• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP Lantik 107 pelajar sebagai MPKK 2015/2016

Kangar, 30 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman (MPKK) bagi sesi 2015/2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia di sini, baru-baru ini.

Seramai 107 pelajar telah dilantik sebagai MPKK yang ditempatkan di tujuh kolej kediaman UniMAP dengan diketuai oleh tujuh pelajar sebagai Yang Dipertuanya (YDP).

Timbalan Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, MPKK adalah barisan suara mahasiswa yang bertindak secara proaktif dalam melicinkan pentadbiran pihak kolej kediaman universiti.

“Pihak universiti tidak pernah menyekat apa jua rancangan yang ingin dimajukan oleh pihak MPKK sekiranya ia membawa kebaikan bersama.

“Bagi memudahkan urusan pentadbiran, seorang jurucakap telah dilantik oleh pihak pengurusan untuk menjadi perantara antara MPKK dan pentadbiran UniMAP,” katanya ketika membacakan teks ucapan Naib Canselor UniMAP.

(2)

Unit Media Page 2 Jurucakap yang dipilih adalah YDP Kolej Kediaman (KK) Pauh Putra, Muhammad Amir Hakim Razali yang turut mengetuai angkat sumpah pada Majlis Watikah Pelantikan MPKK tersebut.

Selain Amir Hakim, enam lagi YDP yang dilantik adalah Mohammad Ainol Mohd Asri , KK Tan Sri Aishah Ghani di Wang Ulu; Nur Adrina Nadia Mohamad KK Tun Hussein Onn dan Tun Ghafar Baba; Roxawani Dila Burnudin, KK Bumita; Ahmad Firdaus Mohd Zaki (KK Uniciti Alam);

Mohamad Danial Asyraf Yatime (KK Simpang 4); dan Muhamad Zulfahmi Abd Halim (KK Semarak).

Kesemua mereka ini dilantik bagi tempoh dua semester sidang akademik.

Tambah Dato’ Zul Azhar lagi, idea, cadangan, pandangan mahupun kritikan sebagai mahasiswa akan diambil kira selagi mana ia tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan am undang-undang tubuh universiti, negeri dan juga negara seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971), Akta Rahsia Rasmi Percetakan (OSA) dan Akta Dalam Negeri (ISA).

Untuk rekod, UniMAP mempunyai lapan kolej kediaman yang menempatkan semua pelajar UniMAP yang berjumlah hampir 11,000 pelajar.

Dikeluarkan Oleh : Nurul Aida Othman

Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RESEARCHERS EXCEL AT SIIF 2018 SOUTH KOREA KANGAR, 14 Nov - Universiti Malaysia Perlis UniMAP Researcher achieved 100 per cent

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP TERIMA MESIN ROBOT RM400 RIBU SYARIKAT WALTA Pauh Putra, 31 Oktober – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerima dua robot „Automatic Pick and

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA UniMAP MANTAPKAN BIDANG AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN BERSAMA LUT, POLAND KANGAR, 24 November – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mengorak langkah ke arah

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH EMAS ACARA TENPIN BOLING DI SUKANUN Kangar, 26 Julai – Pasukan Tenpin Boling Universiti Malaysia Perlis UniMAP mencipta

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP TO OFFER BAHASA MELAYU STUDIES SYLLABUS OVERSEAS Kangar, 30 May – Universiti Malaysia Perlis UniMAP intends to offer Bahasa

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP GERAK MISI OPS BANJIR PANTAI TIMUR FASA 1 KE KELANTAN Kangar , 26 Januari –Universiti Malaysia Perlis UniMAP menggerakkan misi

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP LAUNCH IT’S FIRST PHASE FOR EAST COAST FLOOD OPERATION Kangar , 26th January - Universiti Malaysia Perlis UniMAP launched it’s

Unit Media – Mohd Basri Basir Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP To Host 2017 Public Universities SMART Kor Suksis KANGAR, February 23rd - Universiti Malaysia Perlis UniMAP will host the