• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prof. Dr. R. Badlishah dilantik Naib Canselor UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Prof. Dr. R. Badlishah dilantik Naib Canselor UniMAP"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PEJABAT NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1

KENYATAAN MEDIA

PROF. DR. R. BADLISHAH DILANTIK NAIB CANSELOR UniMAP

Kangar - Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ir.

Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia (UniMAP) yang baharu menggantikan Dato‟ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal yang tamat tempoh pelantikan pada 14 Mei 2019.

Pelantikan R. Badlisah, 49, adalah ibarat sireh pulang ke gagang memandangkan beliau merupakan antara tenaga kerja pertama yang menyertai UniMAP di awal penubuhannya iaitu sebagai Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan.

R. Badlishah yang juga merupakan Naib Canselor ketiga UniMAP semenjak penubuhan universiti itu dilantik untuk tempoh tiga tahun mulai 15 Mei 2019 sehingga 14 Mei 2022.

Pelantikan beliau adalah menerusi surat daripada Menteri Pendidikan, Dr. Maslee Malik, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan Universiti Malaysia Perlis.

Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, beliau percaya dengan kelayakan cemerlang dan pengalaman luas R.Badlishah dalam bidang kejuruteraan dan pentadbiran universiti sebelum ini akan dapat memacu kegemilangan UniMAP ke tahap yang lebih tinggi.

"UniMAP berbangga kerana dapat terus melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa seperti beliau dan adalah menjadi harapan universiti agar beliau dapat menggunakan semua kepakaran yang dimiliki untuk mentadbir UniMAP.

„Pada masa sama, pihak kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepadaZul Azhar yang banyak menyumbang kepada kejayaan UniMAP terutama apabila UniMAP memperolehi penarafan Quacquarelli Symonds (QS) - Lima Bintang bagi Audit QS Stars untuk tempoh 2019-2021.

“Selain itu, UniMAP juga disenaraikan dalam 500 universiti terbaik menerusi QS World University Ranking by Subject bagi bidang Kejuruteraan dan Teknologi 2017,” ujar beliau.

(2)

PEJABAT NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 2 Dalam pada itu, Zul Azhar turut mengucapkan tahniah kepada R. Badlishah dan menyeru semua warga kerja UniMAP untuk terus memberi sokongan serta kerjasama terbaik kepada Naib Canselor yang baharu bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan buat universiti.

“Sebagai individu yang menjadi kelompok pentadbiran awal di UniMAP, saya merasakan adalah tidak sukar bagi beliau untuk meneruskan legasi pentadbiran di universiti ini dan pastinya akan menerima kerjasama yang baik dari seluruh warga universiti.

“Saya juga yakin, dengan latar belakang beliau dalam bidang Kejuruteraan Komputer akan memberi manfaat besar terhadap Pelan Strategik UniMAP 2025 yang sebahagian besarnya adalah berteraskan teknologi dan rangkaian komputer,” katanya.

INFO:

- Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad - Asal Kajang, Selangor

- Pengalaman:

 Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Sultan Zainal Abidin

 Professor dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan UniMAP

 Pensyarah di Universiti Sains Malaysia - Akademik:

 PhD dan M.Sc in Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di University of Strathclyde

 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di University of Glasgow

 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) di Universiti Teknologi Malaysia

Dikeluarkan oleh:

Suhana Binti Abdul Mutalib

([email protected])

Referensi

Dokumen terkait

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Sub PTJ menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak Digital Services Department

Dr Kamarudin sebelum ini adalah rektor ketika awal penubuhan universiti itu yang dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia KUKUM yang kemudiannya menjadi Naib

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERSAMA DYTM TUANKU CANSELOR & SIMBOLIK PENERIMAAN SISWA BAHARU IJAZAH MINGGU SUAIKENAL SIDANG

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 9 APRIL 2014 DI GELANGGANG SERBAGUNA KAMPUS KUBANG GAJAH

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 15 OKTOBER 2014 DI MULTIPURPOSE COURT KUBANG GAJAH Assalamualaikum

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 19 NOVEMBER 2014 DI GELANGGANG SERBAGUNA KAMPUS KUBANG GAJAH

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SERI GEMILANG UniMAP 2017 29 MAC 2018 DI HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, JAM 9.00 MALAM Raja Berdaulat,

Kamarudin Hussin atas khidmat bakti serta sumbangan beliau sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UniMAP selama 14 tahun mulai 16 Februari 2002 sehingga 10 Februari 2016.. Justeru,