Jangan pertikai di media sosial
pengurangan waktu kerja mingguan
OlehMary Victoria Dass- Ogos 11, 2022 @ 1:06pm [email protected]
Awang Hashim melawat tapak pameran selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Dokumen antara Educity Iskandar Malaysia dan DOE Training dan Consultancy bagi membangunkan sebuah pusat interaktif keselamatan (Safe Centro) Khas untuk Kanak-kanak
dan Remaja di Educity Complex di Iskandar Puteri, Johor Bahru, hari ini. - Foto NSTP/Mary Victoria Dass
ISKANDAR PUTERI: Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September depan tidak perlu dipertikaikan.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata pihaknya bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak bagi mencapai penyelesaian sekiranya ada persoalan yang timbul kelak.
Awang yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berkata, tindakan menyebarkan sesuatu pertikaian berkaitan pelaksanaan pindaan berkenaan di media sosial hanya menimbulkan masalah dan kekeliruan.
"Pelaksanaan ini adalah hasil dapatan kajian dibuat termasuk dalam kalangan pekerja, persatuan pekerja dan majikan di mana ia suatu tindakan baik tanpa menjejaskan produktiviti mahu pun kualiti kerja.
"Apa saja kita buat pada peringkat awal, kita boleh duduk dan berbincang sebaliknya bukan dikongsi dalam media sosial kerana ia boleh menimbulkan masalah.
"Pindaan ini tidak perlu dipertikaikan kerana ada negara maju yang melaksanakan waktu bekerja 40 jam seminggu namun produktiviti mereka meningkat," katanya hari ini.
Mengulas lanjut, Awang berkata, pindaan akta itu juga membolehkan pekerja menggunakan susunan waktu bekerja yang lebih fleksibel.
"Menerusi peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.
"Kita menumpu kepada pembangunan institusi kekeluargaan selain kita juga sudah memasuki suatu tamadun pasca pandemik (yang) kita tidak jangka.
"Kementerian juga sedang mengkaji bagi menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk sistem bekerja dari rumah supaya ia tidak timbul pertikaian antara majikan dan pekerja," katanya.
Pindaan kepada Akta Kerja yang akan berkuat kuasa 1 September ini membabitkan pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam bertujuan
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Sebelum ini media melaporkan,sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masadi Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu berdasarkan tinjauan oleh Qualtric, syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian.
Secara keseluruhan, di Asia Tenggara keutamaan adalah untuk waktu kerja fleksibel adalah sebanyak 60 peratus berbanding hari bekerja lebih singkat dalam seminggu.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.