• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perpustakaan Bergerak Hobi dilancar di Pulau Pinang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Perpustakaan Bergerak Hobi dilancar di Pulau Pinang"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Perpustakaan Bergerak Hobi dilancar di Pulau Pinang

Language Malay

Media Title BH Section/Page No Berita

Date 16 Mac 2021 Journalist BERNAMA

Source https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021 /03/796939/perpustakaan-bergerak-hobi-dilancar- di-pulau-pinang

Remarks Perpustakaan & Teknologi

Perpustakaan Bergerak Hobi dilancar di Pulau Pinang

Mac 16, 2021 @ 9:45pm

Pustakawan PPAPP, Fatin Adila Muhamad, menunjukkan buku resepi bersama peralatan masakan dan pelbagai jenis barangan yang ada di Mobby. - Foto Bernama

BUTTERWORTH: Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) memperkenalkan satu tarikan baharu dikenali sebagai Perpustakaan Bergerak Hobi ataupun 'Mobile Hobby (Mobby)' yang pertama di Malaysia.

(2)

Pengarah PPAPP, Sharimah Salleh, berkata transformasi perpustakaan bergerak konvensional kepada perpustakaan bergerak lebih segar itu untuk memberi peluang masyarakat mendapatkan maklumat tambahan mengenai hobi dan minat masing-masing sesama komuniti.

Beliau berkata, perkhidmatan Mobby terbuka untuk semua masyarakat tanpa mengira usia dan ia dilengkapi koleksi bahan bacaan terkini bagi mereka yang berminat menambah pengetahuan serta maklumat terkini mengenai pelbagai jenis hobi.

"Kita akan cuba adakan kolaborasi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan di bawah agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, sekurang-kurangnya hobi mengenai aktiviti pertanian mahupun perkebunan boleh dikembangkan lagi," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy selaku Pengerusi PPAPP melancarkan Mobby pada satu majlis yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar, Mustapa Kamal Ahmad.

Sharimah berkata, buat permulaan Mobby akan bergerak di sekitar daerah Seberang Perai Tengah di 18 lokasi untuk dua minggu sekali mengikut jadual.

Beliau berkata, Mobby juga berupaya membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan dengan menawarkan platform bagi mereka yang berminat memasarkan barangan masing-masing.

"Mobby bukan sekadar hobi, malah dapat membantu mendidik kanak-kanak dengan asas pembelajaran dunia kehidupan, seterusnya dapat meningkatkan lagi kesihatan fizikal, mental, sosial, komunikasi, spiritual dan kemahiran teknikal," katanya. – BERNAMA

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Referensi

Dokumen terkait

Headline Laman penuh bonsai Language Malay Media Title Harian Metro Section/Page No Dekotaman Date 6/2/2021 Journalist Muhamaad Razis Ismail Source

Headline PM rasmi fasa satu MRT Putrajaya 16 Jun Language MALAY Media Title Berita Harian Section/Page No Bisnes Date 7 JUN 2022 Journalist Mohd Zaky Zainuddin Source