e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,134-146, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Kecerdasan Emosi Dan Burnout Guru (Emotional Intelligence And Teacher Burnout)
Nuni Natassa Mohd Sani1*, Shahlan Surat1, Saemah Rahman1
1 Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.13
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Berikutan pertumbuhan pesat teknologi dan pengembangan ilmu pengetahuan, bidang tugas guru semakin mencabar. Justeru, guru semakin tertekan dengan bebanan kerja yang terlampau dan seterusnya mengalami burnout. Kertas ini membincangkan tentang hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout guru. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout serta kecerdasan emosi dalam kalangan guru dan seterusnya mengetahui hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout di kalangan guru. Satu kajian telah dijalankan ke atas 297 orang guru sekolah rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menggunakan instrumen Inventori Burnout Maslach (MBI) bagi mengukur tahap burnout guru dan Skala Kecerdasan Emosi Goleman bagi mengukur kecerdasan emosi guru.
Seterusnya, data dianalisis menggunakan SPSS Versi 23. Dapatan kajian mendapati hubungan antara burnout dengan kepenatan emosi (r = -0.229, p < 0.01); depersonalisasi (r = -0.321, p
< 0.01) dan pencapaian peribadi (r = -0.343, p < 0.01) adalah hubungan negatif yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi memiliki tahap burnout yang rendah. Kajian ini menyokong bahawa kecerdasan emosi merupakan faktor yang dapat membantu mengatasi masalah burnout yang dialami oleh guru- guru. Adalah diharapkan dengan hasil kajian ini dapat memberi idea kepada pihak atasan bagi menjalankan program yang bersesuaian bagi meningkatkan kecerdasan emosi guru-guru di Malaysia khususnya.
Kata kunci: Kecerdasan emosi (EQ), burnout guru, Inventori Burnout Maslach (MBI), Skala Kecerdasan Emosi Goleman, Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23.
Abstract: Due to the growth and development of the technology, the teachers' field of work has become increasingly challenging. As the result, the teachers are increasingly overwhelmed by the burden of work and subsequently faced burnout. This paper discusses the relationship between emotional intelligence and teacher burnout. The objective of this study was to identify burnout levels and emotional intelligence among teachers and to further understand the relationship between emotional intelligence and burnout among teachers. A study was conducted on 297 primary school teachers in Tanah Merah district in Kelantan. The sample selection is randomly chosen. To achieve the research objectives, the researcher used the Burnout Maslach Inventory instrument (MBI) to measure teacher burnout levels and Goleman Emotional Intelligence Scale to measure teacher emotional intelligence. Next, data were analyzed using SPSS Version 23. The findings showed the relationship between burnout and emotional fatigue (r = -0.229, p < 0.01); personalization (r = -0.321, p < 0.01) and personal achievement (, p < 0.01) is a significant negative relationship. Hence, it shows that teachers with high emotional intelligence have low burnout levels. This study supports that emotional
intelligence is a factor that can help solve the burnout problems experienced by teachers. It is hoped that the results of this study will give the superiors an idea to run appropriate programs to enhance the emotional intelligence of teachers in Malaysia in particular.
Keywords: Emotional intelligence (EQ), teacher burnout, Burnout Maslach Inventory (MBI), Goleman Emotional Intelligence Scale, Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 23.
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Dalam membicarakan tentang dunia pendidikan, ia menjurus kepada warga pendidik yang menjadi tonggak utama dalam sistem pendidikan. Tuntutan tugas dan tanggungjawab seseorang pendidik tidak hanya meliputi tanggungjawab mendidik di sekolah malahan meliputi skop tugas yang lebih luas daripada aspek tersebut. Selain daripada mengajar para pelajar, tanggungjawab guru turut meliputi tugas pengkeranian, dokumentasi rekod sekolah dan pelajar, pengisian pelbagai aplikasi dan sebagainya. Ditambah lagi dengan situasi semasa iaitu pasca COVID-19, manusia mulai kembali ke norma asal sebelum terjadinya pandemik COVID-19 yang telah mengubah kehidupan manusia sejagat.
Kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen guru akan berubah berikutan stres dan burnout yang seterusnya mengurangkan semangat guru. Hasil kemerosotan yang dialami guru, ia seterusnya memberi kesan yang negatif kepada pelajar dari aspek pencapaian mereka (Kim et al., 2017; Ronfeldt et al., 2013). Burnout guru terjadi akibat faktor dalaman dan luaran. Antara contoh faktor dalaman adalah seperti kecerdasan emosi guru (Fiorelli et. al. , 2019), efikasi kendiri guru (Nurul Atikah, 2021) dan tingkahlaku interpersonal (Muhammad Saiful, 2022) juga menunjukkan terdapat perkaitan dengan kecenderungan guru mengalami burnout. Bagi faktor luaran, antara faktor yang menjadi punca burnout guru adalah faktor persekitaran tempat kerja (Jose et. al., 2021), sokongan sosial (Richards et al., 2018; Stelmokienė et al., 2019; Taylor et al., 2019; Vousiopoulos et al., 2019), kedaifan fasiliti sekolah (Jensen & Solheim, 2020), bebanan tugas guru yang tinggi (Burić & Frenzel, 2019; Viotti et al., 2018), permintaan kerja yang kronik (Lloens-Gumbau & Salanova-Soria, 2014), faktor pelajar iaitu kesukaran untuk memenuhi keperluan pelajar (Shirom et al., 2009) dengan masalah disiplin pelajar (Gonzáles- Morales et al., 2010; Llorens-Gumbau & Salanova-Soria, 2014) serta faktor sekolah iaitu dari segi iklim sekolah (Leong, 2021).
Profesion perguruan merupakan pekerjaan yang mencabar dan satu kajian pada tahun 2019 oleh Garcia-Carmona et al. telah mendapati bahawa anggaran sebanyak 30 hingga 40% warga pendidik didapati mengalami simptom burnout. Sekitar tahun 1970an, isu burnout telah menerima perhatian umum berikutan liputan pihak media khususnya dari segi kerjaya (Hassan
& Abu, 2013; Ruiter et al., 2020). H. Malik et. al. (2021) menyatakan bahawa statistik menunjukkan bahawa semakin ramai guru yang berhenti dari profesion perguruan. Guru didapati tiga kali ganda berkecenderungan untuk meninggalkan kerjaya guru dan memilih perkerjaan dengan peluang yang lebih baik. Antara faktor yang menjadi punca bagi persaraan awal para guru adalah masalah kesihatan, peningkatan usia tidak mengizinkan dalam meneruskan kerjaya guru dan juga masalah burnout guru. Justeru, tidak sukar untuk memahami mengapa burnout telah diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam yang telah diberi perhatian oleh UNESCO berdasarkan situasi semasa dalam bidang perguruan.
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,134-146, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Isu burnout guru lebih serius berbanding masalah seperti persaraan awal, guru yang memilih untuk berhenti dan bertukar kerja secara tiba-tiba. Berikutan itu, ia menyebabkan guru yang terjejas memilih untuk bertahan dan kekal dalam profesion perguruan namun dengan keadaan pasif. Terdapat kajian yang menyatakan mereka yang berada dalam profesion perguruan terdedah kepada burnout kerana ia merupakan profesion yang sering mengalami tekanan.
Hanya di Amerika Syarikat data diperolehi menunjukkan, satu perempat daripada keseluruhan guru mengalami burnout pada waktu-waktu tertentu (Maslach, Schaufeli, & Leiter, 2001)
Jika dibandingkan dengan profesion lain, Weng et. al. (2011) telah mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dengan burnout doktor dan seterusnya mendapati bahawa doktor dengan tahap kecerdasan emosi yang tinggi hanya menunjukkan sedikit sahaja gejala burnout.
Görgens-Ekermans and Brand (2012) pula telah memperolehi keputusan kajian yang menunjukkan jururawat dengan peningkatan tahap kecerdasan emosi lebih cenderung bekerja di persekitaran yang kurang tekanan dan kurang mengalami burnout. Situasi bagi profesion perguruan pula lebih kurang sama dengan profesion-profesion lain yang memerlukan pengurusan tekanan emosi dalam kehidupan seharian. Akan tetapi, seseorang pendidik yang mengalami masalah dalam pengurusan emosi akan menghadapi kesukaran dari aspek mengekalkan hubungan dengan para pelajar, masalah dalam kawalan bilik darjah dan pembelajaran pelajar (Jennings & Greenberg, 2009).
Kesimpulannya, masalah burnout dikalangan golongan professional termasuklah di kalangan guru telah dikenalpasti dan diberi perhatian sejak tahun 1970an. Ia mengakibatkan kepada beberapa kesan contohnya keputusan guru untuk meninggalkan profesyen perguruan. Oleh yang demikian, isu burnout guru perlu dikaji dengan lebih mendalam bagi mendapatkan solusi bagi mengatasi kesan-kesan negatif yang dialami oleh guru. Fokus kajian ini bertumpu kepada hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout guru dan seterusnya objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout serta kecerdasan emosi dalam kalangan guru dan seterusnya mengetahui hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout di kalangan guru. Bagi melaksanakan kajian ini, seramai 297 orang guru sekolah rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Pemilihan sampel adalah secara rawak.
Maka, dapat dinyatakan bahawa burnout di kalangan guru perlu ditangani bagi membendung ia sebagai faktor guru meninggalkan kerjaya perguruan. Selain itu, isu burnout perlu diatasi kerana ia memberi kesan kepada motivasi, prestasi serta kesihatan guru. Seterusnya, ia akan mempengaruhi perkembangan dan motivasi murid. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi suatu pencerahan mengenai hubungan kecerdasan emosi dan burnout guru dan membantu pihak-pihak berkenaan mencadangkan langkah dan strategi yang sesuai untuk mengatasi masalah burnout guru.
2. Sorotan Literatur
2.1 Burnout Guru
Freudenberger (1974) yang merupakan pengasas burnout menyatakan ianya merupakan keadaan di mana seseorang pekerja melalui situasi yang melibatkan keletihan emosi dan ketidakupayaan untuk melaksanakan pekerjaan seharian mereka seperti kebiasaannya oleh kerana tahap yang rendah dari segi interaksi sesama rakan sekerja dan hubungan interpersonal dengan orang sekeliling. Freudenberger juga menyatakan bahawa burnout sering terjadi dalam konteks yang memerlukan sejumlah besar penglibatan dan empati peribadi, terutama di kalangan mereka yang berdedikasi dan yang komited terhadap kerja (Reith, 2018). Medline Medical Encyclopedia (2020) mendefinisikan stres sebagai situasi di mana seseorang individu
merasai ketegangan emosi berikutan berlakunya peristiwa atau pemikiran yang menjadikan individu tersebut kecewa, marah atau gementar. Adapun, burnout pula menjurus kepada stres yang khusus di tempat kerja dan mengakibatkan seseorang individu mengalami keletihan fizikal dan emosi yang seterusnya menyebabkan penurunan prestasi kerja (Mayo Clinic, 2018).
Burnout merupakan antara sebab utama guru meninggalkan kerjaya perguruan di sesetengah negara yag seterusnya menyebabkan peningkatan atrisi guru dalam beberapa tahun kebelakangan (Waterford, 2019). Ia merupakan stres kronik yang ekstrem dan boleh dialami oleh mana-mana guru, tidak mengira tahap pengalaman mahupun betapa bersemangatnya mereka dalam menjalankan tugas. Perubahan emosi guru akibat burnout berupaya mempengaruhi ton pembelajaran murid maka pelajar akan turut terkesan sekaligus menjejaskan pembelajaran mereka. Ini menunjukkan bahawa burnout yang dialami oleh guru secara tidak langsung memberi kesan kepada pembelajaran para pelajar. Maka tidak dapat dinafikan bahawa masalah burnout yang dialami oleh guru-guru turut memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Dalam konteks kajian ini, burnout guru merujuk kepada keletihan emosi yang terjadi apabila guru merasakan sesuatu kerja itu terlalu berat sehingga menjadi penat dari segi emosi dan psikologi yang seterusnya, mengakibatkan perubahan tingkah laku negatif dan merasakan bahawa diri mereka tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
2.2 Kecerdasan Emosi
Salovery & Caruso (2004) menyatakan kecerdasan emosi (EQ) dapat dikategorikan kepada tiga pendekatan teori utama. Antaranya model kemampuan, model trait dan model kecekapan.
Model kemampuan memberi definisi bahawa sebagai set keupayaan mental yang berkaitan secara konseptual dengan emosi dan pemprosesan maklumat emosi (Mayer & Salovey, 1997).
Model trait pula menentukan EQ sebagai jujukan sifat sosio-emosi, contohnya sifat ketegasan (Bar-On, 1997). Model kecekapan pula terdiri daripada satu set kecekapan emosi yang ditakrifkan sebagai yang merujuk kepada keupayaan mempelajari sesuatu perkara berdasarkan EQ (Goleman, 2001). Kategori ini selain dapat membantu dalam memberi penjelasan bagi pendekatan yang berbeza bagi konseptualisasi konstruk, ia juga dapat menjelaskan pendekatan EQ yang tidak berkaitan dan lebih berbeza. Ini dinyatakan oleh Goleman (2005) bahawa bahagian yang dicadangkan itu berkemungkinan memberi kesan secara tidak sengaja yang dicadangkan mungkin mempunyai yang tidak disengajakan yang mengaburkan hubungan penting antara aspek kecerdasan emosi (Goleman, 2005).
Dalam konteks kajian ini, Teori Kecerdasan Emosi Goleman sangat sesuai diaplikasikan kerana ia mengandungi model-model yang dapat menangani burnout guru. Model kecerdasan emosi yang diperkenalkan oleh Daniel Goleman (2007) memfokuskan pada kecerdasan emosi sebagai satu susunan kecekapan dan kemahiran yang luas yang menentukan prestasi kepimpinan.
Model Goleman menggariskan lima komponen utama kecerdasan emosi iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasi diri, mengenali emosi orang lain dan membina hubungan. Justeru, dalam kajian ini, definisi kecerdasan emosi guru merujuk kepada kemampuan guru untuk melihat, mengekspresikan, memfasilitasi, dan memahami emosi, dan dikaitkan dengan kualiti hubungan interpersonal hubungan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan mereka.
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,134-146, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Rajah 1: Kerangka konsep hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout guru.
2.3 Kajian Lepas
Vipene dan Uche (2021) telah mengkaji hubung kait kecerdasan emosi dalam pekerjaan guru dalam bidang teknikal di sebuah kolej di Rivers State. Hasil menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan emosi diri dan burnout guru. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi diri dan burnout guru.
Berdasarkan penemuan kajian tersebut, ia menunjukkan guru harus selalu menentukan dan mengekalkan standard dalam apa jua hubungan dengan rakan sekerja dan pelajar bagi mengatur dan mengekalkan hubungan yang harmoni.
Kajian yang telah dijalankan oleh Avionela & Fauziah (2018) telah menyatakan terdapat hubungan yang negatif di antara kecerdasan emosi dengan burnout. Pengkaji telah menyimpulkan bahawa apabila semakin tinggi kecerdasan emosi yang dimiliki oleh seseorang individu, maka tahap burnout yang dialami juga semakin rendah. Ini sebaliknya berlaku kepada mereka yang mengalami burnout di tahap yang tinggi. Mereka didapati memiliki kecerdasan emosi yang rendah. Maka, dapat dinyatakan bahawa kecerdasan emosi seseorang individu itu mempengaruhi dengan ketara burnout yang dihadapi.
Selain itu, R. Kafipour et. al. (2018) telah membuat kajian mengenai hubungan kecerdasan emosi dengan burnout guru yang mengajar di institusi pengajian swasta. Hasilnya menunjukkan hubungan yang signifikan antara emosi kecerdasan guru dan tiga dimensi burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi. Hasilnya juga menunjukkan bahawa kategori mood umum dan kemampuan menyesuaikan diri adalah peramal terbaik bagi burnout guru. Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji ialah guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi dijangka dapat menguruskan tugas yang memberi tekanan dan seterusnya terhindar daripada mengalami burnout guru.
M. Batista (2018) telah menjalankan kajian untuk menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi (EQ), yang diukur menggunakan Ujian Kecerdasan Emosi Mayer-Salovey-Caruso (MSCEIT), dengan burnout guru, yang diukur menggunakan Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI-ES), menggunakan sampel guru K-12 di Pennsylvania. Data juga menunjukkan bahawa usia dan jantina secara signifikan mengurangkan
Burnout guru Mengurus
emosi sendiri Memotivasi
diri sendiri Mengenali emosi orang
lain Mengenali emosi sendiri
Model Kecerdasan
Emosi Goleman
Membina hubungan Kompetensi
peribadi
Kompetensi sosial
hubungan antara pemboleh ubah ini. Pengalaman bertahun-tahun tidak menyederhanakan hubungan antara menerima dan memahami emosi dan burnout guru. Hasil ini menunjukkan kesan EQ terhadap burnout guru dan peranan umum mereka sebagai pendidik.
Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi berpotensi mengalami burnout yang rendah. Selain itu, kajian juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru turut dipengaruhi oleh faktor usia dan jantina selain keupayaan guru dalam pengurusan emosi dan memotivasikan diri. Walau bagaimanapun, dalam kajian-kajian lepas tidak dinyatakan dengan jelas tentang tahap bagi setiap aspek kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru yang mengalami burnout pada tahap yang rendah. Maka, timbul persoalan tentang tahap bagi setiap kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru-guru dan seterusnya kesan aspek-aspek berkenaan ke atas masalah burnout yang dialami oleh guru.
Lantaran itu, kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui masalah burnout yang dialami di kalangan guru di samping mengetahui tahap kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru. Akhir sekali, hubungan antara tahap kecerdasan emosi dan burnout di kalangan guru juga turut dikaji.
3. Metod Kajian
Kajian ini dijalankan dengan melakukan tinjauan dengan pendekatan kuantitatif di sekolah- sekolah rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Borang kaji selidik tanpa nama yang mengandungi soalan bahagian demografi responden dan dua instrumen pengukuran kajian diedarkan kepada responden. Populasi kajian ialah 1298 orang guru sekolah rendah. Maka, saiz sampel adalah seramai 297 orang berdasarkan Jadual Krejcki dan Morgan (1970). Kaedah kutipan data adalah melalui Google Form dalam group Whatsapp guru-guru sekolah rendah PPD Tanah Merah. Borang kaji selidik manual juga turut diedarkan oleh pengkaji ke sekolah- sekolah rendah yang mengandungi instrument Inventori Burnout Maslach (MBI) dan Skala Pengukuran Kecerdasan Emosi Goleman.
MBI adalah instrumen yang paling biasa digunakan untuk menilai sendiri sama ada seseorang individu berisiko mengalami burnout. Pengkaji telah menggunakan instrumen MBI yang telah diadaptasi mengikut objektif kajian. Bagi menentukan risiko burnout, MBI meneroka tiga komponen iaitu kepenatan, depersonalisasi dan pencapaian peribadi. Dalam instrumen MBI ini, terdapat 22 item soalan yang terdiri daripada 7 item soalan Kepenatan Emosi, 7 item soalan Depersonalisasi dan 8 item soalan Pencapaian Peribadi. Manakala bagi mengukur tahap kecerdasan guru, Instrumen Pengukuran Kecerdasan Emosi Goleman ini diadaptasi dari skala yang disusun oleh Rathakrishnan et. al. (2020) berdasarkan aspek-aspek kecerdasan emosi yang dikemukakan oleh Goleman (1999), iaitu mengenali emosi diri, menguruskan emosi, memotivasi diri sendiri, mengenali emosi orang lain dan membina hubungan. Instrumen kajian ini mengandungi 28 item soalan yang terdiri daripada 7 item soalan Mengenali emosi diri, 9 item soalan Mengurus emosi diri, 4 item soalan Memotivasi diri sendiri, 4 item soalan Mengenali emosi orang lain dan 4 item soalan Membina hubungan. Bagi menganalisia data yang telah dikumpul, SPSS Versi 23 telah digunakan dengan korelasi diaplikasikan bagi mengetahui hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout guru.
Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu melaksanakan kajian rintis. Kajian rintis ini dilaksanakan untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian sebenar yang akan dijalankan di samping meningkatkan keabsahan dalam instrumen kajian. Pengkaji telah melakukan ujian rintis di sebuah sekolah rendah dalam
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,134-146, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Tanah Merah, Kelantan dengan subjek seramai 30 orang guru. Ujian rintis ini telah dijalankan sendiri oleh pengkaji. Sebelum ujian rintis ini diadakan, pengkaji telah meminta kebenaran rasmi daripada guru besar di sekolah berkenaan. Hasil daripada ujian rintis menunjukkan julat kebolehpercayaan bagi burnout dari aspek kepenatan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi, serta dimensi kecerdasan emosi adalah berada di antara 0.751 hingga 0.917. Manakala alfa Cronbach bagi keseluruhan burnout dan kecerdasan emosi di kalangan guru sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan adalah masing-masing 0.869 (22 item) dan 0.954 (28 item). Maka, jadual alfa Cronbach di atas menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima.
4. Hasil Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada guru sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan dan seramai 297 orang telah terlibat di dalam kajian ini. Data demografi yang digunakan seperti jantina, bangsa, umur, tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah semasa dibentangkan dalam bentuk jadual berdasarkan bilangan dan peratusan responden. Taburan demografi responden dipaparkan dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1 Taburan Demografi Responden
Bilangan Peratus
Jantina
Lelaki 107 36.0
Perempuan 190 64.0
Bangsa
Melayu 289 97.3
Cina 6 2.0
Lain-lain 2 0.7
Umur
21 hingga 25 tahun 2 .7
26 hingga 30 tahun 10 3.4
31 hingga 35 tahun 15 5.1
36 hingga 40 tahun 58 19.5
41 hingga 45 tahun 85 28.6
46 hingga 50 tahun 45 15.2
51 hingga 55 tahun 56 18.9
56 hingga 60 tahun 26 8.8
Tahap pendidikan
Diploma 25 8.4
Sarjana Muda 257 86.5
Sarjana 15 5.1
Pengalaman mengajar
1 hingga 5 tahun 15 5.1
6 hingga 10 tahun 17 5.7
11 hingga 15 tahun 76 25.6
16 hingga 20 tahun 54 18.2
21 hingga 25 tahun 57 19.2
26 hingga 30 tahun 47 15.8
Lebih daripada 30 tahun 31 10.4
Lokasi sekolah semasa
Luar bandar 253 85.2
Bandar 44 14.8
4.1 Tahap burnout dan kecerdasan emosi guru
Jadual 4.2 Nilai Min dan Sisihan Piawai Skor Burnout Guru
Min SP Tahap
Aspek kepenatan emosi 8.67 6.29 Rendah
Aspek depersonalisasi 6.34 5.03 Sederhana
Aspek pencapaian peribadi 16.41 11.47 Rendah
Keseluruhan skor burnout guru 10.47 7.60 Rendah
Jadual 4.3 Nilai Min dan Sisihan Piawai Tahap Kecerdasan Emosi
Min SP Tahap
Mengenali emosi diri 3.32 .374 Sederhana
Mengurus emosi diri 3.15 .376 Sederhana
Memotivasi diri sendiri 3.26 .375 Sederhana
Mengenali emosi orang lain 3.23 .373 Sederhana
Membina hubungan 3.20 .370 Sederhana
Keseluruhan kecerdasan emosi 3.23 .333 Sederhana
Jadual 4.2 menunjukkan hasil kajian yang telah dijalankan ke atas guru-guru sekolah rendah daerah Tanah Merah, Kelantan mendapati hasil analisa menunjukkan skor burnout dari aspek kepenatan emosi (min=8.67, SP=6.29) berada pada tahap rendah, skor burnout dari aspek depersonalisasi (min=6.34, SP=5.039) pada tahap sederhana, skor burnout dari aspek pencapaian peribadi (min=16.41, SP=11.474) dalam kalangan guru berada pada tahap rendah.
Seterusnya, Jadual 4.3 menunjukkan dapatan hasil analisa kelima-lima skor dimensi kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru iaitu mengenali emosi diri (min = 3.32, SP = 0.374), mengurus emosi diri (min = 3.15, SP = 0.376), memotivasi diri sendiri (min = 3.26, SP = 0.375), mengenali emosi orang lain (min = 3.23, SP = 0.373), dan membina hubungan (min = 3.20, SP
= 0.370) adalah berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya menunjukkan skor tahap kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan (min
= 3.23, SP = 0.333) adalah berada pada tahap yang sederhana.
4.2 Hubungan antara burnout dengan kecerdasan emosi
Jadual 4.4 Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Burnout
Burnout Kecerdasan emosi
r Sig. P
Kepenatan emosi -0.229** .000
Depersonalisasi -0.321** .000
Pencapaian Peribadi -0.343** .000
** p < 0.01
Jadual 4.4 menunjukkan burnout dari aspek kepenatan emosi (r = 0.229, p < 0.01);
depersonalisasi (r = 0.321, p < 0.01); dan pencapaian peribadi (r = 0.343, p < 0.01) mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan kecerdasan emosi dalam kalangan guru sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan. Maka, dapat disimpulkan bahawa hipotesis null iaitu tidak ada hubungan yang signifikan antara tahap kecerdasan emosi dan burnout guru adalah ditolak.
Ia menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan burnout guru.
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,134-146, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
5. Perbincangan Kajian
5.1 Burnout Guru
Berdasarkan hasil kajian bagi burnout guru, aspek pencapaian peribadi menunjukkan min keseluruhan yang tertinggi antara ketiga-tiga dimensi burnout guru dengan min ialah 16.41 dan sisihan piawaian ialah 11.474. Seramai 258 orang responden yang mewakili 86.9% berada pada tahap yang rendah bagi aspek pencapaian peribadi. Min keseluruhan kedua tertinggi ditunjukkan oleh burnout dari aspek kepenatan emosi dengan min ialah 8.67 dan sisihan piawaian ialah 6.296. Seramai 265 orang iaitu mewakili 89.2% berada pada tahap yang rendah bagi aspek kepenatan emosi.
Seterusnya, min keseluruhan terendah antara ketiga-tiga dimensi burnout ditunjukkan oleh aspek depersonalisasi dengan min ialah 6.34 dan sisihan piawaian ialah 5.039 dan berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian menunjukkan seramai 160 orang mewakili 53.9% responden berada pada tahap yang rendah bagi aspek depersonalisasi. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian mendapati bahawa skor burnout dari aspek kepenatan emosi dan pencapaian peribadi berada pada tahap rendah. Manakala skor burnout dari aspek depersonalisasi pula menunjukkan tahap sederhana.
Hasil analisa data tersebut hanya sama dengan dapatan Roohani et.al. (2019) dari aspek kepenatan emosi yang rendah namun berbeza dari aspek pencapaian peribadi dan depersonalisasi. Ini kerana kajian berkenaan memberi hasil aspek depersonalisasi yang rendah serta aspek pencapaian peribadi pada tahap yang sederhana. Ia memberi kesimpulan bahawa guru EFL yang menjadi responden kajian tersebut mempunyai pencapaian peribadi dan keberkesanan diri yang baik. Mereka boleh bekerjasama dengan pelajar mereka di kelas dan mengambil berat tentang mereka tanpa mengalami burnout dan kekecewaan. Hasil kajian berkenaan menunjukkan bahawa majoriti guru EFL tidak mengalami tahap burnout yang tinggi.
Hasil dapatan kajian ini adalah sejajar dengan dapatan Rathakrishnan (2020) menjelaskan dalam kajiannya bahawa kepenatan emosi berada pada tahap sederhana. Namun dapatan kajian berkenaan berkaitan aspek depersonalisasi dan pencapaian diri agak bertentangan dengan dapatan kajian ini. Ia kerana dalam kajian berkenaan, depersonalisasi berada pada tahap rendah dan penurunan pencapaian diri. Ini menjelaskan bahawa guru keletihan di tempat kerja tetapi pada masa yang menyukai kerjaya mereka. Dapatan kajian berkenaan juga menyatakan bahawa responden mencapai skor harga diri yang tinggi yang menandakan rasa ketidakcekapan dan persaingan memajukan kerjaya. Hasil dapatan juga menunjukkan kepenatan emosi guru di bandar berada pada tahap yang lebih rendah berbanding guru luar bandar. Ia menunjukkan bahawa guru di kawasan bandar kurang mengalami kepenatan emosi berbanding guru di kawasan luar bandar. Selain itu, kedua-dua kumpulan responden berada pada tahap depersonalisasi yang rendah. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua faktor lokasi tidak memberi kesan kepada perkhidmatan yang diberikan kepada pelajarnya.
5.2 Tahap Kecerdasan Emosi Guru
Dari hasil dapatan, min keseluruhan kecerdasan emosi dari aspek mengenali emosi menunjukkan min keseluruhan yang tertinggi iaitu 3.32 dan berada pada tahap sederhana dengan sisihan piawaian 0.374. Ia menunjukkan bahawa guru-guru dapat memahami perasaan yang mereka rasai dan jelas ditunjukkan apabila soalan item C1 iaitu “Saya menyedari apa yang saya rasakan.” mencatatkan min sederhana yang tertinggi (min = 3.46, SP = 0.519).
Berdasarkan Teori Kecerdasan Emosi Golemen, ini menunjukkan bahawa responden kajian ini memiliki keupayaan memahami emosinya sendiri dan mengetahui akibatnya jika menggunakan
perasaan negatif untuk membuat sesuatu keputusan. Secara langsung, ia menunjukkan kemampuan ini merupakan kecerdasan emosi responden kajian iaitu kesedaran seseorang akan emosinya sendiri.
Min kedua tertinggi antara kelima-lima aspek kecerdasan emosi ditunjukkan oleh aspek memotivasikan diri sendiri yang mana ia berada pada tahap yang sederhana dengan min 3.26 dan sisihan piawaian 0.375. Item C17 iaitu “Ketika saya senang hati, hal itu dapat memotivasi saya untuk menjadi lebih baik lagi dalam mencapai sesuatu tujuan.” mencatatkan min sederhana yang tertinggi (min = 3.36, SP = 0.502) bagi aspek memotivasikan diri sendiri. Dengan memiliki motivasi dalam diri, ia bererti memiliki ketekunan untuk menahan diri terhadap kepuasan dan mengendalikan dorongan hati, serta mempunyai perasaan motivasi yang positif, iaitu kesungguhan yg tinggi, optimis dan keyakinan diri.
Seterusnya, hasil kajian menunjukkan aspek mengenali emosi orang lain berada pada tahap sederhana dengan min ialah 3.23 dan sisihan piawaian 0.373. Item C15 iaitu “Saya tahu ketika seseorang sedang marah.” mencatatkan min sederhana yang tertinggi (min = 3.26, SP = 0.503).
Daripada soalan item C15, ia menunjukkan keupayaan seseorang individu untuk menunjukkan kemampuan empati kepada individu lain.
Bagi aspek membina hubungan, soalan item C13 iaitu “Saya berusaha menghiburkan rakan ketika dia sedang bersedih.” mencatatkan min sederhana yang tertinggi (min = 3.26, SP = 0.495). Secara keseluruhannya menunjukkan skor kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru aspek membina hubungan berada pada tahap sederhana dengan min ialah 3.20 dan sisihan piawaian ialah 0.370. Daripada soalan item C13, dapat dilihat keinginan seseorang individu untuk memberi inspirasi, pengaruh, dan mengembangkan orang lain ketika atau semasa menguruskan konflik. Hasil dapatan berkaitan aspek memotivasi diri, adalah sejajar dengan kajian Vipene dan Uche (2021) yang mendapati terdapat hubungan tinggi antara motivasi diri dan burnout guru.
Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan yang terendah antara kelima-lima aspek kecerdasan emosi diperolehi bagi aspek mengurus emosi diri dengan min keseluruhan ialah 3.15 pada tahap sederhana dengan sisihan piawaian 0.376. Soalan item C9 iaitu “Saya menjaga keseimbangan emosi bila merasa tenang, saya menyatakan dan menunjukkannya secara tidak berlebihan.” mencatatkan min sederhana yang tertinggi (min = 3.28, SP = 0.514). Ia merujuk kepada kawalan emosi dan dorongan seseorang dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah. Sekiranya emosi diluahkan secara berlebihan, ia akan memberikan banyak keburukan kepada seseorang individu. Hasil dapatan kajian ini adalah selaras dengan hasil kajian Vipene dan Uche (2021) yang telah mendapati aspek pengurusan emosi diri menunjukkan hubungan sederhana dengan burnout guru.
5.3 Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi dan Burnout Guru
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa menunjukkan burnout dari aspek kepenatan emosi (r = 0.229, p < 0.01); depersonalisasi (r = 0.321, p < 0.01); dan pencapaian peribadi (r = 0.343, p < 0.01). Daripada nilai yang diperolehi, ia menunjukkan hubungan yang negatif dan signifikan dengan kecerdasan emosi dalam kalangan guru sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan.
Dengan itu, Ho1 adalah ditolak.
Pernyataan Ho1 adalah ditolak menunjukkan hipotesis yang menyatakan ‘Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kecerdasan emosi dan burnout guru’. Maka, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan burnout
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,134-146, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
guru. Ini adalah selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh R. Kafipour et. al. (2018) yang telah mengkaji kecerdasan emosi dan burnout yang guru. Kajian berkenaan menunjukkan hubungan yang signifikan antara emosi kecerdasan guru dan tiga dimensi burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi. Kesimpulan yang dibuat oleh R.
Kafipour et. al. (2018) ialah guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi dapat menguruskan tugas yang memberi tekanan dan seterusnya terhindar dari mengalami burnout guru. Kajian Kant & Shanker (2020) pula mendapati melalui kajian yang dilaksanakan bahawa kecerdasan emosi dan sindrom burnout mempunyai kaitan negatif yang kuat iaitu r = -0.221 dan dapat disimpulkan kecerdasan emosi mempunyai impak yang besar pada burnout guru.
Pembuktian Ho1 adalah ditolak adalah sama dengan hasil kajian Molero et. al (2019) yang memberi perhatian khusus kepada literatur ilmiah yang menggabungkan kecerdasan emosi dan sindrom burnout dalam prestasi kerja guru sebagai faktor asas dalam kerja yang dilaksanakan oleh guru pada peringkat pendidikan yang berbeza, menunjukkan bahawa guru semakin mengalami tekanan tinggi yang mempengaruhi kualiti pendidikan, serta berkaitan dengan pengembangan kecerdasan emosi, yang membantu mengelakkan perasaan negatif muncul.
Kesimpulan kajian berkenaan yang telah dilaksanakan menunjukkan kecerdasan emosi adalah kapasiti yang seharusnya dikembangkan dalam guru, dan melalui pengukuhan positif kecerdasan emosi, tahap tekanan dan kegelisahan yang membimbangkan adalah berkurangan.
Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan burnout guru.
Batista (2018) telah menjalankan kajian untuk menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi (EQ), yang diukur menggunakan Ujian Kecerdasan Emosi Mayer-Salovey-Caruso (MSCEIT), dengan burnout guru, yang diukur menggunakan Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI - ES), menggunakan sampel guru K-12 di Pennsylvania. Data kajian berkenaan menunjukkan bahawa skor yang lebih tinggi dalam menerima dan memahami emosi meramalkan tahap burnout guru yang lebih rendah. Dapatan berkenaan secara tidak langsung menunjukkan dapatan yang sama dengan kajian ini yang mana terdapat hubungan yang negatif dan signifikan dengan kecerdasan emosi dalam kalangan guru sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan.
Seterusnya bagi kompetensi sosial kecerdasan emosi iaitu aspek mengenali emosi orang lain dan membina hubungan, guru didapati mencapai tahap yang sederhana. Kedua-dua aspek ini perlu diambil perhatian kerana adalah menjadi tugas seorang guru untuk berhadapan dengan para pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sekerja, dan pihak atasan di sekolah. Maka, seseorang guru perlu membina perhubungan yang baik dengan individu yang berada di sekeliling mereka bagi memberi motivasi kepada diri sendiri dan membina persekitaran kerja yang positif dan menyenangkan.
Bagi pembolehubah burnout pula, kajian ini mendapati burnout guru dari aspek kepenatan emosi dan depersonalisasi berada pada tahap rendah manakala aspek pencapaian peribadi berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan guru dapat menangani kepenatan emosi dan depersonalisasi dan hanya mencapai tahap yang sederhana dalam aspek pencapaian peribadi.
Maka, dapat dirumuskan bahawa guru-guru perlu mencari jalan dalam meningkatkan pencapaian diri mereka dengan cara meletakkan sasaran peribadi tanpa kawalan daripada pihak atasan. Ia bertujuan bagi memberi peluang kepada guru-guru untuk mencapai pencapaian peribadi pada setiap masa.
Kesimpulan yang jelas diperolehi dari kajian ini adalah kecerdasan emosi memberi kesan ke atas masalah burnout di kalangan guru. Maka, dapat diringkaskan bahawa tahap
kecerdasan emosi yang tinggi akan mengurangkan masalah burnout di kalangan guru dan sebaliknya. Justeru, kecerdasan emosi memainkan peranan yang penting dalam menangani isu burnout guru yang masih berlaku pada masa kini.
6. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah membuktikan kewujudan masalah burnout di kalangan guru. Disamping itu, kajian ini telah mengetahui tahap kecerdasan emosi di kalangan guru sekolah rendah di daerah Tanah Merah, Kelantan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa burnout dan kecerdasan emosi guru adalah berada pada tahap rendah dan sederhana.
Hasil korelasi menunjukkan burnout dari aspek kepenatan emosi, depersonalisasi, dan pencapaian peribadi mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan kecerdasan emosi dalam kalangan guru sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan.
Guru-guru didapati memiliki kemampuan untuk menguasai kecerdasan emosi meliputi kompetensi peribadi dan sosial. Seperti yang diketahui, kompetensi peribadi meliputi perkara seperti mengenali emosi diri, mengurus emosi diri dan memotivasi diri. Manakala kompetensi sosial terdiri daripada mengenali emosi orang lain dan membina hubungan. Hasil dapatan kajian ini mendapati kelima-lima aspek kecerdasan emosi guru adalah pada tahap sederhana. Guru- guru didapati berupaya dalam memahami emosi diri sendiri dan menggunakan pertimbangan logik ketika membuat sebarang keputusan dengan mengambil baik buruk akibatnya nanti.
Selanjutnya, guru-guru menguasai keupayaan untuk mengatur perasaan dan emosi diri apabila menghadapi konflik. Ini adalah bersesuaian dengan budaya profesionalisma perguruan yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia. Aspek motivasi juga amat penting dalam kecerdasan emosi kerana ia menjadi perkara utama bagi membangkitkan semangat cintakan kerjaya dan berfikiran positif ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru.
6.1 Implikasi Kajian
Daripada hasil kajian yang telah diperolehi, terdapat beberapa implikasi kajian yang diperolehi.
Pertama, guru perlu mengetahui masalah yang dihadapi dalam kerja dan berinteraksi secara positif dengan rakan sejawat dan para pelajar bagi meningkatkan lagi kepuasan kerja dan mengurangkan burnout. Guru juga perlu mendapat sokongan yang sewajarnya daripada pihak pentadbir institusi pendidikan. Ia bertepatan dengan Model Goleman yang menjelaskan bahawa membina hubungan merupakan salah satu daripada lima komponen utama kecerdasan emosi Ia dapat dinyatakan sebagai keupayaan seseorang individu untuk memberi inspirasi, pengaruh, dan mengembangkan orang lain ketika atau semasa menguruskan konflik.
Implikasi kajian yang kedua adalah kecerdasan emosi banyak menyumbang kepada pencapaian guru dan juga pengurusan tingkah laku guru. Oleh yang demikian, guru tidak hanya diharapkan dapat meningkatkan tahap kecerdasan emosi mereka, malahan guru seharusnya dapat meningkatkan tahap kecerdasan emosi pelajar juga. Ini sesuai dengan kajian oleh MacCann et.
al. (2020) yang menerangkan kecerdasan emosi pelajar menunjukkan hubungan kecil hingga sederhana dengan prestasi akademik pelajar. Namun, kesannya lebih tinggi apabila kecerdasan emosi diukur dengan kemahiran berasaskan tugas (skill-based tasks) dan bukannya skala penilaian. Seterusnya, dapat dihuraikan bahawa pelajar dengan kecerdasan emosi yang tinggi adalah lebih baik dalam mengatur emosi seperti kegelisahan akibat ujian dan kekecewaan di sekolah. Pelajar yang berkecerdasan emosi yang tinggi juga lebih baik dalam membina hubungan dengan guru dan pelajar lain dan memahami motivasi, interaksi dan hubungan sosial manusia, seperti yang diperlukan bagi subjek kemanusiaan seperti Sejarah dan Sastera Inggeris.
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,134-146, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Selanjutnya, implikasi hasil kajian yang ketiga adalah keupayaan untuk menilai emosi diri dan memahami emosi orang lain membantu guru memantau keadaan emosi diri dan juga perasaan orang lain. Ini sangat bermanfaat bagi seseorang guru yang memiliki kecerdasan emosi untuk membantu para pelajar, rakan sekerja serta individu di sekeliling mereka untuk menangani masalah emosi yang mereka alami. Kualiti pendidikan adalah dipengaruhi oleh tekanan yang dialami oleh seseorang guru. Maka, pengembangan kecerdasan emosi adalah amat membantu mengelakkan perasaan negatif muncul dalam diri seseorang guru dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan motivasi guru.
6.2 Cadangan Kajian Lanjutan
Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhan, guru mengalami masalah burnout pada tahap yang rendah dan sederhana. Namun tidak dinafikan, masih ada segelintir guru yang mengalami burnout pada tahap yang tinggi. Maka, antara cadangan kajian lanjutan adalah dengan bakal pengkaji pada masa hadapan untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjalankan kajian ke atas masalah burnout secara menyeluruh dengan menggunakan medium kaji selidik yang sesuai dan mendapat lebih daripada 90 % respon dari populasi guru mengikut negeri. Dengan cara itu, kajian berkenaan dapat menilai situasi semasa beban tugas yang dihadapi oleh guru dan menambahbaik pentadbiran pendidikan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan KPM.
Seterusnya, cadangan yang boleh digunakan oleh bakal pengkaji adalah untuk mengkaji burnout yang dialami oleh guru yang mengajar mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ini kerana pada masa kini yang mana hanya pelajar sekolah menengah yang menghadapi peperiksaan, maka tidak mustahil burnout yang dialami oleh guru-guru kelas peperiksaan adalah lebih tinggi berbanding guru-guru lain. Dengan cara mengetahui masalah burnout yang dihadapi oleh pihak berkenaan, maka pihak JPN dan KPM dapat mencari kaedah terbaik untuk membantu guru-guru meningkatkan motivasi dan sokongan sosial kepada mereka.
Akhir sekali, adalah dicadangkan supaya bakal pengkaji menjalankan kajian berkenaan masalah psikologi warga pendidik di Malaysia dan seterusnya menghasilkan instrumen penilaian psikologi yang sesuai dengan isu semasa dan nilai-nilai yang bersesuaian dengan pendidikan di Malaysia yang meliputi pengaruh agama, kebudayaan dan adat rakyat Malaysia.
Rujukan
Abdul Malik, Dr. Habib Elahi, &; Dr. Syed Afzal Shah. 2020. Relationship Of Organizational Structure, Physical Facilities And Leadership Practices Of Principals With School Improvement: An Evidence From Pakistan. SJESR, 3(2), 214–222.
https://doi.org/10.36902/sjesr-vol3-iss2-2020(214-222)
Agus, A. N. A. 2022. Masalah Dihadapi Oleh Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1), 50–62.
Altymurat, A., Muhai, M. ., & Saparow, T. . 2021. Human Behavior in Organizations Related to Abraham Maslow’s Hierarchy of Needs Theory. Interdisciplinary Journal Papier Human Review, 2(1), 12-16. https://doi.org/10.47667/ijphr.v2i1.87
Amzat, I. H., Kaur, A., Al-Ani, W., Mun, S., & Ahmadu, T. S. 2021. Teacher Burnout And Coping Strategies To Remain In Teaching Job In Malaysia: An Interpretative Phenomenological Analysis. European Journal Of Educational Research, 10(3), 1075-1088. https://doi.org/10.12973/eu-jer.10.3.1075