• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN USAHAWAN MUSLIM DI MALAYSIA

A) Faktor Kemandirian Memulakan Perniagaan

Faktor kemandirian memulakan perniagaan merupakan strategi yang perlu diambil oleh seorang usahawan untuk mempertahankan perniagaannya. Mempertahankan perniagaan lebih sukar dibandingkan dengan memulakan perniagaan kerana mempertahankan perniagaan merupakan proses jangka panjang. Kejayaan di dalam perniagaan dinilai daripada berapa lama perniagaan yang dijalankan boleh bertahan.192

Setiap usahawan yang menceburkan diri dalam perniagaan akan mengalami saat-saat penurunan dan kenaikan khususnya dari aspek keuntungan. Penurunan, kerugian dan kegagalan di dalam perniagaan kebiasaanya berlaku disebabkan ketidakcekapan di dalam

191 Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed, Memperkasakan Usahawan: Panduan Lengkap

Pengurusan Perniagaan Dan Penjanaan Usahawan (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Sdn Bhd, 1997), 269.

192 Abdul Rachman, Strategi keusahawanan Islam: Kajian terhadap peniaga kecil di Kecamatan Neglasari,

Kota Tenggarang, Indonesia, 71.

University

115

menguruskan kewangan, sumber manusia, menjaga kualiti produk dan juga sikap usahawan sendiri yang membuat kerja sambil lewa setelah membuka perniagaan sendiri. Keadaan ini boleh dikurangkan ataupun diperbaiki sekiranya seorang usahawan mengetahui strategi untuk menaikan kembali perniagaanya.193

Kajian yang dilakukan oleh Rachman (2011) mendapati, strategi kemandirian memulakan perniagaan yang perlu diambil oleh usahawan adalah dengan mengawal aliran tunai perniagaan.194Menurut Zaidatol (2004), cara yang perlu dilakukan oleh usahawan untuk mengawal aliran tunai perniagaan adalah dengan mengemas kini rekod kewangan, mentafsir laporan kewangan, mengira semula untung kasar dan juga bersih, meneliti rekod pendapatan dan perbelanjaan harian, menyediakan penyata aliran tunai dan menguruskan sendiri modal perniagaan.195

Di antara strategi kemandirian memulakan perniagaan sebagaimana yang dicadangkan oleh Storey (1996) adalah seperti berikut:

i) Tidak menaikan gaji pekerja serta tidak membayar bonus kepada pekerja. Di dalam keadaan perniagaan yang tidak menentu, usahawan tidak mampu untuk membayar gaji dan bonus kepada pekerja. Ketika menghadapi keadaan ini, usahawan perlu berterus terang kepada pekerja mengenai masalah perniagaan yang dialami untuk mengelakkan sebarang perkara buruk yang tidak diingini berlaku. Maka, terpulang kepada pekerja untuk membuat keputusan sama ada untuk mempertahankan kerja mereka atau berpindah ke tempat kerja yang baru.

ii) Seorang usahawan perlu berbincang semula dengan pihak yang memberikan kredit ketika menghadapi kemandirian di dalam perniagaan. Perbincangan ini perlu untuk menstrukturkan semula jumlah pembayaran bulanan dari jumlah yang besar kepada jumlah yang lebih kecil. Sekiranya usahawan tidak mampu untuk membayar pinjaman

193Ibid,.

194Ibid,.

195 Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias, “Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keushawanan: Satu Kajian Kes,” 61.

University

116

pada bulan tersebut, usahawan terlebih dahulu perlu memberitahu kepada pihak yang memberi pinjaman. Mereka tidak boleh berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. iii)Seorang usahawan perlu memberhentikan pekerja. Tindakan ini perlu diambil untuk mengurangkan kos pengendalian perniagaan. Seorang usahawan perlu berterus terang tentang masalah ekonomi yang dihadapinya.

vi) Memberi penghargaan kepada pekerja yang rajin melakukan kerja walaupun syarikat berada di dalam tahap kemandirian. Ketika menghadapi kemandirian perniagaan, seorang usahawan mestilah menjalinkan hubungan yang rapat dengan pekerja. Di antaranya, seorang usahawan boleh mengadakan mesyuarat setiap pagi sebelum memulakan pekerja memulakan tugas masing-masing. Usahawan perlu mengiktiraf dan mengumumkan kepada pekerja lain tentang usaha yang dilakukan oleh pekerja yang fokus dan rajin walaupun syarikat sedang menghadapi tahap kemandirian. Usahawan juga digalakkan memberikan hadiah kepada pekerja yang sentiasa fokus dan bersemangat di dalam melakukan pekerjaannya sebagai penghargaan atau sumbangan yang diberikan ketika syarikat berada di dalam tahap kemandirian.

v) Seorang usahawan perlu memfokus kembali kualiti masa terhadap perniagaan yang dijalankan. Usahawan yang mengalami tahap kemandirian di dalam perniagaan perlu menguruskan masa mengikut keutamaan. Elakkan daripada menangguhkan kerja di saat-saat ini kerana ianya akan mengganggu dengan urusan kerja yang sepatutnya diutamakan. Di waktu ini, seorang usahawan mestilah lebih fokus terhadap kerja yang perlu diselesaikan memandangkan kakitangan yang ada tidak mempunyai semangat untuk bekerja disebabkan masalah syarikat yang dihadapi.

vi)Seorang usahawan perlu melakukan kerja secara bersungguh-sungguh memandangkan pada tahap kemandirian usahawan tidak mempunyai tenaga kerja yang ramai. Seorang usahawan perlu mempunyai semangat juang yang tinggi dan bersungguh-sungguh membangunkan perniagaan terutamanya ketika menghadapi tahap kemandirian di dalam

University

117

perniagaan. Pada tahap ini, usahawan tidak boleh mengharapkan orang lain untuk membangunkan perniagaan mereka memandangkan ramai pekerja telah berhenti kerja dan pekerja yang ada kurang bersemangat untuk melakukan pekerjaan mereka.196

Manakala Brian (2000) mencadangkan seorang usahawan perlu membaiki kelemahan diri sendiri ketika menghadapi masalah dengan pekerja. Ini kerana ketika perniagaan yang dijalankan berada di dalam keadaan kritikal sudah pasti terdapat golongan pekerja yang merungut dan menghasut pekerja lain kesan dari rasa tidakpuasan yang timbul. Di antara ciri pekerja yang kurang menyenangkan, antaranya membesarkan perkara yang kecil, mempunyai masalah komunikasi dua hala, suka lari dari masalah daripada cuba menyelesaikan masalah dan kaki gosip. Di waktu ini, seorang usahawan mestilah bersikap terbuka dengan mendengar kritikan daripada pekerja dan dalam waktu yang sama, perlu menasihati pekerja dan menyedarkan mereka tentang masalah perniagaan yang di hadapi.197

Manakala kajian yang dilakukan oleh Drucker (1963) mendapati, membuat pembaharuan dan perubahan kepada produk mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemandirian memulakan perniagaan. Ini kerana dengan melakukan perubahan dan pembaharuan kepada produk ataupun perkhidmatan akan menarik semula hati pelanggan.198

Berdasarkan kepada kajian mengenai strategi kemandirian memulakan perniagaan seperti yang dibincangkan di atas, maka butiran faktor kemandirian memulakan perniagaan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 2.11:

196D. J Storey and P.Wynarczyk,“The Survival and Non Survival of Micro Firms in The UK,”Review of

Industrial Organizational 11, (1996), 211.

197Brian Headd, “Business Success: Factors Leading to Surviving and Closing Successfully,” (Discussion Paper Washington DC: Economic Planning and Coordination, Center for Economic Studies, 2000), 35. 198 Drucker P.F, What is a business? Markerting and Advertising (New York: Mc Graw Hill, 1963), 9.

University

118

Jadual 2.11 Butiran Faktor Memulakan Kemandirian Perniagaan

Bil Butiran Faktor Kemandirian Memulakan Perniagaan Kajian Oleh

1 Mengawal aliran tunai secara teliti Zaidatol (2004),

Rachman (2011), Storey (1996), Brian (2000) dan Drucker (1963) 2 Tidak menaikan gaji pekerja

3 Tidak akan membayar bonus kepada pekerja

4 Mengambil tindakan untuk memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan

5 Membuat perbincangan semula dengan pihak yang memberikan kredit, untuk menstrukturkan balik pinjaman.

6 Memberi penghargaan kepada pekerja yang rajin melakukan kerja walaupun perniagaan berada di dalam keadaan bertahan

7 Memfokuskan kembali kualiti masa terhadap perniagaan yang dijalankan walaupun berada di dalam keadaan bertahan

8 Melakukan kerja secara bersungguh-sungguh

memandangkan tidak mempunyai tenaga kerja yang ramai

9 Membaiki kelemahan diri sendiri ketika menghadapi masalah dengan pekerja.

10 Membuat pembaharuan dan perubahan kepada produk untuk menarik semula minat pelanggan