberkesanan penggunaan bahan augmented reality untuk meningkatkan pemahaman para pelajar di dalam topik penggunaan alat-alat tangan sistem pemaipan di sebuah Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor. Melalui dapatan kajian ini, ianya telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik dan tinggi berdasarkan skor ujian pos selepas para pelajar menggunakan bahan augmented reality berbanding dengan skor ujian pra sebelum mereka menggunakan bahan augmented reality tersebut. Maka, penggunaan bahan augmented reality ini telah memberikan impak yang positif di dalam pembelajaran dan merupakan salah satu bahan bantuan mengajar yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sebagai bahan rujukan buat para pelajar kerana ianya mampu mencapai objektif pembelajaran.
Melalui kajian ini juga, penggunaan bahan augmented reality untuk meningkatkan pemahaman pelajar di dalam topik kegunaan alat-alat tangan sistem pemaipan adalah berkesan. Namun, keberkesanan tersebut perlulah diiringi dengan pemilihan bahan yang sesuai untuk dimuatkan agar ianya membantu para pelajar untuk memahami subjek atau topik tersebut. Selain itu, penggunaan bahan augmented reality telah berjaya meningkatkan motivasi serta minat para pelajar untuk belajar dan mengulangkaji pembelajaran mereka di luar proses pengajaran dan pembelajaran sebagai bahan rujukan mereka. Meskipun begitu, masih banyak perkara yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan agar penggunaan bahan augmented reality di dalam pembelajaran khususnya di Kolej Vokasional dilaksanakan dengan lebih meluas lagi.
Rujukan
Afnan, Muhammad, K., Khan, N., Lee, M.-Y., Imran, A. S., & Sajjad, M. (2021). School of the Future: A Comprehensive Study on the Effectiveness of Augmented Reality as a Tool for Primary School Children's Education. Retrieved April 15, 2022, from https://www.mdpi.com/2076-3417/11/11/5277
Akçayır, M. (2016). Advantages and challenges associated with augmented reality for education: A systematic review of the literature. Retrieved April 14, 2022, from https://doi.org/10.1016/j.edurev.2016.11.002
Ali, D. F. (2020). Retrieved April 11, 2022, from
https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/34
Ali, N., Mustaffa, M. S., & Ahmad, R. (2018). 1 Pendekatan Temubual Sebagai Metod Kajian Kes. Suatu Persepsi Di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bim. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. Retrieved
April 16, 2022, from
http://eprints.utm.my/id/eprint/2212/1/91.DrMuhdSharif%26Roslee.pdf
Almutairi, A., & Al-Megren, S. (2017). Preliminary Investigations on Augmented Reality for the Literacy Development of Deaf Children. Retrieved April 14, 2022, from https://www.researchgate.net/publication/320687286_Preliminary_Investigations_on _Augmented_Reality_for_the_Literacy_Development_of_Deaf_Children
Alzahrani, N. M. (2020). Augmented Reality: A Systematic Review of Its Benefits and Challenges in E-learning Contexts. MDPI. https://www.mdpi.com/2076- 3417/10/16/5660
Anuar, A. S., & Abdul Razak, K. (2022). PENGGUNAAN “AUGMENTED REALITY” DI DALAM PENGAJARAN SIRAH [APPLICATION OF “AUGMENTED REALITY”
IN TEACHING SIRAH]. Open Journal Systems.
https://myedujournal.com/index.php/arise/article/view/124/118
Cakir, R., & Korkmaz, O. (2018). The effectiveness of augmented reality environments on individuals with special education needs. Retrieved April 15, 2022, from https://link.springer.com/article/10.1007/s10639-018-9848-6
Campbell, D. T. (2015). tings to which it isappropriate are those of also be analyzed in this way where an exogeneous done, when attention is given to t. Proceedings of the Survey Research Methods Section. http://www.asasrms.org/Proceedings/y1965/Quasi- Experimental%20Design.pdf
Diegmann, P., Schmidt-Kraepelin, M., Eynden, S. v. d., & Basten, D. (2018). Benefits of Augmented Reality in Educational Environments – A Systematic Literature Review.
https://www.researchgate.net/publication/312147184_Benefits_of_Augmented_Real ity_in_Educational_Environments_-_A_Systematic_Literature_Review
Garzón, J. (2021). An Overview of Twenty-Five Years of Augmented Reality in Education.
MDPI. https://www.mdpi.com/2414-4088/5/7/37/htm
Gurevych, R., Silveistr, A., Mokliuk, M., Shaposhnikova, I., Gardiichuk, G., & Saiapina, S.
(2021). Using Augmented Reality Technology in Higher Education Institutions.
LUMEN Publishing.
https://lumenpublishing.com/journals/index.php/po/article/download/3644/2930/134 08
Haji Puteh, F. (2015). Kajian Tindakan. Academia.edu. Retrieved April 16, 2022, from https://www.academia.edu/29004537/Kajian_Tindakan
Huang, K.-T., Bell, C., Francis, J., Ratan, R., Boumis, J., & Fordam, J. (2019). Augmented Versus Virtual Reality in Education: An Exploratory Study Examining Science Knowledge Retention When Using Augmented Reality/Virtual Reality Mobile
Applications. Retrieved April 14, 2022, from
https://www.liebertpub.com/doi/full/10.1089/cyber.2018.0150
Johar, S. H., & Abdullah, N. S. (2018). A Concept Of Augmented Reality Module For Electronic Subject. Retrieved April 13, 2022, from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4793
Kamilin, M., & Keong, T. C. (2020). Adaptasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Kamis, A., Bakar, A. R., Hamzah, R., & Asmiran, S. (2014). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (RFP) (The Validity and Reliability of the Fashion Design Competency Instrument). UKM.
https://www.ukm.my/jurfpend/jurnal%2037(2)/2%20Kesahan.pdf
Kato, H. (2019). International Journal of Emerging Technologies in Learning – ISSN: 1863- 0383 – Vol. 14, No. 03, 2019. Semantic Scholar. Retrieved April 14, 2022, from https://pdfs.semanticscholar.org/59f8/7c872184a603fd8cd5b363946e6b70fd14e1.pd f
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. KPM.
Retrieved April 11, 2022, from https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan- jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file
Kovoor, J. G., Gupta, A. K., & Gladman, M. A. (2021). Validity and effectiveness of augmented reality in surgical education: A systematic review, Surgery. Retrieved
April 15, 2022, from
https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0039606021000908
Majeed, Z. H., & Ali, H. A. (2019). A review of augmented reality in educational applications.
https://www.researchgate.net/profile/Zainab-Alfayez-
2/publication/344308958_A_review_of_augmented_reality_in_educational_applicat ions/links/5f65c180a6fdcc00862d3261/A-review-of-augmented-reality-in-
educational-applications.pdf
Markamah, N., Subiyanto, & Murnomo, A. (2018). The Effectiveness of Augmented Reality App to Improve Students Achievement in Learning Introduction to Animals.
Retrieved April 15, 2022, from
https://pdfs.semanticscholar.org/ce33/3988c8db718f9625fc682fae0263bdf7f290.pdf Mat Bistamam, I. N. (2018). The Use of Augmented Reality Technology for Primary School
Education in Perlis, Malaysia. YouTube.
https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1019/1/012064/meta
Md Yasin, M. S., Suruji, A. A., Selamat, S. N., Zamzamir, S., Rahmat, H., Mohamed, J., &
Kassim, N. (2021). Aplikasi Realiti Pergerakan (AR) Untuk Standard Subjek Muzik
Tahun 4 Sekolah Rendah. 2(2), 353-358.
https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari
Mohd Ekhsan, H. (2022). View of Enhancing Sign Language Learning with Augmented Reality. Journal of Computing Research and Innovation. Retrieved April 14, 2022, from https://crinn.conferencehunter.com/index.php/jcrinn/article/view/277/194 Mohid, S. Z., Ramli, R., Nordin, F. N. '., & Abas, H. (2018). Teknologi Realiti Luasan (AR)
dalam Pengajaran Jawi Abad 21.
http://fstm.kuis.edu.my/icits/18/eproceeding/assets/files/ITS4-
021%20TEKNOLOGI%20REALITI%20LUASAN%20(AR)%20DALAM%20PEN GAJARAN%20JAWI%20ABAD%2021.pdf
Nabila, N. (2021). KONSEP PEMBELAJARAN MATEMATIKA SD BERDASARKAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET | Nabila | JKPD (Jurnal Kajian Pendidikan Dasar).
https://journal.unismuh.ac.id/index.php/jkpd/article/view/3574
Pd, S. M. (2017). Teori Kognitif dan Implikasinya Dalam Pembelajaran.
https://www.researchgate.net/publication/322204568_Teori_Kognitif_dan_Implikasi nya_Dalam_Pembelajaran
Pradana, R. W. (2020). Penggunaan Augmented Reality Pada Sekolah Menengah Atas di
Indonesia. Retrieved 2022, from http://e-
journal.undikma.ac.id/index.php/jtp/article/view/2857/1985
Proforma Akademik 2014/2015. (2014). UTHM.
http://cad.uthm.edu.my/images/proforma/20142015/FPTV_SMPV(Penyejukbekuan _PenyamananUdara)_20142015.pdf
Rancangan Malaysia Kesebelas. (2015). RMK11. Retrieved April 13, 2022, from https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/speech/files/RMK11_Ucapan.pdf Saforrudin, N., Badioze Zaman, H., & Ahmad, A. (2018). Pengajaran Masa Depan
Menggunakan Teknologi Augmented Reality Dalam Pendidikan Bahasa Melayu:
Tahap Kesedaran Guru. Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal.
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/download/43/43
Santos, J. F., & Esposo-Betan, S. M. (2018). Advantages and Challenges of Using Augmented Reality for Library Orientations in an Academic/Research Library Setting. Purdue e- Pubs. https://docs.lib.purdue.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=2199&context=iatul Saputri, D. S. C. (2017). Penggunaan Augmented Reality Untuk Meningkatkan Penguasaan
Kosa Kata dan Hasil Belajar. http://ojs.stmik-
banjarbaru.ac.id/index.php/jutisi/article/view/230
Shaari, A. S. (Ed.). (2022). Kaedah Penyelidikan Pendidikan Kuantitatif (UUM Press). UUM Press.
Stratton, S. J. (2019). Quasi-Experimental Design (Pre-Test and Post-Test Studies) in Prehospital and Disaster Research. https://www.cambridge.org/core/services/aop- cambridge-
core/content/view/13DC743E82CE9CC6407998A05C6E1560/S1049023X1900505 3a.pdf/quasi-experimental-design-pre-test-and-post-test-studies-in-prehospital-and- disaster-research.pdf
Subhashini, P., Siddiqua, R., Keerthana, A., & Pavani, P. (2020). Augmented Reality in Education. Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved April 14, 2022, from https://www.researchgate.net/profile/Raqshanda-
Siddiqua/publication/348113047_Augmented_Reality_in_Education/links/60101ce1 a6fdccdcb880b19e/Augmented-Reality-in-Education.pdf
Sugiana, D., & Muhtadi, D. (2020). Augmented Reality Type QR Code : Pengembangan Perangkat Pembelajaran di Era Revolusi Industri 4.0.
http://jurnal.unsil.ac.id/index.php/sncp/article/view/1034
Sural, I. (2018). Augmented Reality Experience: Initial Perceptions of Higher Education Students, International Journal of Instruction. ERIC. Retrieved April 13, 2022, from https://eric.ed.gov/?id=EJ1191718