• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Guru Mata

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Guru Mata"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Guru Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah Sewaktu Pelaksanaan PdPR

di Wilayah Persekutuan Labuan

(Application of Historical Thinking Skills (KPS) of Primary School History Teachers During the Implementation of PdPR in the Federal

Territory of Labuan)

Mohd Asyraf Abd Hamid1*, Anuar Ahmad1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.39

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) guru mata pelajaran Sejarah sekolah rendah sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap penerapan KPS guru berdasarkan kepada demografi responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar Responden kajian terdiri daripada 40 orang guru sejarah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan yang mengajar mata pelajaran ini sewaktu PdPR.

Reka Bentuk Kajian menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu demografi responden dan komponen dalam KPS. Analisis data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 iaitu dengan mencari min dan menggunakan ujian – t dan ujian ANOVA Satu Hala.

Kata kunci: Tahap penerapan, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), guru Sejarah sekolah rendah, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Abstract: This study aims to identify the level of application of Historical Thinking Skills (KPS) by primary school History teachers during the implementation of Teaching and Learning at Home (PdPR). This study also aims to identify differences in the level of teacher KPS implementation based on the demographics of the respondents, namely gender and teaching experience. The study respondents consisted of 40 primary school history teachers in the Federal Territory of Labuan who taught this subject during the PdPR. Study Design uses a questionnaire instrument that has two parts, which are the demographics of the respondents and the components in the KPS. Data analysis was performed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 26.0 software, which is by finding the mean and using the t-test and One-Way ANOVA test.

Keywords: Application level, Historical Thinking Skills (KPS), primary school History teachers, Teaching and Learning at Home (PdPR)

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Pengenalan mata pelajaran sejarah sebagai salah satu mata pelajaran teras bagi murid-murid tahap dua di Malaysia adalah selaras dengan pendekatan beberapa buah negara maju yang lain.

Pendedahan mata pelajaran ini sejak di bangku sekolah lagi secara tidak langsung akan mendorong guru dan murid untuk memberi perhatian terhadap mata pelajaran tersebut selaras dengan objektif dan matlamat yang telah digariskan dalam kurikulum Sejarah.

Mata pelajaran Sejarah yang telah diperkenalkan mempunyai tujuan yang jelas iaitu, murid dapat mencapai pelbagai objektif dan matlamat. Antaranya ialah murid berupaya untuk menterjemahkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) menerusi pelaksanaan projek mudah seperti kajian kes. Ini kerana pelaksanaan kajian kes menekankan penciptaan bahan sumber baru melalui wawancara, tinjauan atau pengamatan langsung. Noria dan Anuar (2014) juga berpendapat, KPS berupaya membolehkan murid untuk menghasilkan pemikiran kritis dan kreatif, membuat perkaitan setiap peristiwa sejarah, melakukan tafsiran fakta, penerokaan bukti dan fakta sejarah, menghasilkan keputusan dan jangkaan serta menerapkan kemahiran imaginasi dalam kalangan murid. Atas sebab inilah, pentingnya KPS untuk diterapkan dalam pembelajaran Sejarah.

1.1 Pernyataan Masalah

Guru Sejarah yang kurang berpengetahuan dan tidak bersedia untuk menerapkan KPS kepada murid sekolah akan menjadi satu masalah kepada kurikulum yang telah dibina, (Ahmad Rafaai, 2011). Noria dan Anuar (2014) turut berpendapat bahawa guru-guru Sejarah kurang menerapkan pelaksanaan KPS dalam PdP mereka kerana mempunyai tanggapan bahawa kemahiran ini merupakan belum mampu untuk dikuasai oleh murid kerana bersifat terlalu tinggi. Bukan itu sahaja, murid juga dianggap tidak mampu untuk menjelaskan peristiwa yang telah berlaku serta mengaitkannya dengan situasi semasa walaupun perkara itu telah dipelajari oleh mereka. Hal ini bertambah sukar apabila wabak COVID-19 yang telah mengubah corak dan pendekatan pendidikan di negara ini. Justeru, bagi mendepani segala cabaran, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan PdPR sebagai alternatif pembelajaran sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dikuatkuasakan.

Ekoran pelaksanaan PdPR, penerapan KPS semakin sukar untuk dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, guru-guru beranggapan bahawa tahap pengetahuan murid masih rendah terutama perkara yang berkaitan dengan politik, sosial dan ekonomi (Van Sledright, 2004).

Bahkan, menerusi kajian-kajian lampau juga, didapati bahawa penerapan KPS dalam kalangan guru mata pelajaran Sejarah adalah kurang memuaskan. Masalah ini timbul kerana, wujud suatu persepsi dalam kalangan guru yang beranggapan bahawa KPS ialah satu kemahiran yang terlalu sukar dikuasai murid. Bukan itu sahaja, beberapa kemahiran yang terdapat dalam KPS masih tidak dibimbing oleh guru-guru. Walhal kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam KPS sebenarnya mampu membuatkan murid menguasai mata pelajaran ini dengan lebih baik.

Apabila pendekatan PdPR mula diperkenalkan, pelaksanaan KPS dalam kurikulum Sejarah semakin samar-samar untuk dititik beratkan. Ini kerana, KPS ialah salah satu kemahiran berfikir yang menggalakkan murid untuk meneroka segala maklumat dan ilmu yang diperolehi mereka dengan bimbingan guru. Penerapan KPS tidak boleh dipandang enteng. Kemahiran ini menuntut semua guru untuk tekal dalam pelaksanaannya agar membuahkan hasil. Sekiranya masalah ini tidak dipandang secara serius, objektif dan matlamat kurikulum Sejarah di sekolah agak sukar untuk dicapai. Namun persoalannya, sejauh manakah guru-guru mata pelajaran

(3)

Sejarah di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan menerapkan KPS kepada murid mereka sewaktu pelaksanaan PdPR?

1.2 Objektif dan Tujuan Kajian

Antara objektif pelaksanaan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap penerapan KPS guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR.

ii. Mengenal pasti perbezaan tahap penerapan KPS guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor jantina.

iii. Mengenal pasti perbezaan tahap penerapan KPS guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor pengalaman mengajar.

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penerapan KPS guru Sejarah sekolah rendah di WP Labuan sewaktu pelaksanaan PdPR seperti mana yang terkandung dalam DSKP, iaitu kemahiran kronologi, meneroka bukti, membuat imaginasi, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi untuk mencapai objektif pengajaran Sejarah. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan signifikan dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah berdasarkan demografi guru iaitu jantina dan pengalaman mengajar. Pengkaji ingin melihat sama ada kedua-dua pembolehubah ini mempengaruhi tahap penerapan KPS guru Sejarah dalam PdP mereka.

1.3 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan-persoalan kajian seperti berikut:

i. Apakah tahap penerapan KPS guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR?

ii. Adakah terdapat perbezaan tahap penerapan KPS guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor jantina?

iii. Adakah terdapat perbezaan tahap penerapan KPS guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor pengalaman mengajar?

1.4 Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan tahap penerapan KPS guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor jantina.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan tahap penerapan KPS guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor pengalaman mengajar.

2. Tinjauan Literatur

2.1 Kemahiran Pemikiran Sejarah

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan kemahiran berfikir yang berkaitan dengan sejarah (KPM, 2003). KPS telah digunakan sejak disiplin ilmu sejarah dibentuk seperti yang dinyatakan oleh Collingwood (1946 dalam Tholfsen, 1967). Komponen yang terdapat dalam struktur disiplin sejarah dapat membantu murid untuk menilai sesebuah peristiwa sejarah dengan empati serta menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kronologi. Hal ini akan memberikan pemahaman kritikal mengenai sejarah dan imaginasi.

Secara tidak langsung, KPS telah membantu murid untuk melakukan percambahan idea yang kompleks melalui proses kognitif yang berlaku di bilik darjah. Melalui kemahiran ini murid akan belajar bagaimana sejarawan menggunakan sumber yang sahih untuk menyusun semula peristiwa masa lalu untuk menentukan kepentingan tarikh, watak, peristiwa, lokasi dan aktiviti

(4)

masa lalu manusia. Pemahaman KPS yang baik akan memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan sejarah dalam kehidupan masa kini dan mempertingkatkan. sikap serta pemikiran mereka. Terdapat lima kemahiran khusus dalam KPS iaitu kemahiran kronologi, meneroka bukti, membuat imaginasi, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016).

2.1.1 Memahami Kronologi

Memahami kronologi melibatkan aktiviti untuk menggalakkan murid mempelajari dan memahami kronologi peristiwa lalu berdasarkan susun atur tarikh, tempat, watak dan peristiwa tersebut. Kemahiran ini membantu murid dalam menjawab lima persoalan utama iaitu bila, dimana, siapa dan apa. Secara tidak langsung, melalui kemahiran ini, membolehkan murid untuk memperoleh fakta sejarah.

2.1.2 Meneroka Bukti

Setelah memperoleh fakta sejarah, murid dijangka akan menemui bukti bagi membuktikan ketepatan fakta. Kemahiran ini secara tidak langsung dapat merangsang pemikiran sejarah murid selain memahami masalah sejarah dan hakikatnya. Proses ini dilihat penting kerana menerusi aktiviti penerokaan bukti, murid akan terdedah kepada aktiviti menajamkan pemikiran seperti asal- usul bahan, fungsi setiap alat serta kerelevanan alat yang ditemui dengan masa tersebut. Justeru, guru perlu memainkan peranan agar dapat membantu murid- murid untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi mereka.

2.1.3 Membuat Interpretasi

Membuat interpretasi merupakan satu kemahiran peristiwa sejarah dengan memberikan ulasan dan kesimpulan. Dengan menguasai kemahiran ini, murid dapat mengetahui bahawa fakta dan tafsiran sejarah saling berkaitan antara satu sama lain. Kemahiran ini penting kerana berupaya untuk meningkatkan lagi pemahaman murid terhadap sesuatu peristiwa sejarah. Oleh sebab itu, guru berperanan dalam melatih dan menggalakkan murid memberi sebab dan akibat berlakunya peristiwa sejarah berdasarkan bukti yang telah diperolehi mereka.

2.1.4 Membuat Imaginasi

Kemahiran ini merupakan peluang untuk melibatkan murid dalam peristiwa sejarah. Hal ini demikian kerana, murid akan melakukan gambaran peristiwa di minda mereka. Malah, kemahiran ini juga menggalakkan murid untuk meletakkan diri mereka dalam peristiwa yang dikaji dan membolehkan mereka membayangkan diri dalam situasi tersebut. Menerusi latihan membuat imaginasi, murid berupaya untuk mewujudkan perasaan empati mereka terhadap watak yang terlibat dalam sesebuah peristiwa. Kesannya, akan perasaan bersyukur dan menghargai keselesaan yang dimiliki oleh diri mereka.

2.1.5 Membuat Rasionalisasi

Setelah membayangkan diri mereka dalam peristiwa lampau, murid seharusnya dapat merasionalkan kewujudan fakta sejarah. Kemahiran ini menunjukkan keupayaan mereka untuk membuat pertimbangan yang wajar tentang peristiwa dan perkaitan yang bernas antara peristiwa sejarah dengan peristiwa masa kini dan masa hadapan. Bahkan, kemahiran ini memberi murid makna keseluruhan peristiwa pada masa lalu, dan implikasinya kepada peristiwa hari ini dan masa hadapan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan mereka menyelesaikan masalah berdasarkan peristiwa sejarah yang berkaitan dengan situasi semasa.

Setiap kemahiran yang dijelaskan di atas mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Kemahiran-kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh murid bagi membolehkan mereka benar-

(5)

benar memperolehi KPS yang diperlukan. Penguasaan KPS yang baik juga menyahut seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan generasi muda yang holistik dan warganegara yang mempunyai semangat cintakan negara yang jitu. Justeru, guru Sejarah dilihat mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menerapkan KPS dalam pengajaran Sejarah agar matlamat kurikulum Sejarah mencapai sasarannya.

2.2 Dapatan Kajian Lalu

Beberapa kajian berkaitan dengan KPS telah dilaksanakan oleh beberapa orang pengkaji di Malaysia. ‘Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Guru-guru Sejarah:

Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak’ yang dijalankan oleh Baharuddin (2003) untuk melihat sejauh mana pelaksanaan KPS dalam PdP guru. Pengkaji ini telah menggariskan lima kategori utama iaitu KPS iaitu memahami kronologi, membuat imaginasi, meneroka bukti, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Pada akhir kajian, pengkaji merumuskan bahawa amalan KPS dalam kalangan responden kajian berada pada tahap yang sederhana.

Sementara itu, sebuah kajian yang bertajuk “Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan bakal Guru di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)” oleh Noria dan Anuar (2007) juga mempunyai dapatan yang serupa iaitu amalan KPS dalam kalangan responden kajian berada pada tahap yang sederhana. Bezanya, pengkaji ini lebih memberi tumpuan terhadap bakal guru yang berada pada tahun dua dan tahun tiga di universiti dan bertujuan untuk meninjau apakah perspektif bakal guru yang mengikuti program Pendidikan Sejarah di salah sebuah universiti di Malaysia.

Kajian bertajuk “Kemahiran Pelestarian Pemikiran dalam Pendidikan Sejarah” yang dijalankan oleh Kamarul pada tahun 2013 juga merupakan antara kajian yang serupa. Kajian ini merupakan penelitian terhadap proses kemahiran pemikiran dalam pendidikan Sejarah.

Meskipun tidak merangkumi Kemahiran Pemikiran Sejarah, tetapi melibatkan aspek pemikiran. Kajian ini menggunakan Model Kemahiran Berfikir Bayer (1988). Pengkaji menyarankan bahawa guru perlu mempersiapkan diri mereka dari aspek pengetahuan agar pelaksanaan KPS mencapai objektif pelaksanaanya. Hal ini selari dengan kajian Zahara dan Nik (2007) yang mendapati bahawa “Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar” masih berada pada tahap yang sederhana tinggi.

Meskipun kemahiran ini sudah lama diperkenalkan, namun masih wujud isu berkenaan pelaksanaannya di peringkat sekolah.

Selain itu, Khairunnajwa, Mahzan dan Anuar pada tahun 2015 telah menjalankan sebuah kajian yang bertajuk “Kemahiran Pemikiran Sejarah dan Amalan Pedagogi dalam Kalangan Guru Sejarah Berdasarkan Bidang Pengkhususan dan Pengalaman Mengajar”. Dalam kajian tersebut, pengkaji-pengkaji ini ingin melihat adakah wujud perbezaan dan hubungan antara KPS dan amalan pedagogi guru Sejarah berdasarkan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar. Aspek yang dikaji terbahagi kepada dua iaitu bidang pengkhususan guru dan amalan pedagogi mereka. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bidang pengkhususan dengan tahap pemikiran Sejarah dan amalan pedagogi.

Kajian oleh Suhaida dan Shahid (2022) mendapati bahawa sikap guru Sejarah amat besar pengaruhnya terhadap pelaksanaan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Dapatan ini memberi implikasi kepada sistem pendidikan bahawa bagi meningkatkan kesediaan guru- guru Sejarah terhadap pelaksanaan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, maka pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah juga memastikan sikap guru adalah positif.

(6)

Namun, pengkaji mendapati bahawa tidak banyak kajian berkenaan tahap penerapan KPS yang dilakukan bagi kawasan Malaysia Timur. Malah, kajian lepas juga lebih banyak tertumpu kepada kajian-kajian yang dilakukan sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.

Sedangkan, penerapan KPS adalah sangat penting dan merupakan salah satu komponen dalam kerangka kurikulum Sejarah. Justeru, atas dua faktor tersebut, pengkaji berasa terpanggil untuk membuat satu kajian berkenaan penerapan KPS di WP Labuan sewaktu pelaksanaan PdPR.

2.3 Kerangka Konseptual Kajian

Pada rajah di atas, ditunjukkan kerangka konseptual yang bakal memandu pelaksanaan kajian ini. Terdapat dua pemboleh ubah di dalam kajian ini iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Bagi pemboleh ubah bersandar, pengkaji telah menetapkan tahap penerapan KPS sewaktu PdPR yang mempunyai 5 komponen iaitu kemahiran membuat kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat imaginasi, kemahiran membuat interpretasi dan kemahiran membuat rasionalisasi. Bagi pemboleh ubah tidak bersandar pula, pengkaji akan melihat sejauh mana demografi guru yang terdiri daripada faktor jantina dan pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah mempengaruhi tahap penerapan KPS mereka sewaktu pelaksanaan PdPR.

3. Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Kaedah ini bersesuaian dengan tujuan kajian ini bagi melihat tahap pelaksanaan KPS dalam kalangan guru Sejarah di WP Labuan sewaktu pelaksanaan PdPR. Populasi kajian ini terdiri daripada 40 orang guru Sejarah sekolah rendah di WP Labuan yang mengajar subjek ini sewaktu PdPR dilaksanakan. Sampel yang dipilih merupakan keseluruhan populasi guru Sejarah di negeri tersebut. Persampelan secara rawak digunakan untuk membolehkan setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik "Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kalangan Bakal Guru di Institut Pengajian Tinggi Awam.”

Memandangkan terdapat perbezaan konteks kajian, pengkaji telah mengubah suai sedikit borang soal selidik ini bagi memenuhi persoalan kajian yang telah digariskan. Kajian rintis bagi penyelidikan tinjauan ini telah dilaksanakan oleh pengkaji lepas iaitu Khairunnajwa, Mohd Mahzan dan Anuar di daerah Batu Pahat Johor. Memandangkan pengkaji mengadaptasi instrumen kajian ini, pengkaji sekali lagi melaksanakan kajian rintis. Seramai 10 orang guru

(7)

responden lain telah dijadikan sampel dalam kajian rintis tersebut menggunakan instrumen soal selidik yang sama. Berdasarkan kepada pekali Alpha Cronbach nilai kebolehpercayaan baharu bagi kajian rintis ini adalah 0.925 dan berada pada tahap yang sangat baik.

Jadual 1: Nilai Alpha keseluruhan konstruk aspek kemahiran pemikiran sejarah sewaktu PdPR.

Pengkaji telah menjana borang soal selidik ini dengan menggunakan perisian Google Form dan kemudiannya disebarkan kepada guru-guru mata pelajaran Sejarah melalui perisian telegram.

Memandangkan sewaktu kajian dilaksanakan masih dalam tempoh PKP, penggunaan Google Form dilihat sangat sesuai bagi mentadbir kajian ini. Instrumen yang digunakan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan soalan berkaitan demografi responden manakala bahagian B merupakan soalan berkaitan tentang penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu PdPR.

Responden akan menjawab soalan berdasarkan kepada lima skala likert.

Item dalam bahagian A merangkumi latar belakang responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar. Manakala item-item dalam bahagian B pula merangkumi lima komponen utama iaitu kemahiran kronologi, kemahiran mencari bukti, kemahiran imaginasi, kemahiran interpretasi dan kemahiran merasionalisasi yang dikaitkan dengan PdPR. Bahagian A pada instrumen kajian mempunyai 2 bilangan item manakala bahagian B pula mempunyai 25 bilangan item.

Setiap komponen dalam KPS ini dibahagikan kepada 5 item seperti yang ditunjukkan pada jadual 2.

Jadual 2: Spesifikasi Item Soal Selidik

Pengkaji menggunakan perisian The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi menganalisis data-data yang diperolehi daripada instrumen soal selidik. Bagi setiap item dalam soal selidik ini ditandai dengan 5 skala likert bagi menyatakan pendapat responden berkenaan penerapan KPS mereka sewaktu pelaksanaan PdPR. Skala 1 menunjukkan sangat

(8)

tidak setuju, skala 2 menunjukkan tidak setuju, skala 3 pula tidak pasti, skala 4 diinterpretasi sebagai setuju dan skala 5 pula ialah sangat setuju.

Jadual 3: Skala Likert Lima (Bahagian B)

Bagi menginterpretasi min dan prosedur atau cara yang digunakan untuk melihat tahap penerapan KPS dalam kalangan guru Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR, pengkaji akan mengadaptasi jadual interpretasi min yang telah digariskan oleh BPPD (2016). Berdasarkan jadual 4, nilai skor min 4.30-5.00 berada pada tahap yang sangat tinggi diikuti oleh skor 3.50- 4.29 iaitu pada tahap tinggi. 2.70-3.49 pula diinterpretasi sebagai sederhana, 1.90-2.69 iaitu pada tahap yang rendah. Manakala skor min 1.00-1.89 pula berada pada tahap yang sangat rendah. Oleh yang demikian, tahap penerapan KPS guru mata pelajaran Sejarah sewaktu PdPR akan dinilai melalui bacaan nilai skor min pada akhir dapatan kajian.

Jadual 4: Interpretasi Min

Bagi mengenal pasti ujian yang digunakan untuk mendapatkan data terdapat tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR, pengkaji akan menggunakan ujian statistik deskriptif iaitu Ujian-T dan Ujian Anova. Setiap hipotesis akan ditentukan sama ada ditolak atau diterima setelah ujian statistik dijalankan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.

(9)

Jadual 5: Jadual Penganalisisan Data

4. Dapatan Kajian

Bahagian ini akan membincangkan secara terperinci berkaitan data yang telah diperoleh hasil daripada borang soal selidik yang telah diedarkan. Antara aspek yang akan dibincangkan dan dianalisis adalah Bahagian A iaitu Maklumat Demografi Responden dan Bahagian B iaitu Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS).

4.1 Demografi Responden

Dalam bahagian ini, profil responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar guru akan dibincang dan dianalisis.

Jadual 6: Profil Responden (n=40)

Jumlah keseluruhan bilangan responden kajian ini adalah seramai 40 orang. Didapati bahawa jumlah responden perempuan adalah lebih ramai berbanding lelaki iaitu 31 orang bersamaan 77.5%. Manakala bilangan responden lelaki pula adalah seramai 9 orang iaitu 22.5%. Daripada data tersebut, gambaran awal menunjukkan bahawa bilangan responden perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki. Hal ini demikian kerana jumlah guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di WP Labuan adalah tidak seimbang antara jantina.

Seterusnya, peratusan responden yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran sejarah di antara 11-15 tahun pula adalah 5% yang bersamaan dengan 2 orang responden. Akhir sekali, didapati bahawa terdapat 3 orang responden yang mempunyai pengalaman mengajar selama 16 tahun dan ke atas iaitu mewakili 7.5% daripada keseluruhan peserta kajian. Jika

(10)

dilihat, responden kajian ini paling ramai ialah mereka yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun.

4.2 Analisis Soalan Kajian 1

S.K 1: Apakah tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR?

Tahap penerapan guru mata pelajaran Sejarah sewaktu PdPR adalah bergantung kepada nilai skor min setiap konstruk kemudian dianalisis secara keseluruhan. Terdapat 5 konstruk dalam KPS iaitu kemahiran kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat imaginasi, kemahiran interpretasi dan kemahiran rasionalisasi. Setiap kemahiran tersebut mempunyai 5 item yang berbeza.

Jadual 7: Nilai Min Tahap Penerapan KPS Guru Sejarah Sewaktu PdPR(n=40)

Jadual 7 menunjukkan nilai min tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR mengikut komponen.

Daripada kelima lima komponen tersebut, komponen kemahiran membuat kronologi mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu (min=4.400, sp=.45517) dan berada pada tahap yang sangat tinggi (ST). Manakala kemahiran meneroka bukti (min=4.135, sp=.48651), kemahiran membuat imaginasi (min=4.000, sp=.59743), kemahiran interpretasi (min=4.105, sp=.48777) dan kemahiran rasionalisasi (min=4.245, sp=.51138), masing masing berada pada tahap tinggi (T). Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa, tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu PdPR berada pada tahap yang tinggi (T) iaitu dengan nilai (min=4.177, sp=.45054).

4.3 Analisis Soalan Kajian 2

S.K 2: Adakah terdapat perbezaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor jantina?

Bagi menjawab soalan kajian 2, statistik inferensi iaitu ujian - t telah digunakan bagi mendapatkan nilai signifikan, p. Jika nilai p < 0.05, bermakna wujud perbezaan yang signifikan maka hipotesis nul yang dibina tidak diterima. Sementara nilai p > 0.05 pula, hipotesis nul yang telah diterima iaitu tidak terdapat perbezaan.

(11)

Jadual 8: Perbezaan Tahap Penerapan KPS Guru Sejarah Berdasarkan Faktor Jantina (n=40)

Jadual 8 menunjukkan hasil analisis tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah berdasarkan faktor jantina iaitu lelaki dan perempuan. Berdasarkan kepada jadual 14, nilai (p = 0.539>0.05). Analisis ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah berdasarkan faktor jantina. Oleh yang demikian, hipotesis nul yang dibina diterima.

4.4 Analisis Soalan Kajian 3

S.K 3: Adakah terdapat perbezaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor pengalaman mengajar Sejarah?

Jadual 9: Perbezaan Tahap Penerapan KPS Guru Sejarah Berdasarkan Faktor Pengalaman Mengajar Sejarah (n=40)

(12)

4.5 Analisis Keputusan Pengujian Hipotesis

Jadual 10: Ringkasan Keputusan Pengujian Hipotesis Kajian

Jadual 10 menunjukkan kedua-dua keputusan hasil analisis ujian hipotesis terhadap tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu PdPR.

Berdasarkan kepada jadual 10, Ho1 iaitu tidak terdapat perbezaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor jantina dan Ho2 tidak terdapat perbezaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor pengalaman mengajar adalah diterima.

5. Perbincangan

Dapatan soal selidik ke atas 40 orang responden yang terdiri daripada guru mata pelajaran Sejarah sekolah rendah di WP Labuan menunjukkan bahawa tahap penerapan KPS mereka adalah berada pada tahap tinggi dengan min 4.177. Didapati bahawa, kelima-lima kemahiran KPS yang disoal berada pada tahap tinggi dan sangat tinggi. Dapatan tersebut menunjukkan tentang kesediaan guru untuk melaksanakan KPS dalam sesi pengajaran mereka biarpun dalam tempoh PdPR. Dapatan ini selari dengan rumusan kajian oleh Baharuddin Jabar (2006) yang mendapati bahawa kesemua item dalam semua kategori kemahiran pemikiran sejarah berada pada skor min tahap tinggi dan skor min tahap sederhana. Tiada sebarang item yang berada pada skor min tahap rendah. Ini menunjukkan bahawa guru-guru di WP Labuan memang melaksanakan kemahiran pemikiran sejarah ini bagi kesemua item tetapi pada tahap yang berbeza.

Dapatan ini juga disokong dengan dapatan kajian oleh M. Kaviza (2018) dan Muhamad Yazid Khalil (2018) yang mendapati bahawa skor min kemahiran pemikiran sejarah secara keseluruhannya dalam kalangan guru sejarah berada pada tahap sederhana. Malah, dilaporkan juga bahawa kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan guru sejarah sekolah rendah di negeri Selangor masih berada pada tahap sederhana. Dapatan ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara terhadap dapatan yang telah dilakukan oleh pengkaji dengan pengkaji yang terdahulu. Hal ini memberi gambaran bahawa wujud ruang penambah baikan dalam meningkatkan pengetahuan dan penerapan KPS guru di bilik darjah.

Seterusnya, bagi membincangkan soalan kajian yang kedua iaitu “Adakah terdapat perbezaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor jantina?”. Berdasarkan analisis data menunjukkan

(13)

bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah berdasarkan faktor jantina. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahaya dan Fadhila Mohd Azizuddi (2008) yang mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan pengetahuan kompetensi guru berdasarkan jantina. Hasil kajian ini menjelaskan bahawa walaupun secara keseluruhannya pengetahuan kompetensi guru tidak terdapat perbezaan, namun dari segi penerapan KPS terdapat perbezaan yang signifikan dimana guru lelaki lebih tinggi berbanding dengan guru perempuan.

Walau Bagaimanapun, jika dilihat dari aspek min, didapati bahawa dari segi min, guru lelaki mempunyai penerapan yang lebih tinggi berbanding guru perempuan. Dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Fauzi et. al (2015) mendapati bahawa dari segi min menunjukkan bahawa guru lelaki mempunyai aplikasi pemikiran sejarah, yang lebih tinggi berbanding dengan guru perempuan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa guru lelaki lebih optimis dan proaktif dalam meningkatkan kemahiran pengajaran dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.

Bagi membincangkan soalan kajian yang ketiga iaitu “Adakah terdapat perbezaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor pengalaman mengajar?”. Analisis data daripada soal selidik menunjukkan keputusan ujian Anova Sehala yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min berkenaan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah antara guru yang mengajar Sejarah kurang daripada 5 tahun (min = 4.2622, sp = .44367), tidak berbeza secara signifikan dengan guru yang sudah mengajar Sejarah di antara 6 hingga 10 tahun (min = 4.0050, sp = .55113), guru yang mengajar Sejarah di antara 11 hingga 15 tahun (min = 3.9400, sp = .08485) dan guru yang sudah mengajar Sejarah melebihi 16 tahun (min 4.0627, sp = .16166). Justeru, tidak terdapat hubungan antara skor min kemahiran pemikiran sejarah dengan pengalaman mengajar guru di WP Labuan sewaktu pelaksanaan PdPR.

Dapatan ini selari dengan dapatan oleh M. Kaviza (2018) yang melaporkan bahawa tidak terdapat hubungan antara skor min kemahiran pemikiran sejarah dengan pengalaman mengajar guru tersebut. Dapatan kajian ini turut disokong oleh kajian Muhamad Yazid Khalil, (2018) yang melaporkan pengalaman mengajar tidak mempengaruhi tahap pengetahuan dalam kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan guru sejarah di sekolah rendah. Dalam konteks kajian ini, pengalaman mengajar guru tidak memberikan sebarang perbezaan yang signifikan terhadap penerapan KPS kerana semua guru pertama kali melaksanakan PdP secara dalam talian. Ini bermakna, walaupun guru tersebut mempunyai pengalaman mengajar yang panjang namun tidak memberikan kesan terhadap penerapan KPS sebaliknya sejauh mana guru tersebut berupaya menggunakan teknologi bagi menyampaikan PdP kepada murid-muridnya.

Berdasarkan dapatan kajian, para responden telah menerapkan KPS dalam PdPR mereka.

Secara tidak langsung, menunjukkan bahawa keberkesanan kaedah pengajaran guru Sejarah di WP Labuan walaupun semasa pandemik COVID-19. Dapatan kajian juga menunjukkan kesediaan guru untuk terus melaksanakan salah satu daripada komponen kurikulum Sejarah.

Penerapan KPS yang baik dilihat dapat mentransformasikan corak pembelajaran Sejarah di sekolah daripada bergantung kepada buku teks kepada pemahaman bermakna terhadap sesebuah peristiwa sejarah tersebut.

(14)

6. Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa tahap penerapan KPS guru mata pelajaran Sejarah sewaktu pelaksanaan PdPR adalah tinggi. Walau bagaimanapun, wujud ruang penambahbaikan bagi semua guru Sejarah untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta pelaksanaan kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam KPS. Hal ini demikian kerana, KPS memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju pendidikan sejarah. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak yang berkepentingan supaya diberi pendedahan berkenaan pelaksanaan KPS sama ada di bilik darjah mahupun sewaktu pelaksanaan PdPR.

Kajian ini telah memberi peluang kepada guru-guru Sejarah untuk meningkatkan penerapan KPS mereka dengan lebih baik lagi menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berupaya menarik minat murid untuk meminati ilmu Sejarah. Kunci kepada kejayaan penerapan KPS bergantung kepada tahap pengetahuan guru terhadap KPS itu sendiri.

Perkara ini disokong oleh Zarina Md Yassin (2013), yang menjelaskan bahawa KPS perlu dikuasai oleh guru memandangkan kemahiran tersebut terbukti berkesan dalam mewujudkan suasana PdP Sejarah yang lebih aktif, efektif, dan tidak membosankan murid.

Selain itu, latihan Penerapan Kemahiran Sejarah juga amat perlu bagi memastikan guru-guru Sejarah perlu diberi latihan berkenaan Kemahiran Pemikiran Sejarah. Hal ini demikian kerana, kebanyakan guru-guru sejarah di sekolah rendah tidak terdedah dengan pelaksanaan kurikulum sejarah berikutan pengenalan subjek ini sewaktu KSSR. Latihan ini penting bagi membolehkan guru menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh ke dalam proses PdP mereka.

Justeru, dalam hal ini, pentadbir perlu sentiasa memantau guru-guru Sejarah agar sentiasa menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada murid-murid. Seterusnya, pihak sekolah boleh menyediakan satu laporan ringkas berkaitan dengan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah kerana KPS terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Justeru, dengan cara ini pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dapat mengetahui bahawa objektif dan matlamat mata pelajaran Sejarah itu dapat dicapai.

Kesimpulannya, keberkesanan pelaksanaan penerapan KPS perlu dilihat dengan lebih mendalam agar matlamat KPM untuk memperkenalkan mata pelajaran ini di peringkat sekolah mencapai objektifnya. Hal ini demikian kerana, menerusi KPS akan dapat membantu murid mengembangkan tahap kognitif mereka di samping memupuk rasa bangga terhadap sejarah negara.

Rujukan

Abdul Razaq Ahmad. 2010. The Acquisition of Conceptual Understanding of Historical Thinking in the Context of multi-ethnic students in Malaysia. Historia: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah, 10(2), 108-119.

Ahmad Rafaai bin Ayudin. 2011. Keberkesanan Pengajaran Sejarah Berasaskan Pencapaian Matlamat Pembelajaran, Kesediaan Belajar, Kefahaman Konsep dan Pemikiran Sejarah. Tesis Dr. Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.

(15)

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

Baharuddin Jabar. 2006.Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Guru- Guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak. Penyelidikan Terpilih UPSI.

Penerbit UPSI: Tanjung Malim

Kaviza, M. 2018. Hubungan antara Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap dalam Penggunaan sumber-sumber sejarah terhadap Pencapaian Mata pelajaran Sejarah. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan, IPG Darulaman, Jitra Kedah.

Khairunnajwa binti Samsudin, Mohd Mahzan bin Awang & Anuar bin Ahmad. 2015.

Kemahiran Pemikiran Sejarah dan Amalan Pedagogi dalam Kalangan Guru Sejarah Berdasarkan Bidang Pengkhususan dan Pengalaman Mengajar.Universiti Kebangsaan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (2nd ed.). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marzona, R. J., Brandt et al. 1988. Dimension of Thinking: A Framework for Curriculum and Instruction. Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development.

Mohd Johdi Salleh. 2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah: Perspektif Pelajar-pelajar.

Kertas Kerja Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insan: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Muhamad Yazid Khalil. (2018). Tahap Pengetahuan Guru Sejarah Sekolah Rendah Dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah. Prosiding National Innovation and Invention Competition through Exhibition, 1-12

Noria Munirah Yakub & Anuar bin Ahmad. 2014. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan Bakal Guru di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tesis Sarjana:

Universiti Kebangsaan Malaysia

Seixas, P. (1993). Historical Understanding Among Adolescents in a Multicultural Setting.

Curriulum Inquiry

VanSledright, B. A (N.D). On The Importance of Historical Positionality to Thinking About and Teaching History. The Journal of Social Education, Special Issue on Historical Thinking.

Wan Mohd Zaid Mohd Nordin. 1991. Falsafah Pendidikan Sejarah: Pendidikan Sejarah di Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR/KBSM): Objektif dan Pencapaian. Kuala Lumpur

Wineburg, S. 1991. Historical problem solving: A study of the cognitive processes used in the evaluation of documentary and pictorial evidence. Journal of Educational Psychology 83: 73-87.

Wineburg, S. 2010. Historical thinking and other unnatural acts. Kappan Classic 92(4): 81- 94.

Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. 2007. Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-Guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan 32. 119-137.

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian terhadap persoalan kajian yang kelima adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara jantina, lelaki dan perempuan mengikut faktor

Oleh kerana kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi iaitu jantina dan opsyen guru

Kajian juga bertujuan mengenal pasti sejauhmana terdapat perbezaan dalam amalan stail kepemimpinan pengetua serta perkaitannya dengan faktor latar belakang pengetua iaitu

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti adakah terdapat perbezaan purata prestasi keselamatan dengan faktor demografi terpilih dalam kalangan kakitangan di

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan elemen kemahiran employability oleh pensyarah dalam kalangan pelajar politeknik dalam

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pasca bagi kemahiran pemikiran sejarah dan kelima-lima konstruknya iaitu memahami kronologi,

Jadual 1: Latar Belakang Responden Kajian Kriteria / Responden Jantina Umur Pengalaman Mengajar / Kategori Tahap Pendidikan Opsyen Responden 1 Perempuan 51 Tahun 24

Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengesan tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI, mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan FBA berdasarkan faktor pengalaman