• Tidak ada hasil yang ditemukan

TALKING POINT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "TALKING POINT"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Unit Media PNC –BASRI edited Dr. Zainab

TALKING POINT

BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 27 JUN 2013

DI MULTIPURPOSE COURT KUBANG GAJAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia SALUTASI

Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP

Yang Berusaha Encik Zuber Bin Haji Mohamad, Timbalan Pendaftar UniMAP, Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP,

Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan UniMAP, Yang Berusaha Penolong-Penolong Naib Canselor UniMAP,

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan,

Seterusnya staf Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian.

(2)

2

Unit Media PNC –BASRI edited Dr. Zainab

Selamat Pagi, Good Morning, Kalai Vannakam, Zao Shang Hao, Magandang umaga (Tagalog), ahroonsawad (Bahasa Thai).

KATA-KATA ALUAN

Hadirin sekalian,

1. Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya, dapat kita bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini. Walaupun dalam kesibukan kita menganjurkan Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (Sukanun) VIII 2013 ini, kita masih mampu bersama- sama pada program senamrobik sebagai medan untuk kita berkongsi maklumat dan pengetahuan akan isu-isu terkini yang berlaku di UniMAP.

MAKLUMAN PROGRAM TELAH BERLANGSUNG SUKANUN VIII

2. Seperti yang telah kita sedia maklum, hari ini merupakan hari keempat berlangsungnya Sukanun VIII, dan kemeriahan kejohanan sukan ini dapat bukan sahaja dirasai warga UniMAP, malahan oleh penduduk negeri Perlis ini dengan kehadiran lebih 7,000 atlet dan pegawai dari 71 Kontijen badan berkanun dari seluruh Malaysia.

3. Alhamdulillah, saya difahamkan kontijen UniMAP berjaya meraih beberapa pingat dalam beberapa acara yang dipertandingkan ini membolehkan kita berada di kedudukan terbaik. In Sha Allah saya yakin bahawa sasaran 10 emas dan juara Sukanun VIII akali ini akan dapat kita kecapai. Jadi di sini saya ingin mengambil kesempatan menyeru seluruh warga UniMAP agar dapat terus memberikan sokongan padu

(3)

3

Unit Media PNC –BASRI edited Dr. Zainab

kepada para atlet kita yang sedang bertanding bagi mengharumkan nama UniMAP yang kita sayangi ini.

4. Layarilah Laman web Sukanun VIII bagi mengetahui keputusan semasa serta venue-venue berlangsungnya 29 acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Sesungguhnya kejayaan kita di Sukanun VIII ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu dan kerjasama dari semua warga UniMAP.

5. Tidak lupa juga saya berharap agar dapat memberikan layanan yang terbaik kepada semua tetamu kita sepanjang 10 hari kejohanan ini berlangsung. Semoga Sukanun VIII ini akan menjadi penganjuran terbaik dan memberikan pengalaman yang manis kepada semua peserta.

Hadirin dan hadirat sekalian, MOU dengan University Of Sarajevo

untuk pertukaran pelajar dan staf..

UniMAP holdings Taja lima Pelajar untuk Program IEC

Hadirin dan hadirat sekalian,

Anugerah Emas

Di sini saya ingin berkongsi kejayaan yang telah kita perolehi baru-baru ini. Alhamdulillah, UniMAP telah berjaya meraih Anugerah Emas bagi Kualiti dan Prestij Perniagaan daripada Otherways Association, Management and Consulting di Rome, Itali.

Anugerah ini diberikan kepada entiti korporat yang mencapai tahap luarbiasa dari segi Prestij, Inovasi, Komitmen di dalam Kualiti dan juga Kecemerlangan.

Untuk memperolehi anugerah ini organisasi yang terpilih perlu dicalonkan oleh jawatankuasa dalaman berdasarkan undian makro

(4)

4

Unit Media PNC –BASRI edited Dr. Zainab

melalui internet dengan ketetapan kriteria seperti, kepuasan pelanggan, kelestarian pendidikan dan perniagaan, hasilan perniagaan dan pengiktirafan ISO.

Lebih manis lagi, kita merupakan penerima tunggal bagi organisasi pendidikan tinggi dari negara Malaysia. Pengiktirafan ini merupakan hasil titik peluh semua warga UniMAP yang meletakkan kualiti sebagai objektif penting di dalam organisasi.

Di sini kita dapat melihat hasilan dengan pencapaian mendapatkan persijilan ISO MS 9001:2008, IQ Net, ISO IEC 27001:2007 dan SETARA.

Sesungguhnya kualiti di dalam pentadbiran amatlah penting kerana ianya mampu mengangkat martabat sesebuah institusi dengan hasilan yang lebih berimpak.

MAKLUMAN PROGRAM AKAN BERLANGSUNG

3 Julai ke timur tengah bersama 3- 10 Julai.. dan Korea, Asian Summer Program di Buhsan Korea.

PENUTUP

6. Rasanya tidak perlu untuk saya berucap dengan lebih panjang lagi. Saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun:-

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI 18 APRIL 2018 DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH

1 Info Kesihatan Puan Adlina – Bahagian Media UKK Aini TALKING POINT SEMPENA PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI 11 JULAI 2018 DI KOMPLEKS SUKAN

Seperti yang telah dilaporkan di muka akhbar, seramai 10 pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP di isolasi selama 7 hari mulai 26 Julai 2018 kerana mengalami gejala penyakit seperti

Sesungguhnya, tempoh sekitar 1 jam untuk pertemuan ini bukan sahaja akan mendekatkan saya dengan warga UniMAP yang saya kasihi, malah pengisian pertemuan ini yang dimulakan dengan

Program CSR ini dilaksanakan bukan sahaja untuk membantu warga UniMAP dan penduduk setempat tetapi ianya bertujuan mendedahkan pelajar dengan musibah dan situasi cemas yang berlaku dan

Hadirin sekalian, Saya berasa lebih berbangga kerana UniMAP menjadi perintis Institusi Pengajian Tinggi IPT di zon utara yang menganjurkan Kejohanan Liga Besbol Piala Raja Muda Perlis