• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI BIL: 1/2012 TARIKH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI BIL: 1/2012 TARIKH"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

MINIT MESYUARAT

PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI BIL: 1/2012

TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT) MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : BILIK 3, HOTEL IXORA, PERAI PULAU PINANG

Kehadiran : Hadir:

A. Pengerusi

Dato’ Ir. Nordin bin Hamdan Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes)

B. Wakil Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia 1. Ir. Hj Hanapi bin Mohamad Noor Pengarah BSAH 2. Tn. Hj. Mohd Nassir bin Bidin Pengarah BPB

3. En. Idris bin Yusof Pengarah BKOR

4. Ir. Hj Shahimi Bin Hj Sharif Timbalan Pengarah II

5. Ir. Hapida Binti Ghazali Ketua Penolong Pengarah Kanan (SPH)

6. Pn. Che Shamsiah Bt Omar Ketua Penolong Pengarah Kanan (USA)

7. En. Wamzah Bin Mohd Ketua Penolong Pengarah (UPM)

8. En. Mohd Faizul Mustapha Ketua Penolong Pengarah (SPH) 9. En. Mohamad Radzi bin Abdul Talib Ketua Penolong Pengarah (SRB I) 10. En. Khirluddin bin Darus Ketua Penolong Pengarah (USA) 11. Pn. Nurul Niza bt Nasarudin Ketua Penolong Pengarah (BKP) 12. Ir. Mohd Zaharifudin bin Muhamad Ali Penolong Pengarah Kanan (UOL) 13. En. Mohd Khardzir bin Husain Penolong Pengarah Kanan (URH) 14. Cik Norazila bt Ab Razak Penolong Pengarah Kanan (SPH) 15. En. Muhd Al-Muzammil bin Chu Ahmad Penolong Pengarah Kanan (IHP) 16. Hj. Abd Hafiz bin Mohamad Penolong Pengarah (SRB I)

17. Pn. Nor Asiken bt Alias Penolong Pengarah (UPM)

(2)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 2

18. Cik Khairul Fadzilah Bt Mohd Omar Penolong Pengarah (UPM)

19. Pn. Siti Salwa bt Ramli Penolong Pengarah (UOL)

20. Pn. Zimah Binti Ibrahim Pembantu Teknik Kanan (UPM)

21. En. Mohd Khairil Annuar bin Mohd. Isa Penolong Jurutera (UOL) 22. En. Sayed Yazid bin Sayed Jamaluddin Safri Penolong Jurutera (USA) 23. En. Abu Salim bin Abd Aziz Juruteknik Kanan (UPM)

24. En. Isyamuddin bin Ahmad Juruteknik (URH)

25. En. Zulraimie bin Abdul Jalal Juruteknik (SRB)

C. Wakil Hidrologi Negeri:

1. JPS Negeri Kelantan i. Tn. Hj. Mat Rahim bin Ismail - Pengarah

ii. En. Shaari bin Haron - PHN

2. JPS Terengganu i. Tn. Hj. Mat Hussin bin Ghani -Pengarah ii. Tn. Hj. Shukri Bin Mamat - PHN

3. JPS Negeri Johor i. Ir. Chong Chee Han - Pengarah

ii. En. Jeffree bin Esa - PHN

iii. En. Mohd Khairul Nizam bin Bonnawi - Juruteknik

4. JPS Selangor i. Tn. Hj. Ab Qahar bin Osman - Pengarah ii. En. Danapal A/L Kannusamy - PHN

5. JPS Negeri Kedah i. Tn. Hj. Mohd. Abu Bakar bin Osman - Pengarah ii. En. Mohd Zulkarnain bin Sahat - PHN

6. JPS N. Sembilan i. En. Hashim bin Osman -Pengarah

ii. Pn. Mastura bt Maarof - PHN

7. JPS Negeri Perlis i. Ir. Nishad Mohamed bin - Pengarah

Hj C.J Mohd Shaffy ii. Pn. Noor Aini Binti Sabawas - PHN

8. JPS Negeri Sabah i. En. Yap Siew Fah - Ketua Penolong Pengarah Kanan

ii. Jerry Gungat - PHN

ii. En. Romae Tati - Penolong Jurutera

9. JPS Negeri Pahang i. Pn Nang Jamilah bt Hj Nik Omar - Ketua Penolong Pengarah Kanan

ii. En. Mohd Sabri Bin Sidek - PHN

(3)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 3

10. JPS K.Lumpur i. Ir. Sabri bin Abdul Mulok - Ketua Penolong Pengarah Kanan

ii. Ir. Mohd Shahrulnizam Bin Mat Rani - PHN

iii. En. Mohd Fathi bin Ali - Penolong Jurutera

11. JPS Negeri Sarawak i En. Jamesy Mijek - Ketua Penolong Pengarah Kanan

12. JPS Perak i. Pn Rozaini bt Abdullah - Ketua Penolong

Pengarah i. En. Taquddin Azmy Bin Zawawi - PHN ii Pn. Noor Fauziah Binti Mohammad Noor - Juruteknik

13. JPS Negeri P.Pinang i. Ir. Nasseer bin Salim - Ketua Penolong Pengarah ii. En. Mohd Zaki bin Jamaludin - PHN iii. En Hasrulnizar bin Abdullah -Juruteknik

14. JPS Melaka i. En. Ahmad Solihin bin Budarto - Penolong Pengarah Kanan

15. JPS Labuan i. En. Zaidin bin Matsin - PHN

(4)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 4

Singkatan yang digunakan:

BSAH - Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi PHN - Pegawai Hidrologi Negeri

NRE - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Ministry of Natural Resources and Environment) PSAH - Pengarah Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi SUK - Setiausaha Kerajaan Negeri

JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran

AMRFF - Integrated Atmospheric and Radar Satellite Model Based Rainfall and Flood Forecasting

YAB - Yang Amat Berhormat

USM - Universiti Sains Malaysia SPH - Seksyen Peralatan Hidrologi

SRB - Seksyen Ramalan Banjir

DP - Differential Pressure

NWP - Numerical Weather Prediction

(5)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 5

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Bil 1/2012 yang diadakan di Ixora Hotel, Pulau Pinang.

1.2 Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi yang diadakan 2 kali setahun perlu dihadiri oleh Pengarah JPS Negeri atau Timbalan Pengarah JPS Negeri beserta Pegawai Hidrologi Negeri.

1.3 Pada tahun 2011 Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BSAH) telah memperkenalkan Pengiktirafan PHN Terbaik dan Prestasi Data Hidrologi Terbaik Negeri-Negeri akan dicadangkan dibuat 2 tahun sekali yang diharapkan akan mendorong semua pegawai dalam membuat penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi kerja masing-masing.

1.4 Dato’ Pengerusi memaklumkan pada bulan November 2011, BSAH telah membangunkan laman web Public Infobanjir yang telah dilancarkan oleh YB Timbalan Menteri NRE di Melaka. Menurut laporan maklumbalas laman web ini mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai dan dijadikan sumber rujukan utama dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan kejadian banjir kerana maklumat yang dipaparkan mudah difahami.

1.5 Mesyuarat Direktorat JPS telah memutuskan BSAH menjadi One Stop Centre dalam pungutan pemprosesan data kualiti air sungai di seluruh negara. Pada masa ini telah sediada stesen kualiti air di bawah tanggungjawab BSAH tetapi perlu penambahan stesen bagi membantu program-program lain seperti One State One River dan River Of Life (ROL). Pelaksanaan ini memerlukan penglibatan dan kerjasama JPS Negeri.

1.6 Pada akhir tahun 2011, BSAH telah menyiapkan 3 model baru ramalan banjir menggunakan input data atmosfera ataupun AMRFF bagi lembangan Sg Kelantan, Sg Pahang dan Sg Johor.

Diharapkan model ini dapat dipantau dengan baik supaya kejayaannya boleh diaplikasikan bagi lembangan-lembangan sungai yang lain pada masa akan datang.

1.7 Dasar Sumber Air Negara telah diluluskan oleh Majlis Sumber Air Negara (MSAN) pada 12 Oktober 2011 dan telah mendapat kelulusan Kabinet pada 22 Februari 2012. Peranan JPS semakin bertambah terutamanya dalam memastikan pelan-pelan tindakan di dalam dasar tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dasar Sumber Air Negara akan dilancarkan pada hari Air Sedunia yang akan berlangsung pada 24 Mac 2012 dan BSAH akan mengadakan ‘road show’ ke seluruh negara dalam menjelaskan tentang dasar ini kepada orang ramai.

1.8 Hari Air Sedunia akan diadakan pada 24 Mac 2012 di Dataran Pinggiran Sg Kerian, Parit Buntar Perak dan akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Tema Hari Air Sedunia pada tahun ini adalah ‘Water and Food Security’. Beberapa program turut diadakan seperti Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan di Hutan Paya Larut Matang pada 20-23 Mac, Bengkel Domestik Management di USM, Pulau Pinang pada 22-23 Mac, Colloqium Kebangsaan Air dan Jaminan Makanan di Bukit Merah Lake Town Resort dan ‘Water and Food

(6)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 6 Security Explorace’ di sekitar Zoo Taiping, Empangan Bukit Merah dan Dataran Kerian pada 24 Mac 2012.

1.9 Dato’ Pengerusi berharap semua Pengarah Negeri dapat memberi perhatian yang lebih kepada pelaksanaan program-program Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi kerana kepentingan sumber air kepada negara akan bertambah seiring dengan hasrat jabatan kepada BSAH supaya menjadi peneraju dalam pengurusan sumber air negara.

Tindakan : Makluman 2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT BERKAITAN UCAPAN ALUAN

2.1 Laman Web Public Infobanjir :-

2.1.1 Boleh dicapai melalui Laman Sosial Facebook dan Twitter. Penggunaan teknologi sebaran maklumat terkini seperti aplikasi media baru dan media sosial dapat membolehkan komunikasi dua hala di antara kerajaan dan orang awam.

Tindakan : Makluman

2.1.2 Sejumlah lebih 360,000 pengunjung laman web ini selepas 4 bulan dibangunkan.

Tindakan : Makluman

2.1.3 Isu bilangan webkamera di stesen-stesen hidrologi yang aktif hanya 7 berbanding 36 kamera seluruh negara. Negeri-negeri perlu memantau operasi kamera di negeri masing-masing. Dato’ Pengerusi menekankan komitmen daripada Pengarah Negeri untuk kerja-kerja penyelenggaraan webkamera yang tidak aktif serta mencadangkan sekiranya terdapat projek-projek di negeri perlu memasukkan sekurang-kurangnya 1 webkamera dalam kontrak tersebut.

Tindakan : JPS Negeri

2.2 PSAH memaklumkan Dasar Sumber Air Negara akan dihantar kepada SUK negeri-negeri untuk

memperluas pemahaman mengenai dasar tersebut kepada kerajaan negeri.

Tindakan : Makluman

2.3 Pengarah JPS Kelantan mencadangkan agar data-data penting untuk kualiti air sungai dilengkapkan dan diperkemaskan bagi pelaksanaan BSAH yang akan menjadi ‘OSC’ data kualiti air.

Tindakan : Makluman

(7)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 7

3. PEMBENTANGAN SISTEM BARU RAMALAN DAN AMARAN BANJIR SG MUDA

Pembentangan Sistem Baru Ramalan dan Amaran Banjir Sg Muda telah dibuat oleh En. Mohd Radzi bin Abdul Talib. Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 1. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

3.1 En. Radzi memaklumkan Sg Muda merupakan lembangan yang selalu ditimpa kejadian banjir.

Kejadian banjir sering berlaku akibat hujan lebat dan air pasang di kuala dan muara Sg Muda pada tahun 1987, 1988, 1995, 1998 dan 2003.

3.2 Pada tahun 1998 kejadian banjir telah melibatkan 6000 buah rumah, 78 km2 keluasan kawasan banjir dan kerugian sebanyak RM 1.5 billion.

3.3 Objektif sistem ini adalah membangunkan ‘rainfall analyzer’ menggunakan data radar dan membangunkan ‘real time flood forecasting system’ di lembangan Sg Muda.

3.4 Sistem ini terbahagi kepada dua seperti berikut :-

3.4.1 Pengumpulan data hidrologi menggunakan Dynamic Integrated Management System (DIM) untuk mengumpulkan data-data hidrologi yang digunakan di dalam modelling.

3.4.2 Menjalankan ‘hydrological and hydrodynamic modelling’ untuk menghasilkan ramalan dan amaran banjir. Pelaksanaan permodelan ini menggunakan aplikasi data radar, data telemetri dari stesen di tapak, dan juga data Numerical Weather Prediction (NWP) sebagai input bagi

‘hydrology modelling’.

3.5 Output sistem ini ialah boleh menganggar / meramalkan ketinggian aras air dalam sela masa 3 hari akan datang dan menghasilkan ‘flood map’.

Tindakan : Makluman 4 LAPORAN PRESTASI KEWANGAN PEMBANGUNAN

Pembentangan Laporan Prestasi Kewangan Pembangunan telah dibuat oleh Pn. Zimah bt Ibrahim.

Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 2. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :- 4.1 Secara keseluruhannya, Prestasi Kewangan Projek Pembangunan BSAH bagi tahun 2011 ialah

97.5%.

4.2 Mesyuarat dimaklumkan Siling RP 2 BSAH yang akan diselaraskan semula untuk Vot 134000 (Pengurusan Sumber Air Negara dan Integrated Atmospheric and Radar Satellite Model Based Rainfall and Flood Forecasting for Main River Basin) ialah RM 5,664,000.00. Manakala Siling RP 2 yang akan diselaraskan semula bagi Vot 139000 (Sistem Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir dan Pembangunan Rangkaian Bersepadu Sistem Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir Pelbagai Negeri) ialah RM 5,817,000.00

(8)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 8 4.3 Perincian Perancangan Pembangunan 2012 bagi Butiran 134000 adalah seperti berikut :-

BIL PROJEK 13400003 (Pengurusan Sumber Air Negara)

KOS CATATAN

1 BMP's In Awareness Raising And Capacity Building Towards The Effective Implementation Of IWRM In Malaysia

997,000

2 Melaksanakan projek BMP’s untuk IWRM seluruh negara

91,000 Waran ke negeri 3 Sambutan Hari Air Sedunia 300,000

4 Bayaran INWRDAM 13,000

5 Bayaran Terjemahan DUSA(Draft rang undang2 sumber air negara

19,000

JUMLAH 13400003 1,420,000

BIL PROJEK 13400099 (Integrated Atmospheric and Radar Satellite Model Based Rainfall and Flood Forecasting for Main River Basin)

KOS CATATAN

1 Intergrated Atmosheric and Radar Satellite Model Based Rainfall and Flood Forecasting for Sarawak River

1,627,398.72

2 Integrated Flood Forecasting Model for Padas River

1,240,931.35

3 Sattelite Based Flood Forecasting Model with Integrated Flood Analysis System (IFAS) Sg. Dungun

459,818.39 Telah bayar RM121,477.33 4 Perolehan Peralatan Ict Bagi

Kajian ‘Flood Forecasting And Warning System For Dungun, Padas And Sarawak River Basin’

497,450.00

(9)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 9 4.4 Perincian Perancangan Pembangunan 2012 bagi Butiran 139000 adalah seperti berikut :

5 Updating flood forecasting model (infobanjir)

10,000.00

6 AMRAFF model maintenance with end output of hydrological procedure/Radar (RAIM)

286,000.00

7 Pembelian PDM model 15,000.00 JUMLAH 13400099 4,136,598.46

BIL PROJEK 13900003 (Sistem Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir )

KOS CATATAN

1 Pembangunan Sistem Amaran dan ramalan banjir Lembah Klang (IFFRM)

a) Bayaran Kemajuan kontrak

b) Bayaran Kemajuan perunding

c) Sewa Bulanan Menara Kuala Lumpur

d) Sewaan menara telekom e) lain-lain sewaan

(MBSA/MPK/UPM/etc

1,020,000 571,079.32

79,200 225,600 30,000 2 Penyelenggaraan Sistem

Telemetri Negeri Perak

85,950 Waran kenegeri 3 Penyelenggaraan Sistem

Telemetri Negeri Johor

49,250 Waran ke negeri

4 RAIM 300,120.68

5 JPS CARELINE (BPKOR) 1,000,000 JUMLAH 13900003 3,361,200.00

(10)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 10 4.5 Ringkasan Permohonan Negeri adalah seperti berikut dan perincian boleh didapati dalam Lampiran 3 :-

BIL PROJEK 13900009

(Pembangunan Rangkaian Bersepadu Sistem Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir Pelbagai Negeri)

KOS CATATAN

1 Menaiktaraf Sistem Telemetri Trengganu

890,580

2 Kajian Semula Sistem Telemetri Sarawak

302,593.5

3 Menaiktaraf Stesen Repeater Negeri Johor

445,500

4 Perolehan Peralatan alat ganti dan pemb sistem siren

255,001.5

5 Perkhidmatan pemasangan peralatan water level di Stesen Sg Penchala, Selangor

15,500 Sudah bayar

6 Pembayaran Pengambilan Tanah di RTB Sg Muda

27,265 Bayaran RM22,265 7 Menjalankan Stress Test bagi

Sistem Public Infobanjir

9,800

8 Integrasi sistem telemetri Johor dengan Master Server

42,000

9 Menaiktaraf Siren manual kepada telemetri di Kampung Raja - Cameron Highland

11,760

JUMLAH 13900009 2,000,000.00

NEGERI PEMBANGUNAN MENGURUS JUMLAH NEGERI PERLIS 710,400.00 319,500.00 1,029,900.00 KEDAH 489,000.00 467,000.00 956,000.00 PULAU PINANG 511,300.00 330,000.00 841,300.00 PERAK 961,650.00 406,300.00 1,367,950.00

(11)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 11

Tindakan : Makluman 5 LAPORAN PRESTASI KEWANGAN MENGURUS

Pembentangan Laporan Prestasi Kewangan Mengurus telah dibuat oleh Cik Norazila bt Abd Razak.

Kandungan pembentangan adalah seperti di Lampiran 3. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :- 5.1 Secara keseluruhannya, Prestasi Kewangan Mengurus BSAH bagi tahun 2011 ialah 98.26%.

5.2 Agihan Bajet ke Negeri-negeri untuk tahun 2012 dibentangkan semasa mesyuarat seperti berikut :-

i) 14000 Elaun Lebih Masa - RM 20,000 ii) 21000 Tuntutan Perjalanan – RM 107,000 iii) 23000 Bil dan Utiliti – RM 100,800

iv) 24000Sewaan – RM 17,100

v) 26000 Bekalan Bahan Mentah – RM 93,000 vi) 27000 Bekalan dan Bahan Lain – RM 12,000 vii) 28000 Penyelenggaraan – RM 480,000 viii) 29000 Perkhidmatan / Hospitaliti – RM10,000

SELANGOR 615,000.00 398,000.00 1,013,000.00

WPKL 200,000.00 129,400.00 329,400.00

N9 1,060,000.00 504,500.00 1,564,500.00

MELAKA 100,000.00 101,000.00 201,000.00 JOHOR 1,030,000.00 505,000.00 1,535,000.00 PAHANG 4,743,000.00 1,150,000.00 5,893,000.00

TRENGGANU 0.00 237,300.00 237,300.00

KELANTAN 3,424,000.00 429,000.00 3,853,000.00 WPLABUAN 75,000.00 34,200.00 109,200.00

SABAH 1,083,500.00 444,600.00 1,528,100.00 SARAWAK 2,068,000.00 55,000.00 2,123,000.00 JUMLAH 17,070,850.00 5,510,800.00 22,581,650.00

(12)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 12 5.3 Pn. Nurul Niza daripada Bahagian Khidmat Pengurusan memaklumkan permohonan tambahan

sebanyak RM 3 juta untuk Program Mengurus telah diterima dan telah dikemukakan ke NRE untuk pertimbangan kelulusan.

5.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa prestasi perbelanjaan keseluruhan yang perlu dicapai bagi tahun 2012 adalah 100%. Semua baki yang tidak ditanggung sehingga 15 Disember 2012 akan ditarik semula.

5.4 Laporan kewangan mengurus bulanan hendaklah dihantar ke Puan Zimah melalui emel [email protected] sebelum/pada 5hb bulan berikutnya.

Tindakan : Makluman 5 LAPORAN PRESTASI DATA

Pn. Norasiken bt Alias telah membuat pembentangan berkenaan Laporan Prestasi Data (Januari – Disember 2011) seperti di Lampiran 4. Hasil pembentangan adalah seperti berikut :-

5.1 Isu dan Masalah

i) Data hujan manual tidak perlu dihantar ke Ibu Pejabat sekiranya stesen automatik yang menggunakan alat logger telah stabil.

ii) Tiada keperluan pembayaran pembaca sekiranya stesen hujan manual ditutup.

iii) Pegawai pembaca data perlu membuat bacaan tolok semakan menggunakan check gauge dan memastikan perbezaan jumlah hujan dengan bacaan tolok semakan tidak melebihi 10% berdasarkan di dalam prosedur kualiti MS ISO 9001 : 2008 yang

ditetapkan.

iv) Data aras air tolok lurus manual bagi Rangkaian Hidrologi Nasional tidak perlu dihantar ke Ibu Pejabat kerana telah ada data logger di setiap stesen.

Tindakan : Semua JPS Negeri

5.2 Data Sejatan

Semua negeri mencapai 100%

bagi prestasi data sejatan.

Tindakan : Makluman

5.3 Data Hujan Auto Logger

Semua negeri mencapai 92% kecuali Negeri Sarawak dan Sabah.

Tindakan : Makluman

(13)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 13 5.3.1 Bagi Negeri Pahang 5 stesen didapati tidak mencapai 92% iaitu Stesen Ladang Kemasul

di Mengkarak, JPS Temerloh, Kg Tebing Tinggi, Kuala Medang dan Ladang Boh. Kesemua stesen menggunakan peralatan JLOG. Walau bagaimanapun prestasi keseluruhan data hujan autologger ialah 95.66%.

Tindakan : Makluman

5.3.2 Prestasi keseluruhan data hujan autologger di Negeri Johor ialah 96.74%. Namun, terdapat 3 stesen tidak mencapai prestasi 92% iaitu Stesen Ldg Sg Plentong, Ldg Pekan Layang-layang dan Kompleks Penghulu Chaah. Data direkod tetapi diragui, kemungkinan masalah data logger atau peralatan Hobo yang telah usang.

Tindakan : PHN Johor, SPSHM dan SPH

5.3.3 Bagi Negeri Sabah, prestasi keseluruhan data hujan autologger ialah 70.76%. Sejumlah 64 stesen bermasalah berbanding 77 stesen. Pegawai Hidrologi Sabah, memaklumkan tahun 2011 telah ada peningkatan dan mereka sedang berusaha untuk mempertingkatkan prestasi kerana sebelum ini stesen hujan tidak menggunakan logger sebaliknya mereka menggunakan carta yang perlu proses ‘digitize’ dan juga kedudukan stesen yang jauh untuk pemungutan data.

Tindakan : Makluman

5.3.4 Di negeri Sarawak, prestasi keseluruhan data hujan autologger ialah 96.11%. Terdapat 13 stesen tidak mencapai 92%. Pegawai Hidrologi Sarawak memaklumkan ini kerana kebanyakan lokasi stesen jauh dan pemungutan data stesen hujan 3 bulan sekali manakala stesen pedalaman 6 bulan sekali. Walau bagaimanapun, Sarawak berjaya mencapai melebihi 95% dan telah ada peningkatan.

Tindakan : Makluman

5.4 Data Aras Air

Semua negeri mencapai 92% kecuali Negeri Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Tindakan : Makluman

5.4.1 Bagi negeri Kedah stesen Sg Muda di Jeniang tidak mencapai prestasi data 92%

disebabkan peralatan aras air DP (Differential Pressure) yang rosak. Namun telah diganti dengan alat Dry Bubbler pada Jun 2011 dan data telah mulai stabil.

Tindakan : Makluman

(14)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 14 5.4.2 Prestasi data di negeri Perak bagi aras air ialah 89.17%. Terdapat 5 stesen tidak

mencapai prestasi 92% iaitu Sg Batang Padang di Tg Keramat, Sg Kinta di Weir G di Tg Tualang, Sg Kinta di Tg Rambutan, Sg Plus di Kg Lintang dan Sg Rui di Jln Raya. Namun masalah semua stesen tersebut telah selesai.

Tindakan : Makluman

5.4.3 Prestasi data di negeri Sembilan ialah 75.53%. Terdapat 4 stesen tidak mencapai 92%.

Walau bagaimanapun masalah 3 stesen telah selesai manakala Stesen Aras Air di Sg Linggi di Sua Betong sedang dalam proses kerja-kerja pembaikan tebing.

Tindakan : PHN Negeri Sembilan

5.4.4 Prestasi data di negeri Melaka ialah 82.90%. Hanya satu stesen tidak mencapai 92% iaitu Sg Kesang di Chin Chin. Masalah peralatan minilog pada November dan Disember tetapi telah dimaklumkan kepada SPH dan sedang diambil tindakan.

Tindakan : SPH dan JPS Melaka

5.4.5 Prestasi data di negeri Johor ialah 94.5%. Terdapat 4 stesen tidak mencapai 92%. Walau bagaimanapun masalah 3 stesen telah selesai manakala Stesen Sg Segamat di Segamat dimaklumkan telah rosak akibat banjir dan ditutup sementara.

Tindakan : SPH dan JPS Johor

5.4.6 Prestasi data di negeri Pahang ialah 93.11%. Terdapat 3 stesen tidak mencapai 92%.

Walau bagaimanapun masalah 2 stesen telah selesai manakala Stesen Aras Air di Sg Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat dan sedang dalam proses kerja-kerja pembaikan tebing.

Tindakan : SPH dan JPS Pahang

5.5 Data Sukat Luah

5.5.1 Kerja-kerja sukat luah dapat dilaksanakan di semua stesen sukat luah dan data sukat luah telah dimasukkan ke dalam intranet kecuali Stesen Sg Segamat di Segamat dan Sg Keratong di Jambatan Bahau, Pahang. Ini kerana Stesen Sg Segamat di Segamat terlibat dengan kerja pembaikan tebing akibat kejadian banjir, manakala di Stesen Sg Keratong di Jambatan Bahau terlibat dengan kerja-kerja penyemakan dan pembaikan aras banjir dan dalam proses untuk pemasangan peralatan Hornet Plus.

Tindakan : SPH, JPS Johor dan JPS Pahang

(15)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 15 5.5.2 Pembangunan Rating Curve bagi keseluruhan stesen sukat luah di kesemua negeri telah

dibentangkan.

Tindakan : Makluman

5.6 Data Enapan Ampai

5.6.1 Data Enapan Ampai bagi semua negeri diterima di BSAH kecuali 1 stesen di negeri Pahang iaitu di stesen Sg Keratong di Jambatan Bahau. Masalah yang dihadapi adalah sama seperti masalah di para 5.5.1.

Tindakan : SPH dan PHN Pahang

5.7 Data Kualiti Air

5.7.1 Data Enapan Ampai bagi semua negeri diterima di BSAH kecuali 1 stesen di negeri Pahang iaitu di stesen Sg Keratong di Jambatan Bahau. Masalah yang dihadapi adalah sama seperti masalah di para 5.5.1..

Tindakan : Makluman

5.8 Rumusan

5.8.1 Keseluruhan prestasi data sejatan (Januari - Disember 2011) - 100%.

5.8.2 Prestasi data hujan autologer (Januari -Disember 2011) - tidak capai 92% - Sabah.

5.8.3 Prestasi data aras air (Jan- Disember 2011) - tidak capai 92% - Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan

5.8.4 Kualiti data aras air dan data sukatan luahan perlu diberi lebih penekanan dan dipertingkatkan. Kegunaannya amat penting dalam permodelan hidrologi dan hidraulik yang sedang dan akan dibangunkan.

5.8.5 JPS Negeri perlu ‘follow-up’ dengan Jabatan Kimia Negeri dalam usaha untuk mencapai penerimaan keputusan sampel dari Jabatan Kimia dalam tempoh yang lebih efisien.

5.8.6 BTPP perlu dikemukakan setiap kali data tidak mencapai objektif kualiti – Nyatakan punca dan langkah mengatasinya dan boleh dibuat secara online di alamat web www.rhn.water.gov.my

5.8.7 ‘Cross Section’ stesen sukat luahan sungai hendaklah dikemaskini, terutamanya kawasan stesen yang mengalami perubahan tapak yang ketara

Tindakan : Semua PHN

(16)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 16

6.0 HAL LAIN-LAIN

6.1

Sempena Sambutan Hari Air Sedunia pada 22- 24 Mac 2012,

Pengarah BSAH meminta JPS Negeri Perak menyediakan pengangkutan untuk program-program terutamanya Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan di Hutan Paya Larut Matang untuk membawa pelajar dan guru-guru ke lokasi program yang membabitkan 10 orang bagi setiap negeri.

Tindakan : JPS Negeri Pahang

6.2 Dato’ Pengerusi mengusulkan pertanyaan tentang ‘Task Force Flood Forecasting Modelling’.

Pengarah BSAH memaklumkan jadual penyiapan ‘task force’ tersebut sehingga bulan Oktober 2012. Pegawai-pegawai yang terlibat akan menyiapkan ‘flood forecasting modelling’ bagi 4 lembangan sungai.

Tindakan : Pegawai-Pegawai Task Force

6.3 PHN Kelantan membangkitkan isu kecurian di kebanyakan stesen hidrologi di Kelantan. Beliau mencadangkan stesen-stesen tersebut dipindahkan ke tempat lebih selamat seperti Balai Polis dan sebagainya dan memerlukan peruntukan untuk kerja-kerja tersebut. Dato’ Pengerusi menggalakkan pegawai-pegawai memberi cadangan-cadangan dan sumbangan idea untuk mengatasi masalah kerja yang dihadapi. Masalah peruntukan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya di peringkat Ibu Pejabat.

Tindakan : BSAH dan JPS Kelantan

6.4 En Mohd Radzi dari Seksyen Ramalan Banjir BSAH meminta semua negeri menghantar Laporan Banjir Tahunan 2011 sebelum bulan Mac 2012. Beliau juga memaklumkan keperluan untuk menyemak semula aras amaran dan aras bahaya di semua stesen telemetri berdasarkan kejadian banjir yang lepas.

Tindakan : Semua PHN

6.5 Dato’ Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri mesyuarat dan tuan

rumah, iaitu JPS Pulau Pinang. Beliau berharap agar Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi serta JPS Negeri menjadi peneraju Jabatan dalam bidang pengurusan sumber air dan hidrologi.

Tindakan : Makluman

(17)

Mesyuarat PSAH BIL.1_2012 |24 Februari 2012 17

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Referensi

Dokumen terkait

terhadap prestasi belajar matematika siswa kelas VIII SMP N 1 Baturetno. tahun

Melihat fenomena yang terjadi di SMK Negeri Gantiwarno bahwa prestasi belajar motor bensin siswa kelas XI Jurusan Teknik Otomotif tahun ajaran 2010/2011 belum

“ Pemanfaatan Internet sebagai Sumber Belajar dan Kemandirian Belajar dengan Prestasi Belajar Siswa Kelas XI SMA Negeri Kebakkramat Tahun Ajaran

Untuk mengetahui adanya pengaruh proporsi waktu belajar dan media pembelajaran terhadap prestasi belajar ekonomi pada siswa kelas VIII SMP Negeri 1 Sambirejo Sragen Tahun