• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tindakan Myanmar sekat akses internet jejas kebebasan digital

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Tindakan Myanmar sekat akses internet jejas kebebasan digital "

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Tindakan Myanmar sekat akses internet jejas kebebasan digital

PARIS: Pengguna internet di kebanyakan negara berdepan tindakan ditahan dan serangan fizikal berhubung perkongsian dimuat naik mereka sejak kebelakangan ini, menurut laporan berhubung kebebasan digital.

Laporan tahunan 'Freedom on the Net' menyatakan penutupan internet di Myanmar dan Belarus menjadi bukti bahawa hak berkaitan 'online' merudum di peringkat global untuk 11 tahun berturut-turut.

Tinjauan dilakukan badan pemikir berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu, memberi markah daripada 100 kepada negara berhubung kebebasan penggunaan internet termasuk mengenai sekatan ke atas kandungan yang boleh dilayari pengguna.

"Tahun ini, pengguna berdepan serangan fizikal berhubung aktiviti secara atas talian mereka di 41 negara.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

"Ini adalah rekod yang paling tinggi sejak 11 tahun lalu," menurut laporan berkenaan.

Antara contoh yang dikemukakan dalam laporan itu adalah kejadian seorang pelajar

Bangladesh terpaksa menerima rawatan di hospital akibat dibelasah kerana didakwa memuat naik perkongsian berhubung aktiviti antikerajaan di media sosial.

Satu lagi contoh yang diberikan, membabitkan seorang wartawan di Mexico dibunuh selepas memuat naik perkongsian di Facebook berhubung kes pembunuhan.

Malah, sebanyak 80 peratus kes di 56 daripada 70 negara yang terkandung dalam laporan berkenaan, ditahan atau berdepan pendakwaan disebabkan aktiviti online mereka.

Ia termasuk dua personaliti media sosial rakyat Mesir dipenjara Jun lalu kerana berkongsi video TikTok mendorong wanita menceburi kerjaya di platform media sosial.

Berdasarkan laporan itu juga, sekurang-kurangnya 20 negara menyekat akses internet antara Jun 2020 hingga Mei lalu.

China pula disenaraikan sebagai penyalah guna kebebasan internet terburuk di dunia, menjatuhkan hukuman berat ke atas individu hanya kerana berbeza pandangan di platform dalam talian. - AFP

Referensi

Dokumen terkait

2 The committee shall consist of seven members, who shall be appointed by the Governor after being respectively nominated as fol- lows, namely:- One shall be nominated by the Council

LIST OF GRAPHS AND PIE CHARTS Graph 1 Age of participants 33 Graph 2 Gender of participants 34 Graph 3 Marital status 35 Graph 4 Nursing category 36 Graph 5 Post occupied 45 Pie