• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

MAPUM SANTUNI ASNAF BERSAMA TUANKU CANSELOR UniMAP Kangar , 3 Ogos – Seramai 30 ahli mesyuarat Majlis Perumahan Universiti- universiti Awam (MAPUM) kali ke-68 yang diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berpeluang menimba pengalaman berbeza mendekati golongan asnaf bersama Tuanku Canselor UniMAP.

Pengalaman berharga itu dilalui ketika mereka menyertai Program Kayuhan Kasih bersama Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di kampung-kampung sekitar pinggir bandar Kangar sempena mesyuarat MAPUM ke-68, di sini.

Pengetua Mahallah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Ahmad Zahirani Ahmad Azhar berkata beliau begitu teruja mengikuti program kayuhan itu di samping dapat mendekati masyarakat di kampung- kampung.

“Majoriti ahli mesyuarat MAPUM tidak pernah berpeluang atau terlibat dengan aktiviti seumpama ini sekaligus memberi pengalaman yang sangat berharga dan bermakna.

Lebih istimewa Tuanku Canselor UniMAP berkenan meluangkan masa bersama-sama kami menjejaki asnaf di kampung-kampung sekaligus kami dapat melihat kehidupan masyarakat kampung yang berbeza bangsa dan agama di negeri ini,” katanya mewakili MAPUM selepas mengikuti program kayuhan itu bermula dari Taman Merpati, Kampung Padang Behor, Kampung Tepi Sungai dan Kampung Bakong, di sini, hari ini.

Turut hadir ke program kayuhan itu ialah Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal bersama pengurusan tertinggi UniMAP, Ketua- ketua Jabatan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta kakitangan kolej-kolej kediaman UniMAP.

Mesyuarat MAPUM yang berlangsung mulai semalam dipengerusikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Ismail Ali.

(2)

Unit Media Page 2 Penganjuran mesyuarat MAPUM ke-68 ini adalah kali ketiga oleh UniMAP disertai 20 UA seluruh negara dengan objektif bagi berkongsi pendapat serta pandangan penambaikan pengurusan kolej kediaman UA selain sebagai medan pembangunan dasar-dasar pengurusan dan penginapan di kolej kediaman untuk panduan semua UA.

Dikeluarkan Oleh : Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media UKK UniMAP

0194995275

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 18 Ogos 2016 Lapan Pelajar UniMAP Sertai Program Mobiliti Pelajar ke Nahda Universiti, Mesir PAUH PUTRA, 18 Ogos – Seramai lapan pelajar

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 25 Ogos 2016 80 Pelajar Antarabangsa UniMAP Terima Sijil Graduasi IEC Pauh Putra, 25 Ogos – Seramai 80 pelajar antarabangsa Universiti

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 30 August 2016 UniMAP CEGeoGTech Collaborates with Japanese Industry in Aerospace Research Kangar, 30 Ogos – Universiti Malaysia Perlis

MEDIA STATEMENT 31 August 2016 UniMAP CLAIMS FIRST PLACE AT NATIONAL DAY PARADE FOR SECOND CONSECUTIVE YEAR Kangar, 31 Ogos – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP contingent won

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Tuan Rumah COP 2016 KANGAR, 9 November - Universiti Malaysia Perlis UniMAP bakal menjadi Tuan Rumah bagi mesyuarat Council of Presidents COP

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP TO OFFER BAHASA MELAYU STUDIES SYLLABUS OVERSEAS Kangar, 30 May – Universiti Malaysia Perlis UniMAP intends to offer Bahasa

Unit Komunikasi Korporat UniMAP Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP STUDENT RECEIVES SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION PROGRAMME LEADERSHIP AWARD AT ATS 2018 Nilai, 30 Mac – A Universiti