• Tidak ada hasil yang ditemukan

MyTreeVolution Didik Mahasiswa UniMAP Cintakan Kampus

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MyTreeVolution Didik Mahasiswa UniMAP Cintakan Kampus"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Page 1

KENYATAAN MEDIA

MYTREEVOLUTION DIDIK MAHASISWA UniMAP CINTAKAN KAMPUS

Pauh Putra, 10 Februari – Pokok mahogani, jati dan karas antara pokok yang bakal menjadi penghias sekitar kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam usaha melestarikan kawasan hijau.

Projek menanam pokok buat julung kalinya di UniMAP itu dikenali sebagai program “MyTreeVolution, National Forest Restoration Project”

(myTREEvolution iCSR) adalah anjuran Majlis Profesor UniMAP dengan kerjasama Jabatan Pembangunan, Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) UniMAP , Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP dan MyTreeVolution Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP bertuah kerana program berkenaan turut mendapat sokongan Jabatan Perhutanan yang bersedia menyediakan bekalan anak-anak pokok bagi menjayakan program itu.

Ujarnya, penggerak bagi melaksanakan myTREEvolution iCSR terdiri daripada Felo CEO@Faculty Programme 2.0 iaitu sekumpulan pensyarah dari semua Universiti Awam di Malaysia manakala jawatankuasa myTREEvolution iCSR akan bertindak sebagai penyelaras bagi melancarkan program ini.

“Di UniMAP, seramai 50 pelajar Diploma dan staf terlibat khususnya mereka yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti menghijaukan kampus selain turut mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan mahupun korporat yang berminat menyertai projek ini,” katanya ketika pelancaran program berkenaan di Dataran AUPF, Kampus UniMAP, di sini.

Turut hadir, pengurusan tertinggi UniMAP serta Pengarah INSAT UniMAP Prof Madya Dr Mahmad Nor Jaafar.

(2)

Page 2 Menurut Zul Azhar, antara objektif program berkenaan ialah bagi memupuk rasa cintakan alam sekitar di kalangan pelajar dan staf selain rasa sayangkan kampus dengan menanam pohon hijau di sekitar kampus.

“Saya percaya, walaupun pelajar mahupun staf sibuk dengan urusan pengajian dan tugasan masing-masing namun menerusi program seperti ini mereka sentiasa sedar tanggungjawab mereka mencintai kampus ini seterusnya memelihara dengan baik.

“Sudah banyak unit-unit mahupun pusat pengajian UniMAP di sekitar negeri ini berpindah ke kampus ini,justeru langkah awal mencantikkan serta menghijaukan kampus harus bermula sekarang,” katanya.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Seramai lima orang responden (11.11 peratus) terlibat secara aktif (sering terlibat dalam lumba haram) dalam aktiviti Mat Rempit di mana mereka menjadikan lumba haram sebagai

Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar). Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman. Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka

Pelajar yang tidak terlibat dengan sesi perkuliahan secara bersemuka di kampus namun berhasrat untuk kembali ke kampus (berdasarkan sepuluh (10) kategori yang diberikan keutamaan)

2. Bagi pelajar program Eksekutif, Master, PhD, pelajar antarabangsa dan staf UPM yang menggunakan perkhidmatan bas kampus, anda diwajibkan membeli pas bulanan berharga RM

tatacara pakaian bagi setiap pelajar UniMAP di mana ianya menyatakan setiap pelajar tidak boleh memakai purdah (menutupi muka) semasa berada di dalam kampus.. Sekiranya

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Sept 2016 KOPERTIS-UniMAP BAKAL JALIN KERJASAMA MOBILITI PELAJAR DAN STAF Pauh Putra, 16 Sept – Koordinasi Perguruan Tinggi Swasta

Capaian Point-To-Point Berkelajuan 1 Gbps Untuk Sambungan Rangkaian Kampus UniCiti~Pauh Putra, UniMAP UniMAP mempunyai sebuah asrama pelajar baru di mana ia terletak di Kampus UniCITI

Saya menyeru kepada semua ketua jabatan dan staf yang hadir pada hari ini untuk sama-sama kita mengambil peluang ini bagi mengenali kampus tetap UniMAP dengan lebih dekat lagi.. Semoga