• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP universiti awam pertama miliki panel solar 1.0 MW

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP universiti awam pertama miliki panel solar 1.0 MW"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UniMAP Universiti Awam Pertama Miliki Panel Solar 1.0 MW

Arau, 10 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti awam (UA) pertama di Malaysia yang menerima kuota tariff pemasangan panel solar dengan kapasiti 1.0 megawatt di salah sebuah bangunan di kampus tetapnya di Pauh Putra.

Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, projek tersebut yang dijalankan dengan kerjasama GetSol Sdn. Bhd. (GetSol) amat besar maknanya buat beliau secara peribadi dan UniMAP keseluruhannya selepas melalui beberapa proses dan prosedur yang panjang.

Ujar beliau, menerusi pemasangan tersebut, tenaga yang dihasilkan akan dikumpul dan dijualkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdasarkan konsep Feed In Tariff yang mana ia merupakan sebahagian inisiatif UniMAP menjana pendapatan sendiri selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia.

Selain itu, jelas beliau pemasangan solar panel itu juga membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka dengan lebih mendalam teknologi tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) sekaligus membolehkan kaedah pembelajaran amali dipraktikkan.

“Terlalu banyak suka duka yang telah kami tempuhi dalam menjadikan UniMAP sebagai UA pertama yang diberikan kuota ini yang diterima pada 12 Mac tahun lalu yang mana hari ini, pemasangan panel ini telah mencapai tahap 80 peratus siap.

“Ia sekaligus, menjadi projek terakhir saya sebagai Naib Canselor UniMAP yang berakhir hari ini,” ujar beliau ketika berucap di majlis Pra-Pelancaran Panel Solar di Bangunan Univation di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif GetSol, Todd Morath; Pengarah Urusan GetSol, Dr. Gabriel Peter Salgo; Ketua Pegawai Ekesekutif UniMAP Holdings Sdn. Bhd.

Baharuddin Abdul Majid dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Projek pemasangan panel solar tersebut merupakan inisiatif UniMAP dalam penjanaan kewangan melalui sewaan tapak (bumbung bangunan) selama 21 tahun

(2)

serta tambahan melalui kontrak penyelenggaraan yang diberikan kepada UniMAP Holdings.

Menurut Dr. Kamarudin lagi, pihak Getsol turut memperuntukkan satu sistem solar bagi tujuan akademik dan penyelidikan yang bakal membolehkan UniMAP menawarkan kursus “hands on training’ dan sijil dengan kerjasama CIDB bagi program “Certified Solar Installer” dan “Solar Maintainance”.

“Secara tidak langsung ia membuka peluang kepada UniMAP menjadi Pusat Kecemerlangan Tenag Boleh Diperbaharui sekaligus menjadikan tapak projek ini sebagai menjadi showcase bagi pelawat dan industri ke arah inisiatif memperkenalkan Kampus UniMAP Pauh Putra sebagai Kampus Alam.

“UniMAP dan GetSol juga sedang merangka untuk mendapatkan kuota tariff yang lebih besar di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Gabriel berkata, pemilihan UniMAP dibuat selepas melihat inisiatif dan kesungguhan Naib Canselornya dalam mempratikkan amalan kampus hijau di UniMAP termasuk penglibatan aktif beliau sejak awal perbincangan lagi.

-- Unit Media UniMAP --

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan Duli Tuanku berdua bercemar duli

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP LAUNCH IT’S FIRST PHASE FOR EAST COAST FLOOD OPERATION Kangar , 26th January - Universiti Malaysia Perlis UniMAP launched it’s

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN UNIVERSITI EROPAH Pauh Putra, 3 Mei – Universiti Malaysia Perlis UniMAP sentiasa menerokai peluang baharu untuk

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP strengthen relationship with European University Pauh Putra, 3 Mei- Universiti Malaysia Perlis UniMAP is always exploring new

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA INEE LANCAR PAPAN SKOR PENERBITAN PERTAMA DI UniMAP Kangar, 30 Mac – Bagi memberi motivasi dan inspirasi kepada staf Universiti Malaysia Perlis

87 UniMAP participants join Varsity Carnival IMT-GT Arau, 23 July – Universiti Malaysia Perlis UniMAP sent 87 participants to the Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle IMT-GT

KENYATAAN MEDIA SIREH PULANG KE GAGANG - KAMARUDIN APPOINTED AS UNIMAP LPU CHAIRMAN Arau, October 4 - Former Vice Chancellor of Universiti Malaysia Perlis UniMAP, Brig.. Kamarudin