• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Tekstil di dalam Sosial Budaya Melayu Sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Peranan Tekstil di dalam Sosial Budaya Melayu Sarawak"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Peranan Tekstil di dalam Sosial Budaya Melayu Sarawak

Dr. Nazlina Shaari Norhayati Suleiman

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Pengenalan

Tradisi budaya Melayu telah bermula sejak zaman pra-sejarah. Di percayai tradisi Melayu wujud berasaskan pengalaman yang berkait rapat dengan kehidupan dan alam sekitar. Proses penyebaran tradisi berlaku secara lisan iaitu dari perbualan, dan melalui penghasilan seni kraftangan.

Masyarakat Melayu seringkali memperlihatkan kewujudannya melalui keunikan penghasilan barangan kraf serta adat resamnya. Melalui tradisi atau adat, ia merupakan perlambangan utuh terhadap identiti masyarakat dan budaya Melayu. Masyarakat Melayu seringkali berkait rapat dengan pegangan agama Islam walaupun terdapat juga unsur- unsur kepercayaan Hindu- Buddha yang mempengaruhi adat dan budaya mereka. Selain daripada itu pengaruh dari timur tengah serta penjajahan barat turut menyumbang terhadap perkembangan tekstil Melayu Sarawak. Faktor ini juga memperlihatkan perubahan serta perkembangan sosial masyarakat Melayu Sarawak. Proses difusi ini berlaku bukanlah membawa kemusnahan kepada masyarakat Melayu, tetapi ia merupakan penyesuaian nilai serta peningkatan pencapaian ilmu. Apabila hukum Islam diperkenalkan dalam masyarakat Melayu, peraturan dan aturan adat yang bercanggah dengan akidah dan doktrin Islam dihapuskan manakala yang tidak bercanggah diteruskan amalan adat istiadatnya dari sejak bayi hingga kepada saat kematian (W.A. K Yusuf, 1995). Ini adalah kerana ajaran Islam mempengaruhi pembinaan struktur budaya Melayu secara dalaman.

Di dalam meneliti budaya dan adat bangsa Melayu, krafnya boleh dinilai dalam memberi makna dan lambang kepada bangsa Melayu itu sendiri. Perkembangan seni kraftangan Melayu dipercayai sudah wujud sejak zaman prasejarah lagi (H, Ismail, 1991). Keunikan

(2)

budaya Melayu bukan hanya terletak pada pengisian adat resam tetapi terhadap budaya material sebagai penyokong kepada perkembangan kesenian wanita Melayu terutamanya di dalam seni tekstil dan kostum. Bagi orang Melayu, kelengkapan pakaian memainkan peranan penting sebagai khazanah yang amat berharga dan disanjung tinggi.

Terdapat perubahan- perubahan yang ketara di dalam tekstil Melayu Sarawak. Ini adalah akibat daripada pengaruh kuat daripada pengaruh India, Islam, Kesultanan Melayu Brunei dan juga pengaruh Barat. Rentetan daripada pengaruh tersebut, terdapat pelbagai jenis tekstil serta ragamhias menular di dalam seni tekstil tersebut. Di samping itu, tekstil di kalangan masyarakat Melayu melibatkan pelbagai kegunaan sejak dari dahulu sehingga ke hari ini. Ia dipeluaskan kegunaanya bukan sahaja sebagai bahan untuk melindungi badan tetapi sebagai alat komunikasi, bekas bungkusan, perhiasan kepala dan sebagainya.

Kepentingan tekstil dalam masyarakat Melayu Sarawak

Tekstil merupakan hasil seni kerajinan tangan wanita yang penting di dalam mengekalkan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Walaupun penyebaran ilmu seni di kalangan masyarakat Sarawak dilihat hanya bertumpu di kalangan ahli keluarga sahaja, tetapi ia merupakan penyebaran budaya melalui proses sosial yang berkesan. Pertama, konsep kekeluargaan yang menekankan tentang peranan ahli keluarga dan orang tua-tua menyampaikan maklumat dan ilmu kepada generasi muda. Kedua, orang-orang muda dipupuk dengan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab untuk menghargai dan mempertahankan adat. Ketiga, proses pengukuhan warisan budaya di dalam pembentukan identiti dan penyatuan masyarakat.

Terdapat pelbagai jenis tekstil yang digunakan oleh masyarakat Melayu Sarawak yang disesuaikan dengan suasana atau keadaan. Penggunaan tekstil bagi masyarakat ini dapat dikenalpasti seawal proses perkahwinan, kelahiran, kehidupan dan kematian. Bagi masyarakat Sarawak, tekstil seperti tenunan, batik dan sulaman yang dihasilkan

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitan yang telah dilakukan, maka Istilah Budaya dalam Ritual Antar Tumpang Adat Pernikahan pada Masyarakat Melayu Di Ngabang Dusun Belimbing

Demikian juga halnya dengan budaya Melayu yang menerima pengaruh dalam interaksi dengan budaya luar, seperti amalan berzanji dan marhaban yang merupakan pengaruh bukan

tindakan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Deli pesisir melalui gerakan filantropi budaya yang dilakukan oleh Forum Adat Melayu Deli FORMAD dengan aktifitas sosial kebudayaan

Pelukis-pelukis menggunakan gaya repersentasi sebagai simbol dalam menyampaikan makna budaya Melayu seperti seni mempertahankan diri, seni persembahan orang Melayu dan rekabentuk

Hasil penelitian ini menunjukan bahwa dinas pariwisata pemuda dan olahraga kabupaten siak dalam mempromosikan kesenian budaya melayu lebih memamnfaatkan

Dalam konteks kajian ini, filem Anak Sarawak dan Puteri telah memberi pencitraan budaya masyarakat Melayu apabila keris digambarkan sebagai elemen yang mewakili seni dan

Tumpuan utama kertas kerja ini adalah dengan melihat kepada pengaruh dan asimilasi agama dan kepercayaan dalam budaya masyarakat Melayu Sarawak melalui penggunaan

Penelitian terhadap aspek simbol dan makna amat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu yang begitu kaya dan sarat dengan nilai, norma, kepercayaan, adat, world-view, pantang larang,