Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah STPM di Kalangan Pelajar Semester 1, SABS Melalui Gampang Bermadu
2, 3.0
(Improving STPM History Essay Writing Skills Among Semester 1, SABS Students Through Gampang Bermadu 2, 3.0)
Hishamudin Ibrahim1*
1 SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang Darul Makmur
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 May 2022 | Published: 1 June 2022 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.7
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian ini dijalankan bagi memantapkan kemahiran menulis esei Sejarah peringkat STPM. Seramai 18 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Semester 1 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kajian ini difokuskan kepada kemahiran penulisan esei sejarah yang terdiri daripada perenggan pendahuluan yang mengikut sistem pemerengganan, manakala bagi perenggan isi pula penekanan kepada penggunaan kata kunci serta penanda wacana yang tepat dan kemahiran menghuraikan isi, serta penulisan perenggan penutup yang sesuai bagi memenuhi piawai yang diperlukan dalam jawapan peperiksaan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian diagnostik. Hasil menunjukkan pelajar kurang berkemahiran menghasilkan esei yang lengkap dan cemerlang.
Seterusnya diperkenalkan kaedah “Gampang Bermadu 2” kepada pelajar secara berperingkat. “Gampang Bermadu 2” dipraktiskan dalam sesi latihan penulisan esei sejarah iaitu dalam tempoh empat bulan (Julai 2020 hingga Oktober 2020). Berdasarkan semakan tugasan, keputusan ujian formal dan diagnostic telah menunjukkan pelajar dapat menguasai dan meningkatkan kemahiran menulis esei sejarah mengikut keperluan peperiksaan STPM yang sebenar. Penggunaan “Gampang Bermadu 2” telah membolehkan pelajar memantapkan kemahiran penulisan esei sejarah STPM dengan baik.
Kata kunci: Sejarah STPM, menulis esei, menghurai fakta, sistem pemerengganan, penggunaan kata kunci, kaedah “Gampang Bermadu 2”.
Abstract: This study was conducted to strengthen the skills of writing History essays at STPM level. A total of 18 students were involved in this study. They consist of Form Six Semester 1 students at SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan. This study focuses on historical essay writing skills consisting of introductory paragraphs that follow the paragraphing system, while for the content paragraph the emphasis is on the use of keywords and accurate discourse markers and content parsing skills, as well as writing appropriate closing paragraphs to meet the required standards in exam answers. Preliminary surveys were carried out through diagnostic tests. The results showed that students were less skilled in producing complete and excellent essays. Next, the "Gampang Bermadu 2" method was introduced to students in stages. "Gampang Bermadu 2" is practiced in a historical essay writing training session within four months (July 2020 to October 2020). Based on the review of assignments, the results of formal and diagnostic tests have shown that students are able to master and improve the skills of writing historical essays
according to the actual STPM examination requirements. The use of "Gampang Bermadu 2"
has enabled students to strengthen the skills of writing STPM history essays well.
Keywords: STPM history, essay writing, explaining facts, paragraphing system, use of keywords, “Gampang Bermadu 2” method.
___________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Setelah diumumkan keputusan STPM 2019, Sejarah 940 menduduki rangking yang tinggi kerana GPMP melebihi 3.60. Pencapaian ini meningkatkan tekanan kepada pengkaji untuk meneruskan kecemerlangan, sedangkan kebolehan pelajar adalah berbeza. Setelah berlangsungnya sesi PdPc, didapati kepelbagaian latarbelakang sekolah asal telah menampakkan bahawa kualiti pelajar pra universiti adalah seiras dengan pelajar lama. Apabila diteliti dari sudut kemahiran menulis esei pula, hasil penulisan mereka berada di tahap yang membimbangkan, sedangkan esei di peringkat STPM, menurut rubriks penskoran kertas Sejarah 940, dari segi taakulan, memerlukan pelajar berpengetahuan dan kefahaman luas dan mendalam; membuat ulasan melebihi biasa atau bersifat analitik melalui binaan hujah secara logikal dan merujuk sepenuhnya kepada kehendak soalan.; manakala dari segi komunikasinya pula mestilah mempunyai: binaan esei yang lengkap (pendahuluan, isi dan penutup): gaya bahasa dan wacana tatabahasa yang sesuai: ayat teratur: pendekatan mudah difahami: fokus kepada perbincangan: dan penyampaian idea dan isi olahan difahami. Jadi, pengkaji mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menulis esei untuk memastikan mereka menulis esei yang memenuhi kehendak rubriks penskoran tersebut.
1.2 Konteks Kajian
Pengkaji adalah seorang guru yang dah di hujung perkhidmatan dan telah berkhidmat di arus tingkatan enam sejak 2006 dengan mengajar subjek sejarah sejak sekian lama. Pernah memenangi tempat keenam dalam pertandingan inovasi anjuran Pejabat SUK Pahang pada tahun 2017 dengan Kaedah GOGampang, manakala dalam Sejarah SPM pula pernah muncul sebagai Naib Johan Inovasi, melalui Kaedah 8 Ekor Biawak Super, pada tahun 2015. Pernah membuat kajian tindakan menggunakan Kaedah Latihtubi Bernada 2007, Gampang Bermadu 2019, Gampang Bermadu 2, 2020. Jadi kajian ini adalah gelembong ketiga kepada kajian pertama pada tahun 2019.
Bidang tugas utama pengkaji adalah mengajar subjek Sejarah 940 STPM. Sehingga kini telah menjalankan tugas tersebut di dua buah sekolah di Daerah Kuantan.
Sekolah ini, adalah sekolah terawal yang menawarkan pengajian peringkat STPM di Pantai Timur dan telah diiktiraf sebagai Pusat Tingkatan Enam Mod 2, dengan muridnya terdiri dari aliran sains dan kemanusiaan.
Manakala pelajarnya terdiri daripada pelbagai latar belakang kerana mereka yang terpilih ke sekolah ini adalah dari lepasan SPM pelbagai sekolah menengah harian berdekatan, samada dari keturunan Melayu, India, China maupun lain-lain etnik. Sejarah pencapaian akademik pelajar sekolah ini berada di tahap yang membanggakan, dibuktikan pada tahun 2019, pelajar sekolah ini berada di tangga kedua dari seluruh sekolah negeri Pahang yang mengambil subjek sejarah 940. Jadi tekanan kepada pengkaji bagi mencapai matlamat sekolah adalah tinggi.
1.3 Refleksi
Setelah memulakan sesi PdPc sejak pelajar mendaftar sebagai pelajar tingkatan enam rendah, dan mereka memilih untuk mengambil mata pelajaran Sejarah 940, kelihatan riak muka pelajar Sejarah Semester 1 adalah bersemangat untuk meneruskan pengajian ke menara gading.
Namun setelah beberapa sesi PdPc berlangsung, jelas kelihatan daripada kertas tugasan yang dihasilkan oleh pelajar tersebut, masih setanding pendidikan menengah lagi. Walaupun diberi penjelasan tentang kehendak Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, namun kelemahan tersebut masih berulang. Jadi, fokus kajian ini masih sama dengan kajian versi 2019 dan 2020 yang lalu tetapi dengan sedikit penambahbaikkan dari sudut perenggan isi dan masih menggunakan kaedah yang sama.
Tindakan sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pelajar tersebut kerana ia merupakan asas kepada mereka untuk menulis esei terutamanya apabila mereka berada di menara gading nanti. Selain itu, pengkaji merasakan Kaedah Gampang Bermadu yang telah terbukti membantu ramai pelajar untuk menulis esei dengan lebih cemerlang, wajar ditambahbaik demi kepuasan seorang pendidik.
Ulasan literatur ada menyebut “Agar esei yang ditulis menepati kehendak dari segi format menjawab. Jawapan mestilah mengikut kehendak oleh soalan” dan “Jangan sesekali calon tidak menulis Pendahuluan dan Kesimpulan, kerana kedua-dua bahagian ini sangat mudah untuk dapat markah. Sebanyak 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini” (CikguSTPM Blogspot, 2011).
Menurut Cikgu Rashman, menggariskan dalam blognya: Sesebuah esei itu hendaklah terdiri daripada perkara berikut: “Ciri-ciri pendahuluan: Perenggan Pertama;Bukan Tema/Kehendak Soalan/Isi;Pengertian Kepada Konsep;Latar Belakang Kawasan; Latar Belakang Kepada Tema. ISI: Fakta; Huraian; Contoh. FAKTA: Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh; dan setiap fakta ditulis dalam satu perenggan. HURAIAN: Menjadi penerangan kepada fakta; Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian. CONTOH: Merupakan bukti kepada fakta atau huraian; i. bila (tarikh, tahun, abad), ii. siapa (nama, kaum, bangsa) iii.
di mana (tempat) iv. banyak mana (kadar, bilangan) v. peristiwa apa. Manakala KESIMPULAN pula terdiri daripada: Apa sahaja yang berkaitan; Tidak mengulangi pernyataan soalan; Tidak menyenaraikan/mengulang isi.
Kamarudin Hj. Husin (1988), menyarankan agar seorang guru sentiasa memberi perhatian dalam beberapa perkara dalam mengajarkan penulisan iaitu:
a) Sebelum Penulisan: Murid perlu memahami format karangan dan apakah yang diinginkan dalam soalan; Mengetahui maklumat penting dalam soalan atau kata kunci; Menjana idea isi penting dan seterusnya membina draf karangan; dan Memastikan tiga aspek utama penulisan di patuhi iaitu, pendahuluan, isi dan penutup. Kebiasaannya setiap karangan perlu mempunyai satu perenggan pendahuluan, empat perenggan isi dan penutup.
b) Semasa Penulisan: Memastikan format yang perlu dipatuhi; Membuat huraian berdasarkan isi karangan/kerangka penulisan; Menulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dua atau tiga baris ayat; Setiap isi seharusnya di nyatakan dengan jelas beserta huraian dan contoh;
dan Membuat rumusan atau kesimpulan daripada karangan.
Kajian Hishamudin Ibrahim berkaitan kaedah Gampang Bermadu 2019 dan 2020: telah memperoleh kejayaan dan Berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam menulis esei sejarah.
Ringkasnya, literatur telah menggariskan apakah struktur penting yang perlu ada dalam sesebuah esei dan bagaimanakah ia patut dilaksanakan dalam PdPc.
2. Fokus Kajian
2.1 Pemilihan Fokus Kajian
Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis esei sejarah di kalangan pelajar
Semester 1, yang merangkumi keseluruhan esei dan ianya terdiri daripada kemahiran menulis perenggan pendahuluan, menulis perenggan isi dan juga perenggan penutup.
Ulasan literatur berkaitan fokus kajian ini telah dibuat oleh Yatiman Karsodikrono (2018) bertajuk ‘Keberkesanan teknik PITaP dalam Meningkatkan Kemahiran Menjawab Esei Sejarah STPM’. Beliau mendapati kaedah tersebut berjaya meningkatkan mutu jawapan murid.
Selain itu, Che Yusrina Che Soh, SMK Medanit, (2016) yang menggunakan Kaedah ATHCOHP turut berjaya memperbaiki kelemahan pelajarnya dalam menulis esei.
Manakala Ahmad Fikri Ab Rahman (2018), melalui kajiannya bertajuk ‘Teknik Lakaran Bersama Peta Alir I-Think Meningkatkan Memahiran Menjana Idea Murid Etnik Lun Bawang Dalam Karangan Autobiografi’ turut berjaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyenaraikan isi yang mencukupi.
Jamjah Ban (2018) dalam kajiannya bertajuk ‘Memantapkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah STPM Menggunakan “Sarang” dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 UM’
menegaskan bahawa “Sarang” telah membantu pelajar menguasai dan meningkatkan kemahiran menghurai fakta sejarah mengikut keperluan peperiksaan STPM yang sebenar.
Penggunaan “Sarang” telah membolehkan pelajar memantapkan kemahiran penulisan esei sejarah STPM dengan baik.
Sementara Hishamudin Ibrahim, SMK Sultan Abu Bakar (2019), dalam kajiannya yang bertajuk ‘Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah STPM dalam Kalangan Pelajar Sejarah SABS dengan menggunakan Kaedah Gampang Bermadu’ telah menyatakan bahawa kaedah tersebut telah berjaya mencapai objektif kajian, namun terdapat pelajar yang masih gagal mengingati fakta. Kajian Hishamudin Ibrahim (2020) berkaitan kaedah Gampang Bermadu telah memperoleh kejayaan dan berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam menulis esei sejarah.
Penambahbaikan yang dilakukan dalam kajian ini adalah dengan memperkukuhkan asas menulis esei secara menyeluruh, iaitu dengan memasukkan unsur mengingati fakta dengan menggunakan kaedah Kotak Beracun yang diubahsuai dan dinamakan “Bermadu”. Turut ditambahbaik adalah pengurangan bilangan ayat di perenggan pendahuluan setelah meneliti kaedah PKPK, ciptaan Encik Johari Kassim.
Kaedah Gampang Bermadu 2 adalah sinergi dari kaedah Gampang, GOGampang, Kotak Beracun, dan PKPP dan PPKU. (Gampang Bermadu+ PKPU&PKPP= Gampang Bermadu 2) Gampang Bermadu adalah kaedah menulis esei yang terdiri daripada formula binaan ayat bagi setiap perenggan (lihat lampiran).
Kotak Beracun pula merupakan giliran membentangkan topik perbincangan secara undian dan ianya menggunakan kertas undian. Ia memastikan pelajar sentiasa bersedia dengan pembentangan kerana giliran pembentangan yang tidak menentu.
PKPU pula adalah kaedah penulisan perenggan pendahuluan yang memerlukan pelajar menulis perenggan pendahuluan yang lebih ringkas, kerana ianya hanya terdiri daripada 3 ayat sahaja.
Manakala PKPP pula adalah teknik menulis perenggan isi yang mantap.
2.2 Tindakan
Model penyelidikan tindakan yang digunakan dalam kajian ini adalah Model Somekh (1989).
Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu guru perlu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis.
Selepas itu guru perlu merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti fokus penyelidikan yang baru. Setiap langkah dalam model ini lebih terperinci dan sistematik.
Rajah 2.1: Model Somekh (1989).
sumber: bellaesperto.blogspot.com
Bahan yang digunakan terdiri daripada Grafik Organizer, Modul Labu Emas, Kertas Undian, dan skrip jawapan responden kajian.
Prinsip asas kajian ini berfokuskan kepada kemahiran penulisan esei Sejarah STPM secara keseluruhannya. Kajian ini penting bagi pelajar Tingkatan Enam Semester 1 yang sedang mengalami era peralihan daripada Tingkatan Lima. Teknik menjawab soalan sejarah pada peringkat Tingkatan Lima berbeza daripada Tingkatan Enam. Oleh itu, pelajar Tingkatan Enam Semester 1 perlukan suatu pendedahan kaedah tertentu yang lebih efektif agar mereka dapat menulis, mengarang, dan menghuraikan fakta sejarah dengan lebih yakin. Jika pelajar tidak berkemampuan mengarang dengan betul pada peringkat STPM, sudah pasti akan memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka. Mereka akan menganggap sejarah STPM mata pelajaran yang sukar lagi membosankan serta menghilangkan minat mereka untuk belajar.
Kesannya, pelajar akan menghadapi banyak masalah di dalam mata pelajaran ini apabila berada di Tingkatan Enam Semester 2 dan Semester 3 yang berkemungkinan menyebabkan mereka gagal meraih gred yang cemerlang dalam setiap peperiksaan STPM; Semester 1, Semester 2 dan Semester 3.
3. Objektif dan Soalan Kajian
3.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis esei sejarah dalam kalangan pelajar pada peringkat STPM.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar untuk menulis esei yang lengkap dalam perenggan pendahuluan, perenggan isi dan penutup esei Sejarah STPM ke tahap cemerlang.
3.3 Soalan Kajian
3.3.1 Apakah Kaedah Gampang Bermadu 2 dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk menulis esei yang lengkap dan cemerlang dalam perenggan pendahuluan, perenggan isi dan penutup esei Sejarah STPM?
4. Peserta Kajian
Jadual 4.1: Peserta Kajian
KELAS JANTINA (L-P) KAUM(M-C-I) JUMLAH
6 TOPAZ 1 2-10 8-2-2 12
6 SAPPHIRE 1 0-6 0-6-0 6
Pada peringkat awal semua pelajar dalam kelas tersebut terlibat dalam kajian, semua pelajar dipilih. Pemilihan tersebut dibuat kerana mereka masih menghadapi masalah dalam menghasilkan esei atau jawapan yang mantap dan memenuhi piawaian rubriks penskoran Sejarah STPM.
5. Pelaksanaan Kajian
5.1 Langkah-langkah Tindakan 5.1.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dilakukan berdasarkan jadual 5.1 di bawah.
Jadual 5.1: Kaedah Mengutip Data Langkah Tarikh Cara
Penilaian
Kump.
Sasaran
Tujuan/Rasional
1 pemeriksaan
tugasan
18 Pengkaji telah mengadakan pemeriksaan ke atas tugasan bertulis yang telah dihantar pelajar untuk menganalisa struktur ayat yang dihasilkan pelajar dan juga mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar dan juga keakuran kepada piawaian yang ditetapkan Majlis Peperiksaan Malaysia
2 Pemerhatian 18 Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Reaksi spontan dan mimik muka merupakan fokus pemerhatian. Ia dilakukan bagi mengenalpasti tahap kesediaan dan kepekaan mereka dalam PdPc dan subjek sejarah.
3 Ujian
Diagnostik
18 Ujian diagnostik dilakukan bagi melihat binaan struktur ayat yang ditulis pelajar dari keseluruhan esei yang dihasilkan.
Ujian pra dilakukan bagi melihat nilai mula, manakala ujian post dilakukan bagi melihat perkembangan kemahiran pelajar menulis esei sejarah.
4 Kajian Dokumen
18 Kajian ini dibuat bagi menganalisa data berkaitan binaan ayat dalam esei yang dihasilkan dalam tugasan dan ujian pencapaian, yang mencakupi binaan ayat dalam semua perenggan.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Jadual 5.2: Analisis Tinjauan Masalah Langkah/
Tindakan
Tarikh Masalah Yang Dikenalpasti
Pemerhatian Julai--Sept Pemerhatian dilakukan sendiri oleh pengkaji untuk mengenal pasti masalah dari segi:
- Sikap sebelum kajian menunjukkan penglibatan pelajar pasif. – Kurang keyakinan untuk menjawab ketika diajukan soalan secara lisan oleh pengkaji.
- Pelajar hanya menyalin balik apa yang ada dalam buku atau artikel untuk menyiapkan tugasan tanpa membuat saringan.
- Pelajar tidak dapat mengarang esei lengkap Sejarah dalam jangkamasa 30 minit untuk 1 soalan.
- Reaksi dari memek muka menunjukkan mereka kurang berkeyakinan.
- Reaksi terhadap unsur kecindan yang dilakukan pengkaji semasa PdPc juga menggambarkan kepekaan dan fokus mereka masih kabur.
Memeriksa Struktur Ayat Dalam Tugasan Pelajar (Analisis Dokumen)
Ogos-Sept i. Berdasarkan struktur ayat yang disampaikan dalam sesi pembentangan individu, hanya seorang pelajar yang b75erjaya menghampiri piawaian yang hendak dicapai.
Analisa Esei Ujian Diagnostik
Oktober Berdasarkan ujian diagnostic (ujian Oktober), kesemua pelajar gagal cemerlang dan menghadapi masalah kemahiran menulis esei sejarah yang memenuhi piawaian STPM atau Majlis Peperiksaan Malaysia.
Kajian Dokumen Oktober Skrip jawapan pelajar dianalisa dari sudut binaan ayatnya dan dianalisa berdasarkan kaedah Gampang Bermadu2.
5.3 Aktiviti Tindakan
5.3.1 Tindakan yang dijalankan: Bagi melaksanakan kajian ini, beberapa aktiviti/tindakan telah dijalankan. Ia dijelaskan melalui jadual 5.3, di bawah.
Jadual 5.3: Jadual Aktiviti Tindakan
Tarikh Tindakan/Aktiviti Sasaran Rasional Kaedah
Julai-Ogos PdPc Topik Semua Memahami topik dan format menulis esei
Gampang + GOGampang Julai-Ogos Pemberian tugasan
secara individu
Semua Menyenaraikan isi sesuai Gampang + GOGampang Julai-Ogos Pembentangan
tugasan
Semua Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan penulisan esei
Gampang + GOGampang + Kotak Beracun = Gampang Bermadu Julai Analisa struktur ayat semua Memperkenalkan format
penulisan esei
Gampang + GOGampang Ogos Pemberian tugasan
secara pasangan
Semua Mengaplikasi kaedah Gampang Bermadu 2
Gampang + GOGampang + Kotak Beracun+ PKPK dan PPKU = Gampang Bermadu 2
Ogos Pembentangan
tugasan pasangan
Semua Mengukuhkan kemahiran kaedah Gampang Bermadu 2
Gampang Bermadu 2 September Latihan/Ulangkaji/
Analisa Topik Utama
Semua Pengukuhan pengetahuan Gampang Bermadu 2
Oktober Ujian Diagnostik Semua Mendapatkan data (keberkesanan)
Gampang Bermadu 2 Oktober-
Januari
Latihtubi Semua Mengukuhkan kemahiran Gampang Bermadu 2 Januari 2021 Peperiksaan
Percubaan
Semua Mendapatkan data (keberkesanan)
Gampang Bermadu 2
5.3.2 Refleksi: Sesi PdPc berjalan lancar dalam suasana norma baru akibat pandemic Covid 19. Pengkaji berjaya menghabiskan sukatan pada pertengahan bulan Ogos. Dari segi kemahiran pelajar dalam menulis esei sejarah yang cemerlang semakin menampakkan hasil yang memuaskan, kecuali dari sudut huraian isi di bahagian perenggan isi. Momentum kemahiran pelajar dikhuatiri terjejas akibat penutupan sekolah ekoran penularan virus Covid 19.
5.4 Kaedah Mengumpul Data
Jadual 5.4: Kaedah Mengumpul Data
Kaedah Instrumen Ulasan literatur
Pemerhatian Reaksi tingkahlaku
Kelebihan Kaedah Pemerhatian
• Pemerhatian terhadap sampel kajian lebih terpeinci, jelas dan lebih tepat.
• Maklumat daripada pemerhatian boleh dijadikan bahan rujukan.
• Maklumat benar-benar diberikan oleh sampel yangdikaji.
Menurut Draper (1996) informasi yang dikumpul melalui Pemerhatian kelas dan temu bual dapat membekalkan informasi yang lebih mendalam daripada soal selidik.
Kaedah Ujian Diagnostik (pra)
Gampang Bermadu 2 dan Soalan Ujian Oktober
Ujian Diagnostik
• Digunakan untuk mengukur penguasaan dan kemahiran individu dalam bidang-bidang khusus.
Thornton (1985a) menggunakan kaedah kajian kualitatif untuk menjalankan kajian tentang kesejajaran kurikulum sejarah di Amerika Syarikat dengan menggunakan protokol seperti analisis dokumen, pemerhatian kelas dan temu bual dengan guru dan pelajar.
Kaedah Ujian Diagnostik (Post)
Soalan Peperiksaan Percubaan , skrip jawapan dan Gampang Bermadu 2
Ujian Diagnostik
• Digunakan untuk mengukur penguasaan dan kemahiran individu dalam bidang-bidang khusus.
Kajian ini menggunakan kaedah campuran atau gabungan, iaitu menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan data. Kebanyakan kajian yang melibatkan proses pelaksanaan kurikulum mengaplikasikan kaedah kualitatif dan protokol yang digunakan termasuk pemerhatian kelas, temu bual dan analisis dokumen untuk mendapatkan data (Bekalo
& Welford, 2000; Brown, 2002; Brown, 2009; Menis, 1991; Thornton, 1985a; Turner, 2003;
Wiseman & Brown, 2003). Namun, kajian Verhoeven and Verloop (2002) serta Schmidt et al.
(2002) menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data. Lentz (2007) menggunakan kaedah campuran (mixed method), iaitu menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan data.
5.4 Cara Menganalisis Data
Analisis data ialah satu proses menyusun data yang dikumpul dan data tersebut kemudian dibahagikan kepada unit-unit yang lebih ringkas untuk menonjolkan pola-pola berstruktur untuk memudahkan penginterpretasian. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis data-data yang dikumpul dalam bentuk kualitatif dan juga kuantitatif. Teknik-teknik menganalisis data yang digunakan adalah analisis kandungan, analisis pola dan analisis dilema. Pertama, menggunakan analisis kandungan semasa menganalisis data yang dikumpul melalui data berbentuk dokumen iaitu skrip jawapan pelajar.
Tambahan pula, pengkaji turut menganalisis kandungan esei tugasan pelajar. Esei tersebut menunjukkan bukti yang kukuh tentang tahap pemahaman dan penguasaan peserta kajian terhadap penggunaan Kaedah Gampang Bermadu 2 dalam menjawab soalan esei Sejarah STPM. Lembaran kerja peserta kajian dianalisis dari segi kandungnya iaitu jenis ayat yang ditulis pelajar dalam setiap perenggan yang digunakan oleh peserta kajian semasa menjawab soalan tugasan dan ujian pencapaian. Misalnya, adakah peserta kajian menggunakan Kaedah Gampang Bermadu 2 yang diperkenalkan dalam menjawab soalan?
Seterusnya, menganalisis pola kesalahan yang dilakukan oleh peserta kajian dalam ujian pencapaian. Pengkaji memberi fokus pada analisis pola ayat dan kesalahan kecuaian yang dilakukan oleh peserta kajian. Dalam konteks ini, kesalahan sistematik adalah kesalahan yang berlaku secara konsisten dalam menulis esei. Manakala, kesalahan kecuaian bermaksud kesalahan yang kerap dilakukan oleh peserta kajian yang disebabkan faktor luaran seperti tidak menumpu perhatian, sikap malas, kurang motivasi, tidak berminat, gangguan masalah kesihatan atau faktor persekitaran.
6. Dapatan Kajian
6.1 Pemeriksaan Esei: UJIAN OKTOBER (Data Permulaan/Masalah)
Jadual 6.1: Analisa Ujian Oktober Bil Subjek
kajian
Skor Pendahuluan (Ayat Konsep/ Ayat
Sejarah/Ayat Taakul)
Bil isi/fakta
Perenggan Isi Bil ayat huraian (P2/P3)
Perenggan Isi Ayat Simpul (P2/P3)
Perenggan Penutup (A Simpul /A Ramal)
Keakuran terhadap Gampang Bermadu 2
(Y/X)
1 AIN 17 y/y/y 4 5/4 y/y y/y y
2 FIR 07 y/y/y 4 3/3 y/y x/x x
3 MAI 17 y/y/y 4 9/5 y/y y/y y
4 CHI 08 y/y/y 3 12/2 y/y x/x x
5 FON 14 y/y/y 4 6/3 y/y y/x x
6 AID 17 y/y/y 5 4/5 x/y y/x x
7 ANI 07 y/y/y 4 4/2 x/x x/x x
8 TIQ 15 y/y/y 4 3/3 y/y y/x x
9 SHA 12 y/y/y 3 4/4 x/x y/x x
10 SAF 12 y/y/y 4 4/2 y/y y/x x
11 QIL 12 y/y/y 5 2/3 y/y y/x x
12 AWE 12 y/y/y 5 4/1 y/y y/y x
13 WNM 14 y/y/y 4 4/3 y/y y/x x
14 WNS 12 y/y/y 4 5/3 y/y y/x x
15 CTU 11 y/y/y 4 4/2 x/x y/x x
16 REK 16 y/y/y 5 6/3 y/y y/x x
17 CTA 17 y/y/y 5 7/5 y/y y/x x
18 RIN 15 y/y/y 4 6/3 y/y y/x x
Refleksi: Jadual 6.1 menunjukkan bahawa pelajar telah menguasai teknik menulis perenggan pendahuluan yang digariskan. Begitu juga dari segi jumlah isi yang sepatutnya dikemukakan pula, menunjukkan mereka juga telah menguasainya. Manakala kemahiran menghuraikan isi dalam perenggan isi pertama dan kedua; menampakkan ketidakseimbangan yang ketara, atau dengan kata lain, pelajar masih belum menguasai kaedah Gampang Bermadu 2. Namun hanya terdapat 4 orang pelajar yang perlu dibimbing menulis ayat kesimpulan isi. Apabila beralih ke bahagian penutup pula, terdapat dua (2) orang pelajar yang tidak menulis di perenggan tersebut, sebaliknya terdapat tiga (3) calon yang menepati piawai, dan majoriti pelajar hanya menulis ayat kesimpulan sahaja, tanpa menulis ayat ramalan. Pengkaji mengambil keputusan untuk memperbaikki kemahiran pelajar dalam penulisan perenggan isi dan perenggan penutup dengan menggunakan penerangan dan latihan serta ujian.
6.2 Ujian Pencapaian Kemajuan/Perkembangan (Ujian SEMULA/RETEST 1)
Jadual 6.2: Ujian Semula 1(13/10/2020) Bil Subjek
kajian Isi (Y/X)
Perenggan Isi Bil ayat huraian (P2/P3) Ujian Okt
Perenggan Isi Ayat Simpul
(P2/P3) Ujian Okt
Perenggan isi Bil ayat huraian
(P2/P3) Ujian Semula
(1&2)
Perenggan Isi Ayat Simpul
(P2/P3) Ujian Semula
(1&2)
Keakuran terhadap Gampang Bermadu 2
(Y/X)
1 AIN y 5/4 y/y 8/5 & 4/6 y/y & y/y y
2 FIR y 3/3 y/y 4/3 & 4/4 x/x & y/y y
3 MAI y 9/5 y/y 8/4 & 6/4 x/x & y/y y
4 CHI y 12/2 y/y 10/4 & 5/4 y/y & y/y y
5 FON y 6/3 y/y 6/3 & 5/5 y/y & y/y y
6 AID y 4/5 x/y 6/4 & 5/5 y/y & y/y y
7 ANI y 4/2 x/x 5/5 & 7/6 y/y & y/y y
8 TIQ y 3/3 y/y 3/4 & 7/6 y/y & y/y y
9 SHA y 4/4 x/x 4/7 & 4/4 x/x & y/y y
10 SAF y 4/2 y/y 4/3 & 4/4 y/y & y/y y
11 QIL y 2/3 y/y 3/4 & 4/4 y/y & y/y y
12 AWE y 4/1 y/y 4/5 & 5/4 y/x & y/y y
13 WNM y 4/3 y/y 5/5 & 5/5 y/y & y/y y
14 WNS y 5/3 y/y 6/5 & 4/4 y/y & y/y y
15 CTU y 4/2 x/x 2/2 & 4/2 x/x & y/y x
16 REK y 6/3 y/y 6/5 & 6/5 y/y & y/y y
17 CTA y 7/5 y/y 5/5 & TH y/y & TH Y
18 RIN Y 6/3 y/y 4/4 & 5/5 y/x & y/y y
Refleksi: Perenggan isi yang ideal terangkum daripada ayat isi, dan seterusnya diikuti oleh tiga hingga 5 ayat huraian dan ditutup dengan ayat taakul atau ayat simpul. Berdasarkan prestasi yang dipamerkan pelajar di dalam Ujian Semula#1; 12 orang pelajar telah akur dengan kaedah Gampang Bermadu 2, manakala selebihnya mengalami perubahan positif, kecuali dua (2) orang yang perlu dibimbing lagi. Kemahiran menghurai isi telah dikuasai oleh17/18 orang
pelajar. Masalah paling ketara adalah kemahiran menulis ayat simpul atau ayat taakul bagi perenggan isi, kerana terdapat 6 orang pelajar yang masih belum menguasainya.
Namun setelah diperteguhkan kemahiran menulis perenggan isi buat kali kedua, semua pelajar telah Berjaya menguasai Kaedah Gampang Bermadu 2, kecuali seorang sahaja (pelajar no 15) yang masih berusaha mencapai tahap tersebut.
Justeru itu, pengkaji berpindah kepada memfokuskan kemahiran menulis perenggan penutup pula, untuk tindakan seterusnya.
6.3 Ujian Post: Ujian Diagnostik (Perenggan Penutup)
Jadual 6.3: Ujian Diagnostik 2 Bil Subjek
kajian
Perenggan Penutup (A Simpul /A
Ramal) Ujian Oktober
Keakuran terhadap Gampang Bermadu 2
(Y/X)
Perenggan Penutup (A Simpul /A
Ramal) Ujian 19 Okt
2020
Keakuran terhadap Gampang
Bermadu 2 (Y/X)
Perenggan Penutup (A Simpul /A
Ramal) Ujian 21 Okt
2020
Keakuran terhadap Gampang Bermadu 2
(Y/X)
1 AIN y/y y y/y y y/y y
2 FIR x/x x th th y/y y
3 MAI y/y y y/y y y/y y
4 CHI x/x x y/x x x/y y
5 FON y/x x y/y y y/y y
6 AID y/x x y/y y y/y y
7 ANI x/x x x/x x y/x x
8 TIQ y/x x th th y/y y
9 SHA y/x x y/y ~ x y/y y
10 SAF y/x x y/y~ x y/y y
11 QIL y/x x y/y~ x y/y y
12 AWE y/y x y/x x y/y y
13 WNM y/x x y/x x y/y y
14 WNS y/x x y/y y y/y y
15 CTU y/x x y/y y y/y y
16 REK y/x x y/y y y/y y
17 CTA y/x x y/y y y/y y
18 RIN y/x x y/y y th th
Refleksi: Jadual di atas menunjukkan perkembangan positif dalam diri pelajar. Dalam ujian Oktober hanya dua (2) orang pelajar yang akur, namun deficit kemahiran tersebut telah berjaya di atasi pada ujian pada 21 Oktober; hanya tinggal 2 orang pelajar yang masih tidak akur. Data ini menunjukkan bahawa pelajar telah menggunakan Kaedah Gampang Bermadu 2 dengan baik, secara keseluruhannya dari sudut perenggan penutup.
6.4 Perbandingan Analisa Jawapan Pelajar Dalam Ujian Diagnostik (Ujian Oktober) dan Ujian Semula 21 Oktober 2020
Jadual 6.4: Perbandingan Ujian Oktober dan Ujian 21 Oktober 2020 Bil Subjek
kajian
Pendahuluan (Ayat Konsep/
Ayat Sejarah/Ayat
Taakul)
Perenggan Isi Bil ayat huraian
Perenggan Isi Ayat Simpul
(P2/P3)
Perenggan Penutup (A Simpul /A
Ramal)
Keakuran terhadap Gampang Bermadu 2
(Y/X)
Ujian Okt - Ujian 21 Okt
Ujian Okt -Ujian 21 Okt 2/P3)
Ujian Okt - Ujian 21 Okt
Ujian Okt - Ujian 21 Okt
Ujian Okt - Ujian 21 Okt
1 AIN y/y/y - y/y/y 5/4 - 4/5 y/y - y/y y/y - y/y Y - y
2 FIR y/y/y - y/y/y 3/3 – 4/3 y/y – y/y x/x – y/y X - y
3 MAI y/y/y - y/y/y 9/5 – 5/4 y/y – y/y y/y – y/y Y - y
4 CHI y/y/y - y/y/y 12/2 – 4/3 y/y – y/y x/x – x/y X - y
5 FON y/y/y - y/y/y 6/3 – 5/4 y/y – y/y y/x – y/y X - y
6 AID y/y/y - y/y/y 4/5 – 5/3 x/y – y/y y/x – y/y X - y
7 ANI y/y/y - y/y/y 4/2 – 5/3 x/x – y/y x/x – y/x X - x
8 TIQ y/y/y - y/y/y 3/3 – 5/5 y/y – y/y y/x – y/y X - y
9 SHA y/y/y - y/y/y 4/4 – 4/4 x/x – y/y y/x – y/y X - y
10 SAF y/y/y - y/y/y 4/2 – 4/3 y/y – y/y y/x – y/y X - y
11 QIL y/y/y - y/y/y 2/3 – 4/4 y/y – y/y y/x – y/y X - y
12 AWE y/y/y - y/y/y 4/1 – 4/3 y/y – y/y y/y – y/y X- y
13 WNM y/y/y - y/y/y 4/3 – 3/4 y/y – y/y y/x – y/y X - y
14 WNS y/y/y - y/y/y 5/3 – 3/4 y/y – y/y y/x – y/y X - y
15 CTU y/y/y - y/y/y 4/2 – 4/3 x/x – y/y y/x – y/y X - y
16 REK y/y/y - y/y/y 6/3 – 5/5 y/y – y/y y/x – y/y X- y
17 CTA y/y/y - y/y/y 7/5 – 4/3 y/y – y/y y/x – y/y X - y
18 RIN y/y/y - th 6/3 - th y/y – th y/x – th X - th
Refleksi: Sebelum sekolah ditutup semula akibat pandemik Covid 19, pelajar telah berkemahiran dalam Teknik menulis esei, namun disebabkan Tarikh peperiksaan yang masih dirasakan jauh, maka ada pelajar yang masih belum memberikan fokus kepada peperiksaan.
Moga momentum mereka tidak merudum selari dengan tahap kesihatan pesakit yang dijangkiti virus Covid 19. Sehubungan dengan itu, fokus latihtubi selepas ini adalah untuk memastikan pelajar mengingati fakta dan pendedahan Teknik menjawab soalan KBAT.
6.5 Ringkasan Dapatan Kajian
Jadual 6.5: Ringkasan Dapatan
Objektif Kajian Dapatan Kajian
Apakah Kaedah Gampang Bermadu 2 dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk menulis esei yang lengkap dalam perenggan pendahuluan, perenggan isi dan penutup esei Sejarah STPM.
Berjaya membantu semua pelajar meningkatkan kemahiran mereka ke tahap mahir.
Tiada lagi pelajar yang menulis esei Sejarah STPM yang tersasar dan tidak sempurna.
Apakah Kaedah Gampang Bermadu 2 dapat memastikan pelajar menguasai kemahiran menulis esei Sejarah STPM berdasarkan piawai rubriks penskoran Majlis Peperiksaan Malaysia
Berjaya memastikan semua pelajar akur dengan rubriks penskoran.
Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Hishamudin Ibrahim (2019) Kaedah Gampang Bermadu, dan Gampang Bermadu 2 (2020), Yatiman Karsodikrono (2018) Teknik PiTAP, Jamjah Ban (2018) Teknik Sarang, Che Yusrina Che Soh (2016) yang menggunakan Kaedah ATHCOHP yang berjaya memperbaikki kelemahan pelajar dalam menulis esei.
7. Refleksi
Refleksi dapatan: Walaupun pencapaian positif diperolehi dalam tempoh kajian ini, namun tindakan susulan dan berterusan dengan menggunakan Kaedah Gampang Bermadu 2 akan dijalankan oleh pengkaji, untuk memastikan semua pelajar terlibat berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan sebenar pada bulan Februari 2021 nanti.
Pengkaji optimis bahawa kohort pelajar tersebut akan memberikan NGMP 3.0 ke atas dalam STPM akan datang sepertimana yang dikehendaki oleh peneraju sekolah ini.
8. Cadangan Tindakan Susulan
8.1 Menilai tindakan yang diambil
8.1.1 Penggunaan kaedah Gampang Bermadu 2, didapati berkesan dalam meningkatkan kemahiran pelajar kerana ia melibatkan unsur yang menyeluruh, iaitu teknik menulis yang memerlukan pelajar mengikut formula yang digariskan dalam GoGampang dan PKPK.
Manakala dari segi persediaan pelajar pula berada di tahap yang baik kerana penggunaan teknik undian (Kotak Beracun) dan PPKU, yang memerlukan pelajar sentiasa fokus dan bersedia dengan konsep dan bilangan fakta yang mencukupi tentang sesuatu topik.
8.2 Cadangan tindakan susulan
8.2.1 Kajian yang lebih menyeluruh dengan melibatkan dua esei dan kesemua perenggan untuk dianalisa, kerana kajian ini hanya satu esei sahaja dan 2 perenggan isi sahaja.
8.2.2 Kajian juga dicadangkan untuk melakukan kajian secara luar lokaliti pengkaji; kajian berkolaborasi dengan rakan guru di sekolah lain.
Cadangan tajuk kajian akan datang: Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Dalam Kalangan Pelajar Semester 2 SABS Dengan Menggunakan “Kaedah Gampang Bermadu 2, 4.0” Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Dalam Kalangan Pelajar Semester 1 SABS Dengan Menggunakan “Kaedah Gampang Bermadu 2, 3.0 Bil 2”.
Rujukan
Intan Juita Menan (2014, Mac 2014). Soal Selidik. Dimuat turun daripada intanjuitan6449933.
wordpress.com/2014/03/31/soalselidik
Hee Jee Mei (2011). Topic 7: Instrumen Kajian [PDF]. OCW.utm.my/pluginfile.php/
2454/mod_resource/content/0/to[pic7instrumentkajian.pdf
Norhayati, C. H. (2011). Bab 3: Metodologi Kajian [PDF]. studentrepo. um.edu.my/5521/5/
Bab_3.pdf
Jamjah Ban (2018). Memantapkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah STPM Menggunakan
“Sarang” dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 UM. Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam, 2.
Hishamudin Ibrahim. (2019). Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Melalui Kaedah
“Gampang Bermadu”.
Hishamudin Ibrahim. (2020). Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Melalui Kaedah
“Gampang Bermadu 2.0”. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 188-191.
Mohd Khir Mohd Kassim. (2008, June 2). Teknik Mengolah Karangan STPM.
http://khirkassim. blogspot.com/2008/06/teknik-mengolah-karangan-stpm. html Che Yusrina Che Soh. (2016). Kaedah “ATHCOHP”. SMK Medanit’s Action Research.
Yatiman Karsodikromo & Mijel, S. M. (2018). Keberkesanan Teknik PITaP Dalam Meningkatkan Kemahiran Menjawab Esei Sejarah STPM [PowerPoint Slides].
https://www.slideshare. net/YatimanNormanja/keberkesanan-teknik-pitap-dalam- meningkatkan-kemahiran-menjawab-essei-sejarah-stpm
Ahmad Fikri Ab Rahman (2019). Teknik Lakaran Bersama Peta Alir I-think Meningkatkan Kemahiran Menjana Idea Murid Etnik Lun Bawang Dalam Karangan Autobiografi.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1).
Bella Esperto (2016). Model Kajian Tindakan.
http://bellaesperto.blogspot.com/p/model_20.html
Rashman (2011, Julai 15). Panduan Menulis Esei Sejarah 1 STPM. Blog Sejarah STPM.
https://sejarahstpm.blogspot.com/2008/07/
CikguSTPM Blogspot, October 15, 2011
Johari Kassim (2019). Modul Labu Emas Sejarah STPM Semester 1.