Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Perkhidmatan digital ditawar pihak asing dikenakan cukai
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan digital yang ditawarkan pemberi perkhidmatan asing yang berdaftar bakal dikenakan cukai perkhidmatan apabila Rang Undang -Undang (RUU) Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 diluluskan di Parlimen.
Pemberi perkhidmatan asing yang gagal mematuhi peruntukan berkenaan boleh disabitkan kesalahan dan didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun akan kedua-duanya.
Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital yang diberikan orang berdaftar asing adalah peruntukan baharu dimasukkan ke dalam Akta Cukai Perkhidmatan (Akta 807).
Mengikut Fasal 37 RUU berkenaan, sebanyak 11 seksyen baharu berkaitan perkhidmatan digital dimasukkan iaitu Seksyen 56A, 56B, 56C, 56D, 56E, 56F, 56G, 56H, 56I, 56J dan 56K.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Mengikut Seksyen 56A(2), nilai perkhidmatan digital yang membolehkan cukai perkhidmatan dikenakan adalah nilai yang dikenakan pemberi perkhidmatan asing yang berdaftar mengikut Seksyen 56C atau dalam RUU disebut orang berdaftar asing.
Pemberi perkhidmatan asing merujuk kepada mana-mana individu di luar Malaysia yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada pengguna dan termasuk mana-mana pihak di luar Malaysia yang mengendalikan platform dalam talian untuk membeli atau menjual barang atau memberikan perkhidmatan dan yang membuat transaksi bagi pemberian digital bagi pihak mana-mana orang.
Bagi Seksyen 56A(3), akta itu menyatakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital hendaklah dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan mengikut subsekyen 10 (2) dengan merujuk kepada nilai dikenakan oleh orang berdaftar asing itu.
RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 8 Ogos tahun lalu.
Kadar cukai perkhidmatan enam peratus ditetapkan dibawah Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2018 dan berkuatkuasa pada 1 September 2018.
RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 itu antara lima RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini sebaik sesi soal jawab selesai pagi tadi.
Turut dibentangkan RUU Kastam (Pindaan) 2019, RUU Eksais (Pindaan) 2019, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2019 dan RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2019.
Guan Eng berkata, bacaan kali kedua bagi kelima-lima RUU itu akan dibentangkan pada sesi mesyuarat kali ini.
Sementara itu RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2019 pula dibentangkan antara lain untuk
memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 86A berhubung pengelakan cukai jualan ke atas barang bercukai yang diimport.
Seksyen itu memperuntukkan mana-mana individu yang dengan niat untuk mengelak atau membantu mana-mana individu lain mengelak cukai jualan ke atas pengimportan barang bercukai boleh disabit kesalahan.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Bagi kesalahan pertama, denda maksimum 20 kali ganda amaun cukai jualan atau RM50,000 mengikut mana yang lebih tinggia atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan kedua atau selanjutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum 40 kali ganda amaun cukai jualan atau RM1 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi atau dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.