Kualiti Guru Dan Kecenderungan Minat Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam
(SRITI)
(Teacher's Quality And Student's Interest In Arabic Language Study Among Student Of Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI))
Saidatulafza Mohamed Amin1*, Harun Baharudin1, Mohd Isa Hamzah1
1 Fakulti Pendidikan Bahasa Arab, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 September 2022 | Published: 1 October 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.15
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian ini membincangkan mengenai kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI). Kualiti guru merupakan perkara yang menjadi ukuran dalam diri seorang guru.
Guru yang berkualiti mampu menghasilkan pengajaran yang mampu menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Minat individu dapat dipupuk oleh guru melalui aktivti-aktivti pembelajaran yang dijalankan. Kajian ini melibatkan 105 daripada 300 orang pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di Kuala Muda. Kajian dilakukan di dua buah SRITI di daerah Kuala Muda iaitu SRITI Ruhul Mannan dan SRITI Zubaidiyah. Responden terdiri daripada pelajar tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Reka bentuk kajian melibatkan kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik telah disemak dan disahkan oleh tiga orang penilai berasingan. Kajian mendapati kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab di SRITI berada pada tahap sederhana. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru meningkatkan kualiti mereka supaya lebih ramai pelajar berminat untuk mempelajari bahasa Arab.
Kata kunci: kualiti guru, minat pelajar, bahasa Arab
Abstract: This research discussed regarding teacher's quality and student's interest in Arabic Language study among student of Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI).
Teacher's quality is an important aspect in a teacher. A high-quality teacher is able to provide interesting lesson that is able to attract student's interest in learning Arabic language. Teachers are able to nurture passion among students by educational activities organised by them. This study involved 105 from 300 students of SRITI in Kuala Muda.
This study was performed at two SRITI, namely SRITI Ruhul Mannan and SRITI Zubaidiyah. Respondents were taken from students of Standard 4, 5 and 6. The research methodology used is survey study, using questionnaires as research instrument. The questionnaires have been validated by three assessors. This research finds that the teachers' quality and students' interest in Arabic language in Sriti is at moderate level. We hope that this research will be able to help the teachers to continuously strive to improve teaching quality so that students' interest in Arabic Language study will improve.
Keywords: teacher’s quality, student’s interest, Arabic language
___________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Guru merupakan tunjang kepada bidang pendidikan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terhasil melalui guru yang berkualiti. Sistem pendidikan di Malaysia amat menitikberatkan kualiti yang ada pada seorang guru (Muhammad Asyraf & Norfariza, 2020).
Menurut Zamri Arifin dan Al Muslim Mustapa (2015), kejayaan proses pembelajaran yang sering digambarkan adalah bergantung kepada kualiti pengajaran guru. Guru menjadi tonggak dalam membentuk jati diri pelajar yang sentiasa berdaya saing, mempunyai sikap kepimpinan, sentiasa berfikir di luar kotak dan berpegang teguh kepada agama selaras dengan enam aspirasi murid yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Pengukuran kualiti guru merupakan sesuatu yang bersifat subjektif. Terdapat kajian mengenai kualiti guru dijalankan dari segi kehidupan kerja guru (Nordin Abd Razak & Lei Mee Thien, 2017), manakala kajian yang dijalankan oleh Normiati Batjo dan Abdul Said (2019), menjelaskan bahawa ketrampilan guru serta kreativiti menggunakan ruang, persekitaran dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dapat menghasilkan pengajaran yang berkualiti. Hakikatnya, bagaimana jua pengukuran kualiti guru, ianya haruslah memberi manfaat dan kelebihan kepada pelbagai pihak.
Minat merupakan satu elemen yang memberi kesan terhadap pencapaian manusia dalm sesuatu bidang. Mohammad Abdillah et. al (2015) Dalam kajian mereka yang bertajuk Hubungan Minat Pelajar Terhadap Bahasa Arab dengan Kualiti Guru Bahasa Arab di MRSM Ulul Albab, Kota Putra menjelaskan antara faktor yang sentiasa dikaitkan dengan pencapaian seseorang pelajar ialah akhlak, minat, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan sejarah keluarga.
Seperti yang dapat kita lihat, cabaran guru bahasa Arab adalah untuk memastikan kefahaman pelajar dalam memahami bahasa yang bukan digunakan secara meluas di Malaysia. Dalam kajian yang dijalankan oleh Awatif Abdul Rahman et. al (2020), kompetensi dan kualiti guru dalam menguasai ilmu Nahu yang merupakan keperluan asas dalam mengajar bahasa Arab perlu diperbaiki. Guru perlu menguasai kemahiran ilmu bahasa Arab supaya pengajaran yang dilakukan mendapat hasil yang memberangsangkan. Kemahiran ilmu juga akan menjadikan guru bahasa Arab tampil lebih yakin ketika mengajar bahasa kepada pelajar.
2. Permasalahan Kajian
Beberapa kajian lepas (Mohammad Abdillah et. Al, 2015; Normiati Badjo et. Al, 2021) menunjukkan bahawa kualiti guru mempunyai pengaruh terhadap minat dan kecenderungan murid dalam pembelajaran. Kelemahan pelajar mempunyai kaitan dengan faktor guru. Faktor guru boleh dilihat dari tiga aspek iaitu kebolehan guru mengajar bahasa, kebolehan guru menguasai perincian bahasa yang diajar, dan sahsiah guru bahasa itu sendiri (Mohammad Abdillah et al., 2015). Kualiti guru Bahasa Arab dilihat daripada beberapa sudut pengalaman dalam bidang mata pelajaran dan juga pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran, serta kejayaan memajukan muridnya (Zamri Arifin & Al Muslim Mustapa, 2015).
Isu kualiti guru merupakan isu kritikal kerana keperluan kepada pemulihan dan penambahbaikan menyeluruh dalam pendidikan khususnya di sekolah dan ia merupakan masalah yang berlaku di seluruh dunia (Normiati Badjo et. al, 2021). Dengan mewujudkan
(GTP 1.0) telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu Bidang Pencapaian Utama Negara (NKRA) yang memfokuskan kepada kualiti pengajaran guru. Guru adalah penentu kejayaan pelajar di sekolah (Normiati Batjo dan Abdul Said, 2019). Profesion perguruan memerlukan guru yang cekap dan berkualiti tinggi untuk membentuk modal insan dan pembentukan sumber manusia masyarakat serta negara (Sevarajoo Madhavan, 2020).
Penguasaan bahasa asing bukanlah suatu perkara yang mudah bagi pelajar yang bukan penutur jati sesuatu bahasa. Pengajaran guru yang berkesan berupaya menentukan tahap kepercayaan motivasi seseorang pelajar samada semakin meningkat atau menurun. Perkara ini bergantung kepada cara penyampaian pembelajaran oleh guru yang diamanahkan (Mohammad Haafiz et.
al, 2018). Namun, pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab masih di tahap yang tidak memberangsangkan kerana minat dan kesungguhan pelajar dalam bahasa Arab belum mencapai tahap maksimal (Hanifal Fauzy et. al, 2019).
Salah satu halangan perkembangan bahasa Arab yang dinyatakan oleh Ulil Albab (2019) ialah kurangnya minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Pelajar akan sentiasa mencari alasan untuk mengelak daripada menghadiri kelas atau melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. Menurut Afirah et. al (2021), minat merupakan sesuatu yang lahir daripada perasaan dalaman dan dapat mempengaruhi cara serta tabiat seseorang. Manakala sikap pula merupakan sesuatu amalan yang dapat dilihat secara zahir dan dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti kepercayaan, kencenderungan serta gaya berfikir. Al Muslim Mustapa dan Zamri (2015) menyatakan pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah dianggap tidak berjaya. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kualiti guru dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sriti di Kedah.
3. Kajian Literatur
Kerangka teori kajian ini adalah berdasarkan model input-output. Model input adalah berdasarkan kepada model Slavin (1994) yang menyatakan pengajaran guru yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa. Keempat faktor ini dilihat mampu mempengaruhi kualiti guru yang merupakan pembolehubah tidak bersandar. Model output pula ialah kecenderungan minat pelajar SRITI dalam pembelajaran bahasa Arab yang menjadi pemboleh ubah bersandar.
3.1 Kualiti Guru
Pengkaji terdahulu telah menjalankan kajian tentang kualiti guru dan kecenderungan minat murid terhadap bahasa Arab. Dalam kajian yang dijalankan oleh Al Muslim Mustapa dan Zamri Arifin (2015), menyatakan bahawa faktor kualiti guru memainkan peranan penting dalam pengajaran bahasa Arab namun dimensi yang menentukan konsep kualiti guru tidak dapat ditentukan dengan tepat oleh kerana kajian lepas belum mencapai kata sepakat tentang dimensi konsep kualiti guru tersebut.
Selain itu, kajian Razila Kasmin et. al (2019) berkenaan kualiti guru dalam kalangan guru Pendidikan Islam menyatakan lima faktor yang dikaji iaitu faktor penguasaan ilmu, kaedah pengajaran, sahsiah, motivasi dan persekitaran guru. Hasil kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif menunjukkan tahap amalan kualiti guru adalah tinggi. Oleh itu, guru yang baik mampu membina sahsiah yang baik dan membawa profesion perguruan ke tahap tinggi.
Mohammad Abdillah Samsuiman et. al (2015) telah melaksanakan kajian ke atas 57 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kota Putra untuk melihat tahap minat pelajar
terhadap bahasa Arab dan kualiti guru bahasa Arab. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan minat pelajar terhadap bahasa Arab adalah tinggi manakala tahap kualiti guru juga berada pada tahap tinggi. Kajian tersebut mengesahkan bahawa guru adalah insan yang
paling memberi kesan dalam membentuk minat pelajar terhadap bahasa Arab di sekolah tersebut. Guru merupakan individu yang selalu bersama dengan pelajar. Oleh yang demikian, tindak-tanduk guru akan memberi kesan kepada pelajar. Guru dapat menghasilkan sesuatu yang dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Hasil daripada minat dan juga aktiviti yang berterusan daripada guru dapat dilihat melalui pencapaian murid.
Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Asyraf dan Norfariza (2020) terhadap murid sekolah kebangsaan di Selangor mengenai kualiti guru dengan penguasaan bahasa Cina menunjukkan bahawa kualiti guru mampu memberi kesan positif terhadap penguasaan bahasa Cina dalam kalangan pelajar sama ada dari segi kemahiran bertutur, membaca, menulis dan mendengar. Oleh yang demikian, menerusi kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran bahasa mampu dikuasai oleh pelajar sekiranya guru menguasai pengajaran dan meningkatkan kualiti dari pelbagai aspek.
Kajian yang dilakukan oleh Modupeola A. Olawoyini dan Eraigbai Jerome Isuku (2019) pula mengetengahkan berkenaan pencapaian murid dipengaruhi oleh kualiti guru. Kajian ini dijalakan di Afrika Selatan. Dapatan kajian menyatakan bahawa kualiti guru mempengaruhi pencapaian murid di salah sebuah sekolah di Nigeria. Kajian ini turut menyatakan bahawa pihak sekolah perlu sentiasa memberi perhatian kepada kualiti guru serta mengasah potensi guru agar pencapaian akademik pelajar turut sama meningkat.
3.2 Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa
Dalam pendidikan, pelajar dan guru saling memerlukan antara satu sama lain. Daya tarikan yang disampaikan oleh guru mampu menarik perhatian dan minat murid agar dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Sehubungan itu, memandangkan bahasa raab bukanlah bahasa yang biasa digunakan di Malaysia, guru bahasa Arab seharusnya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan proses Pdp. Murid bahasa Arab haruslah memberi usaha sepenuhnya untuk menguasai bahasa Arab dari segenap sudut kemahiran sama ada kemahiran bertutur, menulis, membaca dan mendengar (Mohammad Haafiz et. al, 2018).
Minat menurut apa yang dinyatakan oleh Dara Mubshirah (2021) merupakan faktor dalaman dan salah satu daripada apek psikologi yang membentuk dalam individu untuk menghasilkan kesan yang baik dalam sesuatu perkara. Minat juga merupakan daya tarikan seseorang individu terhadap pekerjaan atau pembelajaran. Justeru itu, antara indikator yang dapat menentukan minat sesorang terhadap sesuatu perkara ialah perhatian dan fokus terhadap perkara tersebut.
Apabila pelajar telah berminat dalam sesuatu perkara, maka secara tidak langsung minat tersebut akan dilandasi dengan motivasi yang tinggi dalam diri (Yuliani Rahmah, 2019).
Kajian ini bertujuan untuk mencapai 3 objektif iaitu:
i. Mengenalpasti tahap kualiti guru Bahasa Arab di SRITI.
ii. Mengenalpasti tahap kenderungan minat pelajar SRITI dalam pembelajaran Bahasa Arab.
iii. Menganalisis hubungan di antara kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar SRITI dalam pembelajaran bahasa Arab.
4. Metodologi Kajian
Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk yang digunakan ialah reka bentuk kajian tinjauan. Data untuk kaedah tinjaun ini dikumpul menggunakan soal selidik. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada beberapa kajian lepas (Muhamad Asyraf
& Norfariza, 2020; Mohammad Abdillah Samsuiman, Asma Benjaman & Zamri Arifin, 2015).
Instrumen kajian akan disemak dan disahkan oleh pakar sebelum kajian dilaksanakan u n t u k memastikan kandungan tepat dan bersesuaian dengan objektif kajian. Seramai tiga orang guru bahasa Arab telah dipilih dan mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 5 tahun dalam bidang pendidikan bahasa Arab. Pengkaji memilih dua buah SRITI yang terdapat di daerah Kuala Muda sebagai sampel kajian. Pengkaji menggunakan instrumen kajian melalui soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden. Kajian ini melibatkan 105 daripada 300 orang pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di Kuala Muda.
Kajian dilakukan di dua buah SRITI di daerah Kuala Muda iaitu SRITI Ruhul Mannan dan SRITI Zubaidiyah
Kaedah pengumpulan data yang digunakan berdasarkan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer ialah data yang dikumpul melalui instrumen soal selidik yang diberikan kepada pelajar bahasa Arab tahun 4, 5 & 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Sriti (SRITI) di daerah Kuala Muda, Kedah. Untuk data sekunder, pengkaji merujuk kepada artikel, jurnal dan penulisan-penulisan akademik yang didapati melalui saluran seperti Google Scholar, Ebscohost, Research Gate dan lain-lain. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi menggunakan aplikasi SPSS.
5. Dapatan Kajian
Seramai 105 orang responden telah dipilih bagi menjalankan kajian ini. Responden terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 dan kesemua responden merupakan pelajar SRITI di daerah Kuala Muda, Kedah. Latar belakang responden dibezakan melalui jantina dan tahun semasa belajar.
5.1 Analisis Deskriptif
Jadual 2: Kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI)
Bil Komponen Min Sisihan Piawai (sd) Tahap
A Kualiti Pengajaran 3.13 0.50 Sederhana
B Kesesuaian Aras
Pengajaran
3.69 0.74 Tinggi
C Insentif 3.53 0.68 Tinggi
D Masa 2.95 0.81 Sederhana
E Minat Pelajar 3.35 0.77 Sederhana
Jadual 2 merupakan analisis daripada dapatan kajian. Berdasarkan analisis, didapati bahawa tahap kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab pelajar
Sriti berada pada tahap sederhana. Pada komponen kesesuaian aras pengajaran dan insentif min berada pada tahap tinggi iaitu kesesuaian aras pengajaran (min:3.69) dan insentif (min:
3.53. Manakala pada komponen kualiti pengajaran (min:3.13), masa(min:2.95) dan minat pelajar (min:3.35) masing-masing min berada pada tahap sederhana.
Jadual 3: Kualiti Pengajaran
Bil Komponen Min Sisihan Piawai (sd) Tahap
1 Guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
2.58 0.99 Rendah
2 Guru mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan semasa & pengalaman pelajar yang lepas
2.97 1.12 Sederhana
3 Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik
2.24 1.15 Rendah
4 Guru memantau kefahaman pelajar 4.00 1.10 Tinggi 5 Guru menyampaikan isi pengajaran
secara jelas dan difahami
3.33 1.15 Sederhana
6 Pengajaran guru menyeronokkan dan menarik minat pelajar untuk terus belajar
3.47 1.29 Tinggi
7 Guru memberi tugasan dan latihan bersesuaian dan berkesan dengan pembelajaran yang diajar
3.21 1.19 Sederhana
8 Kesemua isi pelajaran dalam sukatan pelajaran dan buku teks diajar oleh guru
3.12 1.28 Sederhana
9 Guru melaksanakan aktiviti pembelajaran yang merangsang kemahiran berfikir pelajar
3.24 1.15 Sederhana
Min Keseluruhan 3.13 0.50 Sederhana
Jadual 3 menunjukkan analisis hasil kajian kualiti pengajaran. Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati bahawa tahap kualiti pengajaran guru di SRITI berada pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, guru hendaklah terus meningkatkan kualiti pengajaran melalui penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bahan bantu mengajar yang menarik agar pembelajaran yang disampaikan dapat mencapai matlamat.
Jadual 4: Kesesuaian Aras Pengajaran
Bil Komponen Min Sisihan Piawai (sd) Tahap
1 Guru memastikan agar pelajar bersedia untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
4.17 1.07 Tinggi
2 Guru mengumpul pelajar berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran
2.98 1.20 Sederhana
3 Guru memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar, dan bertutur
3.84 1.23 Tinggi
4 Guru meletak harapan yang tinggi terhadap pencapaian murid
3.75 1.22 Tinggi
Min Keseluruhan 3.69 0.74 Tinggi
Jadual 4 di atas menunjukkan dapatan kajian bagi item kesesuaian aras pengajaran.
Berdasarkan analisis di atas, komponen guru mengumpul pelajar berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran mendapat min sederhana iaitu 2.98. Manakala komponen yang mendapat min paling tinggi ialah guru memastikan semua pelajar mempunyai sikap mahu pelajar (min:4.17). Secara keseluruhan, kesesuaian aras pengajaran berada pada tahap tinggi.
Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa guru mengajar mengikut kesesuaian tahap pelajar.
Jadual 5: Insentif
Bil Komponen Min Sisihan Piawai (sd) Tahap
1 Guru memberi motivasi kepada pelajar agar belajar sehingga ke universiti
3.45 1.31 Tinggi
2 Guru memberi ganjaran dan pujian kepada pelajar yang berjaya
3.18 1.25 Sederhana
3 Guru memberi galakan untuk pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan
3.57 1.22 Tinggi
4 Guru sering memberi semangat agar belajar bersungguh-sungguh
3.92 1.19 Tinggi
Min Keseluruhan 3.53 0.68 Tinggi
Seterusnya, jadual 5 menujukkan dapatan bagi Insentif. Komponen yang mendapat nilai min tertinggi ialah guru sering memberi semangat agar belajar berungguh-sungguh dengan nilai min 3.94. Komponen yang mendapat nilai min sederhana ialah guru memberi ganjaran dan pujian kepada pelajar yang berjaya dengan nilai min 3.18. Walaubagaimanapun, nilai min keseluruhan berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan guru tidak hanya mengajar namun guru juga memberi ganjaran yang sewajarnya kepada pelajar agar mereka lebih bersemangat untuk menimba ilmu.
Jadual 6: Masa
Bil Komponen Min Sisihan Piawai (sd) Tahap
1 Guru menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya
3.21 1.23 Sederhana
2 Guru memberi masa yang secukupnya untuk menyiapkan latihan dan kerja rumah
3.04 1.32 Sederhana
3 Guru masuk ke kelas untuk mengajar tepat waktu
2.63 1.07 Sederhana
4 Guru keluar selepas mengajar tepat waktu
2.94 1.18 Sederhana
Min Keseluruhan 2.95 0.81 Sederhana
Sementara itu, bagi jadual 6 min keseluruhan berada pada tahap sederhana iaitu 2.95. Oleh yang demikian, guru perlu lebih komited dan dedikasi ketika melaksanakan tugas serta lebih berdisiplin dalam menjaga masa agar kualiti guru dapat dipertingkatkan.
Jadual 7: Minat Pelajar
Bil Komponen Min Sisihan Piawai (sd) Tahap
1 Saya selalu hadir ke kelas Bahasa Arab 3.40 1.26 Tinggi 2 Saya sentiasa bersemangat ketika
belajar Bahasa Arab
3.44 1.21 Tinggi
3 Saya amat gembira ketika belajar Bahasa Arab
3.51 1.26 Tinggi
4 Saya melakukan kerja rumah Bahasa Arab yang diberi dengan lengkap
3.22 1.08 Sederhana
5 Saya memahami apa yang diajar oleh guru Bahasa Arab
3.18 1.25 Sederhana
Min Keseluruhan 3.35 0.77 Sederhana
Di samping itu, jadual 7 merupakan dapatan kajian bagi minat pelajar. Min keseluruhan minat pelajar berada pada tahap sederhana. Min tertinggi iaitu 3.51 pada komponen saya amat gembira ketika belajar bahasa Arab. Min terendah 3.18 berada pada tahap sederhana pada komponen saya memahami apa yang diajar oleh guru bahasa Arab.
5.2 Analisis inferensi
Analisis korelasi pearson antara kualiti pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab
Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar.
Jadual 8: Analisis korelasi pearson antara kualiti pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab
Kualiti Pengajaran Minat Pelajar
Pearson Correlation 0.446**
Kualiti Pengajaran
Sig. (2-tailed) <.001
N 105 105
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 8 di atas menunjukkan analisis korelasi pearson antara kualiti pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perkaitan yang rendah tetapi masih berada pada aras yang signifikan (r=0.446, p < 0.05) antara
kualiti pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan semakin tinggi kualiti pengajaran semakin tinggi kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Maka Ho 1 ditolak.
Ho 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesesuaian aras pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar.
Jadual 9: Analisis korelasi pearson antara kesesuaian aras pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab
Kesesuaian aras
pengajaran
Minat Pelajar
Pearson Correlation 0.289**
Kesesuaian aras Pengajaran
Sig. (2-tailed) .003
N 105 105
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 9 di atas menunjukkan analisis korelasi pearson antara kesesuaian aras pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Hasil kajian membuktikan terdapat perkaitan yang lemah tetapi masih berada pada aras yang signifikan (r=0.289, p < 0.05) antara kesesuaian aras pengajaran dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Hasil dapatan kajian menunjukkan semakin tinggi kesesuaian aras pengajaran semakin tinggi kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Maka Ho 2 ditolak.
Ho 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara insentif dengan kecenderungan minat pelajar.
Jadual 10: Analisis korelasi pearson antara insentif dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab
Insentif Minat Pelajar
Pearson Correlation 0.317**
Insentif
Sig. (2-tailed) <.001
N 105 105
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 10 di atas menunjukkan analisis korelasi pearson antara insentif dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan rendah namun masih berada pada aras yang signifikan (r=0.317, p < 0.05) antara insentif dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan semakin tinggi insentif semakin tinggi kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Maka Ho 3 ditolak.
Ho 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masa dengan kecenderungan minat pelajar.
Jadual 11: Analisis korelasi pearson antara masa dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab
Masa Minat Pelajar
Pearson Correlation 0.353**
Masa
Sig. (2-tailed) <.001
N 105 105
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 11 di atas menunjukkan analisis korelasi pearson antara masa dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang rendah tetapi masih berada pada aras yang signifikan (r=0.317, p < 0.05) antara masa dengan kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab. Hasil kajian membuktikan bahawa apabila masa yang digunakan semakin tinggi maka kecenderungan minat pelajar dalam bahasa Arab juga semakin tinggi. Oleh yang demikian Ho 4 ditolak.
6. Perbincangan
Analisis deskriptif yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kualiti guru Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI)) berada pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, guru dan juga pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti guru bagi mencapai tahap yang lebih baik. Jika dilihat, terdapat lima fokus yang ditekankan dalam kualiti guru pada kajian ini iaitu:
6.1 Kualiti Pengajaran
Dapatan analisis deskriptif menunjukkan item kualiti pengajaran yang diperoleh berada pada tahap sederhana. Kualiti pengajaran yang dilihat adalah dari segi kaedah mengajar, sukatan pengajaran serta bahan bantu mengajar. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa guru-guru di Sriti perlu mencari kaedah yang sesuai agar mampu membangkitkan minat dan semangat pelajar. Guru-guru juga perlu lebih kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar. Guru berperanan sebagai pendidik seharusnya menggunakan metodologi pengajaran yang pelbagai mengikut strategi dan kaedah yang sesuai (Muhammad Amirul et. Al, 2022). Hal ini penting kerana pelajar akan lebih fokus dengan aktiviti pembelajaran yang pelbagai. Faktor kejayaan pembelajaran bahasa menurut Mohammad Abdillah et. Al (2015) berkait rapat dengan faktor tenaga pengajar iaitu guru. Salah satu daripada faktor tersebut ialah kemahiran guru dalam mengajar bahasa.
6.2 Kesesuaian Aras Pengajaran
Pada item kesesuaian aras pengajaran, analisis deskriptif menunjukkan dapatan yang diperoleh berada pada tahap tinggi. Guru di SRITI sentiasa memastikan kesesuaian aras pengajaran dapat diikuti oleh pelajar. Selain itu, guru juga sentiasa memastikan agar pelajar mempunyai sikap ingin belajar dan meletakkan harapan serta keyakinan yang tinggi kepada pelajar agar mereka dapat mencapai kejayaan di masa akan datang. Melalui kepercayaan yang diberikan, pelajar akan merasakan perhatian dan usaha guru kepada mereka.
6.3 Insentif
Analisis deskriptif insentif berada pada tahap tinggi bagi tiga komponen manakala tahap sederhana pada satu item iaitu guru memberi ganjaran dan pujian kepada pelajar yang berjaya.
Walaubagaimanapun secara keseluruhan item insentif berada pada tahap yang tinggi. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa insentif adalah salah satu usaha yang perlu diberi perhatian untuk menghargai pelajar agar lebih rajin dan bersemangat ketika belajar (Suroso et. Al, 2022).
Pemberian insentif juga merupakan penghargaan guru kepada pelajar apabila telah mencapai peningkatan yang memberangsangkan dalam pembelajaran. Insentif yang diberi oleh guru bukan hanya tertumpu kepada pemberian material sahaja bahkan pujian juga merupakan ganjaran yang dapat menjadikan pelajar lebih bersemangat dan akan bersaing secara sihat antara satu sama lain (Nur Afriyah & Alexander Guci, 2022).
6.4 Masa
Seterusnya, analisis deskriptif menunjukkan faktor masa berada pada tahap sederhana pada setiap item. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat usaha guru dalam menjaga masa namun perlu dipertingkatkan agar masa yang diperuntukkan digunakan dengan sebaiknya. Masa merupkan faktor yang penting dalam menyampaikan pembelajaran kepada pelajar. Masa yang telah disediakan kepada guru haruslah digunakan dengan sebaiknya tanpa mengurangkan atau melebihkannya. Selain itu, guru juga perlulah memberi ruang masa yang secukupnya untuk pelajar menyiapkan sesuatu tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Kegagalan guru dalam memberi ruang masa yang mencukupi kepada pelajar akan menyebabkan pelajar hilang fokus dan merasa terbeban dengan tugasan yang diberikan. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk mempelajari sesuatu subjek. Dalam kajian yang dilakukan Mohd Faeez Ilias et. Al (2022) menunjukkan bahawa faktor masa yang tidak mencukupi menyebabkan guru tidak dapat mengajar kandungan pelajaran dengan sempurna seterusnya mengakibatkan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.
6.5 Minat pelajar
Analisis deskriptif menunjukkan faktor minat pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.35 dan nilai sisihan piawai 0.77. Tiga item menunjukkan nilai min berada pada tahap tinggi manakala dua item seterusnya berada pada tahap sederhana. Minat mempengaruhi sikap dan perlakuan pelajar. Guru bertanggungjawab melahirkan minat pelajar dengan menyediakan aktiviti yang kreatif. Selain itu, seseorang yang mempunyai minat akan berusaha sedaya upaya untuk memahami perkara yang diminati tersebut serta meningkatkan kesungguhan dan pencapaian pelajar (Nurzulaikha dan Noor Aslinda, 2021).
Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar SRITI dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian yang dilakukan meliputi lima faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif, masa dan minat pelajar. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kualiti guru dan kecenderungan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Rendah integrasi Teras Islam (SRITI) masih berada pada tahap sederhana. Justeru itu, tindakan dan langkah yang segera harus dilaksanakan agar kualiti guru di SRITI semakin meningkat. Kualiti guru mampu mempengaruhi minat pelajar untuk mendalami bahasa Arab. Pihak sekolah juga berperanan dalam membantu guru meningkatkan kualiti sama ada dari segi kaedah pengajaran, penyediaan bahan bantu mengajar yang menarik dan sebagainya.
7. Kesimpulan
Guru merupakan insan yang dapat memberi impak besar dalam kemenjadian pelajar. Justeru itu, kualiti guru perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa agar memenuhi keperluan pelajar.
Guru bahasa Arab mestilah sentiasa bersedia dengan kaedah pengajaran yang pelbagai serta menyediakan pengajaran yang bersesuaian dengan aras pelajar agar mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Guru yang berkualiti mampu menyediakan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar. Pengkaji mengharapkan melalui kajian ini, pihak sekolah dan juga guru dapat mengambil tindakan bagi menyediakan guru yang berkualiti dengan melaksanakan program-program yang dapat meningkatkan kemahiran guru dalam pelbagai aspek.
Rujukan
Adzhar, M.A., & Mohd Radzi, N. (2020). Kualiti Guru Dan Penguasaan Bahasa Cina Murid Sekolah Kebangsaan Di Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4.
Ahmad, A., Makhsin, M., & Ilias, M. F. (2021). Kualiti Guru Bahasa Arab Ke Arah Memperkasakan Ketamadunan Islam Abad Ke-21. E-Journal of Islamic Thought and Understanding. Volume 2 Issue 2021.03X.
Ahmid, M.A., Abdullah, M.K., & Johari, K. (2018). Pengajaran Guru Dan Kepercayaan Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah.
Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities (MJSSH),Volume 3, Issue 3, (Page 136 -147), 2018.
Amran, N., & Seman, N. A. A. (2021). Hubungan antara Faktor Sokongan Pendidikan dan Minat Pelajar dalam Bidang Keusahawanan. Research in Management of Technology and Business Vol. 2 No. 1(2021) p. 1499–1508.
Batjo, N., & Ambotang, A.S. (2019). Pengaruh Pengajaran Guru Terhadap Kualiti Pengajaran Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 4, Issue 2, April 2019 e-ISSN : 2504-8562.
Batjo, N., Ambotang, A.S., Taat, M. S., Mosin, M., Shaari, A.S., & Talip, R. (2021). Pengaruh Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap Kualiti Guru Sekolah Rendah Luar Bandar Di Sabah. BITARA. International Journal Of Civilizational Studies And Human Sciences.. Volume 4, Issue 2, 2021: 013- 031.
Fauzy AH. H., Arief, Z.A., & Muhyani. (2019). Strategi Motivasi Belajar Dan Minat Belajar Dengan Hasil Belajar Bahasa Arab. Tawazun, Jurnal Pendidikn Islam.
Http://Ejournal.Uika-Bogor.Ac.Id/Index.Php/TAWAZUN Vol. 12, No. 1, Juni 2019, E-ISSN: 2654-5845, Hlm. 112-127 DOI: 10.32832/Tawazun.V12i1.1843.
Febriyani, N. A., & Guci, A. (2022). Ganjaran Dalam Pendidikan Perspektif Al-Qur’an.
Jurnal Asy-SyukriyyahVol.23 | Nomor 1 | Januari – Juni 2022.
Ilias, M. F., Madzalan, J., Pisol, M. I. M., Jamar, A., & Abdullah, M. (2022). Analisa Faktor Halangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari Dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Sains Humanika 14:2(2022), 64-70.
Kasmin, R., Baharan, M. F., Mohsin, N., Kila, N., & Abu Hassan, M. (2019). Amalan Kualiti Guru Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebanggsaan. Journal of Management and Operation Research 2019, 1 (4).
Madhavan, S., Basri, R., Ayob, A. F. M., & Soaib Asimiran. 2021. Kualiti Bimbingan Pengajaran Oleh “Pegawai Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah” (School Improvement Specialist Coaches - SICS+) Sebagai Faktor Peramal Terhadap Kualiti Guru Di Sekolah Kebangsaan . Muallim Journal Of Social Sciences And Humanities,
4(3), 68-78. Https://Doi.Org/10.33306/Mjssh/82.
Mohd Nor, M. A., Mohd Nawi, M. Z., & Mohamad, I. N. (2022). Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam Pengajaran Tajwid al-Quran dalam Kalangan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities Volume 5 (1), April 2022.
Mubshirah, D. (2021). Hubungan Minat Siswa Belajar Bahasa Arab Dengan Standar Nasional Pendidikan Di Man Aceh Barat. Jurnal Ilmiah Didaktika Februari VOL 21, NO. 2 (2021), 221-235.
Mustapa, A. M., dan Arifin, Z. (2015). Penentuan dimensi kualiti guru Bahasa Arab di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (1). pp. 49-57. ISSN 0216-5636.
Olawoyini, M.A., & Isuku, E. J. (2019). Students’ Academic Achievement As Influenced By Teachers’ Quality: Evidence From Southwest, Nigeria. European Journal of Education Studies. Volume 6 │Issue7│2019.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 2013. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rahmah, Y. (2019). Minat Dan Motivasi Belajar Bahasa Jepang (Studi kasus terhadap mahasiswa jurusan Sastra Indonesia 2016/2017 FIB Undip). Kiryoku, Volume 3 No 1 2019 e-IS
Rahman, A. A., Zulkifli, M.S., Hashimee, M., Wazir, A., & Sayed, M. (2019). Tahap Kompetensi Guru Bahasa Arab Di Sabk Di Malaysia: Satu Dimensi . e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (2). pp. 1-13. ISSN 1823-884x.
Razak, N. A., & Thien, L. M. (2017). Pengkonsepsian dan Pembinaan Instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru. Sains Humanika. 9. 10.11113/sh.v9n4.886.
Samsuiman, M. A., Benjaman, A., & Arifin, Z. (2015). Hubungan Antara Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab Dengan Kualiti Diri Guru Bahasa Arab Mrsm Ulul Albab, Kota Putra. Journal of Human Capital Development. Vol. 8 No. 2 July - December 2015.
Suroso, C. Hartati, S., & Utari, W. (2022). Pengaruh Kompetensi Dan Insentif Terhadap Prestasi Kerja Guru Smk Sinar Pancasila Balikpapan Kalimantan Timur. Jurnal Manejerial Bisnis Vol. 5 No. 2 Desember - Maret 2022 ISSN 2597-5. Ulil Albab.
2019. Motivasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing.
Tamaddun: Jurnal Kebudayaan dan Sastra Islam, Vol. 19 No. 1, Juni 2019 (32-48).