• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUALA LUMPUR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "KUALA LUMPUR"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjaya mengumpul seramai 17,586 usahawan wanita bagi mengikuti Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM sejak September tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah itu dilihat memberansangkan terutamanya selepas peralihan negara daripada fasa pandemik ke endemik.

"Ia sejajar dengan tumpuan KPWKM untuk memperkasakan semula ekonomi kumpulan sasar dan meningkatkan taraf hidup mereka khususnya golongan usahawan wanita,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kohort ketiga program Akademi Usahawan Wanita (AWE) di sini pada Khamis.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

AWE ialah program anjuran kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah Inisiatif Pembangunan dan Kemakmuran Wanita Global.

Turut hadir pada program itu ialah Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill.

Mengulas lanjut mengenai program AWE, Rina berkata, secara keseluruhan lebih 180 usahawan wanita Malaysia dipilih untuk menyertai program AWE itu sejak dilancarkan pada 2020.

"Pada tahun ini seramai 70 usahawan wanita terpilih daripada 700 borang penyertaan diterima yang melibatkan pelbagai perniagaan termasuk produk makanan dan teknologi IT.

Kedutaan AS di Kuala Lumpur bekerjasama dengan Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (WENA) dalam melaksanakan AWE yang tertumpu kepada program latihan dalam talian, DreamBuilder, yang dibangunkan fakulti pengurusan global Arizona State University.

Program itu melengkapkan wanita dengan perkongsian yang diperlukan untuk menubuh dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri, meningkatkan modal dan rangkaian secara berkesan dengan pemilik perniagaan lain yang berjaya. - Bernama

Referensi

Dokumen terkait

To examine urban air environmental health condition for a Malaysian city, city of Kuala Lumpur was chosen as an area of study.. KL is located in the Klang Valley or Kuala

Pada tempoh tersebut, orang Cina juga menubuhkan Hospital Bersalin Cina di Kuala Lumpur yang memberikan perkhidmatan bersalin untuk golongan wanita.. Justeru itu,

Caring Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur Caring AEON Bandaraya Melaka, Melaka Caring Sunway Giza, Kota Damansara Caring Empire Gallery, Subang Jaya Caring 1 Mont Kiara, Kuala

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad HRD Corp akan menjalin kerjasama dengan Microsoft Corporation Microsoft bagi memperkasakan belia Orang Asli di negara ini

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat MARA komited dalam meningkatkan pembabitan, kapasiti dan keupayaan usahawan Bumiputera melalui penyediaan ekosistem keusahawanan halal yang lengkap

KUALA LUMPUR - Kelonggaran bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap diharap dapat menyuntik kembali sektor keusahawanan negara dan membantu usahawan menggerakkan kembali

PUTRA, 50610, KERINCHI, KUALA LUMPUR 24 STESEN SENTRAL SDN BHD SEMASA SENTRAL SDN BHD, LEVEL 4, STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR, 50470 KUALA LUMPUR 25 UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA LUMPUR

8.2 Integration Policies: Kuala Lumpur Structure Plan 2020 In order for Kuala Lumpur to achieve sustainable development, 12 policies have been identified in Kuala Lumpur Structure