• Tidak ada hasil yang ditemukan

5. Sejauh manakah personaliti, akhlak, jihad perniagaan dan kemandirian perniagaan mempunyai hubungan dengan pencapaian usahawan di Malaysia?

1.4 Objektif Kajian

Selaras dengan lima persoalan kajian di atas, kajian ini menyumbang kepada lima objektif. 1. Mengkaji profil, latar belakang perniagaan dan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia.

2. Memeriksa tahap personaliti usahawan, akhlak usahawan, jihad perniagaan, kemandirian perniagaan serta pencapaian usahawan Muslim di Malaysia.

3. Menyelidik dimensi dan tema faktor-faktor kejayaan usahawan Muslim di Malaysia.

4. Meneliti perbezaan demografi dengan faktor kejayaan dan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia.

5. Menganalisis hubungan antara tahap personaliti usahawan, akhlak usahawan, jihad perniagaan dan kemandirian perniagaan dengan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting bagi mendapatkan bukti empirikal tentang dapatan kajian kuantitatif dan kualitatif mengenai faktor-faktor kejayaan dan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga penting dalam memberi sumbangan berbentuk teori, metodologi dan praktikal.

University

14 1.5.1 Sumbangan Teori

Kajian ini berlandaskan kepada teori maqasid syariah dan teori motivasi pencapaian Mc Clelland. Menurut teori maqasid syariah, faktor-faktor kejayaan usahawan Muslim hendaklah berdasarkan kepada prinsip menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan keturunan serta harta. Manakala menurut teori motivasi pencapaian Mc Clelland (1985), pencapaian usahawan Muslim berjaya berdasarkan kepada pencapaian individu yang berkait rapat dengan motivasi dalaman yang membentuk tingkah laku seseorang.20 Tingkah laku ini boleh dibentuk dan dirangsang ke arah mencapai sesuatu kejayaan. Kajian berhubung dengan faktor-faktor kejayaan dan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia dapat menyumbang kepada penggunaan teori berkenaan.

1.5.2 Sumbangan Metodologi

Kajian ini penting dilakukan kerana setakat ini belum terdapat kajian berbentuk penyelidikan campuran di antara metod kuantitatif dan kualitatif yang dilakukan terhadap pengaruh demografi terhadap faktor kejayaan dan pencapaian usahawan serta pengaruh faktor kejayaan terhadap pencapaian usahawan Muslim di Malaysia. Ini kerana kajian lepas hanya mengkaji personaliti usahawan dari aspek pengurusan hidup dan pengurusan perniagaan.21 Terdapat juga kajian mengenai strategi keusahawanan Islam yang menyentuh tentang peranan peniaga kecil sebagai pelayan dan peniaga serta tanggungjawab mereka terhadap pelanggan dan juga pengguna.22 Walaupun kajian tersebut menyentuh tentang

20D. C. Mc Clelland, Human Motivation (New York: Cambridge University Press, 1985), 226.

21Wan Sabri Wan Husin, “Nilai Dan Etika Islam Dalam Perniagaan: Amalan Dan Tanggapan Masyarakat Malaysia” (tesis kedoktoran, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2005).

22Abdul Rachman, “Strategi Keusahawanan Islam: Kajian Terhadap Peniaga Kecil di Kechamatan Neglasari, Kota Tenggarang, Indonesia” (tesis master Jabatan Syariah Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2011).

University

15

personaliti dan juga akhlak, namun ianya tidak menyentuh hubungan di antara pencapaian usahawan berjaya.

Selain itu, kajian mengenai jihad perniagaan belum lagi dilakukan secara keseluruhan samada dari aspek teoritikal ataupun empirikal, hanya terdapat beberapa penulisan yang berbentuk teoritikal mengenai topik tersebut, antaranya membincangkan tentang pentingnya umat Islam berjihad di dalam medan perniagaan untuk keperluan diri, bangsa dan agama. Jihad di dalam bidang ini juga adalah untuk membetulkan kesalahfahaman masyarakat tentang mereka yang melibatkan diri di dalam medan perniagaan.23 Selain itu, terdapat juga penulisan yang cuba menyentuh tentang jihad perniagaan yang mana seorang usahawan mestilah menganggap bidang keusahawanan adalah wadah untuk melaksanakan jihad ekonomi. Saranan untuk berjihad ekonomi antaranya usahawan mestilah menunaikan kewajipan agama agar bisnes yang dijalankan tidak bercanggah dengan syariat Islam.24

Manakala perbincangan mengenai kemandirian perniagaan merupakan isu yang perlu diketengahkan dalam konteks membincangkan tentang faktor kejayaan usahawan. Ini kerana kelemahan dari aspek ini menyebabkan perniagaan tidak dapat membangun dan kemungkinan besar, perniagaan yang dijalankan akan mengalami kerugian dan kegagalan. Kajian kemandirian belum lagi difokuskan secara mendalam di Malaysia. Kebanyakan kajian lepas membincangkan tentang kelemahan dan ketidakupayaan seorang usahawan menghadapi saat-saat kritikal di dalam perniagaan disebabkan oleh kelemahan beberapa faktor antaranya kelemahan dari aspek kewangan, pengurusan sumber manusia, produk

23Muhammad Ali Hashim, 2002 “Bisnes Jihad”, 35

24Siti Arni Basir, Bharudin Che Pa dan Raja Hisyamudin Raja Sulong, “Prinsip-Prinsip Kualiti Ke Arah Melahirkan Usahawan Muslim Yang Berjaya,” Jurnal Syariah 17 no. 2 (2009), 327.

University

16

atau perkhidmatan, pemasaran serta ketidakupayaan untuk menguruskan perubahan yang berlaku dalam perniagaan dengan pantas.25

Justeru, kajian ini memberikan bukti empirikal berkenaan tentang faktor-faktor kejayaan usahawan Muslim di Malaysia yang melibatkan faktor personaliti usahawan, akhlak usahawan, jihad perniagaan dan kemandirian perniagaan. Selain itu, kajian ini merupakan kajian pertama yang menggunakan kaedah campuran yang menggabungkan di antara kajian kuantitatif dan kualitatif mengenai faktor-faktor kejayaan yang terdiri daripada personaliti usahawan, akhlak usahawan, jihad perniagaan, kemandirian perniagaan dan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia. Pengutipan data soal selidik dan temu bual akan memperolehi maklumat yang lebih boleh percaya daripada data yang dikutip daripada satu sumber sahaja. Penggunaan dua sumber ini akan mengukur hubungan di antara faktor kejayaan usahawan dan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia. Seterusnya, instrumen kajian ini dijangka akan memberi sumbangan kepada penyelidikan akan datang.

1.5.3 Sumbangan Praktikal

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kejayaan dan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia. Hasil kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan memberi maklumat yang lebih lanjut kepada pihak-pihak tertentu. Hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan dan ilmu kepada masyarakat Muslim yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan. Ini adalah kerana faktor-faktor kejayaan usahawan yang dikaji menggabungkan di antara faktor kejayaan daripada perspektif Islam dan juga barat yang terdiri dari faktor personaliti usahawan, akhlak usahawan, jihad

25Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed, Memperkasakan Usahawan: Panduan Lengkap

Pengurusan Perniagaan Dan Penjanaan Usahawan (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn

Bhd, 2002), 269.

University