• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Pencapaian Usahawan Muslim Di Malaysia

FAKTOR KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN USAHAWAN MUSLIM DI MALAYSIA

B) Faktor Kemandirian Mengembangkan Perniagaan

2.3 Konsep Pencapaian Usahawan Muslim Di Malaysia

Konsep pencapaian usahawan Muslim di Malaysia merujuk kepada usahawan Muslim yang telah berjaya dalam perniagaan mereka dan perniagaan yang dijalankan berlandaskan kepada prinsip syariah serta memenuhi ciri-ciri berikut:

206 Ab. Aziz Yusof, Pendidikan Keusahawanan Dalam Konteks Pembangunan Negara (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 101.

207Ibid., 268.

208 Howard H, Frederick, Donald F Kuratko, Entreprenuership: Theory, Process and Practice. 45.

University

121

Jadual 2.12 Butiran Faktor Kemandirian Mengembangkan Perniagaan

Bil Butiran Faktor Kemandirian Mengembangkan Perniagaan

Kajian Oleh

1 Pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

Frederick dan Kuratko (2010),209 Arbaough (1996),210 Kotler dan Cox (1988),211 Hull (1990),212Kyambalesa (1994),213 Boardman (1981),214 Kam(1996),215Abdul Aziz (2009),216 2 Syarikat mempunyai kewangan yang cukup

untuk mengembangkan perniagaan

3 Mempunyai kemampuan dari aspek pekerja mahir

4 Usahawan memiliki jiwa keusahawanan yang tinggi untuk mengembangkan perniagaan 5 Mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk

mengembangkan perniagaan.

i) Perniagaan yang diuruskan melebihi lima tahun. Usahawan yang berniaga melebihi lima tahun kebiasaannya telah berjaya melalui tahap kemandirian di dalam perniagaannya.217Kajian yang dilakukan oleh David (1987) terhadap 100 syarikat di UK mendapati semakin banyak usia sesebuah syarikat, maka semakin kuat syarikat tersebut dapat bertahan.218

ii) Mempunyai pendapatan yang tetap hasil daripada perniagaan yang dijalankan. Seorang usahawan dianggap sebagai usahawan berjaya sekiranya mereka mempunyai pendapatan yang tetap hasil daripada perniagaan yang diuruskan. Pendapatan tetap bermaksud seorang usahawan mempunyai gaji yang tetap setiap bulan hasil daripada perniagaan yang diceburi.219

209Ibid.,

210Arbaough, J. B., & Sexton, D.L, ”New Firm Growth and Development: A Replication and Extension of Reynolds Research,”19.

211Kotler, P. & Cox, K., Markerting, Management and Strategy, 56.

212 Hull C.J., “Comment on Technology Strategy in Small and Medium-Sized Firms,” 56. 213 Kyambalesa, H. Successful in managing a small business,” 93.

214Boardman C.M., J.W., dan Ratliff, R.L., “Small Business Growth Characteristics,” 33. 215Kam, B.C., “The Mechanics of Sustaining an Enterprise,” 601.

216Ab. Aziz Yusof, Pendidikan Keusahawanan dalam Konteks Pembangunan Negara, 105.

217Brockhaus. R.H, “Risk Taking Propensity of Entrepreneurs”Academy of Management Journal 23, no.3 (1980), 509.

218 David S.Evans, “The Relationship between Firm Growth, Size and Age: Estimates for 100 Manufacturing Industries”. The Journal of Industrial Economics Vol XXXV. June (1987), 567.

219Suraidi Salleh, “Hubungan Antara Keinginan Pencapaian, Lokus Kawalan, Pengambilan Risiko Dan Jaringan Sosial Dengan Kejayaan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Di Kelantan” (tesis Master, Selangor: Universiti Putra Malaysia, 2005), 35.

University

122

Menurut kajian yang dilakukan oleh Zaidatol (2004), 51 peratus usahawan bumiputera di Malaysia kurang memiliki keupayaan mempunyai pendapatan tetap hasil daripada perniagaan yang diceburi. Hal ini terjadi kerana perniagaan yang diuruskan oleh mereka masih lagi di dalam keadaan turun dan naik dan mereka tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kemahiran dari aspek pengendalian kewangan syarikat.220

iii) Simpanan bertambah hasil daripada perniagaan yang diuruskan. Seorang usahawan dianggap berjaya sekiranya dia memiliki simpanan hasil daripada perniagaan yang diuruskan. Simpanan yang dimiliki adalah untuk keperluan peribadi dan juga keluarga ianya tidak termasuk keperluan perniagaan. Di antara keperluan peribadi ialah simpanan hari tua, simpanan untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah dan simpanan untuk menguruskan pendidikan anak-anak.221 Menurut kajian yang dilakukan oleh Suradi (2005), 70 peratus usahawan di bawah Skim Amanah Ikhtiar Malaysia memiliki simpanan hasil daripada perniagaan yang dijalankan.222

iv) Bilangan pekerja bertambah. Jumlah bilangan pekerja juga merupakan kayu pengukur paling popular untuk mengukur pencapaian usahawan. Ini kerana penambahan tenaga buruh membuktikan penambahan nilai output, modal dan keupayaan syarikat untuk berkembang.223 Kajian yang dilakukan oleh Brian (2000) membuktikan pertambahan pekerja di dalam perniagaan yang dijalankan merupakan pencapaian perniagaan yang dijalankan. Menurut beliau, sebanyak 70 peratus usahawan yang mempunyai ramai pekerja melepasi tahap kemandirian di dalam perniagaannya berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai pekerja.224

220Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias,“Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Kes”, 61

221Ibid.,

222Ibid.,

223Shalit SS dan Shankar U, “The Measurement of Firm Size,”The Review of Economics and Statistic6, (1977), 11.

224Brian Headd, “Business Success: Factors Leading to Surviving and Closing Successfully,” 35.

University

123

v) Saiz pasaran berkembang. Saiz pasaran berkembang merupakan salah satu ukuran kejayaan seorang usahawa. Chea Peou (2009) telah membuat ujian kebolehpercayaan terhadap soalan ini. Hasil kajian beliau mendapati nilai Alfa Cronbach terhadap soalan ini ialah sebanyak .905.225 Ini membuktikan soalan ini boleh digunakan untuk mengukur kejayaan seorang usahawan.

vi) Modal perniagaan bertambah. Pertambahan modal perniagaan bertambah juga boleh digunakan untuk mengukur kejayaan sesebuah perniagaan. Ujian kebolehpercayaan alfa Cronbach yang dilakukan oleh Cheu Peou (2009) terhadap soalan ini ialah sebanyak .919.226 Ini membuktikan soalan ini juga boleh digunakan untuk mengukur kejayaan seorang usahawan.

vii) Keuntungan perniagaan bertambah. Keuntungan yang dihasilkan daripada sesuatu perniagaan yang dijalankan merupakan harapan dan impian seorang usahawan dan ianya boleh dijadikan sebagai ukuran kejayaan sesebuah perniagaan. Nilai ujian kebolehpercayaan alfa Cronbach yang dijalankan oleh Cheu Peou (2009) terhadap soalan ini ialah sebanyak .894.227 Ini membuktikan soalan ini boleh juga digunakan untuk mengukur kejayaan seorang usahawan.

viii) Jumlah produk atau perkhidmatan syarikat bertambah. Pertambahan jualan produk atau perkhidmatan membuktikan bahawa perniagaan yang diuruskan oleh seseorang usahawan telah mendapat tempat di hati pelanggan dan telah menembusi pasaran. Ini membuktikan perniagaan yang diuruskan bertambah maju dan berjaya dan ianya boleh diukur sebagai kejayaan usahawan. Nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang dijalankan oleh Cheu Peou (2009) terhadap soalan ini ialah sebanyak .894.228 Ini

225 Chea Peou, “Relationship between Entrepreneur Value, Firm Financing, Firm Management, Markert Practices And Growth Performance Of Small-Medium Enterprises In Combodia” (tesis kedoktoran, Sintok: Universiti Utara Malaysia, Sintok, 2009), 199.

226Ibid.,

227Ibid.,

228Ibid.,

University

124

membuktikan soalan ini juga boleh digunakan untuk mengukur kejayaan seorang usahawan.

Berdasarkan kepada kajian mengenai pencapaian usahawan seperti yang dibincangkan di atas, maka di dalam kajian ini ciri-ciri pencapaian usahawan merangkumi lapan butiran seperti yang ditunjukkandi dalam jadual 2.13 di bawah:

Jadual 2.13 Butiran Pencapaian Usahawan

Bil Butiran Pencapaian Usahawan Kajian Oleh

1 Mempunyai pendapatan yang tetap hasil daripada perniagaan Brockhaus. R.H (1980),229 David S.Evans (1987),230 Suraidi Salleh (2005),231 Zaidatol Akmaliah (2004),232 Shalit (1977),233 Brian Headd (2000),234dan Chea Peou (2009)235 2 Memiliki aset hasil daripada perniagaan yang

dijalankan

3 Simpanan bertambah hasil daripada perniagaan 4 Bilangan pekerja bertambah

5 Saiz pasaran berkembang 6 Modal perniagaan bertambah 7 Keuntungan perniagaan bertambah

8 Jumlah produk atau perkhidmatan syarikat bertambah