• Tidak ada hasil yang ditemukan

perkembangan tarian sewang masyarakat orang asli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "perkembangan tarian sewang masyarakat orang asli"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

ORANG ASLI SUKU TEMUAN DI KG. PARIT GONG, JELEBU,NEGERI SEMBILAN.

Sucira A/P Nai Soow 44264

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2016

(2)

Please tick (-f)

Final Year Project Report

GZJ

Masters

D

PhD

D

DECLARATlON OF ORIGINAL WORK

This declaratIOn is made on the. ~u ...day of ...:1.'!.~~

. ...

2016.

Student's Declaration:

I SUClRA AlP NAI SOOW, 44264. FACULTY OF APPl.IRD AND CU~TIVE ARTS hereby declare tballhe work entitled PERKEMBANGAN TARIAN SEWANG MASYARAKAT ORANG ASU SUKU TEMUAN 01 KG. PARlT GO G, .IELE8U. NEGERI SEMlllLAN IS my original work. I hRve not copied from any other student' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

,

Sue;'.,. AlP Nai Soow 144264)

Date submitted Name of the 8tudent (Matric 0.)

Sup"rvisor's Declaration:

I I>N. RAHAH BINTI HASAN hereby c('rtilies that the work entitled PERf{I~MBANGAN

TAmAN SEWANG MASYARAKA'[' ORANG ASI,.I SUKU TEMlJr\N Dl KG. PARIT GONG.

J ELEBU, NEGERI SEMHl I.AN was prepared hy th ahove named student, and w aH submitted to the "FACULTY" as a* partifl.l/fulJilJment for the conferment of I.JAZAH SARJANA MlJDA O. N KEPUJIAN (PENGUIWSAc'll SENI), and the lIforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.

Received for examination by: I' . RAHAH OINTI HASA Date:

,,1.

Jun 2016 (Name of the supervisor)

"

(3)

QJOPEN ACCESS

Validfttion of ProjcctfJ''lH!sis

I th(~refore duly affirmed with free oonseot and willingness declare that this said Pl'oJccttrhrF'ls shall be placed officially in tbe Centre for Academic Information Services "With the abiding inwregt BIIII

rights ::IS follows:

This Projel'tfl'he.sis is the sole legal property ofUn.iver~i li Malaysia Sar-nwak (lJNTMAS).

'11lC Centre for Academic Information Service's has the Inwful ri~bt to make copies for the purpose of academic and n~searcb Daly and not for olht!r PllIpose.

The Centre for Academic [uformtttion Services has tbe lawful rigbt to digital~c tbe conlent fo:r t.he Local Contp.ot Database.

The ntre for Academic Iuformation ServIces bas thr-lawful right to make copies of lbr­

Project/ l'hes.is for academic exchange between lligber lRarning Institute.

No dispute or any claim shall a:rise f.rom the studeot itself neith(!r tbud party 0 0 this Projeclfrhesis once 1t becomes the sole property of UNIMAS.

Tbis ProjectJrhesis or any material, data Rod information :related lti it Rha ll not be distributed, pu blished or disclo.'K!d, to any party by the student cxc-..ept W1I·h UNIMAS permissIOn.

Supervisor sigoatllrc: _ _ _ __

=-::,

Student signature -=j~~~~i=----

Current Address:

NO. 81, KG. PARlT GO G.

72300 SIMPANG PERTANG, NEGF.RI SEMBI LAN.

Noles: ' If the Projectfl'besis is CONFIDEl\TlAL or RESTRICTED, please att;ccb together as annexu.re a letter from the organisation WIth the period and reasons of confidentiality and restrlctioll.

III

(4)

i

PERKEMBANGAN TARIAN SEWANG MASYARAKAT ORANG ASLI SUKU TEMUAN DI KG. PARIT GONG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

SUCIRA A/P NAI SOOW

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2016

(5)

iv

Projek bertajuk Perkembangan Tarian Sewang Masyarakat Orang Asli Suku Temuan Di Kg. Parit Gong, Jelebu, Negeri Sembilan ini telah disediakan oleh Sucira A/P Nai Soow dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

____________________________

(Pn. Rahah Binti Hasan)

Tarikh:

____________________________

(6)

v

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan yang di pamerkan dalam Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institut pengajian tinggi (IPT) lain.

Yang Benar,

_____________________________

(SUCIRA A/P NAI SOOW) 44264 Program Pengurusan Seni

(7)

vi PENGHARGAAN

Selamat Sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam proses menyiapkan kajian ini. Pertama sekali saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kajian dan berterima kasih kepada diri sendiri kerana tabah dan tidak putus asa walaupun perjuangan ini sememangnya penuh dengan pelbagai cabaran serta onak dan duri yang harus ditempuh.

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah- pensyarah Pengurusan Seni, terutama kepada Penyelia Projek Tahun Akhir saya iaitu Pn. Rahah Binti Hasan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta semangat sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga kerana tidak jemu membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan. Antara pesanan yang sentiasa diingatkan ialah “ilmu harus sentiasa dicari dan digali, bukan disuap”.

Seterusnya, terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga terutama mama saya, Pn. Dewi Kasma Othman, papa saya, En. Nai Soow A/L I Nom, dan abah, En.Rajit Uta serta adik-adik saya Cirawan, Suriyan, Suzila, dan Denny yang tidak lekang memberikan nasihat dan sokongan yang padu dalam menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang disayangi iaitu Juni Hazwani, Puveneswari, Siti Nor Fatin Atikah, Siti Nur Raihana dan Ahmad Syahiran kerana sentiasa memberi motivasi dan pendapat yang bernas dalam melaksanakan kajian ini. Akhir kata, terima kasih untuk segala-galanya. Jasa kalian amat dihargai dan semoga hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

(8)

vii

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

TAJUK PENYELIDIKAN i

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN ii

PENGAKUAN v

PENGHARGAAN vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI GAMBAR xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

ABSTRAK xiv

ABTRACT xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Permasalahan Kajian 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Lokasi Kajian 8

(9)

viii

1.8 Kepentingan Kajian 10

1.9 Limitasi Kajian 11

1.10 Rumusan 13

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sejarah Perkembangan 15

2.3 Seni Persembahan 16

2.4 Pakaian 19

2.5 Masyarakat Orang Asli 23

2.6 Perubahan Sosial dan Ekonomi 26

2.7 Perubahan Teknologi 27

2.8 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Warisan 28

2.9 Rumusan 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Kaedah Pengumpulan Data 31

3.2.1 Data Primer 32

3.2.2 Data Sekunder 32

(10)

ix

3.3 Kaedah Kajian 33

3.3.1 Pemerhatian 34

3.3.2 Temubual 34

3.3.3 Dokumentasi 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Rumusan 38

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Tarian Sewang Lanok 40

4.3 Aspek Perkembangan Tarian 46

4.3.1 Fungsi Tarian 48

4.3.2 Alat Muzik 49

4.3.4 Pakaian 58

4.3.5 Pergerakan Tarian 65

4.4 Faktor Perubahan 72

4.4.1 Faktor Sosial 73

4.4.2 Faktor Ekonomi 75

4.4.3 Faktor Pendidikan 76

4.4.4 Faktor Teknologi 78

4.5 Rumusan 81

(11)

x BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Rumusan 83

5.3 Cadangan 86

5.4 Cadangan Kajian Akan Datang 88

5.5 Kesimpulan 90

BIBLIOGRAFI 91

LAMPIRAN 95

(12)

xi

SENARAI GAMBAR MUKA SURAT

Gambar 1. Penari sedang menari berpasangan. 2

Gambar 2. Suasana tarian sewang ditarikan pada zaman dahulu. 2

Gambar 3. Kumpulan sewang Lanok 11

Gambar 4. Kumpulan sewang Temuan Selangor 12

Gambar 5. Penari topeng dari suku Mah Meri 12

Gambar 6. Persembahan sewang dari suku Semai di Perak 13

Gambar 7. Antara alat muzik yang masih digunakan 50

Gambar 8. Kayu tung-tung 52

Gambar 9. En. Kedai menunjukkan cara bermain seruling bungbut 53

Gambar 10. Cara bermain seruling 54

Gambar 11. Ginggong 55

Gambar 12. Seruling 56

Gambar 13. Keranting 56

Gambar 14. En. Kedai sedang menghasilkan kayu tung-tung 57 Gambar 15. Latihan bermain alat muzik pada waktu malam 57 Gambar 16. Contoh pakaian daripada kulit kayu terap 59

Gambar 17. Pakaian bagi lelaki 60

Gambar 18. Gabungan pakaian kulit kayu dan kain 61

Gambar 19. Perubahan material anyaman 62

Gambar 20. Penggunaan T-shirt dan kulit kayu 63

Gambar 21. Tali dendan gabungan pucuk muda 63

Gambar 22. Perhiasan dendan kepala untuk perempuan 64

Gambar 23. Perhiasan dendan kepala untuk lelaki 64

Gambar 24. Posisi penari di hadapan audien 70

Gambar 25. Pergerakkan dalam bulatan 70

Gambar 26. Pergerakkan membentuk bulatan 71

(13)

xii

SENARAI RAJAH MUKA SURAT

Rajah 1. Taburan penduduk bagi kaum Negrito 5

Rajah 2. Taburan penduduk bagi kaum Senoi 5

Rajah 3. Taburan penduduk bagi kaum Melayu-Proto 6

Rajah 4. Peta Negeri Sembilan 9

Rajah 5. Peta Daerah Jelebu 9

Rajah 6. Struktur ahli lembaga adat 10

Rajah 7. Kedah pengumpulan data 31

Rajah 8. Cadangan kaedah kajian 33

Rajah 9. Pergerakkan tarian dalam bulatan 65

Rajah 10. Perubahan formasi tarian di hadapan audien 67

Rajah 11. Pergerakkan untuk membentuk bulatan 68

Rajah 12. Pergerakkan dari bulatan menjadi dua baris 69 Rajah 13. Faktor-faktor yang memberi kesan perubahan tarian sewang. 72

(14)

xiii

SENARAI JADUAL MUKA SURAT

Jadual 1. Aspek perkembangan antara dahulu dan sekarang. 47 Jadual 2. Alat muzik yang masih digunakan dan tidak lagi digunakan kini 49 Jadual 3. Klasifikasi alat muzik mungikut cara digunakan 51 Jadual 4. Faktor dan perubahan yang berlaku dalam tarian sewang kini 80

(15)

xiv ABSTRAK

Tarian sewang merupakan seni persembahan tarian tradisional masyarakat Orang Asli yang masih diamalkan sehingga kini. Tarian sewang ini dipersembahan untuk pelbagai fungsi seperti hiburan, pesta keramaian, dan tujuan perubatan. Sungguhpun begitu, setiap kampung mempunyai pergerakkan tarian dan fungsinya yang tersendiri. Tarian sewang atau dikenali sebagai tarian sewang lanok di lokasi kajian ini juga merupakan salah satu wadah hiburan utama dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Temuan.

Kajian ini mengkaji perkembangan tarian sewang di Kampung Parit Gong, Jelebu, Negeri Sembilan. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini akan menjelaskan perkembangan tarian tradisional ini dari aspek spiritual dan maksud serta faktor yang mendorong kepada perubahan ini. Hasil daripada kajian ini mendapati tarian sewang dahulu hingga sekarang telah melalui beberapa perubahan dalam perlaksanaan, terutamanya dari segi fungsi dan maksud.

(16)

xv ABSTRACT

Sewang dance is an indigenous people’s traditional dance which is still practiced until now. The sewang dance is presented for various functions such as entertainment, celebrating festivals, and medicinal purposes. However, each village has its own dance.

Sewang dance or also known as sewang lanok dance is one of a major entertainment among the Orang Asli tribe. The study examines the development of sewang dance in Kampung Parit Gong, Jelebu, Negeri Sembilan. Qualitative methods were used in this study will explain the development of this traditional dance from the spiritual aspect and purpose as well as the factors that led to this change. Results from this study found sewang dance then until now has been through some changes in progress, especially in terms of function and purpose.

(17)

1 1.1 Pengenalan

Malaysia cukup kaya dengan pelbagai genre seni persembahan yang merangkumi tarian, teater, muzik dan dramatari yang menjadi daya tarikan kepada pelancong sama ada dalam negara mahupun luar negara menerusi konsep pelancongan budaya. Konsep pelancongan budaya merupakan antara pendekatan yang kompetitif oleh pengusaha dalam industri pelancongan untuk bersaing dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara (Sofian, 2014).

Seni persembahan bagi tarian tradisional ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk tujuan ritual dan upacara, sosial, peragaan adat dan istiadat atau sebagai salah satu hasil karya kreatif dalam bentuk tarian. Oleh itu, tarian sewang ini merupakan salah persembahan tarian tradisional bagi masyarakat Orang Asli yang ditarikan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk upacara dan ritual mahupun sekadar untuk hiburan semata-mata (Khalid, 2005).

Setiap budaya dan warisan tradisi ini mengalami perubahan mengikut arus peredaran masa. Lantaran itu, transisi tarian dalam aspek fungsi dan konsep tradisional berlaku disebabkan beberapa faktor yang yang mempengaruhi (Rostas, 1998).

(18)

2

(Sumber: Buku Seni Orang Asli)

Gambar 2. Suasana tarian sewang ditarikan pada zaman dahulu.

(Sumber: Buku Seni Orang Asli)

(19)

3

Asli di Negeri Sembilan. Tarian sewang merupakan tarian tradisional masyarakat Orang Asli. Tarian tradisional merupakan salah satu warisan yang penting kepada semua masyarakat di Malaysia untuk memelihara adat dan tradisi budaya masing-masing.

Malaysia cukup bertuah kerana kepelbagaian bangsa, budaya dan agama menjadikan sebuah negara yang unik dan mempunyai pelbagai tarian tradisional dari setiap pelusuk negara.

Masyarakat Orang Asli cukup terkenal dalam menghasilkan kraftangan dari bahan semulajadi. Dalam aspek seni persembahan, masyarakat ini juga mempunyai tarian tradisional mereka sendiri (Ratos, 2003). Masyarakat Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat bumiputera di negara ini. Mereka merupakan komuniti minoriti di Semenanjung Malaysia dengan populasi penduduk seramai 141,230 pada tahun 2006 (JHEOA, 2008).

Terdapat sejarah menyatakan bahawa kependudukan Malaysia telah bermula pada 25,000 tahun dahulu (Nicholas, 2000) dan masyarakat pribumi Orang Asli merupakan kaum yang mula-mula menetap di Semenanjung Malaysia. Penghijrahan masyarakat Orang Asli dahulu dipercayai melalui dua kumpulan. Kumpulan pertama dipercayai berasal dari Indo-China dan menetap di utara dan tengah Semenanjung Malaysia, manakala kumpulan kedua pula berasal dari kepulauan Nusantara dan menetap di selatan Semenanjung Malaysia. Masyarakat Orang Asli terdiri daripada 3

(20)

4 Malaysia (JAKOA, 2013).

Sungguhpun begitu, masyarakat Orang Asli juga mempunyai budaya dan warisannya tersendiri. Hal ini dapat dilihat melalui amalan dan pegangan kuat terhadap adat yang diwariskan dari turun temurun. Namun, dek kerana arus pembangunan yang semakin pesat dan moden, terdapat juga Orang Asli hidup di bandar dan pinggir bandar yang kurang mengaplikasikan adat ini. Selain itu, faktor memeluk sesuatu agama juga menyebabkan mereka tidak lagi mengamalkan budaya seperti dahulu.

Bagi aspek seni persembahan tradisi, Orang Asli juga mempunyai tarian tradisional yang tersendiri iaitu „Tarian Sewang‟. Tarian ini dilakukan dengan tujuan untuk berhibur, ritual dan perubatan. Dalam pada itu, antara instrumen muzik yang digunakan sepanjang tarian sewang ini adalah buluh dari pelbagai saiz, gendang, seruling, kayu keras (tung-tung) dan gong. Pakaian bagi tarian ini mempunyai keunikan tersendiri. Hal ini kerana secara tradisionalnya semua menggunakan hasil hutan termasuk baju dan perhiasan. Menurut Rashid Esa (2007) setiap anyaman dan perhiasan yang bermotifkan bentuk-bentuk tumbuhan dan haiwan adalah mempunyai tujuan estetik dan spiritual yang dianggap penting oleh masyarakat Orang Asli. Antara bahan yang digunakan dalam membuat perhiasan tersebut adalah daun nipah, daun palma, daun rumbia, daun kelapa, bertam dan pandan. Ringkasnya, hubungan alam dengan masyarakat Orang Asli sangatlah erat dan sukar untuk dipisahkan.

(21)

5

Rajah 2. Taburan penduduk bagi kaum Senoi (Sumber: Jakoa,2015)

(22)

6 1.3 Permasalahan Kajian

Seni persembahan masyarakat Orang Asli dalam aspek sejarah dan asal usul tarian sewang ini sering disampaikan secara lisan. Oleh itu, bagi mendapatkan informasi berkaitan sejarah ini hanya boleh dirujuk kepada orang tertentu. Antara permasalahan yang dapat dilihat adalah sejarah dan perkembangan tarian kurang didokumentasikan.

Seterusnya, faktor- faktor yang mempengaruhi perubahan perkembangan tarian ini dahulu dan sekarang. Perubahan dari aspek fungsi, alat muzik, pakaian dan pergerakan tarian.

(23)

7

objektif kajian sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Melalui objektif tersebut, penyelidik dapat menentukan halatuju penyelidikan, antara objektif tersebut adalah:

i. Untuk mengkaji sejarah perkembangan seni persembahan tarian sewang.

ii. Untuk menganalisa faktor-faktor mempengaruhi perkembangan sewang dahulu dan sekarang.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian merupakan salah satu perkara yang penting dan wajar diambil tahu oleh penyelidik dalam mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan kajian yang dijalankan. Antara persoalan yang dibincangkan ialah seperti berikut:

i. Bagaimanakah sejarah perkembangan tarian sewang masyarakat Orang Asli suku Temuan di Kg.Parit Gong, Jelebu, Negeri Sembilan?

ii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan tarian sewang dahulu dan sekarang?

(24)

8

Orang Asli suku Temuan. Perkembangan ini dilihat hanya melalui aspek fungsi tarian, jenis alat muzik yang digunakan, pakaian dan pergerakan tarian yang berubah disebabkan faktor sosial, ekonomi, pendidikan dan teknologi. Kajian ini juga akan meninjau, meneliti serta mengkaji penglibatan dari golongan warga tua yang masih terlibat dalam usaha memelihara warisan budaya ini.

1.7 Lokasi Kajian

Lokasi yang dipilih bagi menjalankan kajian ini ialah di Kampung Parit Gong, Jelebu, Negeri Sembilan. Ia merupakan salah satu perkampungan masyarakat Orang Asli suku Temuan yang masih memegang teguh kepada adat dan pemeliharaan warisan budaya. Keluasan kampung ini ialah 120 ekar dan kawasan pertanian 580 ekar yang telah diwartakan oleh kerajaan. Hasil bancian pada tahun 2005, populasi yang tinggal di kampung ini ialah seramai 510 orang. Kampung ini mempunyai ahli lembaga adat iaitu organisasi yang mentadbir kampung yang digantikan secara turun temurun mengikut waris kepada jawatan tersebut. Selain itu, kampung ini juga mempunyai kelab kebudayaan sendiri iaitu Kelab Kebudayaan Orang Asli Kg. Parit Gong.

Gambar

Gambar 2. Suasana tarian sewang ditarikan pada zaman dahulu.
Rajah 2. Taburan penduduk bagi kaum Senoi (Sumber: Jakoa,2015)

Referensi

Dokumen terkait

Teknik temu bual dalam kajian ini melibatkan guru-guru sekolah Orang Asli ini dan akan dianalisis untuk mengetahui masalah utama yang dihadapi dalam literasi Bahasa

Kajian ini mendapati pendekatan dakwah melalui pendidikan di Negeri Pahang kepada masyarakat Orang Asli telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang JAIP, Jabatan Hal Ehwal

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan faktor ekstra linguistik memainkan peranan penting dalam kalangan pelajar Orang Asli untuk mempelajari bahasa

Daripada dua dapatan objektif kajian ini, pengkaji merumuskan bahawa secara keseluruhannya amalan penggunaan media digital dalam kalangan guru-guru di sekolah Orang Asli adalah

Dapatan kajian ini menunjukkan pengetahuan guru terhadap media digital dan amalan penggunaan media digital dalam kalangan guru-guru Orang Asli berada pada tahap yang tinggi..

Manakala peserta yang sedang menduduki pengajian di PETAMA pada tahun 2012 ini adalah seramai 34 orang iaitu 30 orang pelajar dari kalangan orang Asli selurung

Kesimpulan Daripada dua dapatan objektif kajian ini, pengkaji merumuskan bahawa secara keseluruhannya amalan penggunaan media digital dalam kalangan guru-guru di sekolah Orang Asli

130 KESIMPULAN Kajian yang dilakukan terhadap pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Kaum Semai ini mendapati bahawa masyarakat ini masih lagi meletakkan bahasa