• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN USAHAWAN MUSLIM DI MALAYSIA

D) Faktor Kepimpinan

2.2.2 Akhlak Usahawan Muslim

Akhlak merupakan tingkah laku dalaman yang lahir dari dalam jiwa. Sehubungan itu, manusia diwajibkan menguasai tindakan yang lahir dari dalam kerana dari situlah wujudnya tindakan fizikal. Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda:

100 Ismail Ibrahim, “Etika Kepimpinan dalam Islam” (Kertas Kerja Kepimpinan Serantau. 14-15 Jun 1999, Kuala Lumpur), 2.

University

74

َثادَح ،ٍمْيَعُن وُبَأ اَنَثادَح

ُلوُقَي ،ٍريِشَب َنْب َناَمْعُّنلا ُتْعِمَس َلاَق ،ٍرِماَع ْنَع ،ُءاايِرَكَز اَن

ُلوُقَي ملسو هيلع اللَّ ىلص ِ االلَّ َلوُسَر ُتْعِمَس

"

َمُهَنْيَبَو ، ٌنِّيَب ُماَرَحْلاَو ٌنِّيَب ُلَلاَحْلا

ا

اتا ِنَمَف ،ِساانلا َنِم ٌريِثَك اَهُمَلْعَي َلَّ ٌتاَهابَشُم

،ِهِض ْرِعَو ِهِنِيِدِل َأَرْبَتْسا ِتاَهابَشُمْلا ىَق

ُهَعِقاَوُي ْنَأ ُكِشوُي ،ىَمِحْلا َلْوَح ىَع ْرَي ٍعاَرَك ِتاَهُبُّشلا يِف َعَقَو ْنَمَو

.

ِّلُكِل انِإَو َلََّأ

ْلا يِف انِإَو َلََّأ ،ُهُمِراَحَم ِهِضْرَأ يِف ِ االلَّ ىَمِح انِإ َلََّأ ،ىًمِح ٍكِلَم

اَذِإ ًةَغْضُم ِدَسَج

ُهُّلُك ُدَسَجْلا َدَسَف ْتَدَسَف اَذِإَو ،ُهُّلُك ُدَسَجْلا َحَلَص ْتَحَلَص

.

ُبْلَقْلا َيِهَو َلََّأ

"

.

Terjemahan: Abu Nū'aim telah menceritakan kepada kami, Zakaria telah menceritakan kepada kami, daripada 'Āmir berkata; aku mendengar Ān Nū'mān bin Bāšīr berkata; aku mendengar Rasulullah (SAW) bersabda: "Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Namun, di antara keduanya ada perkara syubhah (samar) yang tidak diketahui oleh orang ramai. Maka barangsiapa yang menjauhkan diri daripada perkara syubhah bererti dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barang siapa yang mengerjakan perkara syubhah, sungguh dia seperti seorang pengembala yang mengembala binatang ternakan di pinggir jurang yang dibimbangi akan jatuh ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki batasan, dan ketahuilah bahawa batasan (larangan) Allah di bumi-Nya adalah segala apa yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik darah tersebut, maka baiklah tubuhnya dan apabila rosak darah tersebut maka rosaklah tubuhnya. Ketahuilah, ia (darah tersebut) ialah hati.101

Jadual 2.4 Butiran Faktor Kepimpinan

Bil Butiran Faktor Kepimpinan Kajian oleh

1 Mempunyai hubungan yang rapat dengan orang bawahan

Abdul Munir (2008),102

Ismail (1999)103 2 Sentiasa berpandangan jauh melebihi orang bawahan

3 Sentiasa berkomunikasi dengan orang bawahan saya 4 Merupakan pemimpin yang amanah dan jujur 5 Seorang pemimpin yang menjaga agama saya 6. Seorang pemimpin yang mengajak orang bawahan

melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran

Akhlak dalam Islam bukan hanya terbatas kepada sifat baik yang lahir daripada perbuatan seseorang hasil daripada sifat semulajadinya atau usaha yang berterusan semata-mata, bahkan juga meliputi sifat dalaman yang wujud dalam diri seseorang.

101Ḥādīṯ Rīwāyāt āl Būḫārī, Kītāb āl Īmān, Bāb āl-Fāḍlī mīn āl-Īstābrā’ Līddīnīhī, no. Hadith 52, dalam

Māwṣūā’t āl Ḥādīṯ āl-Šārīf: āl-Kūtūb Sīttāh, ed. Ṣālīh ‘Ābd ‘āl-‘Āzīz bīn Mūhāmmād bīn Ībrāhīm

ās-Šīḫ (Rīyāḍ: Dār ās-Sālām, 2008), 6

102 Sheikh Abdul Munir Bin Sheikh Abdul Rahim, “Etika Kepimpinan Menurut Islam: Satu Kajian di Kalangan Pemimpin Melayu Peringkat Negeri, di Pahang Darul Makmur,”30.

103 Ismail Ibrahim, “Etika Kepimpinan dalam Islam,”2.

University

75

Perkataan ”Akhlak” dari sudut epistimologi berasal dari kalimah arab ”al-akhlak dan mufradnya al-khuluk’. Akhlak’ merupakan kalimah jama’ dari kata dasar bahasa Arab, al-khalq. Ahli-ahli bahasa seperti Ībnū Mānzūr (1956)104 dan Ībrāhīm (t,t)105 memberikan pengertian yang hampir sama iaitu akhlak dengan maksud perangai, tabiat, maruah, budi pekerti dan agama. Selain itu, akhlak juga merupakan sifat dan tabiat semula jadi yang sedia ada pada diri seseorang atau sifat yang diusahakan dan dipelajari oleh setiap individu.106

Manakala Jamil (1982) mentakrifkan ‘akhlak’ sebagai adat kebiasaan, perangai, tabiat, maruah dan kehormatan serta fungsi agama dan ianya merupakan satu sifat atau perbuatan yang wujud dari jiwa tanpa memerlukan pandangan atau pemikiran dan ianya dilakukan bukan dengan paksaan.107Di dalam kitab Al-Mu’jam al-Wasit, mentakrifkan akhlak sebagai keadaan atau sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, punca segala kebaikan atau keburukan tanpa berhajat kepada pertimbangan akal terlebih dahulu.108

Perkataan akhlak di dalam bahasa Melayu didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan dan tabiat109 perangai dan tingkahlaku110 serta sifat manusia yang terdidik.111

Selain itu, perkataan adab juga digunakan di dalam bahasa Melayu yang bermaksud bersopan santun, berbudi bahasa dan mempunyai budi pekerti yang mulia.112

Merujuk kepada kamus al-Mawrid, perkataan akhlak di dalam bahasa Inggeris bermaksud:

Ethics, morals, morality, (good) manners113and character of person.114 Ethics is the science which deals with morals115 and

104Ībnū Mānzūr, Līsān āl-‘Arab, Vol.3 (Mīṣr: Mū’āsāsāh āl-Mīṣrīāh āl-‘Ammāh, 1956), 56. 105Ībrāhīm Mūṣṭāfā, Mū’jām āl-Wāṣit (Bīrūt: Māktābāh āl-Īslāmīāh, t.t), 73.

106‘Ābīd Tāufīq āl-Ḥāšīmī, Ṭūrūq Tādrīs ād-Dīn, Cet.2 (Bīrūt: Muā’sāsāh āl-Rīsālāh, 1974), 224. 107Jāmīl Sālībā, āl-Mū’jām āl-Fālsāfī, J.4 (Bīrūt: Dār āl-Kītāb āl-Lūbnānī, 1982),539.

108Mājmā’ āl-Lūġāh āl-‘Ārābīāh, M‘ūjām āl-Wāṣīṭ, J.1, Cet.2 (Mīṣr: Dār āl-M‘ārīf, 1972), 252. 109Kamus Dewan, Edisi ke 3 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), 21.

110Lūis M‘ālūf, āl-Mūnjīd (Bīrūt: āl Māktābāh āl-Ḫūlūkīāh, t.t.), 194. 111‘Ābdūl Hāmīd Yūnūs, Dāīrāh āl-M‘ārīf (Cairo: ās Š‘āb, t.t), 194.

112Kamus Dewan, Edisi ke 3 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), 16.

113Rūhī Bā‘ālbākī, āl-Māwrīd, (Bīrūt: Dārūl āl-‘Īlmī Līlmālāyīn, 2001), 521.

114 Ian Richard Netton, a Popular Dictionary of Islam (London: Curzon Press 1992), 27.

115 Paul Procter, Logman Dictionary of Contemporary English. (Britain: Logman Group Limited, 1979), 172.

University

76

moral is concerning character, behaviour, or actions. Considered or judged as being good or bad, right or wrong.116

Menurut Ībn Mīskāwāyh (2001) di dalam kitabnya, Tāḥdīb Āḫlāq wā Tāthīr

āl-’Ā’rāq, mendefinisikan akhlak sebagai keadaan jiwa yang membolehkan seseorang

individu melakukan sesuatu perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang pertimbangan terlebih dahulu. Daripada takrifan tersebut, beliau telah menghuraikan akhlak kepada beberapa konsep seperti mana di bawah:

i) Akhlak sebagai produk jiwa iaitu beliau seringkali menyamakan perkataan akhlak dengan ’ḥāl ānnāfs’ sebagai penekanan kepada aspek kestabilan dan kekekalan jiwa, bukannya sesuatu yang bersifat sementara. Selain itu, beliau seringkali menggunakan perkataan ḥāiāh, sājjīāh dan mākālāh dalam konteks ini.117

ii) Akhlak juga merupakan sesuatu tingkah laku yang timbul secara spontan tanpa perlu berfikir untuk melakukannya.

iii) Perbezaan akhlak (character) dan perlakuan (action) ialah akhlak merupakan watak atau tabiat yang menetap kukuh di dalam jiwa, sedangkan perlakuan pula adalah ekspresi luaran ataupun kesan daripada jiwa. Oleh itu, kesinambungan daripada akhlak dan perlakuan ialah perlakuan yang baik berasal daripada jiwa yang baik.

Selain daripada Ībn Mīskāwāyh, ulama’ yang terkenal yang membincangkan tentang persoalan akhlak ialah Īmām āl-Ġāzālī (2005) di dalam kitabnya Īhyā’ ’Ūlūm ād-dīn. Beliau turut mendefinisikan akhlak sebagai sesuatu yang tertanam dalam jiwa, yang keluar daripadanya perlakuan-perlakuan yang mudah, tanpa perlu kepada proses berfikir atau membuat pertimbangan. Sekiranya perbuatan yang dilakukan oleh individu itu baik,

116Ibid.,706. 117Āhmād Bīn Mūhāmmād Ībn Mīskāwāyh, Tāḥdīb Āḫlāq wā Tāthīr ’Ā’rāq (Bīrūt: Māktābāh āl-Ṯāqāfāh ād-Dīnīāh, 2001), 34.

University

of Malaya

77

maka baiklah akhlaknya manakala sekiranya yang dilakukan itu jahat, maka buruklah akhlaknya.118

Manakala Mīqdād (1973) mentakrifkan ‘akhlak’ sebagai meliputi sifat-sifat semulajadi yang terdapat pada fitrah kejadian manusia dan sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan dan usaha yang berterusan sehingga menjadi tabiat seseorang. Ia meliputi dua dimensi. Pertama, perlakuan dalaman (kejiwaan) dan kedua, perlakuan luaran (tingkahlaku). Kedua-duanya lahir dari sikap individu sendiri tanpa sebarang tekanan emosi atau desakan dan paksaan orang lain.119 Manakala ‘Ūmār (1975) mentakrifkan ‘akhlak’ sebagai kebiasaan atau sikap yang mendalam dalam jiwa yang boleh melahirkan perbuatan dengan mudah dan cepat. Ianya merupakan faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku manusia dan mampu menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar.120Secara umum, ‘akhlak’ merupakan satu sifat yang tertanam di dalam jiwa yang melahirkan kelakuan secara sukarela (baik atau buruk), secara semulajadi ataupun diusahakan.Tabiat akhlak ini adalah menerima kesan perubahan pendidikan sama ada baik ataupun buruk.121

Dalam membincangkan tentang akhlak seorang usahawan Muslim, perkara yang paling utama yang perlu diutarakan adalah tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seorang usahawan sama ada hubungannya dengan Allah SWT ataupun hubungannya sesama manusia. Di dalam konteks akhlak usahawan Muslim, kebanyakan pengkaji mengaitkan perkataan akhlak usahawan dengan ‘etika’ usahawan. Etika atau ethics atau ethos dalam bahasa Greek bermaksud perlakuan seseorang. Pada masa ini, etika lebih berkisar pada makna pegangan nilai baik yang mendasari sesuatu amalan masyarakat atau

118 Īmām āl-Ġāzālī, Īhyā’ ‘Ūlūmūddūn, Tāhqāq wā Tāḫrīǧ Ahmād ‘Ābdūrrāzāq āl-Bākrī (Mīsr: Dārūl Sālām, 2005), 297.

119Mīqdād Yāljān, Āl-Īttījāh āl-Āḫlāqī fī āl-Islām (Mīsr: Māktābāh Tāḫrījī, 1973), 34.

120‘Umār Mūhāmād āt-Ṯūmī ās-Šāibānī Mūhāmmad, Fālsāfāh āt-Tārbīāh āl-Īslāmīāh (Tārāblūs: Ās-Šārīkāt āl-‘Āmmāh līnnāsr wā āl-Tāuzī’ wā āl-‘Āilān, 1975), 226.

121Ābū Bākār Jābīr-āl Jāzā‘īrī, Mīnhāj āl-Mūslīm (Qāherāh: Dār āl-Fīkrī āl-‘Ārābī, 1964), 152.

University

78

profesion. Contohnya, profesion kedoktoran ada etikanya, profesion guaman ada di dalam etika guaman.122

Mustafa (1996) menganggap, etika usahawan Muslim adalah merujuk kepada kelakukan baik yang perlu dilakukan oleh usahawan sama ada kepada diri sendiri, keluarga dan anggota masyarakatnya dengan bersumberkan kepada al-Quran dan juga Sunnah.123Di dalam bidang perniagaan, akhlak seorang usahawan lebih memfokuskan kepada dua bahagian iaitu akhlak usahawan terhadap pekerja dan akhlak usahawan terhadap pelanggan.