• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah Beluran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tahap Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah Beluran"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Tahap Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah

Beluran

(Knowledge Level of Historical Thinking Skills (KPS) Among Primary School History Teachers in Beluran District)

Kamisah Kamar1*, Mohd Mahzan Awang1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden:p111483@siswa.ukm.edu.my Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.44

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Subjek Sejarah telah diperkenalkan bermula dari tahun 2014 lagi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah memberikan penekanan terhadap kepentingan elemen kemahiran pemikiran sejarah (KPS) untuk dikuasai oleh semua murid. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran. Pengkaji telah mengkaji lima kategori dalam KPS iaitu memahami kronologi, membuat imaginasi, meneroka bukti, membuat interprestasi dan membuat rasionalisasi. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kuantitatif kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian ini. Seramai 30 orang guru Sejarah di sekitar daerah Beluran dijadikan sampel kajian dalam kajian ini. Melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden, data-data kajian dikumpul. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 digunakan dalam analisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran adalah berada pada tahap tinggi. Diharapkan agar kajian ini dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak PPD dan juga JPN berkenaan sejauhmana tahap pengetahuan KPS guru Sejarah di daerah Beluran. Kajian ini mencadangkan pihak sekolah agar konsisten mengglembeng usaha seperti memberikan pelbagai kursus, dan seminar kepada guru-guru Sejarah agar matlamat dan tujuan dalam kurikulum Sejarah itu dapat dicapai.

Kata kunci: Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), Guru Sejarah, Subjek Sejarah, Sekolah Rendah, Daerah Beluran

Abstract: The subject of History has been introduced since 2014. The Malaysian Education Plan (PPPM 2013-2025) has emphasized the importance of the element of historical thinking skills (KPS) to be mastered by all students. Therefore, the purpose of this study is to survey the level of KPS knowledge among primary school History teachers in Beluran district. The researcher has studied five categories in KPS, namely understanding chronology, creating imagination, exploring evidence, making interpretations and making rationalizations. The researcher has used a quantitative survey research approach as the design of this study. A total of 30 History teachers around the Beluran district were used as a study sample in this study.

Through questionnaires distributed to respondents, research data was collected. Statistical

(2)

of the study show that the level of knowledge of historical thinking skills (KPS) among primary school History teachers in Beluran district is at a high level. It is hoped that this study can provide clear information to the PPD and also the JPN regarding the extent of the knowledge level of KPS History teachers in the Beluran district. This study suggests that the school be consistent in its efforts such as providing various courses and seminars to History teachers so that the goals and objectives in the History curriculum can be achieved.

Keywords: Knowledge of Historical Thinking Skills (KPS), History Teacher, History Subject, Primary School, Beluran District

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Bidang pendidikan Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang penting dalam sektor pendidikan di Malaysia. Sejarah itu sendiri bertujuan membentuk jati diri dan juga sikap bersatu padu dalam kalangan masyarakat. Subjek Sejarah merupakan salah satu medium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku dalam negara dan warisan budaya kepada anak-anak muda hari ini. Menurut Soranam Karupayah (2011) dalam kajiannya menyatakan subjek Sejarah diperkenalkan di sekolah rendah adalah sebagai satu acuan dalam membentuk sifat dan tingkah laku seseorang. Hal ini bermaksud, Sejarah mengandungi pelbagai iktibar dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat zaman sekarang. Maka, pada tahun 2014 murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah diperkenalkan subjek Sejarah diperingkat sekolah rendah dengan penekanan tema yang berbeza. Dalam kajian Siti Hawa Abdullah et. al (2007) KPS didefinisikan sebagai alat berfikir yang bersifat analitkal, kreatif dan kritis. Dalam erti kata lain, KPS merupakan proses berfikir untuk memahami dan menghayati peristiwa Sejarah di masa lalu. KPS dapat dibahagikan kepada lima kategori iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interprestasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Oleh hal yang demikian, guru-guru Sejarah perlu memahami dan menguasai KPS supaya dapat diguna pakai semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam kajian Abu Bakar Nordin (2013) menyatakan untuk menggalakkan murid berfikir secara kritis dan analitis mereka perlu didedahkan dengan proses pengkajian yang mendalam untuk menjelaskan sesuatu isu atau peristiwa yang berlaku dalam Sejarah. Oleh sebab itu, guru- guru perlu membantu murid-murid agar mereka dapat memahami elemen-elemen yang terkandung dalam KPS semasa mereka belajar.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), KPS adalah satu proses kognitif yang mempunyai kelebihan membenarkan murid-murid meneroka dan menghasilkan idea yang kompleks. Secara tidak langsung, KPS dapat membuktikan bagaimana sejarawan menghubungkaitkan kisah lepas dengan bukti yang ada untuk tentukan kepentingan atas peristiwa untuk meningkatkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Mata pelajaran Sejarah yang telah diperkenalkan mempunyai tujuan yang jelas iaitu murid dapat mencapai objektif dan matlamat. Antaranya ialah murid berupaya untuk menterjemahkan KPS menerusi pelaksanaan projek mudah seperti kajian kes. Menurut Noria dan Anuar (2015) dalam kajiannya menyatakan KPS membolehkan murid untuk menghasilkan pemikiran kritis dan kreatif, membuat perkaitan setiap peristiwa Sejarah, membuat interprestasi, meneroka bukti, membuat keputusan dan jangkaan serta imaginasi. Justeru, KPS ini perlu dilaksanakan di dalam kelas subjek Sejarah kerana ianya sangat penting.

(3)

Namun begitu, masih terdapat segelintir guru Sejarah yang tidak menguasai KPS lalu menyebabkan pengajaran mereka di dalam kelas amat sukar difahami oleh para pelajar. Hal ini menyebabkan, murid-murid akan gagal untuk kuasai dan fahami subjek Sejarah. Dalam kajian Ahmad Razaq dan Ahmad Rafaai (2011) menyatakan guru Sejarah yang kurang berpengetahuan dan tidak bersedia untuk menerapkan KPS kepada murid sekolah juga akan menjadi suatu masalah kepada kurikulum yang telah dibina. Hal ini menyebabkan kefahaman berkenaan KPS dalam kalangan murid-murid akan menjadi sukar. Noria dan Anuar (2014) turut berpendapat KPS ini merupakan kemahiran tahap tinggi yang kurang bahawa KPS masih kurang diaplikasikan oleh guru-guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana mereka beranggapan bahawa KPS ini merupakan kemahiran tahap tinggi yang kurang dikuasai oleh murid. Lebih membimbangkan apabila murid tidak mampu untuk menjelaskan perisitiwa yang telah berlaku serta membuat perkaitan kisah berkenaan dengan situasi semasa walaupun perkara ini telahpun mereka pelajari. Justeru, guru-guru tidak boleh memandang enteng akan masalah ini dan mereka perlu mengambil tahu berkenaan dengan pelaksanaan KPS bagi subjek Sejarah di dalam kelas.

Oleh hal yang demikian, tujuan kajian adalah untuk meninjau tahap penguasaan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran. Kemahiran kronologi, meneroka bukti, membuat imaginasi, membuat interprestasi dan membuat rasionalisasi yang tercatat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) memberikan pengetahuan kepada guru berkenaan elemen KPS agar mencapai matlamat dalam pengajaran Sejarah. Di samping itu, tujuan kajian ini juga adalah untuk meninjau perbandingan signifikan terhadap responden berdasarkan demografi iaitu jantina dan pengalaman mengajar.

2. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Menurut Rosy Talin (2015) dalam kajiannya menyatakan KPS melibatkan pemikiran murid- murid dalam mengkaji dan mencari idea yang kompleks dan abstrak. Dalam erti kata lain, untuk meningkatkan tahap pemikiran murid, mereka perlu dibimbing oleh guru agar murid dapat mempelajari aspek kehidupan masyarakat terdahulu sehingga kini dengan analitis dan imaginatif. Oleh hal yang demikian, KPS adalah lebih pada disiplin ilmu Sejarah itu sendiri.

Hal ini demikian kerana, kemahiran ini dapat membuat para pelajar memahami bagaimana ahli Sejarah mentafsir kisah-kisah terdahulu dengan cara mengunakan sumber Sejarah untuk menentukan signifikan sesuatu tarikh, tokoh, peristiwa, lokasi dan aktiviti masyarakat lalu.

Menurut Abd. Rahim (2000) dalam kajiannya, disekolah guru berperanan dalam proses sosialisasi pada umumnya. Secara dasarnya, perkembangan nilai dalam diri pelajar akan dipengaruhi oleh guru yang berperanan untuk memberi bimbingan dan pangajaran di sekolah.

Untuk meningkatkan tahap pemikiran murid lebih kepada kritis dan analitis, murid perlu diajar untuk memahami ciri-ciri Sejarah yang terkandung dalam kurikulum Sejarah itu sendiri.

Di samping itu, dalam kajian Miki et al. (2015) menyatakan guru perlu melaksanakan KPS dalam pengajaran yang dilaksanakan agar murid-murid dapat membudayakan kemahiran berfikir dalam pembelajaran mereka. Seterusnya, antara kajian lain berkenaan KPS juga telah dijalankan oleh beberapa pengkaji di Malaysia antaranya Baharuddin Jabar pada tahun 2007 telah menjalankan sebuah kajian yang bertajuk “Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran guru-guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir, Perak”. Aspek yang dikaji ialah tahap KPS yang diamalkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran dan hubungan pelaksanaan KPS mengikut lokasi sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa

(4)

guru haruslah mempertingkatkan kemahiran pedagogi mereka agar KPS dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Siti Hawa Abdullah et al. (2007), KPS juga adalah satu proses yang menghubungkan peristiwa yang berlaku pada zaman terdahulu, masa kini dan peristiwa yang akan datang untuk dikaji secara analitis, kritis dan kreatif. Dalam kajian ini seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran pemikiran sejarah dibahagikan kepada 5 kategori. Antaranya adalah memahami kronologi, menerokai bukti, membuat interprestasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Bagi kemahiran memahami kronologi, pelajar diajar untuk menguasai konsep waktu seperti melihat kemajuan serta perubahan sesebuah tamadun mengikut garis masa. Seterusnya, sumber primer dan sumber sekunder telah diterangkan dalam kemahiran menerokai bukti agar membolehkan murid mengenal pasti sumber-sumber dan mengenal pasti perbezaan antara sumber-sumber Sejarah berkenaan. KPS yang seterusnya ialah kemahiran interprestasi. Dalam kemahiran ini, murid diajar mentafsirkan peristiwa Sejarah dengan memberikan ulasan dan kesimpulan. Menerusi kemahiran ini, murid dapat mengetahui perbezaan antara fakta dan tafsiran Sejarah dan akan menyedari bahawa kedua-duanya saling berkait. Kemahiran KPS yang keempat ialah kemahiran imaginasi.

Kemahiran imaginasi adalah cara untuk melibatkan murid mengunakan imaginasi visual dan empati dalam merasai peristiwa Sejarah terdahulu. KPS yang kelima ialah kemahiran membuat rasonalisasi. Dalam kemahiran membuat rasionalisasi, kemahiran ini membantu murid menggunakan akal fikiran mereka yang betul sewaktu membuat pertimbangan dalam menyelesaikan soalan yang timbul daripada peristiwa bersejarah.

Menurut Wineburng et al. (2010) dalam kajiannya menyatakan penglibatan murid dalam kelas akan menjadi lebih aktif dan murid akan lebih menghayati ilmu Sejarah apabila guru menerapkan KPS dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, setiap guru Sejarah perlu memahami apa yang dimaksudkan berkenaan KPS. Tambahan pula, disiplin ilmu Sejarah menuntut guru supaya bersedia menghadapi perubahan yang sering terjadi mengikut zaman. Tujuannya untuk mewujudkan sebuah aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang mewujudkan impak yang positif.

Justeru, penyelidikan ini amat penting dijalankan kerana pengkaji melihat KPS adalah salah satu objektif dan matlamat dalam kurikulum subjek Sejarah. Menurut Mayer (2005) dalam kajiannya menyatakan komponen KPS yang berbentuk pendekatan seorang sejarawan, secara tidak langsung KPS dapat dibangunkan dan sudah pasti berguna dalam dispilin ilmu Sejarah.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Antara pemboleh ubah yang telah diterapkan oleh pengkaji dalam kajian ini untuk melihat tahap KPS para guru dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran adalah kemahiran kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat imaginasi, kemahiran membuat interprestasi dan kemahiran membuat rasionalisasi. Bagi pemboleh ubah tidak bersandar pula, pengkaji akan melihat sejauh mana demografi guru yang terdiri daripada faktor jantina dan pengalaman mengajar dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah akan mempengaruhi tahap KPS.

3. Metodologi Kajian

Pendekatan kuantitatif reka bentuk tinjauan telah digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Sampel kajian ini mempunyai 30 orang responden yang terdiri dari guru-guru yang mengajar subjek Sejarah di sekolah rendah di daerah Beluran. Daerah Beluran dipilih sebagai

(5)

lokasi kajian kerana Beluran merupakan sebuah daerah yang terpencil dan sedang membangun.

Oleh hal yang demikian, pengkaji amat tertarik untuk menjalankan kajian di daerah Beluran disebabkan belum ada kajian yang dijalankan mengenai tahap KPS dalam kalangan guru Sejarah di daerah Beluran. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru Sejarah. Borang soal selidik daripada pengkaji mempunyai 2 bahagian. Soalan yang disediakan adalah soalan berdasarkan pada kajian yang terdahulu. Pengkaji telah meminta kebenaran daripada kajian Dr. Baharuddin Bin Jabar yang bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Sultan Idris (UPSI), Perak untuk mengubahsuai soal selidik tersebut iaitu “Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran guru-guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir, Perak”. Jas Laile Suzana Jaafar (2008) menyatakan dalam kajian beliau, penggunaan soal selidik adalah senang, murah, pantas dan menjimatkan waktu. Bahagian A merupakan soalan berkaitan demografi responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar. Manakala, Bahagian B adalah soalan tertutup berdasarkan kepada lima skala likert yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang konstruk yang dikaji.

Konstruk kajian dalam bahagian B iaitu tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru di sekolah rendah yang mengajar subjek Sejarah di daerah Beluran. Seramai 30 orang guru bukan Sejarah yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan untuk kajian rintis. “Pekali Alpha Cronbach” telah digunakan untuk mendapatkan indeks kebolehpercayaan setiap elemen dalam instrumen kajian tersebut. Perisian SPSS Version 27 telah digunakan untuk mendapatkan hasil analisis Cronbach Alpha. Berdasarkan data kajian rintis, menunjukkan keseluruhan tahap kebolehpercayaan adalah tinggi iaitu 0.971. Dapatan data pada bahagian B akan dianalisis secara deskriptif dengan merujuk kepada min dan sisihan piawai. Beberapa analisis deskriptif juga telah dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS iaitu Ujian Anova Sehala dan ujian T- Tidak Bersandar.

Jadual 1: Interprestasi skor min

Skor Min Interpretasi

1.00-1.89 Sangat Rendah (SR)

1.90-2.69 Rendah (R)

2.70-3.49 Sederhana (S)

3.50-4.29 Tinggi (T)

4.30-5.00 Sangat Tinggi (ST)

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (2006)

4. Dapatan Kajian

4.1 Tahap Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Dalam Kalangan Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah Beluran.

Jadual 2 menunjukkan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran yang diukur dengan kiraan skor min. Dapatan kajian menunjukkan item-item soalan no.2 dan no.4 dalam kategori memahami kronologi memperoleh skor min sebanyak 3.73, sisihan piawai 0.521. Kedua-dua item soalan ini mendapat skor min tinggi dalam kategori memahami kronologi. Bagi kategori meneroka bukti pula, item soalan no.1 adalah yang tertinggi dengan skor min 3.77, sisihan piawai 0.568. Seterusnya, kategori interprestasi pula, item-item soalan no.4 dan no.5 pula berkongsi skor min dan sisihan piawai iaitu 3.70 dan 0.466.

Dua item soalan ini mendapat skor min yang tinggi dalam kategori membuat interprestasi.

Selain itu, item soalan no.4 dalam kategori membuat imaginasi mencatat skor min iaitu 3.90, sisihan piawai 0.607 dan berada pada tahap yang tinggi. Manakala, item soalan no. 5 dalam

(6)

Berdasarkan data tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran yang terdapat pada jadual di atas, no item soalan yang mendapat skor min sangat tinggi ialah item soalan no.5 dalam kategori membuat rasionalisasi iaitu sebanyak 3.93 daripada keempat-empat kategori KPS. Hal ini menunjukkan bahawa subjek Sejarah bukan sahaja diajar semata-mata dengan pelajar di dalam kelas tetapi subjek Sejarah ini juga mempunyai fungsi yang sangat penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Dalam erti kata lain, peristiwa-peristiwa Sejarah amat berguna dalam memberikan iktibar serta pengajaran kepada seseorang individu agar tidak melakukan sesuatu perkara yang mendorong kepada hilangnya jati diri. Hal ini juga menunjukkan pengetahuan guru dalam melaksanakan elemen KPS berada pada tahap tinggi semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dijalankan iaitu “ Guru menjelaskan peristiwa-peristiwa Sejarah kepada pelajar bertujuan memberikan nasihat dan pengajaran ketika ingin melakukan sesuatu perkara”.

Jadual 2: Tahap Pengetahuan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Dalam Kalangan Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah Beluran

Memahami Kronologi

No Item Soalan Skor Min Sisihan Piawai Tahap

2.

Tarikh peristiwa Sejarah yang telah berlaku

dinyatakan oleh guru. 3.73 0.521 Tinggi

4.

Pelajar akan menyatakan peristiwa yang telah berlaku berdasarkan tarikh yang

dinyatakan oleh guru.

3.73 0.521 Tinggi

Meneroka Bukti

No Item Soalan Skor Min Sisihan Piawai Tahap

1.

Maksud sumber pertama dijelaskan oleh guru

kepada para pelajar. 3.77 0.568 Tinggi

Membuat Interprestasi

No Item Soalan Skor Min Sisihan Piawai Tahap

4. Bukti-bukti Sejarah digunakan oleh guru untuk membuat rumusan.

3.70 0.466 Tinggi

5. Perubahan dan kesinambungan peristiwa- peristiwa sejarah diterangkan oleh guru dengan mengikut urutan

masa.

3.70 0.466 Tinggi

Membuat Imaginasi

No Item Soalan Skor Min Sisihan Piawai Tahap

4. Watak-watak tertentu dalam Sejarah di mainkan peranan oleh beberapa orang murid.

3.90 0.607 Tinggi

Membuat Rasionalisasi

No Item Soalan Skor Min Sisihan Piawai Tahap

5. Guru menjelaskan peristiwa-peristiwa Sejarah kepada pelajar bertujuan memberikan nasihat dan pengajaran ketika ingin melakukan sesuatu perkara.

3.93 0.583 Tinggi

4.2 Perbezaan tahap pengetahuan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam kalangan guru sejarah sekolah rendah di daerah Beluran berdasarkan faktor jantina.

Ujian statistik T Tidak Bersandar dijalankan bagi melihat perbezaan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran berdasarkan faktor jantina.

Jadual 3 menunjukkan data-data untuk F-test dan juga T-test. F-test merupakan ujian dibawah

(7)

Levene’s Test yang berfungsi untuk melihat terdapat perbezaan variance antara lelaki dan perempuan. Signifikan untuk Levene’s test ialah 0.347. Hal ini bermakna, jumlah yang diperolehi lebih tinggi daripada nilai alfa, 0.05. Data di atas menunjukkan variance antara lelaki dan perempuan adalah sama. Oleh hal yang demikian, data T-test akan dilihat melalui data Equal Variance Assumed di dalam jadual di atas. Jumlah signifikan T-test yang diperolehi adalah 0.431. Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran dari segi faktor jantina. Berdasarkan data di atas, jumlah signifikan T-test yang diperolehi adalah 0.431 dan ianya lebih tinggi dari nila alfa 0.05, maka hipotesis null diterima.

Jadual 3: Perbezaan tahap pengetahuan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran berdasarkan faktor jantina

Leven’s Test for Equality of

Variances

t-test for Equality of Means 95% Confidence Interval of Differences

F Sig. t df Sig. Mean

Difference

Std Error Difference

Lower

Equal Variances Assumed

916 .347 .800 28 .431 .11330 .14171 .1769

7 Equal Variances

Not Assumed

.812 27.221 .424 .11330 .13959 .1730

0

4.3 Perbezaan tahap pengetahuan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran berdasarkan faktor pengalaman mengajar.

Ujian statistik Anova dijalankan bagi melihat perbezaan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran berdasarkan faktor pengalaman mengajar. Jadual 4 menunjukkan jadual ANOVA. Berdasarkan pada jadual ANOVA di atas, signifikan untuk kumpulan pengalaman mengajar yang didapati adalah <.001. Signifikan untuk kumpulan pengalaman mengajar yang didapati adalah lebih rendah dari nilai alfa, 0.05. Secara keseluruhannya, data di atas menunjukkan terdapat perbezaan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran dari segi faktor pengalaman mengajar.

Justeru, perbezaan ini adalah disebabkan responden yang mempunyai pengalaman mengajar selama 11-20 tahun lebih berpengalaman dalam melaksanakan elemen-elemen KPS dan mengaplikasikan kelima-lima elemen KPS dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, hipotesis null untuk kumpulan ini adalah ditolak.

Jadual 4: Perbezaan tahap pengetahuan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran berdasarkan faktor pengalaman mengajar

ANOVA

Tahap Pengetahuan KPS Dalam Kalangan Guru Sejarah Sekolah Rendah di Daerah Beluran

Sum of Squares df Mean Square F Sig

Between Group 4.017 2 2008 246.844 <.001

Within Groups .220 27 .008

Total 4.237 29

(8)

Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran adalah berada pada tahap yang tinggi. Hal ini selari dengan kajian Baharuddin Jabar (2007) yang dijalankan dalam kalangan guru-guru Sejarah di daerah Hilir Perak menyatakan guru dapat melaksanakan elemen KPS dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah di dalam kelas pada tahap yang tinggi. Penjelasan guru berkenaan peristiwa-peristiwa Sejarah kepada pelajar dalam kategori membuat rasionalisasi bertujuan memberikan nasihat dan pengajaran ketika ingin melakukan sesuatu perkara adalah selari dengan kajian Ahmad Saufi (2010) menyatakan peristiwa-peristiwa Sejarah yang berlaku dijadikan iktibar dan ianya perlu dipelajari dalam setiap diri individu sama ada pelajar ataupun dalam kalangan lingkungan masyarakat pada hari ini. Seterusnya, soalan kajian kedua telah dijawab oleh pengkaji iaitu tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran dari segi faktor jantina. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Muhamad Yazid Khalil (2018) menyatakan tidak terdapat perbezaan di antara lima elemen aspek KPS dari segi jantina. Kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dari aspek kemahiran kronologi, kemahiran imaginasi, kemahiran interpretasi dan kemahiran rasionalisasi adalah sama antara responden lelaki dan perempuan. Dapatan kajian kedua ini menunjukkan bahawa KPS adalah sama antara responden lelaki dan perempuan. Dapatan kajian dua menunjukkan bahawa KPS adalah sama antara responden lelaki dan perempuan.

Seterusnya, dapatan kajian yang ketiga ialah terdapat perbezaan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran dari segi faktor pengalaman mengajar.

Dapatan kajian ini selari dengan kajian Zaharah Aziz dan Nik Azleena (2007) iaitu guru yang telah bertugas lebih daripada sepuluh tahun sudah tentu mempunyai pengalaman mengajar yang baik dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah berbanding guru yang baru memulakan tugas sebagai guru. Hal ini dinyatakan dalam kajian Lisa Yip Shuke (2014) iaitu guru novis kurang mempunyai pengalaman disebabkan mengalami perubahan peralihan dari pusat pembelajaran mereka ke sekolah. Hal ini bermaksud, guru-guru muda masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang baru supaya mereka dapat membina pengalaman untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini juga turut disokong oleh Eko Putro Widyoko (2005) dalam kajiannya iaitu guru yang telah lama mengajar Sejarah lebih mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tinggi berbanding dengan guru yang baru mula mengajar. Hal ini bermakna, guru lama lebih mempunyai sikap yang baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Seterusnya, dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Lovorn (2017) yang menyatakan terdapat perbezaan dari segi pengalaman mengajar guru novis yang baru memulakan perkhidmatannya di sekolah dengan guru yang telah lama berkhidmat.

Diharapkan agar dapatan kajian yang diperolehi dapat membantu pihak PPD dan JPN untuk mengenal pasti setakat mana tahap pengetahuan serta pemahaman guru- guru terhadap KPS dalam pelaksanaannya di dalam kelas. Dengan adanya kajian ini juga, ianya memberi kesan kepada banyak pihak iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru mata pelajaran Sejarah itu sendiri dan juga murid-murid.

Manfaat bagi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pihak mereka boleh memberikan lebih banyak latihan, bengkel, seminar dan kursus kepada guru-guru mata pelajaran Sejarah agar tahap pengetahuan guru Sejarah berkenaan pelaksanaan elemen KPS di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat ditingkatkan khususnya bagi guru-guru Sejarah

(9)

yang masih kurang mahir dan faham berkenaan pelaksanaan elemen KPS di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan.

Pada masa hadapan, pengkaji memberikan cadangan agar kajian berkenaan KPS ini dikembangkan lagi ke semua daerah di negeri Sabah. Memandangkan pengkaji hanya melaksanakan kajian di sekolah sekitar daerah Beluran sahaja, pengkaji mencadangkan agar kajian KPS yang akan dijalankan pada masa akan datang oleh pengkaji seterusnya dilaksanakan ke semua daerah di negeri Sabah. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauhmana tahap pengetahuan guru-guru Sejarah terhadap KPS di seluruh sekolah di negeri Sabah. Akhir sekali, pada masa hadapan pengkaji juga mencadangkan agar bilangan responden juga dipertingkatkan bilangannya. Hal ini demikian kerana, semakin ramai responden yang terlibat, semakin ramai guru-guru Sejarah yang dapat di kenal pasti sejauhmana tahap pengetahuan mereka terhadap elemen-elemen KPS dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di dalam kelas.

6. Kesimpulan

Kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan tahap pengetahuan KPS dalam kalangan guru Sejarah sekolah rendah di daerah Beluran berada pada tahap tinggi. Hal ini bermaksud, semasa melaksanakan KPS dalam aktiviti PdPc Sejarah guru-guru Sejarah di daerah Beluran mempunyai pengetahuan yang tinggi. Secara tidak langsung, pelaksanaan kajian ini dapat membantu pihak PPD dan JPN dalam melihat sejauhmana tahap pengetahuan guru-guru terhadap KPS. Selain itu, Sejarah adalah subjek yang wajib lulus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ianya merupakan matlamat serta objektif pihak KPM. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung kajian ini akan membantu pihak KPM untuk mencapai hasrat mereka. Hal ini demikian kerana, guru-guru yang mempunyai pengetahuan KPS yang tinggi secara tidak langsung dapat membantu murid-murid dalam menggunakan KPS dengan betul disamping membantu dalam perkembangan tahap berfikir murid, murid juga ada peluang untuk menjadi ahli sejarawan kecil dalam sesi pembelajaran mereka. Kesannya, apabila guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam KPS, sudah tentu murid-murid mampu memahami Sejarah dengan baik, justeru hasrat pihak KPM dalam menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus akan tercapai.

Semoga kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada semua guru Sejarah berkenaan kepentingan pengetahuan KPS dalam kalangan guru-guru.

Rujukan

Abd. Rahim Abd Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum ke arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif. JUKU: Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 1(3), 10- 18. https:www.juku.um.edu.my.

Ahmad Razaq Ahmad & Ahmad Rafaai Ayudin. (2011). History Curriculum Development Model Towards Nation Building of Malaysia. Historia: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah, 12(1), 40-52. https: www.ejournal.upi.edu.

Ahmad Saufi Mansor. (2010). Subjek Sejarah Lebih Seronok. Harian Metro, 25 Oktober.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2010/belajar-sejarah-tak-bosan-lagi.

(10)

Baharuddin Jabar. (2007). Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Dalam Pengajaran Guru-Guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Eko Putro Widyoko. (2005). Kompetensi Mengajar Guru Ips SMA Kabupaten Purworejo.

Universitas Muhammadiyah Purworejo. Indonesia.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Introduction to the Psychology of Children and Adolescents.

Shah Alam: Education Directions.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Putrajaya, Kuala Lumpur.

Lisa Yip Shukye. (2014). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kalangan Murid-Murid. Jurnal Penyelidikan Kent, 13, 37- 49.

Miki, Y., Kojiri, T., & Seta, K. (2015). “If Thinking” Support System for Training Historical Thinking. Procedia Computer Science, 60, 1542-1551.

M. Lovorn. (2014). Historical Literacy Through Historiography: Teaching to the C3 Framework. Russian American Education Forum: An Online Journal, 6(3).

Muhamad Yazid Khalil. (2018). Tahap Pengetahuan Guru Sejarah Sekolah Rendah dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). National Innovation dan Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18).

Noriah Munirah Yakub & Anuar Ahmad. (2015). Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Dalam Kalangan Bakal Guru di Institut Pengajian Tinggi Awam. https://www.academia.edu/

16516299/20/10/2017.

Rosy Talim. (2015). Historical Thinking Skills-the forgotten skills?. International Journal of Learning and Teaching 7(1) pp 43-51.

Soranam Karupayah. (2011). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah. Selangor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Hawa Abdullah, Hassan & Aini. (2007). Empati Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. The Asia Pacific Journal of Educators and Education, 22 (1) pp 1-14. ISSN 2289-9057.

Wineburg. S. (2010). Historical Thinking: Memorizing facts and stuff? Teaching with Primary Sources Quarterly, 3(1)2-4.

Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32 . pp. 119-137. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan Jadual 4.1 dan Jadual 4.2 adalah dapatan kajian untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu ‘Apakah tahap kefahaman kemahiran memerhati dan mentakrif secara

Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden iaitu guru pelatih PTK, Fakulti pendidikan, UTM mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana terhadap soalan objektif

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Sri Aman terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) iaitu daripada

Hasil daripada kajian ini, pengkaji menjangkakan akan dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran profesional yang diperlukan guru dalam melaksanakan pentaksiran dan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana,

Kaedah kajian yang dijalankan adalah kaedah deskriptif iaitu kajian berbentuk tinjauan yang mana untuk mendapatkan segala maklumat daripada guru dan pelajar berhubung dengan

Selari dengan dapatan kajian Dawkins 1995, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain dengan panggilan nama yang buruk merupakan kategori perlakuan buli secara

Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mempunyai hubungan yang kuat dengan pengaplikasian media digital dalam PdPc namun, pengetahuan guru