• Tidak ada hasil yang ditemukan

INEE Lancar Papan Skor Penerbitan Pertama di UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "INEE Lancar Papan Skor Penerbitan Pertama di UniMAP"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

INEE LANCAR PAPAN SKOR PENERBITAN PERTAMA DI UniMAP

Kangar, 30 Mac – Bagi memberi motivasi dan inspirasi kepada staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) melakar sejarah melancarkan Papan Skor Penerbitan (Scoreboard Publication) serta Papan Skor Digital (e-scoreboard) institut itu, di sini, hari ini.

Pengarah INEE UniMAP, Prof Madya Dr Ruslinda A. Rahim berkata pelancaran papan skor berkenaan adalah yang pertama diwujudkan di UniMAP serta di kalangan Universiti Awam (UA) lain.

Katanya, ia dilancarkan sebagai gambaran dan satu strategi INEE agar mampu menghasilkan penerbitan tertinggi dan berkualiti di samping ke arah pengurangan penggunaan kertas bagi menjimatkan kos percetakan.

“Walaupun INEE sebuah unit yang kecil namun budaya kerja berkumpulan penyelidik INEE bersama pusat tanggungjawab (PTj) lain di UniMAP serta pelbagai institusi luar yang lain dapat dihasilkan menerusi penubuhan papan skor ini sekaligus mampu meningkatkan jumlah penerbitan,”

katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena majlis pelancaran papan skor itu.

Tambahnya, bagi 2013 hingga 2017, INEE berjaya menerbitkan artikel dalam jurnal bertaraf Q1 dan Q2 sebanyak 50 peratus daripada jumlah penerbitan yang dilakukan.

Ujarnya, papan skor digital akan dikemaskini setiap dua minggu sekali menerusi pautan laman web INEE iaitu https:// inee.unimap.edu.my.

“Dengan penubuhan papan skor ini juga diharapkan menjadi titik tolak dan menyuntik semangat penyelidik-penyelidik UniMAP meningkatkan jumlah penerbitan sekaligus menjadi rujukan penyelidik dari seluruh dunia,”

katanya.

(2)

UKK Media Page 2 Pelancaran Papan Skor Penerbitan itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniMAP, Prof Dr Uda Hashim.

Sementara itu, Dr Uda berkata penubuhan papan skor itu diharapkan menjadi contoh bukan sahaja kepada UniMAP tetapi kepada UA lain di Malaysia berikutan momentum penghasilan output penerbitan di dalam Scopus juga perlu ditingkatkan bagi memenuhi kehendak semasa Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan QS.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Mac 2016 UniMAP ANJUR PERTANDINGAN TARIAN, KEBAYA TRADISIONAL Kangar,1 Mac – Bertemakan Melestarikan Tarian Tradisional Perlis, Pusat Kajian Istitusi Raja

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT 19 August 2016 UniMAP Becomes First MS ISO 9001:2015-certified University KANGAR, 19 August – Universiti Malaysia Perlis UniMAP made history

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Tuan Rumah COP 2016 KANGAR, 9 November - Universiti Malaysia Perlis UniMAP bakal menjadi Tuan Rumah bagi mesyuarat Council of Presidents COP

KENYATAAN MEDIA Mantan Pengarah Pusat Islam UniMAP Wakaf Tanah Miliknya Untuk Pembangunan Kangar, 28 Disember – Mantan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis UniMAP, Ustaz

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA PELAJAR UniMAP RAIH ANUGERAH PRESIDEN REAM PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR Kangar , 24 Januari – Seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA ASG 2017 CELEBRATES 164 EXCELLENT STAFF AT UniMAP Kangar, March 29- 164 Universiti Malaysia Perlis UniMAP staff were celebrated in the