• Tidak ada hasil yang ditemukan

TUNJANG KURIKULUM KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN MORAL (PM)

Dalam dokumen DOKUMEN STANDARD PRASEKOLAH (Halaman 87-94)

PENDIDIKAN MORAL

TUNJANG KURIKULUM KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN MORAL (PM)

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, khasnya komponen Pendidikan Moral, murid boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan, kerajinan, kasih sayang, kejujuran, berdikari, keberanian, baik hati, berdisiplin, berterima kasih, toleransi, keadilan, menghormati, bertanggungjawab, kerjasama, hemah tinggi serta kesederhanaan.

Fokus Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Murid dalam lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+ (PM 1.0) Kepercayaan kepada Tuhan (PM 1.1) Mengetahui dan menghormati kepercayaan pelbagai kaum. (PM 1.1.1) Menyatakan bahawa manusia adalah ciptaan Tuhan.

(PM 1.1.2) Membezakan ciptaan Tuhan dan rekaan manusia.

(PM 1.1.3) Menyatakan Tuhan adalah pencipta alam.

(PM 2.0) Baik Hati

(PM 2.1) Membantu ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain.

(PM 2.1.1) Memberi bantuan kepada ahli keluarga dan warga sekolah.

(PM 2.1.2) Memberi bantuan kepada ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain.

(PM 3.0)

Bertanggungjawab

(PM 3.1)

Bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran kelas.

(PM 3.1.1) Menjaga kebersihan, keselamatan harta benda sendiri dan kelas prasekolah dengan bimbingan. (PM 3.1.2) Melaksanakan

tanggungjawab sebagai seorang murid dengan bimbingan.

(PM 3.1.3) Menjaga kebersihan, keselamatan harta benda sendiri dan kelas prasekolah.

(PM 3.1.4) Melaksanakan

tanggungjawab sebagai seorang murid.

(PM 4.0) Berterima Kasih

(PM 4.1) Mengamalkan sikap berterima kasih. .

(PM 4.1.1) Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan yang diterima.

(PM 4.1.2) Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan, penghargaan dan sumbangan yang diterima.

Pendidikan Moral

85

Fokus Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Murid dalam lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(PM 5.0) Hemah tinggi

(PM 5.1) Beradab sopan dalam pergaulan seharian.

(PM 5.1.1) Menunjukkan tingkah laku yang bersopan dalam pergaulan seharian dengan bimbingan

(PM 5.1.2) Melafazkan tutur kata yang bersopan dengan bimbingan.

(PM 5.1.3) Menunjukkan tingkah laku yang bersopan dalam pergaulan seharian.

(PM 5.1.4) Melafazkan tutur kata yang bersopan.

(PM 5.1.5) Menyatakan cara-cara bertingkah laku sopan.

(PM 6.0) Hormat -menghormati

(PM 6.1) Menghormati anggota keluarga.

(PM 6.1.1) Menunjukkan taat dan hormat kepada ahli keluarga.

(PM 6.1.2) Menyatakan dan

menunjukkan taat dan hormat kepada ahli keluarga.

(PM 6.1.3) Menyatakan sebab mengapa perlu hormat kepada ahli keluarga.

(PM 6.2) Menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat.

(PM 6.2.1) Menunjukkan cara

menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat dengan bimbingan. (PM 6.2.2) Melafazkan ucapan

bertatasusila bersesuaian dengan situasi dan masa dengan bimbingan.

(PM 6.2.3) Menunjukkan cara

menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat.

(PM 6.2.4) Melafazkan ucapan

bertatasusila bersesuaian dengan situasi dan masa.

Fokus Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Murid dalam lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(PM 7.0) Kasih Sayang

(PM 7.1) Menyayangi diri, keluarga dan orang di sekeliling.

(PM 7.1.1) Bercerita tentang orang yang disayangi.

(PM 7.1.2) Bercerita tentang kebaikan ahli keluarga.

(PM 7.1.3) Menunjukkan sifat kasih sayang kepada diri sendiri, keluarga dan orang di sekelilingnya.

(PM 7.1.4) Menyatakan sebab perlunya menyayangi keluarga.

(PM 7.1.5) Menyatakan tanggungjawab diri terhadap keluarga.

(PM 7.1.6) Menyata dan menunjukkan sifat kasih sayang kepada diri sendiri, keluarga dan orang di sekelilingnya secara lisan dan bukan lisan.

(PM 7.1.7) Mengenali keistimewaan diri dan menunjukkan bakat.

(PM 8.0) Keadilan

(PM 8.1) Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.

(PM 8.1.1) Mengamalkan sikap adil dengan bimbingan guru dalam sesuatu aktiviti seperti permainan.

(PM 8.1.2) Mengamalkan sikap adil dalam sesuatu aktiviti seperti permainan.

(PM 9.0) Keberanian (PM 9.1) Berinteraksi dengan yakin di sekolah. .

(PM 9.1.1) Berani mencuba sesuatu tugasan yang baru.

(PM 9.1.2) Berani bertutur menggunakan ayat yang mudah.

(PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.

(PM 9.1.4) Berani bercakap dengan yakin menggunakan ayat yang mudah. (PM 10.0)

Kejujuran

(PM 10.1)

Mengamalkan sikap jujur dalam diri dan pergaulan dengan ahli keluarga, rakan dan guru.

(PM 10.1.1) Mengenal sikap jujur melalui simulasi dan cerita.

(PM 10.1.2) Memohon maaf apabila melakukan kesalahan.

(PM 10.1.3) Mengenal pasti tindakan yang jujur dalam cerita yang didengar. (PM 10.1.4) Mengamalkan sifat jujur pada diri dan rakan.

Pendidikan Moral

87

Fokus Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Murid dalam lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(PM 10.1.5) Sentiasa bercakap benar kepada anggota keluarga, rakan dan guru.

(PM 11.0) Kerajinan

(PM 11.1)

Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan harian.

(PM 11.1.1) Menunjukkan sifat rajin dalam pengurusan diri.

(PM 11.1.2) Mengamalkan sifat rajin dalam pengurusan diri dan menjalankan tugasan. (PM 12.0) Kerjasama (PM 12.1) Mengamalkan sikap kerjasama dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat.

(PM 12.1.1) Melakukan aktiviti secara berkumpulan.

(PM 12.1.2) Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.

(PM 12.1.3) Menyatakan faedah bekerja secara kumpulan.

(PM 12.1.4) Menyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat secara kumpulan. (PM 12.1.5) Mengamalkan sikap tolong menolong dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat.

(PM 13.0) Kesederhanaan

(PM 13.1)

Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan.

(PM 13.1.1) Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang

keperluan dengan bimbingan guru.

(PM 13.1.2) Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang

Fokus Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Murid dalam lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(PM 14.0) Toleransi

(PM 14.1)

Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan seharian.

(PM 14.1.1) Bersedia menunggu giliran.

(PM 14.2)

Mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan sebaya.

(PM 14.2.1) Saling berkongsi dalam menggunakan barang dan peralatan di dalam kelas.

(PM 14.2.2) Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi tertentu.

(PM 14.2.3) Menyatakan faedah bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti kumpulan. (PM 15.0) Berdikari (PM 15.1) Mengamalkan sikap berdikari dalam pengurusan diri.

(PM 15.1.1) Menguruskan diri sendiri dengan bantuan.

(PM 15.1.2) Menguruskan diri sendiri tanpa bantuan.

(PM 16.0) Berdisiplin

(PM 16.1)

Mengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas.

(PM 16.1.1) Mematuhi arahan guru. (PM 16.1.2) Mematuhi arahan yang ditentukan di kelas atau di sekolah.

(PM 16.1.3) Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan.

(PM 16.1.4) Mematuhi peraturan kelas.

Nota:

Pendidikan Moral diterapkan sepanjang masa murid berada dalam prasekolah, tidak kira semasa pengajaran dan pembelajaran, rutin pagi, rehat dan semasa makan. Pendidikan Moral tidak semestinya diwujudkan sebagai aktiviti yang khas.

Pendidikan Moral

89

Senarai Nilai Moral dan Penerangannya:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

o Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2. Baik Hati

o Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

3. Bertanggungjawab

o Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 4. Berterima kasih

o Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

5. Hemah tinggi

o Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. 6. Hormat-menghormati

o Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

7. Kasih sayang

o Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 8. Keadilan

o Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah. 9. Keberanian

10. Kejujuran

o Bercakap benar, besikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 11. Kerajinan

o Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. 12. Kerjasama

o Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. 13. Kesederhanaan

o Besikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

14. Toleransi

o Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup. 15. Berdikari

o Kebolehan untuk mengurus diri dan menjalankan tugas yang diberikan. 16. Berdisiplin

Perkembangan Sosio emosi

91

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI

Dalam dokumen DOKUMEN STANDARD PRASEKOLAH (Halaman 87-94)