SISTEM PERLINDUNGAN HARTA INTELEK MALAYSIA
Pembangunan Harta Intelek biasanya dikaitkan dengan perlindungan hak harta intelek kerana ia dikatakan menjadi pendorong utama kepada perekacipta dan pencipta untuk menghasilkan Harta Intelek baru dari semasa ke semasa, menggalakkan pengkomersilan, pemindahan teknologi dan menggalakkan perdagangan antarabangsa.
Sistem perlindungan Harta Intelek memberi hak eksklusif kepada pemiliknya untuk mengawal dan mengekploitasi Harta Intelek mereka. Ini termasuklah hak untuk membuat, mengguna, mengedar, menjual dan mengimport. Mereka boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang melanggar hak mereka.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu Harta Intelek dan masih ramai yang tidak menyedari kewujudan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi perlindungan hak-hak Harta Intelek di Malaysia. Dalam kajian terbaru yang dibuat, menunjukkan peratusan kesedaran awam mengenai Harta Intelek sangat rendah. Harta Intelek hanya dikenali oleh institusi atau organisasi yang mempunyai kepentingan dalam bidang ini sahaja.
Harta Intelek merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara di mana penghasilan Harta Intelek yang berterusan dari semasa ke semasa akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan perdagangan. Harta Intelek yang dilindungi di bawah undang-undang di Malaysia adalah Paten, Cap Dagangan, Hakcipta, Reka Bentuk Perindustrian, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu. Varieti Tumbuhan juga adalah komponen Harta Intelek dan ianya ditadbirkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA).
**Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan Sistem Perlindungan Harta Intelek Malaysia, sila layari www.myipo.gov.my
**Unit SME merupakan pejabat yang bertanggungjawab di dalam usaha mengkomersilkan produk penyelidikan UniMAP. Harta Intelek dan isu berkaitan dengannya juga berada di bawah tanggungjawab unit ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus:
Unit Enterpris Kecil Sederhana Jabatan Canselori
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) N0: 12, Taman Utara Jejawi
Jalan Jejawi Sematang 02600 Arau
Perlis
Tel: (04)-9798941/42 Fax: (04)-9782749 http://sme.unimap.edu.my
Bersambung pada keluaran akan datang…
THE INTELLECTUAL PROPERTY PROTECTION SYSTEM IN MALAYSIA
The protection of intellectual property rights is said to be main motivation for inventors to create inventions. It also encourages commercialization, technology transfer and it promotes international trade.
The protection system of Intellectual Property gives exclusive rights to Intellectual Property owners to control and exploit thier Intellectual Property. This includes the rights to make, use, distribute, sell and import. They can also commence legal action against the parties infringing their rights.
However, many are unaware of the importance of Intellectual Property as well as the existence of the Intellectual Property Coporation of Malaysia (MyIPO) which has the main task of administering Intellectual Property rights in Malaysia. In a recent survey, it was clearly evident that the percentage of public awareness about Intellectual Property is very low and is only understood by parties with interest or institutions and organizations which are involved in this field.
Intellectual Property is an important component in a country’s economic development where a continuous creation of Intellectual Property from time to time will increase the investment and trading activities. Intellectual Property which is protected under the Malaysian laws includes Patent, Trade Mark, Copyright, Industrial Design, Geographical Indication and Layout-Designs of Intergrated Circuit. Plant Variety is also another component of Intellectual Property which is under the purview of the Ministry of Agriculture (MOA).
**For more details about The Protection of Intellectual Property System in Malaysia, please visit www.myipo.gov.my
**SME Unit is the office in charge to commercialise the university’s research product. IP and issues related to it is also under the custodian of this office. For further enquiries, please contact:
Small Medium Enterprise Unit Jabatan Canselori
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) N0: 12, Taman Utara Jejawi
Jalan Jejawi Sematang 02600 Arau
Perlis
Tel: (04)-9798941/42 Fax: (04)-9782749 http://sme.unimap.edu.my