• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN MEDIA - MITI

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "SIARAN MEDIA - MITI"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

1

SIARAN MEDIA

YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI KETUAI SESI LIBAT URUS INDUSTRI DI KEDAH DAN PERLIS

Usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan agensinya untuk mendapatkan maklum balas industri mengenai perkembangan pemulihan operasi syarikat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diteruskan melalui satu sesi libat urus di Alor Setar, Kedah dan Kangar, Perlis bermula esok sehingga 6 September 2020.

Sesi ini yang diketuai Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa &

Industri YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali adalah kesinambungan kepada sesi-sesi turun padang peringkat negeri sebelum ini yang telah dijalankan di Johor, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang sejak bulan Julai. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program-program yang diselaraskan di bawah Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat MITI.

Sepanjang sesi libat urus ini, Dato’ Seri Azmin, pihak pengurusan MITI dan agensinya akan menganjurkan lawatan kilang dan sesi dialog bersama Persatuan-persatuan, Dewan-dewan Perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana daripada sektor- sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) Jumaat, 4 September 2020

Tentang MITI:

MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti dan meningkatkan status negara ini sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global. Objektif dan peranannya adalah berorientasikan ke arah memastikan pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia dan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan di negara ini untuk menjadi sebuah negara maju.

(2)

2 Pertanyaan Media:

Unit Komunikasi Strategik

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tel +603 6200 0082

E-mail [email protected]

Referensi

Dokumen terkait

3 Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk key-in ke dalam sistem ePerolehan sebelum atau pada tarikh tutup pada 2 Mac 2020 Isnin jam 12.00 tengahari.. Tawaran