• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aktiviti Rutin

Dalam dokumen DOKUMEN STANDARD PRASEKOLAH (Halaman 26-38)

30% 30%

65%

100%

0% 0%

Modul Teras Asas

Modul Bertema

100%

84%

Awal tahun Akhir tahun

Aktiviti Rutin

30% 30%

60%

Selaras dengan usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan meningkatkan bahasa Inggeris, prasekolah dikehendaki menggunakan bahasa pengantar seperti di Jadual 14, 15 dan 16.

Jadual 14: Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instructional dalam Kelas Prasekolah

Bil. Bahasa Instructional Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya(minit) Bahasa Malaysia Bahasa

Pengantar lain

1 Bahasa Malaysia 600 400

2 Bahasa Inggeris 600 400

4 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Inggeris

400

JUMLAH 1200 1200

Jadual 15: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia

Bil.

Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu (minit) Diajar dalam BM Diajar dalam BI Jumlah 1 Rutin pagi * 30 20 10 x 5 2 Perbualan Pagi 60 40 20 x 5 3 Rehat 90 60 30 x 5

4 Refleksi sebelum balik 30 20 10 x 5

5 Modul asas BM 90 90

6 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM

100 100

7 Modul asas BI 90 90

8 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI 330 330 9 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120 120 10 Aktiviti Luar 40 40 80 11 Matematik 40 40

Jumlah minit seminggu 600 600 1200

Nota:

*Rutin pagi merangkumi aktiviti pengurusan diri, berbaris, menyanyikan lagu, doa, tanda kehadiran.

** Modul Bertema menyepadukan elemen bahasa, sains,

matematik, kemanusiaan, muzik, seni visual, perkembangan sosio emosi, pendidikan moral dan perkembangan fizikal.

Pendahuluan

20

Jadual 16: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang

bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia (BC/BT)

Bil.

Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu dikendalikan dalam bahasa

(minit) BM BI BC/BT Jumlah dalam seminggu 1 Rutin pagi * 10 20 20 10 x 5 = 50 2 Perbualan Pagi 20 40 40 20 x 5 = 100 3 Rehat 30 90 30 30 x 5 = 150

4 Refleksi sebelum balik 10 20 20 10 x 5 = 50

5 Modul asas BM 90 90

6 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM

200 200

7 Modul asas BI 90 90

8 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI

140 140

9 Modul asas BC/BT 90 90

10 Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam

120 120

11 Aktiviti Luar 40 40 80

12 Matematik 40 40

Jumlah minit seminggu 400 400 400 1200

Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama: Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.

 Guru perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnya Rancangan Harian) berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

 Guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:

o Kreativiti

o Pemikiran logikal

o Kemahiran Menaakul

o Perkembangan Rohani

o Pembentukan sikap positif dan nilai murni

o Perkembangan fizikal dan kesihatan

o Kreativiti dan estetika

 Guru memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid-murid.

 Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:

o Mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan menggalak semua murid berfikir secara kritis dan kreatif.

o Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.

pembelajaran yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan:

o Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid.

o Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses membuat keputusan.

o Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap pembelajaran mereka sendiri.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua: Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.

 Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:

o Pembelajaran Berpusatkan murid

o Inkuiri Penemuan

o Belajar Melalui Bermain

o Pendekatan Bersepadu

o Pendekatan Bertema

o Pembelajaran Berasaskan Projek

o Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa dan kemahiran)

o Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid, alam persekitaran murid)

o Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple intelligence)

Pendahuluan

22

 Guru prasekolah menjalankan pengajaran dan

pembelajaran yang mengambil kira tentang:

o Kebolehan dan aras perkembangan kognitif kanak-kanak

o Teori perkembangan kanak-kanak.

o Keadaan setempat.

o Keperluan individu murid.

 Guru prasekolah mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas.

 Guru prasekolah merancang aktiviti harian berpandu kepada aktiviti yang dicadangkan dalam Jadual 12-16: Cadangan Peruntukan Masa untuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas Prasekolah.

 Guru prasekolah perlu mengendalikan perbualan pagi dan refleksi setiap hari.

 Guru prasekolah perlu memastikan rutin harian dikendalikan dengan baik setiap hari.

 Guru prasekolah sentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara murid.

 Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid untuk

mengemukakan idea mereka, bersikap inquisitive dan bersikap terbuka.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga: Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat: Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.

 Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.

 Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas prasekolah.

 Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan updated.

 Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas.

 Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima: Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

 Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara.

 Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid.

 Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun.

 Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program keibubapaan.

prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.  Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke

rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu.

 Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke rumah.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam: Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.

 Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan.  Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa

untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.

Pendahuluan

24

STANDARD PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.

 Tujuan pentaksiran adalah untuk:

o Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

o Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.

o Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.

o Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

o Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

 Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:

o Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

o Membantu pembelajaran murid.

o Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru.

Standard Pentaksiran Kedua: Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

 Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk: o Penerapan nilai o Pembentukan sikap o Penguasaan kemahiran o Status kecergasan o Status kesihatan

o Kesediaan sosial (social readiness)

 Aktiviti kokurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari.

 Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Standard Pentaksiran Ketiga: Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

 Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid.

 Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut:

o Pemerhatian berterusan

o Penilaian hasil kerja

 Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak:

o Ujian atau peperiksaan formal

o Ujian kertas and pensil

 Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.  Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.

 Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.

 Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod adalah seperti berikut:

o Senarai Semak.

o Skala Kadar.

o Rekod Anekdot.

o Rekod Berterusan (Running Record).

o Portfolio

untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran.

 Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.

 Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.

 Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar. Standard Pentaksiran Keenam: Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

 Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja.

 Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.

 Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid

sebagai mendapat ‟A‟ atau ‟B‟ dan seterusnya.

 Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat

Pendahuluan

26

STANDARD DOMAIN KREATIVITI (SDK)

Kreativiti adalah potensi semula jadi yang dipunyai oleh semua individu. Namun begitu tidak semua individu boleh menjadi individu yang kreatif sekiranya kreativiti tidak dipupuk secara sengaja. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran mulai dari prasekolah lagi. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal, dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan dalam banyak konteks yang berbeza dan boleh diintegrasikan dalam banyak aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah dimantapkan melalui dua pendekatan utama, iaitu:

 Penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran

 Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan pendidikan seni visual

Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua komponen iaitu: pemikiran kreatif dan pemupukan sikap dan personaliti kreativiti.

Standard Domain Kreativiti Pertama: Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir kreatif mereka

Standard ini mencadangkan bahawa:

 Murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untuk menghasilkan karya/ciptaan yang asli, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

 Murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan di bawah dengan bimbingan guru.

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk proses berfikir disenaraikan di Jadual berikut:

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Contoh Fasa Persediaan Membuat pemerhatian aktif Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau

bau untuk memerhati objek/fenomena. Murid perhatikan pelbagai kacang yang disediakan oleh guru. (Kacang merah, kacang hijau, kacang kuda) Mencerakinkan pemerhatian (proses analisis)  Mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara objek/ idea/ fenomena dengan bimbingan Murid mendapati kacang-kacang ini berbeza daripada segi saiz dan warna.

Kandungan Pembelajaran  Mengasingkan objek/idea/fenomen a berdasarkan ciri tertentu dengan bimbingan.  Mengkaji kesan baik dan buruk dengan bimbingan Fasa Imaginasi Menjanakan idea (mensintesiskan idea)  Menghasilkan idea-idea baru (yang mungkin benar atau tidak pasti) dengan bimbingan.  Menghasilkan idea yang bermakna dengan bimbingan. Murid mencadangkan tempat di mana kacang saiz atau warna tertentu boleh dilekatkan untukmenghasilkan kolaj. Fasa Tindakan Menghasilkan produk/Membuat keputusan/Membuat pilihan  Menghasilkan produk  Membuat kesimpulan dengan bimbingan.  Membuat pilihan Kandungan Pembelajaran bimbingan.  Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baru secara berterusan dengan bimbingan.

Standard Domain Kreativiti Kedua: Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar mereka menghayati dan menghargai nilai estetik dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan naluri mereka untuk terus menghasilkan karya kreatif secara berterusan dan beretika.

Pendahuluan

28

ORGANISASI DOKUMEN KURIKULUM STANDARD

Dokumen ini mengandungi dua bahagian, Bahagian A dan B. Bahagian A adalah senarai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran mengikut tunjang.

Bahasa Malaysia

31

BAHAGIAN A

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD

Dalam dokumen DOKUMEN STANDARD PRASEKOLAH (Halaman 26-38)