• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengambilalihan Akhbar-akhbar Lain oleh Parti Pemerintah

Dalam dokumen MEDIA MASSA DAN HEGEMONI BARISAN NASIONA (Halaman 156-159)

KAWALAN DAN PEMILIKAN MEDIA DI MALAYSIA

5.2 PEMILIKAN, PEMUSATAN DAN PENGKONGLOMERATAN

5.3.4 Pengambilalihan Akhbar-akhbar Lain oleh Parti Pemerintah

Selain daripada Utusan Melayu dan New Straits Times, kerajaan dan parti-parti komponen Barisan Nasional juga mengambil alih akhbar-akhbar lain. MCA menguasai Star Publications (M) Sdn Bhd yang menerbitkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang amat berpengaruh, The Star, setelah syarikat pelaburan (investment subsidiary) MCA yang dinamakan Huaren Holdings Sdn Bhd memperolehi 67.35 peratus saham Star Publications pada 1979 (Loh & Mustafa 1996: 102-103).102 Pecahan pemilikan ini bertambah kepada 75 peratus pada 1982 (Means 1991: 137) dan 78 peratus pada 1987 (Loh & Mustafa 1996: 103).

101 Salah satu tuduhan yang ditujukan kepada

Sin Chew Jit Poh ialah akhbar itu tidak menerbitkan sebarang berita dan komen yang dianggap memihak kepada kempen anti pembelian Nanyang Press oleh MCA. Cara Sin Chew Jit Poh menangani isu pembelian Nanyang Press telah mendalami kepercayaan umum di kalangan mereka yang membantah pembelian itu bahawa Tiong melibat atau akan melibatkan diri dalam pembelian itu. Malaysiakini telah melaporkan bahawa Presiden MCA, Ling Liong Sik, mengakui bahawa lebih kurang separuh daripada jumlah saham yang dimiliki oleh Huaren akan dibahagikan kepada seorang “rakan baik”, yang dipercayai sebagai Tiong, ketika memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Perhubungan Negeri MCA Selangor (Lihat “MCA plans to divest half of Nanyang stake to ‘friendly partner’”, Malaysiakini 1 Jun 2001, www.malaysiakini.com). Penglibatan Tiong dalam pembelian itu dilihat sebagai satu langkah “berpakat” dengan MCA untuk menguasai sebuah akhbar bebas parti politik.

102

The Star mula diterbitkan pada 9 September 1971 sebagai sebuah akhbar tempatan di Pulau Pinang. Pengedaran The Star bertambah pesat dalam awal 1976 sehingga menjadi akhbar utama di Pulau Pinang dan mengatasi New Straits Times yang mempunyai sejarah 139 tahun. The Star

berkembang sebagai sebuah akhbar kebangsaan pada 3 Jan 1976 dan dua tahun kemudian ibu pejabatnya dipindah ke Kuala Lumpur. Lihat, A Brief History of The Star, http://thestar.com.my/info/thestar.asp.

Star Publications telah menjadi syarikat tersenarai awam pada 1994 dan pada tahun 2000, sungguhpun Huaren Holdings Sdn Bhd memiliki hanya 43.52 peratus saham dalam Star Publications, ia masih kekal sebagai pemegang terbesar dalam pengagihan saham syarikat penerbitan itu (Laporan Tahunan 2000 Star Publications: 98-99). Setelah pengambilalihan itu, aktiviti politik pemimpin-pemimpin MCA dan perspektif politik MCA diliputi dengan jauh lebih halus dan bersimpati oleh The Star

(Means 1991: 59).

Salah satu kisah yang harus diperhatikan ialah, penguasaan kuasa politik ke atas The Star sudah wujud jauh lebih awal sebelum MCA mengambil alih saham majoriti akhbar itu. Pada peringkat awal, pemilikan The Star dikongsi oleh Utusan

Melayu (yang dimiliki UMNO) dan MCA, manakala Tunku Abdul Rahman

memegang jawatan sebagai Pengerusi syarikat itu (Means 1991: 137). Perebutan kuasa di antara puak-puak UMNO mengakibatkan akhbar itu pada suatu ketika menjadi sasaran perebutan. Ketika itu puak “old guard” yang taat kepada Tunku Abdul Rahman telah menjadi salah satu puak yang paling lantang mengkritik Tun Razak. Tunku Abdul Rahman yang masih kuat berpengaruh menyumbangkan kritikan beliau terhadap hal ehwal politik Malaysia dalam sebuah kolum mingguan yang diterbitkan dalam The Star. Di satu pihak lagi, Tun Razak berniat untuk mengongkong sumber kritikan ini dengan membeli saham penguasaan (controlling stake) akhbar itu, tetapi Tunku Abdul Rahman melalui sekutu politik beliau, Tun Mustapha yang selaku Ketua Menteri Sabah, dengan cepatnya membeli saham yang mencukupi supaya akhbar itu masih dimiliki oleh mereka yang sanggup menerbitkan kritikan sederhana tetapi secara terbuka terhadap kerajaan (Means 1991: 55).

Setakat ini, Huaren Holdings menguasai akhbar The Star dengan memiliki 43.52 peratus saham majoriti Star Publications.103 Sungguhpun pemilikan saham

103

Star Publications juga menerbitkan lima buah majalah iaitu Kuntum, Shang Hai, Galaxie,

Flavours dan Day & Night. Kuntum adalah sebuah majalah pendidikan bulanan yang mula diterbitkan pada Februari 1980; Shang Hai adalah sebuah majalah perniagaan bulanan yang mula diterbitkan pada Mac 1979; Galaxie adalah sebuah majalah pembacaan ringan (light-reading) yang mula diterbitkan pada Oktober 1974; Flavours adalah sebuah majalah masakan yang mula diterbitkan pada Julai 1995; manakala Day & Night ialah sebuah majalah panduan hiburan dan kelapangan yang mula diterbitkan pada Januari 1996. Lihat, A Brief History of The Star, http://thestar.com.my/info/thestar.asp.

Huaren dalam Star Publications tidak melebihi 50 peratus, ia memang pemilik saham tunggal yang terbesar dan menguasai syarikat penerbitan akhbar itu kerana jumlah saham yang dimiliki oleh 19 pemegang saham terbesar yang disenaraikan hanya 31.17 peratus, di mana pemegang saham kedua besar hanya memilik 7.73 peratus saham sahaja (Laporan Tahunan Star Publications 1998: 97-98).

Pada tahun 1981, melalui Star Publications, MCA mengambil alih akhbar bahasa Cina, Malayan Tung Pao yang kemudiannya ditukar nama sebagai Thung Bao

(Mustafa 2000: 103). Pengedaran Thung Bao mengalami kemerosotan teruk setelah diambil alih oleh MCA dan kerugian besar mengakibatkan MCA melepaskan Thung Bao pada 1991. Thung Bao ditamatkan penerbitan pada 1994 akibat daripada kerugian yang berterusan.

Di samping itu, Tan Koon Swan, bekas Presiden MCA, menguasai sebuah akhbar Cina, Shin Ming Daily News, mulai 1976. Sebanyak 70 peratus saham Shin Ming Daily News diambil alih oleh NSTP pada 1986 ketika Tan Koon Swan terlibat dalam krisis PAN-El dan menghadapi tuduhan penipuan dan pecah amanah di Singapura. Pemilikan NSTP terhadap Shin Ming Daily News bertambah kepada 89.11 peratus pada Disember 1988 (Gomez 1990: 71). Namun begitu, Shin Ming Daily News juga mengulangi nasib Thung Bao iaitu diberhentikan penerbitan pada 1994 akibat daripada kemerosotan pengedaran dan kerugian besar.

Sungguhpun telah dua kali mengalami kegagalan dalam menceburi industri akhbar bahasa Cina, niat MCA untuk menguasai akhbar bahasa Cina tidak lenyap. Perkembangan terkini ialah MCA, melalui Huaren Management Sdn Bhd, memperolehi 71.5 peratus saham Nanyang Press Holdings Berhad dari Hume Industries pada penghujung Mei 2001. Nanyang Press adalah sebuah kumpulan penerbitan bahasa Cina yang terbesar di Malaysia, ia menerbitkan dua buah akhbar harian yang bersejarah dan berpengaruh di kalangana masyarakat Cina, iaitu Nanyang Siang Pau dan China Press, serta 15 jenis penerbitan lain. Dengan naungan dan sokongan pucuk pimpinan tertinggi kerajaan, proses pengambilalihan Nanyang Press

telah disempurnakan pada 31 Mei 2001 dalam suara bantahan masyarakat Cina.104 Berikutan dengan tutupnya tawaran wajib tanpa syarat (unconditional mandatory offer), jumlah saham Nanyang Press yang dimilik oleh Huaren Management meningkat kepada 92.14 peratus pada pertengahan bulan Ogos 2001.105

Kuasa politik juga menceburi industri akhbar Tamil. Parti komponen Barisan Nasional yang mewakili kaum India, Malaysian Indian Congress (MIC), juga pada suatu ketika menguasai tiga akhbar bahasa Tamil iaitu Thinamurasu, Tamil Osai dan

Tamil Nesan. Antaranya, Tamil Nesan dimiliki oleh isteri kepada Presiden MIC Samy Vellu dan ahli-ahli keluarga mereka (Loh & Mustafa 1996: 103; Mustafa 2000: 103).

5.4 KESAN PEMILIKAN DAN PENGKONGLOMERATAN MEDIA OLEH

Dalam dokumen MEDIA MASSA DAN HEGEMONI BARISAN NASIONA (Halaman 156-159)