• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sambung pengajian di UiTM - UiTM Library Article Indexing

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Sambung pengajian di UiTM - UiTM Library Article Indexing"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Sambung pengajian di UiTM

KUCHING: Anak-anak bumiputera yang layak diharapkan dapat menyambung pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka merangkap Presiden Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA), Datuk Abdul Wahab Aziz berkata, beliau memang menyokong usaha UiTM.

“Kita ingin melihat banyak lagi bumiputera yang layak dapat menyambung pendidikan di UITM,” katanya ketika berucap pada Konvoi Bermotosikal Misi Kemerdekaan dan Akademik UiTM Cawangan Sarawak di hadapan Pusat Pelajar UiTM Kampus Samarahan, di sini, semalam.

Menurut beliau, kadang-kadang anak-anak di luar bandar mempunyai kurang pengetahuan tentang peluang yang ada di UiTM.

Justeru, beliau berkata, ini adalah usaha yang begitu baik dan murni untuk mempromosikan peluang untuk belajar di UiTM.

“Ia juga adalah satu pendekatan kepada rakyat supaya rakyat lebih mengetahui,”

jelasnya.

Program Misi Kemerdekaan dan Akademik UITM Cawangan Sarawak itu disertai 30 buah motosikal berkuasa 135cc ke atas dan perlepasan mulanya diadakan sehari sebelum Hari Malaysia di Kampus Samarahan.

Semua peserta konvoi yang terlibat terdiri daripada staf UITM Cawangan Sarawak yang mempunyai motosikal berkuasa 135cc ke atas.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Konvoi itu turut melibatkan Jabatan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Alumni UITM Sarawak (MITSA).

Antara laluan yang akan dilalui ialah Asajaya, Sibu, Dalat dan terakhir di Mukah.

Konvoi akan kembali semula ke Samarahan setelah menamatkan misi.

Turut hadir, Rektor UITM Cawangan Sarawak Prof. Dato Dr, Jamil Hamali dan Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Sudiman Kram.

Oleh Cheryl Law

Referensi

Dokumen terkait

Addendum Rektor UPI Y.A.I Nomor 016/ADD/R/UPI Y.A.I/I/2019 Keputusan Rektor Universitas Persada Indonesia Y.A.I Nomor 449/SK/R/UPI Y.A.I/XI/2017 tentang Peraturan Bagi Mahasiswa