• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

Dalam dokumen MEDIA MASSA DAN HEGEMONI BARISAN NASIONA (Halaman 100-105)

KAWALAN PERUNDANGAN TERHADAP MEDIA DI MALAYSIA

4.2 UNDANG-UNDANG MEDIA DI MALAYSIA

4.2.2 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bertujuan untuk mengawal pemilikan mesin cetak dan segala bentuk penerbitan termasuk dokumen, akhbar, buku, majalah berkala dan rakaman suara. Akta yang mempengaruhi industri media ini telah mengalami pindaan yang penting dalam 1987. Pindaan 1987 telah memperluaskan lagi bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk mengawal akhbar dan justeru itu mengakibatkan kawalan ke atas industri media dan pencetakan dalam empat aspek berikut:

48

Namun begitu, seorang editor kanan veteren Sin Chew Jit Poh, yang tidak ingin namanya dipetik, telah memberitahu penulis bahawa tiada syarat seperti ini dikenakan ketika Sin Chew Jit Poh

diberi semula permit penerbitan pada April 1988. Katanya, hanya “syarat-syarat biasa” dikenakan seperti apa yang biasanya dikenakan kepada akhbar-akhbar lain.

49

Sejak tahun 1975, rencana Tunku muncul setiap hari Isnin dalam akhbar The Star dan beliau telah menjadi kolumnis yang paling digemari di Malaysia (Aliran 1989: 97).

i. Kawalan lesen mesin cetak

Menteri Dalam Negeri dengan kebijaksaan mutlak boleh meluluskan lesen kepada sesiapapun untuk menyimpan dan mengguna mesin cetak serta menolak mana-mana permohonan lesen atau menarik balik atau menggantungkan lesen yang dikeluarkan (Seksyen 3 [3]). Pemilik mesin cetak tanpa lesen yang sah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20 000, atau kedua- duanya (Seksyen 3 [4]).

ii. Kawalan permit penerbitan akhbar

Menteri Dalam Negeri boleh dengan kebijaksanaan mutlak meluluskan permit kepada sesiapapun untuk menerbit dan mencetak akhbar di Malaysia (Seksyen 6 [1a]), atau meluluskan permit untuk pemilik akhbar di Singapura supaya akhbarnya diimport dan diedarkan di Malaysia (Seksyen 6 [1b]), tetapi permit-permit yang dikeluarkan boleh ditarik balik atau digantungkan pada bila-bila masa (Seksyen 6 [2]). Kegiatan menerbit dan mengedar akhbar (termasuk akhbar yang dicetak di Singapura) di Malaysia tanpa permit boleh menghadapi hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20 000, atau kedua-duanya (Seksyen 5 [2]).

iii. Kawalan “penerbitan yang tidak diingini”

Ketika Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dipinda pada 1987, peruntukan “kawalan penerbitan yang tidak diingini” diperkenalkan. Peruntukan ini memberi kuasa kepada Menteri untuk mengharamkan bahan-bahan penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan keamanan awam, moral, keselamatan negara, perhubungan dengan mana-mana negara atau kerajaan asing, atau yang bercanggah dengan kepentingan negara dan kepentingan awam (Seksyen 7 [1]). Mencetak, menerbit atau mengedarkan bahan-bahan penerbitan yang diharamkan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20 000, atau kedua- duanya (Seksyen 8 [2]).

iv. Kawalan “berita palsu”

Peruntukan mengenai kesalahan yang menerbitkan “berita palsu” juga diperkenalkan dalam pindaan 1987. Seksyen 8A (1) yang baru diperkenalkan ketika itu, menjelaskan bahawa jika bahan-bahan penerbitan didapati menerbitkan berita palsu dengan niat jahat, maka pencetak, penerbit, editor dan penulis yang disabitkan bersalah boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20 000, atau kedua-duanya.

Selain daripada itu, dua peruntukan lagi harus diberi perhatian. Pertama, sebarang keputusan yang dibuat oleh Menteri supaya tidak memberi, membatal atau menggantung lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah dengan apa-apa alasan (Seksyen 13A [1]).50 Maksud “keputusan” yang disebutkan dalam peruntukan itu termasuk segala perintah atau arahan yang dibuat oleh Menteri mengikut Akta ini (Seksyen 13A [2]). Kedua, Seksyen 13B memperuntukkan bahawa tidak sesiapapun diberi peluang supaya didengar (to be heard) mengenai permohonan lesen atau permit, atau berkaitan dengan pembatalan atau penggantungan lesen atau permit yang diberikan.51 Segala ini membawa implikasi bahawa kuasa eksekutif telah mengatasi bidang kuasa kehakiman Mahkamah.

Mohd Safar Hashim (1996: 6-7) berpendapat bahawa terdapat tiga peristiwa menyebabkan kerajaan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Peristiwa- peristiwa yang disebutkan adalah seperti berikut:

50

Teks asal berbunyi, “Any dicision of the Minister to refuse to grant or to revoke or to suspend a licence or permit shall be final and shall not be called in question by any court on any ground whatsoever.

51

Teks asal berbunyi, “No person shall be given an opportunity to be heard with regard to his application for a licence or permit or relating to the revocation or suspension of the licence or permit granted to him under this Act”.

i. Pengusiran keluar dua orang wartawan The Asian Wall Street Journal (AWSJ)

Pada 26 September 1986, permit pengedaran The Asian Wall Street Journal (AWSJ)

digantung selama tiga bulan dan dua orang wartawan AWSJ yang bertugas di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan Rafael Roy Pura diusir kerana Mahathir tidak puas hati terhadap empat buah rencana yang menghentam beliau dan Menteri Kewangan (Daim Zainuddin) menjelang mesyuarat Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, atau IMF) yang diadakan di Washington.

Kedua-dua orang wartawan yang diusir memohon perintah certiorari di Mahkamah Tinggi supaya perintah usir itu diketepikan. Hakim Harun Hashim meluluskan permohonan Pura tetapi menolak permohonan Berthelsen atas alasan bahawa keputusan eksekutif adalah berdasarkan keselamatan. Namun begitu, Berthelsen membuat rayuan di Mahkamah Agung dan Mahakamah Agung mengetepikan keputusan kerajaan membatal permit kerja Berthelsen dengan alasan bahawa “peluang untuk didengar harus diberikan kepada wartawan itu”.

Sementara itu, penerbit AWSJ, Dow Jones Publishing Company (Asia) Inc., juga mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi supaya mengetepikan keputusan penggantungan permit pengedaran. Walau bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri menarik balik penggantungan itu pada 13 November 1986 sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

ii. Permohonan Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) untuk menerbit sebuah majalah Bahasa Malaysia

Aliran memohon permit untuk menerbitkan sebuah majalah bulanan bahasa Malaysia, pada 13 November 1983, tetapi permohonan ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri pada 17 Mac 1984 dan tiada alasan diberikan. Berikutan ini, Aliran membuat rayuan kepada Yang Di-pertuan Agong supaya keputusan tersebut disemak, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari Istana.

Aliran membuat permohonan lagi pada 12 November 1986 untuk menerbitkan sebuah majalah dwimingguan bahasa Malaysia yang bertajuk Seruan Aliran, tetapi

permohonan ini ditolak lagi pada 27 April 1987. Ketika itu, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah berkuatkuasa dan peruntukan rayuan kepada Yang Di-pertuan Agong telah juga dimansuhkan. Aliran mengemukakan kes ini ke Mahkamah, iaitu memohon perintah certiorari untuk menetepikan keputusan bertulis Menteri dan perintah mandamus untuk mewajibkan Menteri mendengar dan menentukan permohonan permit Aliran dalam masa 30 hari. Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Aliran pada 4 September 1987.

Berikutan dengan kes ini, kerajaan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada 3-4 Disember 1987. Kemudian itu, Kementerian Dalam Negeri mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung pada 28 Ogos 1989. Mahkamah Agung membuat keputusan pada 4 Januari 1990, iaitu mengekalkan keputusan Menteri Dalam Negeri untuk menolak permohonan permit penerbitan Seruan Aliran dengan alasan bahawa Seksyen 12 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memberi Menteri “budi bicara mutlak untuk menolak sesuatu permohonan untuk sesuatu lesen atau permit”.

Walau bagaimanapun, pada 21 Disember 1990, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit kepada Aliran untuk menerbit sebuah majalah bulanan bahasa Malaysia yang dikenali sebagai Majalah Aliran.

iii. Penangkapan 106 orang dan penarikan balik permit penerbitan empat akhbar (Operasi Lallang)

Dalam peristiwa itu, tiga akhbar, The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah digantungkan permit masing-masing oleh Kementerian Dalam Negeri dengan tuduhan bahawa akhbar-akhbar itu “sengaja menonjolkan isu-isu sensitif” dan “memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing tanpa menghirau kesannya ke atas keharmonian kaum, ketenteraman awam dan keselamatan negara”. Akhbar- akhbar tersebut diberi semula permit masing-masing pada 1988.

Dalam dokumen MEDIA MASSA DAN HEGEMONI BARISAN NASIONA (Halaman 100-105)