SKRIP BAGI PROJEK BAHASA MELAYU ASAS UNTUK PENUTUR ASING (1) (KOD PROJEK : FRGS/1/2015/SSI01/UKM/02/9)
Tarikh : 27 Februari 2017
Hari : Isnin
Nama Penulis Skrip : Yusmaniza Binti Mohd Yusoff (GRA) Muhamad Fadzllah Bin Hj. Zaini (RA) Nama Pelakon : Mohamad Erwan bin Alim
Abu Zar bin Huzaifah
TEMA 1 : SAPAAN
Situasi/tema 1 (i) : Sapaan (Rakan sebaya berlainan bangsa) Latar tempat : Sekitar Universiti
Pelakon : 1. ____________ (L,M) 2. ___________ (L,India)
Pelakon Dialog Jangka Masa Tindakan
1 Muthu…
2 Azman…
1 Hai, selamat pagi.
2 Hai, selamat pagi.
1 Awak apa khabar?
2 Khabar baik.
1 Awak dari mana? Lama tak nampak.
2 Saya baru balik dari kampung.
1 Oh, bagaimana keadaan keluarga awak di kampung?
2 Mereka semua sihat.
1 Baguslah. Awak sudah makan?
2 Saya sudah makan tadi.
*Sesi pembelajaran & proses pengulangan Kata sapaan : Hai, Selamat pagi.
Penggunaan kata ganti nama : Saya, awak (formal), mereka Pertanyaan mengenai perkhabaran diri : Khabar, khabar baik.
Pertanyaan mengenai perkhabaran diri keluarga : Bagaimanakah keadaan keluarga?, sihat.
Pertanyaan mengenai makan : sudah makan?, sudah.
Situasi/tema 1(ii) : Pengenalan diri & sapaan (Rakan sebaya sama bangsa) Latar tempat : Sekitar Universiti
Pelakon : 1. _______________(L,M) 2. ___________ (L, M)
Pelakon Dialog Jangka Masa Tindakan
1 Assalamu’alaikum, __________.
2 Wa’alaikumussalam, ___________.
1 Kau apa khabar? Lama tak nampak.
2 Aku sihat. Aku baru balik dari kampung.
1 Oh, bagaimana keadaan keluarga kau di kampung?
2 Mereka semua sihat.
1 Baguslah. Kau dah makan?
2 Belum, aku masih kenyang.
*Sesi pembelajaran & proses pengulangan Kata Sapaan : Hai.
Penggunaan kata ganti nama : Aku,kau (tidak formal & orang lebih rapat) Pertanyaan mengenai perkhabaran diri : Khabar, sihat
Pertanyaan mengenai perkhabaran keluarga : Bagaimana keadaan keluarga?, sihat.
Pertanyaan mengenai makan : sudah makan?, belum.
Situasi/tema 1 (iii) : Sapaan (Berbeza status (umur & pangkat) - formal) Latar tempat : Sekitar Universiti
Pelakon : 1. __________(L,M) 2. ______________ (L,M)
Pelakon Dialog Jangka Masa Tindakan
1 Assalamu’alaikum, _________.
2 Wa’alaikumsalam, _________.
1 Awak apa khabar?
2 Saya sihat.
1 Awak dari mana tadi?
2 Saya baru balik dari kampung.
1 Oh, bagaimana keadaan keluarga awak di kampung?
2 Mereka semua sihat.
1 Baguslah, awak sudah makan?
2 Saya baru sudah makan.
*Sesi pembelajaran & proses pengulangan
Kata Sapaan : Assalamu’alaikum, Wa’alaikumsalam.
Penggunaan kata ganti nama : Saya, awak
Pertanyaan mengenai perkhabaran diri : Khabar – sihat.
Pertanyaan mengenai perkhabaran keluarga : bagaimana keadaan keluarga?, sihat.
Pertanyaan mengenai makan : sudah makan?, sudah makan.
Budaya masyarakat Melayu apabila menyapa seseorang 1. Ucapan salam dan sapaan (sesama Islam @ bukan islam).
2. Penggunaan kata ganti nama yang betul (formal, tak formal @ hubungan yang rapat).
3. Pertanyaan tentang makan atau tidak. (Budaya makan dalam masyarakat Melayu) 4. Pertanyaan mengenai perkhabaran diri.
5. Pertanyaan mengenai perkhabaran keluarga (jika perlu).