• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOKUMEN STANDARD PRASEKOLAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "DOKUMEN STANDARD PRASEKOLAH"

Copied!
245
0
0

Teks penuh

(1)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

(2)
(3)

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

(4)
(5)

muka

surat

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

v

KATA PENGANTAR

vi

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

1

FOKUS DAN ORGANISASI KURIKULUM

2

STANDARD KANDUGAN KURIKULUM

7

REKABENTUK KURIKULUM

15

PERUNTUKAN MASA

16

STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

21

STANDARD PENTAKSIRAN

24

STANDARD DOMAIN KREATIVITI

26

ORGANISASI DOKUMEN KURIKULUM STANDARD

28

KERANGKA KONSEP KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

29

BAHAGIAN A: STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MENGIKUT TUNJANG

31

TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA MALAYSIA

33

TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA INGGERIS

45

TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA CINA

53

TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA TAMIL

65

(6)

iv

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN MORAL

83

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

91

TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA - PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN

KESIHATAN

97

TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA - KREATIVITI

109

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

AWAL SAINS DAN AWAL MATEMATIK

117

TUNJANG KEMANUSIAAN

135

BAHAGIAN B: MODUL TERAS BERTEMA

145

LAMPIRAN

CADANGAN JADUAL WAKTU

229

(7)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:

(8)

KATA PENGANTAR

Perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri individu kanak-kanak pada usia enam tahun yang pertama. Melalui asuhan dan pendidikan yang sesuai, minda kanak-kanak ini dapat dirangsangkan, sikap dan emosi yang positif dapat dibina, serta kreativiti dan pemikiran kritikal dapat dijana. Berpandu kepada asas ini, kanak-kanak ini akan lebih bersedia untuk menghadapi alam persekolahan pada peringkat yang lebih tinggi. Hasil kajian jangka panjang mendapati pelaburan pada peringkat awal kanak-kanak memberi pulangan yang positif kepada kerajaan dan masyarakat. Pada masa yang sama, semakin banyak hasil kajian neurosains menunjukkan kaitan antara pendedahan rangsangan pada peringkat awal dengan perkembangan minda kanak-kanak yang optimum.

Menyedari hakikat ini maka pada tahun 1996, prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan. Selepas lima tahun pelaksanaan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan dilaksanakan mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan.

KSPK digubal berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Penggubalan KSPK mengambilkira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku.

KSPK digubal berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri

penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu adalah ditekankan. Kriteria pemilihan aktiviti memberi keutamaan kepada pengalaman yang menyuburkan (enriching),penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan menyeronokkan (fun).

Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih daripada satu bahasa, maka KSPK memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003.

Dalam usaha menyediakan KSPK, pelbagai pihak telah dilibatkan seperti guru, pensyarah, pegawai dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan dan Swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tadika swasta. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(DATU Dr HJ. JULAIHI HJ. BUJANG) Pengarah

(9)

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

i. Membina kecergasan badan.

ii. Mempunyai tubuh badan yang sihat.

iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri. v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar. vi. Mempunyai kematangan emosi.

vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri. viii. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.

x. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang

dewasa serta rakan sebaya.

xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

xiv. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.

xv. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam

menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah. xvii. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif

dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. xviii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika

(10)

Pendahuluan

2

INSAN SEIMBANG

PERKEMBANGAN FIZIKAL & ESTETIKA

Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

KETRAMPILAN DIRI

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KEMANUSIAAN

Ilmu dan amalan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global

Penghayatan semangat patriotisme & perpaduan

KEROHANIAN, SIKAP & NILAI

Amalan agama dan kepercayaan, sikap & nilai

SAINS & TEKNOLOGI

Pendekatan Inkuiri, pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan sikap saintifik

Pengetahuan dan kemahiran matematik, penyelesaian masalah. ICT.

KOMUNIKASI

Kemahiran berbahasa, bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.

FOKUS

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri (rujuk Rajah 1). Untuk tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

(11)

Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam

bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan Moral

Pendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi

(12)

Pendahuluan

4

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekanan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Perkembangan Kreativiti

Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.

Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.

Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.

Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.

(13)

Matematik

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Awal Sains

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan(contoh: tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi,cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal Matematik

Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang,

pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.

Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.

Tunjang Kemanusian menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

Modul Asas dan Modul Bertema

Pendidikan prasekolah dilaksanakan melalui modul asas dan modul bertema.

Modul Asas

(14)

Pendahuluan

6

Tamil(untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.

Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa murid beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal di luar, maka Aktiviti Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.

Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4 M.

Modul Bertema

Pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan matematik. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.

Guru boleh menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut: Diri saya, Negara saya, Alam Hidupan, Alam Bahan dan Alam Fizikal. Contoh tema yang boleh dibina untuk Diri saya adalah Sekolah saya, Kawan saya, Keluarga

saya. Contoh tema yang boleh dibina untuk Negara saya adalah Perayaan Hari Raya, Kemerdekaan Negara, Lagu dan Muzik tradisional. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Hidupan adalah Haiwan dan Tumbuhan. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Bahan adalah Air dan Pakaian. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah Cuaca.

Aktiviti rutin

(15)

Jadual 1: Standard Kandungan untuk Komunikasi - Bahasa Malaysia

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kemahiran Mendengar

Mendengar dengan penuh perhatian.

Mendengar dan mengecam bunyi perkataan.

Kemahiran Bertutur

Berinteraksi dengan mesra.

Merangsang pertuturan melalui soal jawab. Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul. Menceritakan semula apa yang didengar.

Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

Kemahiran Membaca

Mengenal bentuk huruf A - Z. Mengenal huruf vokal. Mengenal huruf konsonan.

Membina dan membaca sukukata. Membaca perkataan.

Membaca frasa.

Membaca ayat tunggal yang mudah. Membaca ayat dalam konteks.

Memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca. Membaca buku dengan cara yang betul (prabaca). Mengamalkan tabiat membaca.

Kemahiran Menulis

Menguasai kemahiran pratulis Menguasai kemahiran menulis.

Jadual 2: Standard Kandungan untuk Komunikasi - Bahasa Inggeris

Focus At the end of preschool students are able to:

Listening and speaking skills

Listen to and discriminate sounds.

Listen to and understand meaning of simple words.

Acquire and use simple phrases and statements. Listen to and follow simple instructions.

Listen to and enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories.

Sing songs and recite rhymes and poems. Tell simple stories.

Dramatize familiar situations and stories.

Perform a variety of language forms and functions in a social context.

Ask simple questions.

Pre reading Skills

Understand that printed materials contain meaning.

Acquire knowledge of print and ethics in reading.

Reading Skills

Identify letters of the alphabet.

Read simple words with understanding. Read phrases with understanding.

Read simple sentences with understanding. Develop interest in reading.

Writing skills

(16)

Pendahuluan

8

Jadual 3: Standard Kandungan

untuk Komunikasi - Bahasa Cina

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kemahiran Mendengar

Mendengar dengan penuh perhatian.

Kemahiran Bertutur

Berinteraksi dengan sopan. Berinteraksi secara soal jawab

Melakonkan watak-watak dalam cerita yang didengar.

Menceritakan apa yang didengar semula menggunakan ayat yang mudah.

Kemahiran Membaca

Mengenal kaitan antara gambar dan perkataan. Membuat persediaan membaca.

Mengenal frasa. Membaca frasa. Membaca ayat.

Memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca. Membina tabiat membawa.

Kemahiran menulis

Menguasai kemahiran pratulis. Menulis perkataan.

Jadual 4: Standard Kandungan untuk Komunikasi - Bahasa Tamil

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Mendengar dengan penuh perhatian.

Mendengar dan mengecam bunyi perkataan. Menyebut apa yang didengar.

Memberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan.

Bertutur dengan menggunakan perkataan, frasa, ayat yang sesuai.

Bertanyakan soalan.

Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

Kemahiran Membaca

Mengenal dan membaca huruf. Membaca perkataan.

Membaca dengan sebutan yang betul.

Membaca menggunakan pelbagai bahan bacaan. Menggabungkan huruf supaya menjadi perkataan dan membaca.

Memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca.

Kemahiran Menulis

(17)

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Aqidah Mengetahui Rukun Iman. Ibadah Mengetahui Rukun Islam.

Melafazkan Kalimah Syahadah. Melakukan wuduk

Mendirikan solat. Bersuci dari najis.

Sirah Mengetahui Sirah Rasullullah S.A.W.

Akhlak Mencontohi akhlak Rasullullah S.A.W. iaitu sabar, bercakap benar, rajin, bijaksana dan amanah. Melakukan amalan seharian mengikut adab seperti melafazkan doa.

Asas Bahasa Al Quran dan Tulisan Jawi

Mengenal bahasa Al- Quran Mengenal huruf jawi.

Menghafaz beberapa surah dari juzu‟ Amma.

Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosio-Emosi

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Mengenali dan Mengurus Emosi Sendiri.

Mengenali emosi sendiri. Mengurus emosi sendiri. Mengenali emosi orang lain.

Mencapai Emosi yang Positif

Membina konsep kendiri.

Membina semangat dan sikap yang positif. Membina keyakinan untuk berkomunikasi. Membina kebolehan mengawal diri.

Membina

Kemahiran Sosial

Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain.

Menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi.

(18)

Pendahuluan

10

Jadual 7: Standard Kandungan untuk

Kerohanian, Sikap dan Nilai - Pendidikan Moral

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kepercayaan kepada Tuhan

Mengetahui dan menghormati kepercayaan dan pantang larang pelbagai kaum.

Baik hati Membantu ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain.

Bertanggungjaw ab

Bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran kelas.

Berterima Kasih Mengamalkan sikap berterima kasih.

Hemah tinggi Beradab sopan dalam pergaulan seharian.

Hormat-menghormati

Menghormati anggota keluarga.

Menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat.

Kasih Sayang Menyayangi diri, keluarga dan orang di sekeliling.

Keadilan Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.

Keberanian Berinteraksi dengan yakin di sekolah.

Kejujuran Mengamalkan sikap jujur dalam diri dan pergaulan dengan ahli keluarga, rakan dan guru.

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kerajinan Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan harian.

Kerjasama Mengamalkan sikap kerjasama dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat.

Kesederhanaan Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan.

Toleransi Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan seharian.

Mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan sebaya.

Berdikari Mengamalkan sikap berdikari dalam pengurusan diri.

(19)

Jadual 8: Standard Kandungan untuk Tunjang Fizikal dan Estetika – Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Perkembangan Motor Halus

Melakukan kemahiran motor halus. Melakukan kemahiran koordinasi mata tangan dalam perkembangan motor halus.

Perkembangan motor kasar

Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor.

Melakukan kemahiran motor kasar bukan lokomotor.

Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar.

Kesihatan Fizikal Menjaga kebersihan diri.

Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.

Kesihatan Persekitaran

Menjaga kebersihan.

Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit.

Keselamatan Mengenali sumber yang menyebabkan kemalangan dan bahaya.

Mengamalkan langkah keselamatan diri. Menjaga kehormatan diri.

Jadual 9: Standard Kandungan

untuk Tunjang Fizikal dan Estetika - Kreativiti

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Seni Visual Mengetahui dan menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam

menghasilkan karya seni.

Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya.

Menunjukkan apresiasi seni.

Muzik Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi. Mengambil bahagian dalam aktiviti

memainkan perkusi.

Mengambil bahagian dalam aktiviti penerokaan bunyi.

Menunjukkan apresiasi Muzik.

Drama & Gerakan Kreatif

(20)

Pendahuluan

12

Jadual 10: Standard Kandungan untuk Tunjang Sains dan

Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Sikap saintifik Mempamerkan sikap saintifik iaitu sistematik, sifat ingin tahu dan bertanggungjawab.

Kemahiran Saintifik

Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam di persekitaran.

Membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai.

Membanding dan mengelaskan objek. Membuat ramalan berdasarkan pengalaman lepas..

Menyelesaikan masalah kehidupan harian secara hands-on.

Menyiasat Alam Hidupan

Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan.

Meneroka alam sekitar menggunakan organ deria.

Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan biji benih.

Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan haiwan jinak yang biasa dijumpai.

Menyiasat Alam Bahan

Meneroka sifat bahan seperti timbul dan tenggalam, pemelarutan serta tarikan boleh magnet.

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Menyiasat Alam Fizikal

Meneroka fenomena alam yang biasa yang dijumpai, iaitu awan, cuaca, pelangi dan bayang-bayang.

Pengalaman Pranombor

Memadankan objek 1:1.

Membandingkan kuantiti objek. Membuat seriasi mengikut satu ciri. Mengecam corak berulang dan membina pola.

Konsep Nombor

Memahami nombor 1-10 (menyebut, membilang, menulis).

Mengetahui sifar.

Memahami nombor 10-20 (menyebut, membilang, menulis).

Memahami siri 20, 30, 40 dan 50.

Operasi Nombor Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10.

Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10.

Nilai wang Mengecam duit yang berlainan nilai.

(21)

Bentuk dan Ruang

Mengetahui kedudukan objek dalam ruang (depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam, kiri, kanan).

Mengetahui bentuk yang biasa dijumpai di persekitaran (segitiga, bulat, segi empat, kon, sfera, selinder, kiub).

Pembinaan(constr uction)

Membina penghubung antara dua objek. Membina lingkungan.

Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri.

Penggunaan ICT Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara accountable dan beretika.

Memilih dan mengaplikasikan sumber ICT yang sesuai.

Menggunakan ICT untuk meningkatkan pembelajaran.

untuk Tunjang Kemanusiaan

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Diri saya Mengetahui tentang latar belakang/sejarah diri saya Mengetahui kebolehan diri. Mengetahui hak diri sendiri.

Saya dan Keluarga Mengetahui keluarga terdekat (datuk, nenek, ibu. bapa, adik beradik). Mengetahui kediaman keluarga.

Saya dan Rakan Mengetahui tentang rakan.

Saya dan Sekolah Mengetahui sekolah saya.

Saya dan Komuniti Mengamalkan semangat bermasyarakat. Mengenali ahli komuniti.

Menyambut perayaan mengikut kaum di masyarakat Malaysia.

Saya dan Alam Sekitar

Menghayati keindahan alam sekitar. Memahami perhubungan antara manusia dan alam sekitar.

Menjaga alam sekitar.

Saya dan Warisan Budaya

Mengenal pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Menghayati lagu dan muzik pelbagai kaum di Malaysia.

(22)

Pendahuluan

14

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Mengenal seni dan kraf tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Mengenal peralatan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Mengenal makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Mendengar cerita rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Saya dan Negara Malaysia

Menghormati lambang kebangsaan dan negeri.

(23)

Dua ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah

kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

Kurikulum Berasaskan Standard

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular

Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unitini dinamakan modul.

Dua jenis modul diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema.

Modul Asas terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu yang khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini.

Modul Bertema

Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu

kehidupan seharian kanak-kanak.

Teori Pembelajaran yang dijadikan fokus

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana:

 Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.

 Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.  Perbezaan individu dibenarkan.

 Murid belajar mengikut kadar sendiri.

(24)

Pendahuluan

16

PERUNTUKAN MASA DALAM PRASEKOLAH

Peruntukan masa minimum

Peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi:

1. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari (termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 20 jam satu minggu untuk kanak-kanak yang berumur 5+.

2. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga jam setengah sehari (termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 17 ½ jam satu minggu untuk kanak-kanak yang berumur 4+.

3. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

4. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

5. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

6. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

7. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-kurangnya dua jam seminggu.

(25)

Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) prasekolah diagih berdasarkan modul asas dan modul bertema seperti di Jadual 12 dan 13. Walau bagaimanapun peruntukan waktu ini seharusnya fleksibel dan guru boleh mengubahsuai jadual waktu mengikut kesesuaian setempat dan keperluan murid.

Jadual 12: Cadangan peruntukan waktu untuk Modul Asas dan Modul Bertema di prasekolah yang bahasa pengantarnya

Bahasa Malaysia

Bil.

Modul Peruntukan

Masa Seminggu

(minit) Aktiviti Rutin(lebih kurang 30% daripada masa P & P)

1 Rutin pagi 50

2 Perbualan Pagi 100

3 Rehat 150

4 Refleksi sebelum balik 50

Jumlah 350

Modul Asas (lebih kurang 35% daripada masa P & P))

4 Bahasa Malaysia 90

5 Bahasa Inggeris 90

6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120 7 Aktiviti Luar (outdoor activity) 80

8 Matematik 40

Jumlah 420

Modul Bertema (lebih kurang 35% daripada masa P & P) 9 Modul bersepadu merangkumi

elemen-elemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik

430

Jumlah 430

Modul Bertema di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina , Bahasa Tamil atau bahasa pengantar lain

Bil. Modul Peruntukan Masa Seminggu (minit) Aktiviti Rutin(lebih kurang 30% daripada masa P & P)

1 Rutin pagi 50

2 Perbualan Pagi 100

3 Rehat 150

4 Refleksi sebelum balik 50

Jumlah 350

Modul Asas (lebih kurang 40% daripada masa P & P)

4 Bahasa Malaysia 90

5 Bahasa Inggeris 90

6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (120) *

7 Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa

pengantar Lain

90

8 Aktiviti Luar(outdoor activity) 80

9 Matematik 40

Jumlah 510

Modul Bertema (lebih kurang 30% daripada masa P & P)

10 Modul bersepadu merangkumi

elemen-elemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik

340

Jumlah 340

Jumlah minit dalam satu minggu 1200 * untuk murid yang beragama Islam sahaja

(26)

Pendahuluan

18

Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah perlu bermakna dan bersifat kontekstual kepada murid, maka pendekatan bertema adalah digalakkan. Modul bertema menyepadukan Standard Pembelajaran dari pelbagai tunjang mengikut tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid. Peruntukan waktu untuk Modul Bertema boleh ditambah secara beransur-ansur dari awal tahun ke ahkir tahun seperti yang dicadangkan dalam Rajah 2 dan Rajah 3. Jumlah waktu yang ditambah untuk modul bertema boleh ditentukan oleh guru sendiri. Modul bertema akan membawa lebih makna kepada murid bila mereka sudah mempunyai literasi asas dalam bahasa pengantar yang berkenaan.

Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan tidak formal dan kanak-kanak memerlukan persekitaran fizikal dan sosial yang tidak rigid untuk memastikan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Jadual waktu prasekolah adalah fleksibel di mana guru boleh mengubahsuai jadual waktu mengikut keperluan semasa.

Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul Bertema di kelas prasekolah yang bahasa

pengantarnya Bahasa Malaysia

Rajah 3: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul Bertema di kelas prasekolah yang bahasa

pengantarnya bukan Bahasa Malaysia

Aktiviti Luar yang dinyatakan dalam Jadual 12 - 13 adalah aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah:

o Bermain dengan buaian, gelongsor dll o Main pasir, main air, main pondok o Berlari, menyambut bola, melompat

Rutin pagi yang dinyatakan dalam Jadual 12-13 merangkumi pengurusan diri, berbaris, menyanyikan lagu, doa, tanda kedatangan.

Aktiviti semasa rehat yang dinyatakan dalam Jadual 12-13 merangkumi doa, makan, gosok gigi, main bebas(free play).

0%

0%

Modul Teras Asas

Modul Bertema

100%

84%

Awal tahun

Akhir tahun

Aktiviti Rutin

30%

30%

65%

100%

0%

0%

Modul Teras Asas

Modul Bertema

100%

84%

Awal tahun

Akhir tahun

Aktiviti Rutin

30%

30%

60%

(27)

Selaras dengan usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan meningkatkan bahasa Inggeris, prasekolah dikehendaki menggunakan bahasa pengantar seperti di Jadual 14, 15 dan 16.

Jadual 14: Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instructional dalam Kelas Prasekolah

Bil. Bahasa Instructional Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya(minit) Bahasa Malaysia Bahasa

Pengantar lain

1 Bahasa Malaysia 600 400

2 Bahasa Inggeris 600 400

4 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Inggeris

400

JUMLAH 1200 1200

Jadual 15: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia

Bil.

Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu (minit) Diajar

dalam BM

Diajar dalam BI

Jumlah

1 Rutin pagi * 30 20 10 x 5

2 Perbualan Pagi 60 40 20 x 5

3 Rehat 90 60 30 x 5

4 Refleksi sebelum balik 30 20 10 x 5

5 Modul asas BM 90 90

6 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM

100 100

7 Modul asas BI 90 90

8 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI

330 330

9 Pendidikan

Islam/Pendidikan Moral

120 120

10 Aktiviti Luar 40 40 80

11 Matematik 40 40

Jumlah minit seminggu 600 600 1200

Nota:

*Rutin pagi merangkumi aktiviti pengurusan diri, berbaris, menyanyikan lagu, doa, tanda kehadiran.

** Modul Bertema menyepadukan elemen bahasa, sains,

(28)

Pendahuluan

20

Jadual 16: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang

bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia (BC/BT)

Bil.

Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu dikendalikan dalam bahasa

(minit)

BM BI BC/BT Jumlah dalam seminggu

1 Rutin pagi * 10 20 20 10 x 5 = 50

2 Perbualan Pagi 20 40 40 20 x 5 = 100

3 Rehat 30 90 30 30 x 5 = 150

4 Refleksi sebelum balik 10 20 20 10 x 5 = 50

5 Modul asas BM 90 90

6 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM

200 200

7 Modul asas BI 90 90

8 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI

140 140

9 Modul asas BC/BT 90 90

10 Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam

120 120

11 Aktiviti Luar 40 40 80

12 Matematik 40 40

Jumlah minit seminggu 400 400 400 1200

(29)

Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama: Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.

 Guru perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnya Rancangan Harian) berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

 Guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:

o Kreativiti

o Pemikiran logikal o Kemahiran Menaakul o Perkembangan Rohani

o Pembentukan sikap positif dan nilai murni o Perkembangan fizikal dan kesihatan o Kreativiti dan estetika

 Guru memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid-murid.

 Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:

o Mengenalpasti dan memberi respons kepada

diversiti murid dan menggalak semua murid berfikir secara kritis dan kreatif.

o Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.

pembelajaran yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan:

o Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid. o Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam

proses membuat keputusan.

o Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap

pembelajaran mereka sendiri.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua: Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.

 Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:

o Pembelajaran Berpusatkan murid o Inkuiri Penemuan

o Belajar Melalui Bermain o Pendekatan Bersepadu o Pendekatan Bertema

o Pembelajaran Berasaskan Projek

o Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam

penguasaan bahasa dan kemahiran)

o Pembelajaran Kontekstual (menggunakan

pengalaman murid, alam persekitaran murid)

o Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian

(30)

Pendahuluan

22

 Guru prasekolah menjalankan pengajaran dan

pembelajaran yang mengambil kira tentang:

o Kebolehan dan aras perkembangan kognitif

kanak-kanak

o Teori perkembangan kanak-kanak. o Keadaan setempat.

o Keperluan individu murid.

 Guru prasekolah mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas.

 Guru prasekolah merancang aktiviti harian berpandu kepada aktiviti yang dicadangkan dalam Jadual 12-16: Cadangan Peruntukan Masa untuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas Prasekolah.

 Guru prasekolah perlu mengendalikan perbualan pagi dan refleksi setiap hari.

 Guru prasekolah perlu memastikan rutin harian dikendalikan dengan baik setiap hari.

 Guru prasekolah sentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara murid.

 Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid untuk

mengemukakan idea mereka, bersikap inquisitive dan bersikap terbuka.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga: Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat: Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.

 Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.

 Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas prasekolah.

 Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan updated.

 Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas.

 Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima: Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

 Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara.

 Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid.

 Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun.

(31)

prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.  Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke

rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu.

 Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke rumah.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam: Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.

 Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan.  Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa

(32)

Pendahuluan

24

STANDARD PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.

 Tujuan pentaksiran adalah untuk:

o Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan

peringkat umur.

o Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi

memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.

o Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid

dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.

o Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid

dalam semua aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

o Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

 Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:

o Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum

dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

o Membantu pembelajaran murid.

o Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru.

Standard Pentaksiran Kedua: Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

 Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:

o Penerapan nilai o Pembentukan sikap o Penguasaan kemahiran o Status kecergasan o Status kesihatan

o Kesediaan sosial (social readiness)

 Aktiviti kokurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari.

 Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

(33)

sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

 Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid.

 Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut:

o Pemerhatian berterusan o Penilaian hasil kerja

 Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak:

o Ujian atau peperiksaan formal o Ujian kertas and pensil

 Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.  Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.

 Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.

 Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod adalah seperti berikut:

o Senarai Semak. o Skala Kadar. o Rekod Anekdot.

o Rekod Berterusan (Running Record). o Portfolio

untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran.

 Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.

 Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.

 Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.

Standard Pentaksiran Keenam: Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

 Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja.

 Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.

 Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid

sebagai mendapat ‟A‟ atau ‟B‟ dan seterusnya.

(34)

Pendahuluan

26

STANDARD DOMAIN KREATIVITI (SDK)

Kreativiti adalah potensi semula jadi yang dipunyai oleh semua individu. Namun begitu tidak semua individu boleh menjadi individu yang kreatif sekiranya kreativiti tidak dipupuk secara sengaja. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran mulai dari prasekolah lagi. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal, dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan dalam banyak konteks yang berbeza dan boleh diintegrasikan dalam banyak aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah dimantapkan melalui dua pendekatan utama, iaitu:

 Penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran

 Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan pendidikan seni visual

Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua komponen iaitu: pemikiran kreatif dan pemupukan sikap dan personaliti kreativiti.

Standard Domain Kreativiti Pertama: Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir kreatif mereka

Standard ini mencadangkan bahawa:

 Murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untuk menghasilkan karya/ciptaan yang asli, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

 Murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan di bawah dengan bimbingan guru.

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk proses berfikir disenaraikan di Jadual berikut:

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Contoh Fasa Persediaan Membuat

pemerhatian aktif 

Menggunakan deria penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa atau

bau untuk

memerhati objek/fenomena.

Murid perhatikan pelbagai kacang yang disediakan oleh guru. (Kacang merah, kacang hijau, kacang kuda)

Mencerakinkan pemerhatian (proses analisis)

 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara objek/ idea/ fenomena dengan bimbingan

(35)

Kandungan Pembelajaran

 Mengasingkan objek/idea/fenomen a berdasarkan ciri tertentu dengan bimbingan.

 Mengkaji kesan baik dan buruk dengan bimbingan

Fasa Imaginasi

Menjanakan idea (mensintesiskan idea)

 Menghasilkan idea-idea baru (yang mungkin benar atau tidak pasti) dengan bimbingan.

 Menghasilkan idea yang bermakna dengan bimbingan.

Murid

mencadangkan tempat di mana kacang saiz atau warna tertentu boleh dilekatkan untukmenghasilkan kolaj.

Fasa Tindakan Menghasilkan produk/Membuat keputusan/Membuat pilihan

 Menghasilkan produk

 Membuat kesimpulan dengan bimbingan.

 Membuat pilihan

Kandungan Pembelajaran

bimbingan.

 Mempraktikkan proses kreatif untuk

menghasilkan idea baru secara berterusan dengan bimbingan.

(36)

Pendahuluan

28

ORGANISASI DOKUMEN KURIKULUM STANDARD

Dokumen ini mengandungi dua bahagian, Bahagian A dan B.

Bahagian A adalah senarai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran mengikut tunjang.

(37)
(38)

Bahasa Malaysia

31

BAHAGIAN A

(39)
(40)

Bahasa Malaysia

33

TUNJANG KOMUNIKASI

(41)

TUNJANG KOMUNIKASI- BAHASA MALAYSIA (BM)

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Komunikasi, murid boleh mendengar ayat mudah dan menyatakan apa yang didengar, bertutur dalam ayat yang mudah dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila, membaca dan

menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan murid serta menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

Fokus Standard

Kandungan

Standard Pembelajaran

Murid pada akhir lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(BM 1.0) Kemahiran Mendengar

(BM 1.1) Mendengar dengan penuh perhatian.

(BM 1.1.1) Mendengar ucap selamat dan memberi respons yang bertatasusila dengan bimbingan (Contoh: Selamat pagi, Selamat petang).

(BM 1.1.2) Mendengar arahan mudah dan memberi respons dengan bimbingan.

(BM 1.1.3) Mendengar sebutan nama dan mengenal pasti objek di dalam dan luar bilik darjah.

(BM 1.1.4) Mendengar sebutan nama dan mengenal pasti ruang khas dalam sekolah.

(BM 1.1.5) Mendengar lagu dan cerita serta memberi respons.

(BM 1.1.6) Mendengar ucap selamat dan memberi respons secara bertatasusila.

(BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons.

(BM 1.1.8) Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran murid.

(BM 1.1.9) Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran.

(BM 1.1.10) Mengenal pelbagai suara di persekitaran murid.

(BM 1.1.11) Membezakan jenis suara di persekitaran (Contoh: ketawa, menjerit, menangis)

(BM 1.1.12) Mengenal pasti dan

(42)

Bahasa Malaysia

35

Fokus Standard

Kandungan

Standard Pembelajaran

Murid pada akhir lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu.

(BM 1.2) Mendengar dan mengecam bunyi perkataan

(BM 1.2.1) Mengenal perkataan dengan bunyi suku kata awal yang sama.

(BM 1.2.2) Mengenal perkataan dengan bunyi suku kata awal yang berbeza.

(BM 1.2.3) Mengenal bunyi suku kata akhir yang sama.

(BM 1.2.4) Mengenal bunyi suku kata akhir yang berbeza.

(BM 2.0) Kemahiran Bertutur

(BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra.

(BM 2.1.1) Berbual dengan sebutan perkataan yang betul.

(BM 2.1.2) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan.

(BM 2.1.3) Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.

(BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila.

(BM 2.1.5) Menyatakan permintaan dengan sopan.

(BM 2.1.6) Memberikan arahan kepada rakan secara bertatasusila.

(43)

Fokus Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Murid pada akhir lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

Nota: Kriteria bersopan dan bertatasusila adalah merujuk kepada budaya yang diterima oleh komuniti dan masyarakat secara umum.

(BM 2.2) Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi

(BM 2.2.1) Menyebut semula soalan rangsangan yang dikemukakan.

(BM 2.2.2) Mengemukakan soalan yang bersesuaian.

(BM 2.2.3) Bersoal jawab berdasarkan tema, minat dan situasi semasa.

(BM 2.2.4) Bersoal jawab secara spontan.

(BM 2.2.5) Menyoal dengan

menggunakan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.

(BM 2.2.6) Mengemukakan soalan yang sesuai dan mudah difahami.

(BM 2.2.7) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai.

(BM 2.2.8) Bersoal jawab secara bersopan.

(BM 2.3) Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.

(BM 2.3.1) Melafazkan pantun yang mudah secara berirama.

(BM 2.3.2) Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul:

a. Pantun dua kerat b. Pantun empat kerat

(BM 2.3.3) Mendeklamasikan sajak mudah/ ringkas.

(BM 2.4)

Menceritakan perkara yang didengar.

(44)

Bahasa Malaysia

37

Fokus Standard

Kandungan

Standard Pembelajaran

Murid pada akhir lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(BM 2.5)

Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

(BM 2.5.1) Main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan

bimbingan.

(BM 3.0) Kemahiran Membaca

(BM 3.1) Mengenal bentuk huruf A - Z .

(BM 3.1.1) Menyebut huruf mengikut urutan.

(BM 3.1.2) Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek persekitaran (Contoh: bentuk ‟J‟ dikaitkan dengan mata kail).

(BM3.1.3) Menyebut huruf secara rawak.

(BM 3.1.4) Menyebut huruf mengikut urutan.

(BM 3.1.5) Mengenal pasti bentuk huruf kecil.

(BM 3.1.6) Mengenal pasti bentuk huruf besar.

(BM 3.1.7) Memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

(BM 3.2) Mengenal huruf vokal.

(BM 3.2.1) Menyebut huruf vokal.

(BM 3.2.2) Membunyikan huruf vokal.

(BM 3.2.3) Mengenal pasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan.

(BM 3.3) Mengenal huruf konsonan.

(BM 3.3.1) Menyebut huruf konsonan. (BM 3.3.2) Menyebut huruf konsonan dengan tepat.

(45)

Fokus Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Murid pada akhir lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(BM 3.4) Membina dan membaca suku kata.

(BM 3.4.1) Membunyikan suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal dengan bimbingan.

(BM 3.4.2) Membunyikan dua suku kata dengan bimbingan.

(BM 3.4.3) Membina dan membunyikan suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal (Contoh: ba)

(BM 3.4.4) Membina dan membunyikan satu suku kata terbuka secara rawak.

(BM 3.4.5) Membina dan membunyikan dua suka kata terbuka secara rawak.

(BM 3.4.6) Membina dan membunyikan tiga suku kata terbuka secara rawak.

(BM 3.4.7) Membina dan membunyikan sukukata tertutup secara rawak.

(BM 3.5) Membaca perkataan.

(BM 3.5.1) Membatangkan (mengeja sambil membaca) dua sukukata untuk menjadi perkataan dengan bimbingan.

(BM 3.5.2) Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi perkataan dengan bimbingan.

(BM 3.5.3) Membatangkan dua sukukata terbuka untuk menjadi perkataan.

(BM 3.5.4) Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.

(BM 3.5.5) Membatangkan satu suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.

(46)

Bahasa Malaysia

39

Fokus Standard

Kandungan

Standard Pembelajaran

Murid pada akhir lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(BM 3.5.7) Membatangkan suku kata terbuka dan sukukata tertutup untuk menjadi perkataan.

(BM 3.5.8) Membatangkan suku kata tertutup dan suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.

(BM 3.6) Membaca frasa.

(BM 3.6.1) Membaca frasa dengan bimbingan (Contoh frasa: mata biru, gigi saya, baju baru, jalan raya).

(BM 3.6.2) Membaca frasa dengan sebutan yang betul.

(BM 3.7) Membaca ayat tunggal yang mudah.

(BM 3.7.1) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan bimbingan.

(BM 3.7.2) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.

(BM 3.8) Membaca ayat dalam konteks.

(BM 3.8.1) Membaca ayat-ayat dalam konteks dengan intonasi yang betul dengan bimbingan.

(BM 3.8.2) Mengenal tanda baca dalam ayat.

(BM 3.8.3) Membaca ayat-ayat dalam cerita dengan intonasi yang betul.

(BM 3.9) Memahami isi bahan bacaan yang dibaca.

Nota: Bahan bacaan termasuk: buku cerita, rísalah, majalah, surat khabar, gambar.

(BM 3.9.1) Bercerita berdasarkan bahan bacaan mudah yang telah dibaca dengan bimbingan.

(BM 3.9.2) Bercerita secara lisan, tulisan atau lukisan berdasarkan bahan yang dibaca.

(47)

Fokus Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Murid pada akhir lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

(BM 3.10) Membaca dengan cara yang betul (prabaca).

(BM 3.10.1) Mengamalkan penjagaan buku dengan cara yang betul dengan bimbingan.

(BM 3.10.2) Mengamalkan penjagaan buku dengan cara yang betul.

(BM 3.10.3) Membaca nama judul buku, dan pengarang.

(BM 3.10.4) Membaca mengikut arah dan cara yang betul (kiri ke kanan, jarak dari mata ke buku, teknik memegang buku).

(BM 3.11)

Mengamalkan tabiat membaca.

(BM 3.11.1) Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai dengan peringkat umur dengan bimbingan guru.

(BM 3.11.2) Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai daripada pelbagai tema.

(BM 4.0) Kemahiran Menulis

(BM 4.1) Menguasai kemahiran pratulis

(BM 4.1.1) Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis.

(BM 4.1.2) Mengkoordinasikan

pergerakan mata-tangan melalui lakaran bentuk, corak dan garisan secara bebas.

(BM 4.1.3) Mengkoordinasikan

pergerakan mata-tangan mengikut arah yang betul.

Nota:

(48)

Bahasa Malaysia

41

Fokus Standard

Kandungan

Standard Pembelajaran

Murid pada akhir lingkungan umur berikut boleh:

4+ 5+

dan Estetika-komponen perkembangan fizikal telah dilaksanakan sebelum aktiviti dalam Standard Kandungan ini

dijalankan. (BM 4.2) Menguasai

kemahiran menulis.

(BM 4.2.1) Menulis semula huruf mengikut cara yang betul.

(BM 4.2.2) Menulis huruf kecil dengan cara yang betul dengan bimbingan.

(BM 4.2.3) Menulis huruf besar dengan cara yang betul dengan bimbingan.

(BM 4.2.4) Menulis huruf kecil dengan cara yang betul.

(BM 4.2.5) Menulis huruf besar mengikut cara yang betul.

(BM 4.2.6) Menyalin perkataan dengan cara yang betul.

(BM 4.2.7) Menyalin ayat dengan cara yang betul.

Nota:

1. Perbezaan makna antara mengecam, mengenal dan mengenalpasti adalah seperti berikut:

(49)

Kosa Kata

Contoh Perkataan

Dua suku kata terbuka

VKV apa , ini, itu, ibu, ubi, api, ela , isi, aku

Dua suku kata terbuka

KVKV baju, biru, buku, baca, baru, bahu, batu, bola, buta, bapa, ciku, cuti, cuka, dadu , dagu, dahi, dada, daki, duku, duri, feri, gigi, guni, gula, guru, gila, hati, hari, jari, jala, kaki, kuku, kuda, kiri, kota, kera, lari, lama, lagu, laju, luka, lima, lori, mata, mama, muka, masa, nasi, paku, pasu, rusa, raja, roti, raga, susu, siku, satu, sudu, sapu

Tiga suku kata terbuka

KVKVKV berudu, cerita, dahaga, jelita, keladi, kereta, kerusi,kepala, kelapa, lelaki, mereka, petola, Selasa, tomato, tetamu

Satu suku kata tertutup

KVK bot, bil, cat, cop, cap, gam, gas, gol, jam, jet, jus, kek, kot, lap, mop, pen, pin, pam, tin, van, zip

Dua suku kata tertutup

KVKKVK bantal, banjir, sambal, sampah, kertas

Suku kata terbuka dan tertutup

VKVK ayam, awan, asap, atap, anak, adik, itik, ikan, ubat, ulat, ular, emak, enam, epal, ekor, esok

Suku kata terbuka dan tertutup

KVKVK

(50)

Bahasa Malaysia

43

Contoh Perkataan

Suku kata tertutup dan terbuka

KVKKV henti, bantu, jumpa

Vokal berganding

KVVK kuih, lauk, laut, naik, baik, paip, siap, buat, suap, buah, paus, haus, luas

Nota: Kosa kata lain boleh diperkenalkan dalam modul bertema yang berkenaan.

Contoh Ayat Ayat tunggal:

1. Ini rumah saya. 2. Saya makan nasi

Ayat dalam konteks: 1. Ini kucing.

Kucing makan ikan. Kucing saya comel.

(51)

TUNJANG KOMUNIKASI

(52)

Bahasa Inggeris

46

TUNJANG KOMUNIKASI: BAHASA INGGERIS (BI)

By the end of two years of preschools, pupils are able to listen to simple sentences, follow simple instructions, and talk about familiar experiences in simple sentences. They are also able to speak politely with appropriate intonation, read simple story books suitable to their stage of cognitive development and retell stories heard in simple sentences. At the same time they are able to recognize alphabets, know basic phonics and write simple phrases.

Focus Contents Standard Learning Standard for Students of the Age Group of

(Students are able to: )

4+ 5+

(BI 1)Listening and speaking skills

(BI1.1) Listen to and discriminate sounds.

(BI 1.1.1) Listen to and identify common sounds around them.

(BI 1.1.2) Listen to and identify sounds in the environment.

(BI 1.2) Listen to and understand meaning of simple words.

(BI 1.2.1) Listen to and repeat simple greetings, e.g. good morning, good afternoon.

(BI 1.2.2) Listen to and respond verbally to simple greetings with guidance.

(BI 1.2.3) Listen to and identify objects in the classroom.

(BI 1.2.4) Name common objects in the classroom.

(BI 1.2.5) Listen to and repeat greetings.

(BI 1.2.6) Listen to and respond verbally to greetings.

(BI 1.2.7) Listen to and identify common objects in

Gambar

gambar atau lukisan.
gambar menggunakan bentuk asas dan
gambar.  Sains dan Teknologi
gambar rumah  daripada bentuk-bentuk itu.
+2

Referensi

Dokumen terkait

tahunan, selebaran berita, surat pembaca (di surat kabar, majalah) dan karangan di surat kabar. 27 Dengan dokumentasi, peneliti mencatat tentang sejarah Pondok

[r]

upaya periklanan tidak berdampak pada peningkatan penjualan (penurunan) …karene faktor pasar potensial sudah maksimum..

CARA VOLUME LOKASI PEKERJAAN

Memperhatikan ketentuan dalam Pepres 54 tahun 2010 berikut perubahannya dan tata cara evaluasi kualifikasi sebagaimana diatur dalam Dokumen Pengadaan nomor

Kepada peserta yang berkeberatan atas Pengumuman Pemenang Pemilihan Langsung dapat menyampaikan sanggahan secara elektronik melalui aplikasi SPSE

Pada hari ini Senin Tanggal Tiga Puluh Bulan April Tahun Dua Ribu Dua Belas (30-04- 2012) bertempat di Ruang Rapat Bidang Cipta Karya, Panitia Pengadaan

 Condition : Query atau tes yang berjalan ketika tigger sedang diaktifkan  Action : Sebuah procedure yang dieksekusi ketika trigger diaktifkan dan.. persyaratannya