• Tidak ada hasil yang ditemukan

pengadil Kejohanan Ragbi Asia 2012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "pengadil Kejohanan Ragbi Asia 2012"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Pensyarah UMS terpilih menilai

pengadil Kejohanan Ragbi Asia 2012

KOTA KINABALU:

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menerima penghormatan apabila pensyarah Sains Sukan UMS, Mohamad Nizam Nazarudin terus terpilih sebagai penilai prestasi pengadil di Kej ohanan Ragbi Divisyen Dua dan Divisyen Tiga HSBC Asia di Kuala Lumpur pada 29 Mei hingga 2 Jun 2012 nanti.

Perlantikan ini adalah berdasarkan prestasi baik beliau ketika melatih pengadil di Kejohanan Ragbi Divisyen Satu HSBC Asia Lima Negara di Manila pada bulan lepas.

Pada kejohanan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur itu nanti, beliau akan diberikan tugas untuk melatih dan menilai pengadil pada perlawanan di antara Guam dan Indonesia pada 30 Mei 2012 dan seterusnya perlawanandiantara Thailand dan Iran pada 31 Mei 2012.

Pada 1 Jun 2012 pula, behau akan melatih dan menilai pengadil pada perlawanan akhir divisyen tiga.

Seterusnya, pada keesokkan

harinya beliau akan melatih dan menilai pengadil pada perlawanan akhir divisyen dua.

Mohamad Nizam yang ditemui baru-baru ini berkata, kali ini pengadil yang bakal dinilai masih belum dimuktamadkan oleh pihak penganjur kerana para pengadil perlu melepasi tahap kecergasan yang ditetapkan terlebih dahulu dalam ujian kecergasan yang akan dibuat pada masa terdekat sebelum layak dipilih menjadi pengadil kejohanan ini.

Katanya, situasi ini sedikit sebanyak akan mengurangkan masa beliau bagi memperolehi maklumat prestasi mereka yang lalu.

Barisan pengadil yang dijangka terpilih untuk mengadili kejohanan tersebut ialah Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah (Malaysia), Raimee Mohamed Mansur

(Malaysia), Aaron Littlewood (Singapura), Thawatchai Somwang (Thailand), Nicholas Long (Hong Kong) dan Liu Hao (China).

NIZAM berada di Stadium Jose Rizal, Manila ketika ARFUSN 2012.

"Saya merupakan penilai pengadil termuda di Asia ketika ini daripada keseluruhan30 orang pengadil yang mempunyai kelayakan clan memperoleh jumlah perlawanan yang dinilai paling banyak sepanjang tahun ini.

"Keadaan ini semestinya memberikan tekanan kepada diri saya untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik", katanya.

Katanya, disebabkan ketiadaan kejohanan besar yang berlangsung di Sabah

pada ketika ini, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk mempertajamkan kemahiran dalam mengadili perlawanan dengan berlatih menilai perlawanan ragbi yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Referensi

Dokumen terkait

Mizanur Rahman Energy Research Unit (ERU), Mechanical Engineering Programme, Faculty of Engineering, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Mariani

Jabatan Bendahari UMS anjur Kursus Lanjutan MPSAS KOTA KINABALU: Jabatan' Bendahari Universiti Malaysia Sabah UMS dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Ja- batan Pendaftar UMS

Pameran YMS di Kinabatangan dapat sambutan KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah UMS; terus memainkan peranannya sebagai pemacu kecemerlangan pendidikan di Sabah melalui pelbagai

UMS terima Anugerah Universiti Awam Bebas 11.1?~~g~i 2018 KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah UMS muncul sebagai penerima anugerah pemenang tempat ketiga pertandingan

BORNEO MAIL SELASA 11Februari2003 UMS berhasrat w ujud kepakaran KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah UMS kini giat mengketengahkan proses pendidikan yang berkualiti yang

UMS, JHL meterai Mo erhubung · penyelidikan KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah UMS akan memulakan kerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah bcrhubung kegiatan penye-

BORNEO "AIL, 29 NOV 95 Kewujudan UMS bantu k'jaan bangunkan Sabah KOTA KINABALU: Universiti Malay- sia Sabah UMS yang memulakan pengajiannya pertengahan tahun ini, akan dapat

Sayed Uddin Sociology and Social Anthropology, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia E-mail: