• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Hubungan Gaya Keibubapaan Dengan Personaliti Anak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Hubungan Gaya Keibubapaan Dengan Personaliti Anak"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

HUBUNGAN GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN PERSONALITI ANAK

Anis Akmilah Binti Mat Hassan

SaIjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

~~2

2007

A599 2007

(2)

JlU5<a

UNl

HUBUNGAN GA YA KEIBUBAPAAN DENGAN PERSONALITI ANAK

oleh

ANIS AKMILAH BINTI MAT HASSAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak

(3)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : HUBUNGAN GAYA KEffiUBAPAAN DENGAN PERSONALITI ANAK SESI PENGAflAN: 2006/2007

Saya ANIS AKMILAH MAT HASSAN mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. **Sila tandakan

(-J )

0

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti

termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI

TERHAD 1972)

[2]

D

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana TIDAK TERHAD penyelidikan dijalankan)

(TANDA Alamat Tetap:

No. 25 C, Kampung Pengkalan Ajal, 21800 Ajil, Terengganu Darul Iman.

Tarikh : 10 dUt.Al d-O c:j.

----~---~-

Catatan: ·Tes-is dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

• Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tcsis ini pcrlu dikclaskan sebagai TERHAD.

(4)

Projek bertajuk 'Hubungan Gaya Keibubapaan dengan Personaliti Anak' telah disediakan oleh Anis Akmilah binti Mat Hassan dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Puan Jamayah binti Saili)

Tarikh:

Gred

]

(5)

PENGHARGAAN

Assalarnualaikurnwarahrnatullah w. b.t.

Terlebih dahulu saya ingin rnernanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana atas lirnpah dan kurniaNya, saya berjaya rnenyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek, Puan Jamayah Saili dan Encik Rizal Abu Bakar atas segal a birnbingan, tunjuk ajar yang diberikan sepanjang rnenyiapkan tugasan kajian ini.

Jutaan terirna kasih juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang dikasihi serta adik-adik yang yang disayangi kerana sudi rnernbantu dan rnernberikan sokongan sepenuhnya kepada saya untuk rnenyiapkan tugasan ini. Selain daripada itu, tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang turut sarna rnernbantu saya dan sokongan serta kerjasarna yang anda sernua berikan rnenjanjikan kenangan dan pengalarnan yang sangat rnahal dan berrnakna.

Ucapan terirna kasih yang tidak terhingga juga kepada Pengurus Felda Mengkawang yang rnernberi kebenaran kepada saya serta rnernberikan kerjasarna yang sangat baik dalarn rnenyiapkan tugasan ini.

Kepada individu yang terlibat secara langsung dan secara tidak lang sung dalarn rnernbantu saya rnenyiapkan tugasan ini, terirna kasih atas pertolongan dan surnbangan yang diberikan. Jasa anda arnatlah saya hargai.

Akhir sekali terirna kasih kepada Jabatan Kaunseling yang rnernberi peluang kepada saya untuk rnenjalankan kajian ini dan diharapkan segal a ilrnu yang dipelajari dan diperolehi daripada projek tahun akhir ini akan dapat dirnanfaatkan untuk kegunaan rnasa depan. Sernoga Allah sentiasa rnernberkati segal a usaha yang telah dilakukan selarna ini.

Sekian, terirna kasih. .~,

1lI

(6)

t'US~ll Khidlna' M' Ie

1

VNIVERSITI MAL~~~'rat Akaoemll

Q4,()() 1(0'" Co A SARAWAJ(

w ...amaranan

Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Gambarajah Senarai Lampiran Abstrak

Abstract

JADUAL KANDUNGAN

iii iv vii viii ix x xi

BABI PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kaj ian 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 ObjektifKajian 4

1.4 Kerangka Konseptual 5

1.5 Hipotesis 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Definisi Kaj ian 7

1.7.1 Gaya Keibubapaan 7

1.7.2 Autoritatif 7

1.7.3 Autoritarian 7

1.7.4 Personaliti 8

1.7.5 Neurotik 8

1.7.6 Keterbukaan 8

1.7.3 Anak 9

1.8 Kesimpulan 9

BAB2 SOROTAN KARYA TERPILIH

9-'"

1.0 Pengenalan 10

1.1 Sorotan Karya Terpilih 10

1.2 Teori dan Model 16

2.2.1 Model Alderian 16

2.2.2 Teori Pelekatan 17

2.2.3 Teori Maslow 18

2.2.4 Model Lima Faktor 19

2.2.5 Teori Pembelajaran Sosial 20

2.2.6 Teori Sosiolisasi 21

2.3 Kesimpulan 22

IV

(7)

,....

r

BAB3 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4

3.5 3.6

3.7 3.8 BAB4

4.0 4.1

4.2 4.3 4.4

4.5 BABS

5.0 5.1 5.2

METODOLOGI

Pengenalan 23

Reka Bentuk Kajian 23

Lokasi Kajian 24

Populasi dan Sampel 24

Instrumen Kajian 25

3.3.1 Bahagian A: Faktor Demografi Terpilih 26

3.3.2 Bahagian B 26

a) Gaya Keibubapaan 26

b) Inventori Big Five 27

3.4.3 Kaedah Pengiraan Skor 28

a) Gaya Keibubapaan 28

b) Inventori Big Five 29

3.4.4 Kebolehpercayaan Instrumen 30 3.4.4.1 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 30

Teknik Pengumpulan Data 31

Teknik Penganalisaan Data 31

3.6.1 Analisis Deskriptif 31

3.6.2 Ujian Korelasi Pearson,r 32

Rumusan Penganalisaan Data 33

Kesimpulan 33

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengenalan 34

Dapatan Kebolehpercayaan Instrumen 35 4.1.1 Analisis Kebolehpercayaan Ujian Rintis

Instrumen Gaya Keibubapaan 35

4.1.2 Analisis Kebolehpercayaan Ujian Rintis

Instrumen Big Five 36

Dapatan Kebolehpercayaan Instrumen 36

Dapatan Taburan Demografi 37

Dapatan Hipot~ 38

4.4.1 Perkaitan antara Gaya Keibubapaan Autoritatif dengan Sifat Neurotik dan

Sifat Keterbukaan Anak 38

4.4.2 Perkaitan antara Gaya Keibubapaan Autoritarian dengan Sifat Neurotik dan

Sifat keterbukaan Anak 41

Rumusan Dapatan Kajian 45

RINGKASAN, RUMUSAN, LIMITAS I DAN CADANGAN

Pengenalan 46

Ringkasan 46

Rumusan 47

v

I

(8)

,.. ...

!

5.3 Limitasi Kajian 47

5.4 Cadangan 49

5.4.1 Cadangan kepada pengkaji akan datang 49

5.4.2 Cadangan kepada kaunselor 49

BIBLIOGRAFI LAMPlRAN

VI

(9)

1

SENARAI JADUAL

Jadual3.1

Skala Pengukuran Gaya Keibubapaan dan Inventori Big Five 27 JaduaJ 3.2

Jadual Rumusan Penganalisaan Data 32

Jadual4.1

Analisis Kebolehpercayaan Ujian Rintis Instrumen Gaya Keibubapaan 33 Jadual4.2

Analisis Kebolehpercayaan Ujian Rintis Inventori Big Five 34 Jadual4.3

Dapatan Kebolehpercayaan Instrumen 35

Jadual4.4

Perbandingan Jantina antara Ibubapa dan Anak 36 Jadual4.5

Keputusan Ujian Korelasi Pearson bagi Mengenalpasti Perkaitan antara Gaya Keibubapaan Autoritatif dengan Sifat Neurotik Anak 36 Jadual4.6

Keputusan Ujian Korelasi Pearson bagi Mengenalpasti Perkaitan antara Gaya Keibubapaan Autoritatif dengan Sifat Keterbukaan Anak 38 Jadual4.7

Keputusan Ujian Korelasi Pearson bagi Mengenalpasti Perkaitan antara Gaya Keibubapaan Autoritarian dengan Sifat Neurotik Anak 39

.. '

Jadual4.8

Keputusan Ujian Korelasi Pearson bagi Mengenalpasti Perkaitan antara Gaya Keibubapaan Autoritarian dengan Sifat Keterbukaan Anak 41 Jadual4.9

Rumusan Dapatan Kaj ian

Vll

·1

j

43

(10)

5

r

,.

SENARAI RAJAH

Rajah 1

Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 2

Hirarki Keperluan Maslow 18

Vlll

I

(11)

1

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1

Borang Soal Selidik bagi Gaya Keibubapaan

Lampiran 2

Borang Soal Selidik bagi Inventori Big Five

Lampiran 3

Surat Pennohonan Menjalankan Ujian Rintis

Lampiran 4

Surat Pennohonan Menjalankan Kajian

Lampiran 5

Maklumat Asas Felda

Lampiran 6

Nilai Kebolehpercayaan Ujian Rintis Instrumen-instrumen Kajian

Lampiran 7

Nilai Kebolehpercayaan Dapatan Kajian

Lampiran 8

Dapatan Korelasi Pearson (r) antara Gaya Keibubapaan dengan Personaliti Anak

IX

(12)

ABSTRAK

HUBUNGAN GAY A KEIBUBAPAAN DENGAN PERSONALITI ANAK

Anis AkmiJah binti Mat Hassan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan dengan personaliti anak di sebuah tempat terpilih iaitu di kawasan Felda Mengkawang, Ajil, Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang yang terdiri daripada 50 orang ibu atau bapa dan 50 orang anak. Instrumen Gaya Keibubapaan dan Inventori Big Five telah digunakan dalam kajian ini, dijawab oleh kedua-dua ibu atau bapa dan anak. Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil daripada kajian ini meliputi demografi responden, jenis gaya keibubapaan dan personaliti. Terdapat empat (4) hipotesis yang dikaji menggunakan pekali Korelasi Pearson untuk melihat perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini adalah personaliti, bersifat neurotik dan keterbukaan. Manakala pemboleh ubah tidak bersandar adalah gaya keibubapaan, autoritatif dan autoritarian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritatif dan autoritarian dengan sifat neurotik dan keterbukaan anak di kalangan responden.

x

(13)

r

I

ABSTRACT

RELATION BETWEEN PARENTING STYLES WITH CHILDREN PERSONALITY

Anis Akmilalt bint; Mat Hassan

This research was conducted to examine the correlation between parenting styles and children's personality in Felda Mengkawang, Ajil, Terengganu. The samples were 100 respondents which included 50 parents and 50 children. The questionnaires used to measure were Parenting Style and Big Five Inventory.

Information obtained from this research consisted of demographic information of respondents, types ofparenting style and types ofpersonality that they belong to.

Four (4) hypotheses were tested using Pearson Correlation to study correlation between the dependent and independent variables. Dependent variables of this research were personality while independent variables were parenting style.

Overall, the finding indicated that there were no significant correlation between authoritative parenting and authoritarian parenting with neuroticism and openness to experience among respondents.

Xl

(14)

BAB1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang latar belakang kajian, kenyataan masalah, objektif kajian, kerangka konseptual, hipotesis kajian, kepentingan kajian, definisi konsep dan istilah yang dijalankan oleh pengkaji.

1.1 Latar Belakang Kajian

Institusi keluarga merupakan salah satu aset penting dalam pembentukan sahsiab generasi muda bag"1:nelahirkan generasi yang berkualiti pada masa hadapan. Masalah tingkah laku yang berlaku dalam negara kita pada hari ini secara umumnya berkadar songsang dengan pembangunan negara malah amat meruncing meskipun pelbagai kemp en dan saranan telah dijalankan melalui media massa mahupun secara terbuka oleh kerajaan.

Pendidikan pertama yang diterima oleh setiap anak bermula dari rumah, maka pengaruh sesebuah keluarga terhadap perkembangan anak-anak adalah sangat besar dari segi kepercayaan, nilai dan gaya hidup mereka. Ibubapa juga

(15)

mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak. Ini jelas merujuk dalam Al-Quran yang bermaksud;

Seru olehmu orang-orang kepada jalan Tuhanmu dengan memakai bijaksana dan perkataan-perkataan nasihat yang baik, dan lawan mereka itu berhujah dengan apa-apa jua hujah yang terlebih baik dan terlebih memberi bekas lagi.

(Surah Al-Nahl:125 dalam Mohd. Redza Zainal Abidin, 1992)

Oleh yang demikian, ayat ini membawa maksud bahawa telah menjadi tanggungjawab kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka supaya membentuk anak-anak ke arah yang lebih baik. Dengan kata lain, telah menjadi tanggungjawab setiap ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya berada di landasan yang betul. Dalam konteks yang lain, dari sudut psikologi, setiap ibubapa mempunyai gaya keibubapaan yang tersendiri dalam mendidik anak­

anak. Menurut Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997), ibubapa merupakan model atau contoh kepada anak-anak.

Keluarga memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti anak-aDak. Berdasarkan kajian Don dan Gary (1990), kepercayaan, matlamat, emosi dan sikap diklasifikasikan sebagai personaliti yang mempengaruhi cara individu bertingkah laku. Tret personaliti merujuk kepada Big Five iaitu tret personaliti yang jelas untuk menunjukkan perbezaan pada setiap individu (McCrae & Costa, 1987, M!Adams, 1997 dipetik daripada Hogan, Johnson &

Briggs, 1997). Mereka mengenalpasti Big Five sebagai extraversi, bersifat neurotik atau ketidakstabilan emOSl, keterbukaan, berpendapat sama dan mempunyai kesedaran.

2

(16)

1.2 Penyataan Masalah

Pendekatan yang diambil oleh ibubapa untuk mendisiplinkan anak-anak adalah penting dalam menentukan sejauhmana institusi keluarga dapat dipertahankan sebagai sebuah institusi keluarga yang harmoni, kukuh dan sejahtera Namun begitu, apabila isu masalah tingkah laku ditimbulkan, biasanya masyarakat hanya akan menuding jari kepada remaja. Tanpa disedari pengaruh daripada rumah juga memainkan peranan penting dalam perkembangan sahsiah seseorang.

Cara didikan anak-anak mempunyai nilainya yang tersendiri dan hal ini telah menarik minat pengkaji untuk mendalami hubungan gaya keibubapaan iaitu autoritatif dan autoritarian, dengan personaliti anak-anak daripada perspektif personaliti yang berbeza, iaitu melalui dua konstruk Big Five iaitu bersifat neurotik atau ketidakstabilan emosi dan sifat keterbukaan. Berdasarkan kajian Ladd dan Ladd (1998), hubungan ibubapa dan anak-anak adalah sangat berkait secara teoritikal dan empirikal dengan pembentukan interpersonal anak-anak.

Pandangan Islam juga turut memperkatakan tentang perhubungan antara ibubapa dan anak, seperti dalam sebuah Hadis yang bermaksud;

"Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibubapalah yang menyebabkannya ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"

(Noran Fauziah Yaakub & Habibah Elias, 1997)

Berdasarkan kajian lepas, cara gaya keibubapaan mempengaruhi kesejahteraan anak dari segi aspek pembangunan kompeten, pencapaian akademik, pembangunan psikososial dan masalah tingkah laku (Noralina Omar, Khaidzir Ismail, Hanina Hamsan, & Suzana Hoesni, 2006 dipetik daripada Rohany Nasir & Fatimah Omar, 2006). Isu-isu tingkah laku biasanya dikaitkan dengan tahap sifat neurotik yang tinggi namun mempunyai sifat keterbukaan yang rendah. Ini kerana menurut Kroes, Veerman dan DeBruyn (2005), menyatakan bahawa tahap sifat neurotik yang tinggi sangat berkait rapat dengan

3

(17)

masalah tingkah laku individu manakala menurut Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (I997), tingkah laku keterbukaan merupakan salah satu daripada masalah personaliti yang dikaitkan dengan individu tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan sesuatu masalah menyebabkan emosinya tidak stabil. Masalah tingkah laku dan masalah personaliti yang berlaku hasil daripada sifat neurotik yang tinggi dan keterbukaan yang rendah telah mendorong pengkaji untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan terhadap personaliti anak.

Justeru itu, hal ini telah menarik minat pengkaji untuk mengkaji isu tingkah laku anak-anak yang mana berkait rapat dengan sifat neurotik dan sifat keterbukaan anak yang dipengaruhi oleh gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibubapa. Jadi, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibubapa di Felda Mengkawang mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak dari sudut neurotik dan keterbukaan.

1.3 ObjektifKajian

1.3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya keibubapaan dengan personaliti anak.

1.3.1 Objektif Khusus

1. Mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan autoritatif dengan ciri personaliti bersifat neurotiklketidakstabilan emosi dan sifat keterbukaan anak.

2. Mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan autoritarian dengan ciri personaliti bersifat neurotiklketidakstabilan emosi dan sifat keterbukaan

anak.

4

(18)

1.4 Kerangka Konseptual

GAYA KEmUBAPAAN Autoritatif

Autoritarian

Pembolehubah tidak bersandar

Rajah 1

PERSONALITI ANAK-ANAK Sifat Neurotik Sifat Keterbukaan

Pembolehubah bersandar

Kerangka konseptual menjelaskan hubungan gaya keibubapaan dengan personaliti anak. Pembolehubah tidak bersandar adalah jenis gaya keibubapaan iaitu autoritatif dan autoritarian.

Manakala pembolehubah bersandar adalah personaliti anak yang bersandar kepada gaya keibubapaan

mendidik anak-anak mereka. Antara

neurotiklketidakstabilan emosi dan sifat keterbukaan.

yang diamalkan personaliti yang

oleh diukur

ibubapa adalah

dalam sifat

1.5 Hipotesis Kajian

HoI = Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritatif deng~'sifat neurotik anak.

Ra2

= Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritatif dengan sifat keterbukaan anak.

Ra3

= Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian dengan sifat neurotik anak.

H04 = Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian dengan sifat keterbukaan anak.

5

(19)

1.6 Kepentingan Kajian

Dalam menghasilkan sebuah kajian yang bennutu, pengkaji akan mengenalpasti beberapa kepentingan yang bakal diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan. Selain daripada itu, dapat membantu pengkaji agar lebih fokus serta memberikan garnbaran yang jelas terhadap isu yang dibincangkan menerusi kajian ini.

Kepentingan kajian ini juga bertujuan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada ibubapa bagi mengenalpasti pengaruh gaya keibubapaan yang mempengaruhi pembentukan personaliti anak-anak mereka. Sehubungan itu, kesedaran awal dapat disemai oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak di mana mempunyai intipati yang berasas dan berada pada landasan yang betul. Hal yang demikian juga akan mempengaruhi gaya hidup atau personaliti atau persepsi anak-anak terhadap dunia di sekelilingnya apabila dewasa kelak.

Secara sedar ataupun tidak, setiap ibubapa mempunyai cara gaya tersendiri dalarn mendidik anak-anak. Melalui kajian ini juga ibubapa dapat mengenalpasti bagaimana sesebuah keluarga dalarn mendidik anak-anak sarna ada melalui cara yang positif atau pun negatif dan secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya hidup anak tersebut. Hubungkait yang cuba dijelaskan oleh pengkaji ialah hubungan antara jenis-jenis gaya keibubapaan seperti autoritatif dan autoritarian sekaligus me~~laskanjenis kecenderungan personaliti anak-anak melalui konstruk Big Five iaitu personaliti sifat neurotiklketidakstabilan emosi dan sifat keterbukaan.

Selain daripada itu, kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh pengkaji­

pengkaji yang akan datang yang mempunyai keinginan untuk mendalarni kajian ini serta kajian-kajian lain yang mempunyai perkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Tarnbahan pula, tidak banyak kajian yang dijalankan

6

(20)

mengenai gaya keibubapaan di negara ini kerana kebanyakan kajian yang berkaitan telah dilakukan di negara-negara Barat.

1.7 Definisi Konseptual dan Operasional

1.7.1 Gaya Keibubapaan

Konseptual - Gaya keibubapaan ditakrifkan sebagai cara yang diamalkan oleh setiap ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka. Menurut Kagan (1975, dalam Berns 2004), gaya keibubapaan adalah salah satu pelaksanaan keputusan yang serius mengenai kehidupan seorang anak.

Operasional - Gaya keibubapaan merupakan corak asuhan yang ditunjukkan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak.

1.7.2 Autoritatif

Konseptual -Menurut Bee dan Boyd (2002), gaya keibubapaan autoritatif lebih menekankan cara didikan terhadap anak-anak dan komunikasi, pengawalan serta tahap kematangan.

Operasional - Gaya keibubapaan yang menekankan perasaan kasih sayang dan mempunyai sedikit ketegas~~pada anak-anak.

1.7.3 Autoritarian

Konseptual - Menurut Kim dan Chung (2003), gaya keibubapaan autoritarian adalah mendidik anak-anak dengan cara mengawal serta menetapkan peraturan yang sangat ketat kerana menganggap anak harus mematuhi dan menghorrnati kuasa yang ada pada ibubapa serta hanya membenarkan kebebasan peribadi yang sangat terhad.

7

(21)

Operasional - Gaya keibubapaan yang menekankan peraturan dan mengawal pergerakan anak-anak serta kurang menekankan elemen kasih sayang dalam hubungan ibubapa dengan anak.

1.7.4 Personaliti

Konseptual - Menurut Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997), personaliti adalah proses dalaman bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu.

Operasional- Tingkah laku atau sikap yang dimiliki oleh anak-anak.

1.7.5 Neurotik

Konseptual - Menurut Barbaranelli, Caprara, Rabasca, dan Pastorelli (2003), sifat neurotik atau ketidakstabilan emosi dikaitkan dengan perasaan ketakutan, tekanan, kemarahan dan ketidakpuasan hati.

Operational - Bersifat neurotik merujuk kepada sifat kebimbangan, keresahan dan ketakutan yang wujud dalam diri individu.

1.7.6 Keterbukaan

Konseptual - Menurut Bozionelos (2003), sifat keterbukaan merujuk kepada kepelbagaian dalam sudut minat, pencetusan idea-idea baru, dan cara berfikir yang Jebih fleksibel serta cenderung dalam pengembangan idea dan matlamat.

Operasional - Merujuk kepada kepelbagaian pemikiran, sifat keterbukaan seseorang dan kadar penyesuaian terhadap perkara barn.

8

(22)

1.7.7 Anak

Konseptual - Definisi anak yang pertama adalah manusia yang masih dalam kandungan atau yang baru lahir. Manakala definisi yang kedua adalah keturunan atau zuriat (Dewan Bahasa & Pustaka, 2002).

Operational - Definisi anak yang difokuskan dalam kajian ini adalah anak yang masih tinggal bersama ibu bapa yang berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun.

1.8 Kesimpulan

Secara ringkasnya, bab ini menjelaskan tentang latar belakang kajian.

Selain itu, bab ini juga menerangkan tentang kepentingan kajian, permasalahan kajian, definisi yang berkaitan dengan kajian, objektif, hipotesis kajian, kerangka konseptual dan kepentingan kajian ini.

9

(23)

BAB2

SOROTAN KARYA TERPILIH

2.0 Pengenalan

Sorotan daripada kajian lepas merupakan satu faktor penting kepada pengkaji dalam menjalankan kajian. Selain menjadikan kajian-kajian lepas sebagai garis, panduan terhadap pengkaji dalam memfokuskan kajian yang dilakukan, terdapat kesinambungan daripada kajian-kajian lepas yang membolehkan pengkaji mendalami kajian ini dengan cara yang betul. Bagi memastikan kajian yang dihasilkan adalah bennutu serta boleh dipercayai. Setiap sorotan karya yang dilakukan merupakan dapatan kaj,ian yang berkaitan dengan gaya keibubapaan dalam pembentukan personaliti anak-anak .

. '

2.1 Sorotan Karya Terpilih

Cara didikan atau gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan personaliti anak-anak. Dalam kajian awal Baumrind (1967, dalam

Bee & Boyd, 2002), telah mengenalpasti tiga gaya keibubapaan iaitu gaya

keibubapaan pennisif, gaya keibubapaan autoritarian dan gaya keibubapaan autoritatif. Maccoby dan Martin (1983, dalam Bee & Boyd, 2002) telah

10

(24)

mencadangkan agar menvariasikan sistem kategori Baumrind dengan menambah gaya keibubapaan yang keempat iaitu gaya keibubapaan pengabaian yang mana telah dijustifikasikan kepada dua dimensi keluarga iaitu; tahap kawalan dan tahap

penerimaan. Gaya keibubapaan merupakan bentuk tingkah laku yang disalurkan kepada anak-anak yang berbeza dari segi cara dan tahap yang disampaikan melalui nilai, tingkah laku dan ketekalan kepada anak-anak (Darling & Sternberg,

1993 dipetik daripada Kim & Chung, 2003).

Di samping itu, gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibubapa secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosi anak-anak. Hal ini dapat dilihat hasil daripada kajian-kajian lepas yang mengkaji mengenai sejauhmana pengaruh gaya keibubapaan yang diamalkan mempengaruhi personaliti, sikap dan tingkah laku anak-anak.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Cooper, Lindsay dan Nye (2000) yang menjalankan kajian mengenai bagaimana pelajar, keluarga dan gaya keibubapaan berbeza berkaitan dengan proses kerja rumah. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejaulunana penglibatan ibubapa dalam membantu anak-anak melakukan keIja rumah. Hasil kajian menunjukkan lebih positif ibubapa melibatkan diri dengan anak, lebih rendah skor ujian yang diperolehi malah lebih rendah gred kelas yang diduduki. Namun begitu, kajian mendapati tingkah laku anak terhadap proses kerja rumah tidak dipengaruhi gaya keibubapaan yang diamalkan di rumah. Se~ tidak langsung, hasil daripada kajian ini menunjukkan gaya keibubapaan bukanlah faktor yang terbesar dalam mempengaruhi tindak balas anak-anak terhadap proses keIja rumah dan pencapaian akademik.

Tingkah laku dan sikap remaja adalah berbeza bergantung pada jenis gaya keibubapaan yang diamalkan oleh setiap ibu bapa. Menurut Cole (1993, dipetik daripada Homer, Tursic & Green, 2001), remaja dengan ibubapa yang jenis autoritarian cenderung menjadi degil, takut menghadapi suasana yang baru dan

11

Gambar

JADUAL KANDUNGAN
Jadual  Rumusan Penganalisaan Data  32

Referensi

Dokumen terkait

Universitas Muhammadiyah Surakarta, 2011. Cerita anak pada majalah Bobo merupakan salah satu sisi yang menarik minat anak untuk membaca majalah Bobo. Ketertarikan anak pada

Penelitian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya pengasuhan ayah dan ibu (otoritatif, permisif, dan otoriter) dengan perilaku bermasalah pada anak usia dini

Hasilnya hanya gaya pengasuhan otoriter dan permisif yang memiliki hubungan yang signifikan dengan perilaku bermasalah pada anak TK. Semakin sering orangtua menggunakan

Untuk melihat kepelbagaian pendapat mengenai gaya kepimpinan, Lunenburg dan Orstein (1991) telah melihat merujuk kepada beberapa penulis iaitu Bernard, (1985) yang

Hipotesis dalam penelitian ini adalah terdapat hubungan yang signifikan antara minat membaca majalah remaja dengan gaya hidup konsumtif pada remaja putri.. Subyek

Oleh karena itu, para agency iklan mencoba membuat gaya bahasa yang didesain dengan gambar dan model yang menarik untuk memengaruhi khalayak dalam memilih susu formula

Permasalahan yang ada pada bidang pendidikan, khsusunya pada mendiagnosa gaya belajar anak adalah bagaimana cara membuat system pakar untuk diagnosa gaya belajar anak

Hubungan Antara Gaya Keibubapaan, Tingkah Laku Ketagihan Pornografi dan Kepuasan Hidup dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia Relationship between