PPENGURUS M
SAN KOLE MARGHERI
EKSI ARTIF ITA KUCH
FAK MUZI HING SARA
IUM POLIS AWAK
S FORT
ROSSNAH BINTTI BURHANN
PENGURUSAN KOLEKSI ARTIFAK MUZIUM POLIS FORT MARGHERITA KUCHING SARAWAK
ROSNAH BINTI BURHAN 34109
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2014
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick (√)
Final Year Project Report Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the ………..day of………..2014.
Student’s Declaration:
I --- (PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled --- --- is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
___________________ _____________________________
Date submitted Name of the student (Matric No.) Supervisor’s Declaration:
I --- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the work entitled --- --------------- (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of --------------- --- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: ______________________________ Date: _____________
(Name of the supervisor)
ROSNAH BINTI BURHAN (34109), FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS
KUCHING, SARAWAK
√
PENGURUSAN KOLEKSI ARTIFAK MUZIUM POLIS FORT MARGHERITA
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:
• This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalize the content for the Local Content Database.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.
Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________
( ) ( ) Current Address:
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
Muzium Polis Sarawak, Police Field Force Brigade Headquaters, Petra Jaya Kuching,93050 Kuching, Sarawak.
√
PENGAKUAN
Projek bertajuk Pengurusan Koleksi Artifak Muzium Polis Fort Margherita Kuching Sarawak telah disediakan oleh Rosnah Binti Burhan dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif untuk memenuhi syarat mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
……….
(Dr. Anna Durin)
Tarikh:
………
ii
PENGHARGAAN
Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi dengan izin dan redha-Nya pengkaji dapat menyiapkan projek tahun akhir ini. Berkat doa kepada-Nya pengkaji berjaya menyiapkan Projek Tahun Akhir Pengurusan Seni dengan penuh kesabaran, ketekunan, dan kekuatan untuk menghasilkannya. Pengkaji juga igin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang secara langsung atau tidak secara langsung terlibat dalam penyelidikan.
Terlebih dahulu, pengkaji ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Anna Durin, penyelia bagi projek tahun akhir kerana telah memberi tunjuk ajar, nasihat serta sokongannya. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Pn.Noriah Anak Tugang serta semua pensyarah pegurusan seni yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek tahun akhir ini.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada orang yang terpenting dalam hidup pengkaji iaitu kepada kedua ibu bapa pengkaji yang telah banyak memberikan sokongan moral, nasihat, kewangan dan juga mendoakan kejayaan pengkaji dalam menyelesaikan tugasan Projek Tahun Akhir ini. Tidak lupa juga kepada kakak, abang dan juga adik yang turut memberikan semangat kepada pengkaji untuk menyiapkan kajian ini.
Sekalung penghargaan kepada organisasi Muzium Polis Kuala Lumpur dan Jabatan Muzium Sarawak kerana telah membenarkan pengkaji untuk menjalankan kajian di organisasi mereka. Kerjasama dan komitmen yang baik diperolehi daripada informan yang sudi meluangkan masa dan memberikan jawapan yang bernas berkaitan penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji. Sumbangan informan amat dihargai dan hasil temuramah tersebut telah berjaya memberikan maklumat yang dikehendaki dalam penyelidikan pengkaji.
Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Jasa dan budi kalian akan di kenang untuk selamanya. Semoga kalian semua sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T. Manakala segala kekurangan serta kelemahan datangnya daripada diri saya sendiri.
Sekian, Terima Kasih.
iv ABSTRAK
Kajian ini adalah tentang Pengurusan Koleksi Artifak Muzium Polis Fort Margherita Kuching Sarawak. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti koleksi artifak yang terdapat di Muzium Polis dan juga untuk mengkaji sistem pengurusan artifak Muzium Polis Fort Margherita Sarawak. Perkara yang dikaji adalah mengenai koleksi artifak dan sistem pengurusan yang terdapat di Muzium Polis Fort Margherita Sarawak. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian, temubual dan juga dokumentasi. Hasil dapatan kajian telah mendapati bahawa memang terdapat pengurusan di dalam Muzium Polis Fort Margherita Sarawak seperti pengurusan perancangan, kawalan, pengalihan artifak, penyelenggaraan, konservasi, kewangan dan keselamatan.
ABSTRACT
This study was conducted to know about the Management of Artifact Collection Museum Police Fort Margherita Kuching Sarawak. This study are aim to identify the collection of artifact in the Museum Police and to investigate the artifact management of Museum Police Fort Margherita Sarawak. Besides, the collection of artifact and management system in the Museum Police Fort Margherita Sarawak was studied. The data was collected by using qualitative methods such as observation, interview, secondary resources, and documentation from informant. The research outcome have shown that there is a systematic management at the Museum Police Fort Margherita such as plan management, plan control management, artificial movement, construction, conservation, financial and safety.
vi
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/SURAT SURAT PENGESAHAN
SURAT PENGAKUAN……….. i
PENGHARGAAN……….. ii - iii
ABSTRAK………..
ABSTRACT………
ISI KANDUNGAN
SENARAI RAJAH ………...
SENARAI JADUAL……….
SENARAI LAMPIRAN………
BAB 1: PENGENALAN
iv v
ix – x x x
Pendahuluan……… 1 - 2
Latar Belakang Kajian……… 3-6
Hipotesis………. 7
Permasalahan Kajian……….. 7
Objektif Kajian……….... 8
Soalan Kajian………..… 8
Lokasi Kajian………..… 9
Kerangka Kajian………. 10 -14 Kepentingan Kajian……….…… 15
Skop Kajian……….……… 16
BAB 2 : SOROTAN KESUSATERAAN Pengenalan………..…… 17
Definisi Muzium………. 18
Kaitan Muzium dengan Budaya……….……. 19
Kaitan Muzium dengan Pembelajaran……….…... 20 - 22 Peranan Muzium……….… 23
Stor muzium……….…... 24
Etika Muzium………. 25
Definisi Artifak……….. 26
Penjagaan Koleksi Artifak………. 27
Seni Bina Bersejarah……….……….. 28
Warisan Monumen ……….… 28 - 29 Kepentingan Menjaga Warisan Monumen……….… 29
viii BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan………. 30
Pemerhatian……….……… 31
Temubual……… 31 - 32
okumentasi/catatan………...…… 32
BAB 4: DAPATAN KAJIAN
Pengenalan………..… 33 Pemerolehan Artifak………..………. 34 - 35 Pemilihan Artifak………...……. 35 - 36 Prinsip dan Pensyaratan………..…… 36 Jenis-jenis Artifak………..……. 37 - 39 Pengurusan Tengkorak………...………. 40 - 41 Pengurusan Pengalihan Artifak………...……… 42 Pengurusan Perancangan………..………….. 43-44 Analisis Cadangan Kerja baik pulih ………..… 45 Analisis Laporan Kerja Tapak Projek……… 46 Pengurusan Organisasi………...…….. 47 – 51
Pengurusan Kepimpinan………. 52
Pengurusan Kawalan………...…… 53 - 54 Pengurusan Mengarah………...….. 54 - 55
Pengurusan Penyelenggaraan……….. 56 - 57 Pengurusan Konservasi Bangunan………..………….…... 58 - 71 Pengurusan Kewangan………...………. 72 Pengurusan Keselamatan………...………. 73 - 77
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulan………. 77 - 80
Cadangan…..……….……. 81 -82
RUJUKAN………...……….……. 83 - 84 LAMPIRAN………..……….… 85 - 90
SENARAI RAJAH
Rajah 1 : Jenis-jenis Meriam 37
Rajah 2 : Jenis-jenis Kenderaan 38
Rajah 3 : Patung Figura Manusia 39
Rajah 4 : Bangunan untuk Menjatuhkan Hukuman Mati 40
Rajah 5: Bekas Simpanan Tengkorak 41
Rajah 6 : Organisasi Tapak Projek Fort Margherita 47 Rajah 7 : Organisasi Pembaik Pulihan Bangunan Fort Margherita 49 -51 Rajah 9 : Surat Maklumat oleh Komander Briged Sarawak berkaitan 55
x
Rajah 11 : Bangunan Fort Margherita yang masih dikekalkan dari segi reka bentuk bangunan
62
Rajah 12 : Pelan Tapak Bangunan Fort Margherita yang dikekalkan 63
Rajah 13 : Proses Lepaan Kapur 68
Rajah 14 : Rekod Cuaca Mingguan di Tapak Projek Fort Margherita 69
Rajah 15: Site Diary 70
Rajah 16 : Kawalan Meriam di Keliling Bangunan Fort Margherita 73 Rajah 17 : Lubang di Bangunan Fort Margherita 74
Rajah 18 : Loceng 76
Rajah 19: Tempat Kawalan Keselamatan 77
SENARAI JADUAL
Jadual 1: Analisis Cadangan Kerja Baik Pulih Fort Margherita 45 Jadual 2: Analisis Laporan Kerja di Tapak Projek 46
SENARAI LAMPIRAN
Gambar Informan 85 - 87
Gambar Bersama Informan 88
Peta Fort Margherita Sarawak 89
Jadual Penuh Cadangan Kerja Baik Pulih dan Naik Taraf Fort Margherita 90
BAB 1
PENGURUSAN KOLEKSI ARTIFAK MUZIUM POLIS FORT MARGHERITA KUCHING SARAWAK
Pendahuluan
Kajian ini adalah berfokuskan bangunan Fort Margherita Sarawak. Perkara yang dikaji ialah artifak Muzium Polis Fort Margherita Sarawak dan juga tentang sistem pengurusan yang dilakukan di bangunan Muzium Polis Fort Margherita yang telah menjadi bangunan bersejarah semasa zaman penjajahan di negeri Sarawak.
Sejarah artifak Muzium Polis Fort Margherita Sarawak merupakan koleksi tinggalan sejarah negeri Sarawak semasa penjajahan British di Sarawak dan telah diubah suai di dalamnya dengan dijadikan sebagai muzium polis yang merupakan hak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mempamerkan monument artifak peninggalan sejarah negeri Sarawak pada zaman Brooke. Terdapat banyak koleksi peninggalan dari Zaman Brooke seperti meriam, senjata api, senjata tajam, alatan-alatan penderaan, serta penjara. Koleksi artifak yang berada di dalam simpanan pasukan polis samaada hasil pampasan atau yang
kelengkapan polis, kenderaan, peralatan komunikasi, peralatan perjudian, peralatan menghisap candu, wang palsu, dan gambar-gambar individu yang berjasa dalam pasukan polis. Fungsi meriam lama suatu ketika dahulu, meriam dibunyikan setiap hari untuk menandakan tamatnya waktu bekerja bagi pekerja kerajaan, dan juga koleksi artifak yang dipamerkan di dalam bangunan Fort Margherita itu merupakan sejarah peninggalan senjata yang digunakan oleh askar Sarawak untuk berperang dengan lanun bagi mempertahankan negara.
Pada tahun 2013 bangunan Fort Margherita mula dibaikpulih sehingga kini dan nama Muzium Polis telah ditukar menjadi bangunan Fort Margherita disebabkan bangunan tesebut merupakan bangunan bersejarah negeri Sarawak. Artifak yang di pamerkan di Muzium Polis telah di berikan kepada induk masing-masing dan bangunan Fort Magherita akan dikosong kan. Konservasi kubu ini merupakan salah satu projek utama Jabatan Warisan Negara pada tahun 2011-2012 di bawah Program Rancangan Malaysia ke-10.
Walaupun bangunan Fort Margherita dalam proses pembaik pulihan, namun terdapat juga sistem pengurusan yang terlibat dari segi perancangan, kawalan, pengalihan artifak serta keselamatan, penyelenggaraan, konservasi semasa pembaikpulihan sedang dijalankan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang pengurusan yang dilakukan di bangunan Fort Margherita Kuching Sarawak supaya tetap dipulihara.
Latar Belakang Kajian
Fort Margherita dinamakan semperna nama isteri kepada Charles Brooke, Rajah Sarawak kedua iaitu Ranee Margaret (Margaret de Windt). Kerja-kerja pembinaan kubu ini bermula pada tahun 1879 iaitu pada hari kelahiran Charles Brooke dengan kos sebanyak
$8,200.00. Reka bentuk kubu ini berdasarkan kubu –kubu Inggeris di zaman pembaharuan dan melambangkan kekuasaan Dinasti Brooke di Sarawak.
Bangunan Fort Margherita terbentuk oleh gabungan tiga komponan fizikal iaitu bangunan utama yang berbentuk 4 segi setinggi 3 tingkat, dengan bumbung terbuka, menara peninjau berbentuk 8 segi seakan-akan bulat dipenjuru kiri bangunan utama setingkat lebih tinggi dan kawasan tembok kubu terbuka berbentuk 8 segi yang luas. Bangunan utama dan kawasan tembok dihubungkan oleh satu koridor dan dipisahkan oleh satu pagar besi setinggi hamper 8 kaki di penghujung koridor. Setiap aras utama di bangunan utama dihubungkan oleh tangga yang berbentuk lingkaran yang terdapat di menara peninjau. Sebelum kerja- kerja baik pulih dilakukan terdapat satu tangga biasa untuk menghubungkan setiap tingkat, tetapi telah dirobohkan untuk mendapatkan ruang yang lebih luas.
sini terletak pintu masuk utama dan pintu menuju ke kawasan tembok terbuka melalui koridor. Tiada tingkap di atas ini kecuali lubang kecil untuk meletakkan senjata. Lantai aras ini diperbuat daripada simen dan dicat dengan warna merah dan tidak berjubin dan bentuknya seakan-akan berjubin hasil kreativiti dengan cara menekap tali di atas simen dalam ukuran satu kaki persegi. Terdapat satu lagi pintu bersebelahan pintu ke tingkat pertama, ianya adalah laluan ke bahagian belakang yang menempatkan tandas awam dan sebuah bilik tambahan (binaan baru) untuk tujuan pameran.
Tingkat pertama yang berlantaikan papan berlian, dulunya menjadi kediaman pegawai kubu dan siling asbestos adalah binaan baru. Terdapat lima tingkap yang menggunakan kaca tampak dan jenang daripada kayu belian. Di bahagian siling terdapat tiga gelegar besi yang melintang sebagai peneguh.
Tingkat kedua, mempunyai struktur binaan yang sama dan terdapat laluan ke bumbung terbuka dan bumbung menara peninjau menggunakan tangga berlingkar. Laluan ke bumbung telah ditutup kepada pelawat. Atap asal diperbuat daripada simen dikekalkan dan ditutup menggunakan atap jenis ‘spandek’ menggantikan atap sebelum ini dari jenis ‘klik- lok’. Pada kedua-dua bahagian bumbung dibina saluran air yang disambung dengan empat palung diluar bangunan untuk mengakirkan air ke bawah.
Kedudukan kubu ini telah dipilih dengan teliti di sebuah bukit di tebing Sungai Sarawak agar dapat mengawasi kawasan sungai yang lurus dan memanjang memasuki Bandar Kuching. Kedudukannya juga amat sesuai dan strategik untuk menghalang serangan musuh terutamanya masyarakat peribumi yang datang melalui jalan sungai.
Selain sebagai kubu pertahanan, kubu ini juga sebagai daya tarikan Bandar Kuching Sarawak dengan kedudukannya yang tersergam indah dan kukuh di tebing Sungai Sarawak.
Bagaimana pun, sejak dibina kubu ini berada dalam keadaan aman dan tidak pernah digunakan sebagaimana tujuan asalnya. Sungguhpun begitu, kerajaan Brooke tetap menjaga dan mengawasi pengelenggaraannya dan menjadikannya penjaga sehingga penjara baru di bina berhampiran Padang Tembak, kira-kira 1.6 km dari situ. Kubu ini juga pernah digunakan sebagai dewan menari.
Pada 19 Disember 1941, lima hari sebelum kejatuhan Bandar Kuching kepada Jepun, kubu ini menerima serangan sebenarnya apabila menjadi sasaran serangan udara dari tentera Jepun, namun tidak ada kerosakan yang dialami.
Kubu Fort Margherita pernah mengibarkan empat bendera di bawah empat pentadbiran
dikibarkan apabila Sarawak diserahkan kepada Britain dan akhirnya bendera Malaysia apabila Sarawak mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada 6 September 1963.
Untuk tempoh beberapa tahun Fort Margherita telah digunakan untuk pelbagai fungsi.
Selepas perang ia dijadikan Pusat Latihan Polis untuk kursus operasi telepon wireles sebelum dijadikan Mes Pegawai Pasukan Polis Sarawak. Kemudiannya dipinjamkan kepada pasukan Pertahanan Awam (Civil Defence Corps) sebagai Ibu Pejabat.
Memandangkan bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993) bersama-sama Sembilan lagi bangunan di seluruh Sarawak. Atas inisiatif kerajaan negeri, kerja-kerja baik pulih telah dilakukan ke atas Fort Margherita ini untuk dijadikan Muzium Polis. Pada hari kebangsaan 31 Ogos 1971 Fort Margherita telah dirasmikan sebagai Muzium Polis dan upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang Bin Tuanku Hj. Osman dan ketua Menteri Sarawak, Dato’ Hj.
Abdul Rahman Bin Ya’akub (kini Tun) .
Hipotesis
Melalui kaedah pengurusan yang berkesan dan sistematik, pengurus boleh mencapai matlamat organisasi secara menyeluruh seperti dari segi perancangan, mengorganisasi, kepimpinan, kawalan, mengarah, penyelelenggaraan, konservasi bangunan, kewangan, serta keselamatan. Semua pekerja dalam Muzium Polis Fort Margherita berkerjasama dan bertanggungjawab untuk memberikan kerja yang berkualiti tinggi maka dengan itu, koleksi artifak yang ada di dalam muzium tersebut dapat dipelihara dan dapat di dimanfaatkan untuk bahan kajian dan sumber ilmu kepada pengunjung seperti para penyelidik.
Permasalahan Kajian
Muzium Polis Fort Margherita di Kuching Sarawak merupakan sebuah bangunan yang mempamerkan koleksi senjata perang yang berkaitan dengan sejarah negeri serawak seperti pelbagai jenis meriam lama, peluru meriam, senapang, pistol, pedang dan pelbagai peralatan semasa penjajahan British di Sarawak untuk mengendalikan artifak. Muzium Polis Fort Margherita itu mempunyai pengurusan dari segi perancangan, kawalan, pengalihan artifak, penyelenggaraan, konservasi, kewangan dan keselamatan. Isu kajian ialah berkaitan
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti koleksi artifak yang ada di Muzium Polis Fort Margherita yang bersejarah di negeri Sarawak.
2. Mengkaji sistem pengurusan artifak Muzium Polis Fort Margherita yang bersejarah di negeri Sarawak.
Soalan Kajian
1. Nyatakan jenis koleksi artifak yang terdapat di dalam Fort Margherita yang bersejarah di negeri Sarawak?
2. Apakah jenis sistem pengurusan yang terdapat di dalam Fort Margherita yang bersejarah di negeri Sarawak berkaitan koleksi artifak?
3. Bagaimanakah langkah-langkah pengurusan artifak yang berkesan untuk menjaga artifak di Fort Margherita agar sentiasa dalam keadaan yang baik?
Lokasi Kajian
Muzium Polis Fort Margherita Kuching Sarawak dikaji disebabkan objek yang ingin dikaji terdapat di bangunan bersejarah negeri Sarawak iaitu Fort Margherita. Lokasi bangunan Fort Margherita Sarawak telah dipilih kerana dapat menyelesaikan isu yang ingin dikaji iaitu pengurusan koleksi artifak Muzium Polis Fort Margherita di Kuching Sarawak. Lokasi itu dapat membantu untuk menyelesaikan masalah kajian serta dapat memudahkan penyelidikan disebabkan terdapat pakar-pakar seperti pengurus serta staf-staf yang mahir dalam bidang yang ingin dikaji untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan ini boleh membantu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang lebih terperinci dalam pengurusan koleksi artifak Muzium Polis Fort Margherita di Kuching Sarawak dan akhirnya dapat mencapai objektif kajian.
Kerangka Kajian
Kerangka kerja yang digunakan dalam kajian ini ialah konseptual teorikal yang diambil daripada pendapat-pendapat pengkaji masa lampau atau masa lepas. Konsep teori tersebut ialah berkaitan dengan pengurusan sebab kajian ini ialah tentang pengurusan artifak-artifak Muzium Polis Fort Margherita. Oleh yang demikian konsep yang dipilih adalah sangat sesuai digunakan sebagai panduan untuk membantu dalam penyelesaian permasalahan kajian dan seterusnya untuk membantu mencapai objektif-objektif kajian ini. Dalam pengurusan beberapa perkara mengenai pengurusan yang berkaitan dengan kajian akan dibincangkan di bawah ini seperti pengurusan perancangan, keselamatan, fungsi pengurusan sesuatu organisasi.
Pengurusan
Perancangan
Griffin (2013) menyatakan tentang matlamat yang boleh memberi panduan dan hala tuju yang bersatu untuk pekerja di dalam organisasi serta dengan adanya matlamat ini dapat membantu untuk menetapkan keputusan yang dibuat oleh pengurus. Matlamat kedua adalah dapat menetapkan aspek-aspek perancangan yang baik untuk memudahkan penetapan matlamat di masa hadapan serta dapat merancang mencari peluang pasaran baru. Matlamat