• Tidak ada hasil yang ditemukan

Al-Mazid Fi Muttasil Al-Asanid

Dalam dokumen Terjemahan Buku Taisir Mustolah Hadis (Halaman 58-64)

Mudraj Al-Matn

3.3.3.8 Al-Mazid Fi Muttasil Al-Asanid

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-ziyadah iaitu menambahkan. Al-Muttasil antonim bagi al-Munqati` dan al-Asanid jamak bagi Isnad.

Dari segi istilah pula bermaksud penambahan perawi pada pertengahan sanad yang zahirnya kelihatan bersambung-sambung.

Contohnya: َلاق ِ َّالله ِدٌَْبُع نب ُر ْسُب ًنَثَّدح دٌ ِزٌ ِنب ِنمحَّرلا ِدْبَع ْنَع ُناٌَْفُس اَنثَّدَح : َلاق ك ِراَبملا ُنبا ى َوَر اَم : ُلوُقٌ َةَلثا َو ُتعِمَس : َلاق َسٌ ِرْدِإ ابَأ ُتعِمَس : َِّالله لوُس َر ُتعِمَس : ُلوُقٌَ ٍدث ْرَم اَبَأ ُتعِم ِس : َلوُقٌ َمّلَس َو ِهٌَْلَع ُ َّالله ىّلَص « ِروُبُقْلا ىَلَع اوُسِل ْجَت لا »

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak, katanya Sufyan telah menceritakan kepada kami daripada Abdul Rahman bin Yazid katanya Busr bin `Ubaidullah telah menceritakan kepada kami katanya saya mendengar Abu Idris berkata saya mendengar Wathilah berkata saya mendengar Abu Marthed berkata saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan bersembahyang dengan menghadapnya.”(diriwayatkan oleh Muslim manakala al-Tirmizi meriwayatkan dengan menambahkan lafaz Abu Idris dan dengan tidak menambahkannya)

Penambahan dalam contoh di atas

Penambahan dalam contoh di atas berlaku pada dua tempat. Tempat pertama pada lafaz Sufyan dan tempat kedua pada lafaz Abu Idris. Sebab berlakunya penambahan pada kedua-dua tempat ini adalah waham daripada perawi.

1. Lafaz Sufyan adalah waham daripada perawi sebelum Ibn al-Mubarak kerana beberapa orang perawi thiqah meriwayatkan hadis ini daripada Ibn al-Mubarak daripada Abdul Rahman bin Yazid malah sesetengah mereka jelas menyebutkan secara jelas pengkhabaran Abdul Rahman bin Yazid kepada Ibn al-Mubarak.

2. Penambahan lafaz Abu Idris itu adalah waham yang berpunca daripada Ibn al-Mubarak kerana beberapa orang perawi thiqah meriwayatkan hadis ini daripada Abdul Rahman bin Yazid tanpa menyebutkan Abu Idris. Di antara mereka ada yang menyebutkan dengan jelas Busr mendengar secara langsung daripada Wathilah.

Syarat-syarat penolakan penambahan perawi

Dua syarat mesti dipenuhi bagi menolak tambahan itu dan dianggap itu sebagai waham daripada perawi menambahkannya:

1. Perawi yang tidak menambahkan itu lebih kuat ingatan dan kemas daripada perawi yang menambahkan.

2. Adanya penjelasan bahawa perawi mendengar sendiri pada tempat tambahan. Sekiranya kedua-dua syarat ini tidak dipenuhi tambahan dikira sebagai kuat dan diterima. Sanad yang tidak mempunyai tambahan ini dianggap sebagai munqati`. Cuma terputus sanad itu secara tersembunyi dan dinamakan sebagai Mursal al-Khafiy.

Kritikan terhadap dakwaan wujudnya penambahan

Dakwaan wujudnya penambahan itu dikritik dengan dua perkara:

1. Jika sanad yang tidak mempunyai tambahan itu dengan lafaz نعpada tempat tambahan maka sepatutnya sanad itu dianggap munqati`.

2. Jika dinyatakan dengan jelas perawi itu mendengar sendiri, ada kemungkinan dia mendengar hadis itu melalui perantaraan seorang perawi kemudian baru dia mendengar secara langsung.

Kritikan ini boleh dijawab dengan berikut:

1. Kritikan pertama boleh diterima dan masuk akal.

2. Andaian pada kiritikan kedua itu mungkin terjadi. Bagaimanapun ulama tidak memutuskan penambahan itu sebagai waham kecuali bila terdapat tanda dan bukti.

Karangan yang terkenal

Tamyiz al-Mazid Fi Muttasil al-Asanid karangan al-Khatib al-Baghdadi.

3.3.3.9 Al-Mudhtarib

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada al-Idhtirab iaitu keadaan tidak tetap dan kucar-kacir. Asalnya daripada idhtarab al-Mauj iaitu laut bergelora apabila banyak pergerakan dan saling memukul .

Dari segi istilah pula hadis yang diriwayatkan secara berlainan tetapi sama dari segi kekuatan.

Huraian takrif

Hadis yang diriwayatkan dengan cara yang saling bertentangan sehingga tidak dapat diselaraskan antara satu sama lain. Kesemua riwayat itu sama kuat dari semua sudut sehingga tidak dapat ditarjihkan dengan mana-mana sudut pentarjihan.

Syarat kewujudannya

Dengan memerhatikan kepada takrif dan huraiannya, jelas bahawa sesebuah hadis tidak dinamakan dengan mudhtarib kecuali dengan memenuhi dua syarat berikut:

1. Perbezaan riwayat-riwayat hadis sehingga tidak dapat diselaraskan.

2. Riwayat-riwayat tersebut dari segi kekuatan sehingga tidak dapat ditarjihkan satu riwayat daripada riwayat yang lain.

Namun apabila salah satu riwayat dapat ditarjihkan atau boleh dijamakkan dengan cara yang diakui maka sifat tidak tetap atau kegoncangan itu hilang daripada hadis tersebut. Dalam hal pentarjihan, riwayat yang ditarjihkan itu diamalkan manakala dalam hal penyelarasan, maka kesemua riwayat yang diselaraskan dapat diamalkan.

Bahagian-bahagiannya:

Berdasarkan kepada tempat berlaku kegoncangan, mudhtarib terbahagi kepada dua, mudhtarib al-Sanad dan mudhtarib al-Matn.

Mudhtarib al-Sanad

Contohnya,

اهتاوخأو دوه ًنتبٌّش لاق ,تبش كارأ الله لوسر اٌ لاق هنأ هنع الله ًضر ركب ًبأ ثٌدح.

Hadis Abu Bakar katanya: “Wahai Rasulullah, saya melihat tuan sudah beruban. Baginda menjawab: “Surah Hud dan saudara-saudaranya telah menyebabkan saya beruban.” Al-Daruqutni berkata: Ini hadis mudhtarib kerana ia hanya diriwayatkan daripada jalan Abu Ishaq. Lebih kurang terdapat sepuluh cara bagaimana hadis ini diriwayatkan daripadanya. Ada dari kalangan perawi meriwayatkannya secara mursal, ada secara mawsul (bersambung-sambung), ada yang menjadikannya musnad Abu Bakar, ada yang menjadikannya musnad Sa`ad, ada yang menyebutkannya sebagai musnad `Aishah dan sebagainya. Perawi-perawinya adalah thiqah dan tidak dapat tarjihkan antara satu sama lain begitu juga tidak dapat diselaraskan.

Mudhtarib al-Matn

Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi

ىَّلَص ًُّبَّنلا َلِئُس وَأ ُتلَأس : ْتَلاَق ٍسٌَق ِةنبا َةمطاف نع ًِّبعَّشلا نع َةَزمح ًبَأ نع ٌكٌرش نع ًاقحل ِلاملا ًف َّنِإ" :َلاَقَف ِةاكَّزلا نع َمَّلَس َو ِهٌَْلَع الله

ِةاكَّزلا ىوس"

Daripada Syarik daripada Abu Hamzah daripada al-Sya`bi daripada Fatimah binti Qais katanya: “Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang zakat. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya dalam harta itu ada hak selain zakat.

Dan Ibn Majah meriwayatkan sanad ini dengan lafaz: ةاَك َزلا ىوس قح لاملا ًف سٌل

“Tidak ada hak dalam harta selain dari zakat.

Kata al-Iraqi: ini adalah kegoncangan yang tidak dapat ditakwilkan. Siapakah punca berlakunya kegoncangan

Kadang-kadang kegoncangan berpunca daripada seorang perawi sahaja iaitu dengan meriwayatkan hadis yang sama dengan pelbagai cara.

Kadang-kadang terjadi kerana kumpulan perawi yang ramai iaitu masing-masing meriwayatkan dengan cara yang berbeza antara satu sama lain.

Sebab dha`ifnya hadis mudhtarib

Dha`ifnya hadis mudhtarib kerana kegoncangan itu menunjukkan kepada ketidaktepatan para perawinya.

Kitab yang masyhur

Al-Muqtarib Fi Bayan al-Mudhtarib oleh Hafiz Ibn Hajar.

3.3.3. 10 Al-Musahhaf

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-Tashif iaitu kesilapan dalam catatan. Al-Suhufi iaitu orang yang melakukan kesilapan dalam membaca catatan lalu mengubah beberapa lafaz kerana salah membaca.

Dari segi istilah pula mengubah perkataan dalam hadis kepada yang bukan diriwayatkan oleh perawi-perawi thiqah secara lafaz atau makna.

Kepentingan tentang al-Musahhaf

Ia merupakan ilmu yang sangat utama dan halus. Kepentingannya dalam menjelaskan kesilapan yang dilakukan oleh para perawi. Tugas yang begitu berat ini hanya dapat dipikul oleh ulama hadis yang bijaksana dan tajam pemikirannya seperti al-Daruqutni.

Pembahagian

Ulama telah membahagikan al-musahhaf kepada tiga pengelasan. 1) Berdasarkan kepada tempat berlaku.

Dilihat kepada tempat berlaku, al-Musahhaf terbahagi kepada dua iaitu: 1. Tashif pada sanad

Hadis Syu`bah daripada al-`Awwam bin Ibn Murajim. Ibn Main telah melakukan tashif dengan mengatakan “daripada al-`Awwam bin Muzahim.

2. Tashif pada matan.

Contohnya hadis Zaid bin Thabit bahawa Rasulullah s.a.w. berada di dalam masjid. Ibn Lahi`ah telah melakukan tashif dengan mengatakan Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam masjid

Dilihat kepada puncanya, musahhaf terbahagi kepada dua: 1. Tashif penglihatan. Ini yang sering berlaku.

Tulisan mengelirukan penglihatan pembaca sama ada tulisan yang jelek atau tidak bertitik. Contohnya hadis:

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya enam hari dalam bulan Syawwal…

Abu Bakar al-Suli telah melakukan tashif dengan menyebutkan:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan sesuatu dalam bulan Syawwal”… beliau telah mentashifkan اتسkepada ائٌش

2. Tashif pendengaran

Tashif yang berpunca daripada pendengaran yang tidak jelas atau pendengar berada jauh dan sebagainya lalu dia terkeliru dengan sesetengah perkataan kerana ia mempunyai kesamaan timbangan soraf.

Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh `Asim al-Ahwal. Sebahagian perawi telah mentashifkan dengan menyebutkan daripada Wasil al-Ahdab.

3) Berdasarkan kepada lafaz atau makna

Dilihat kepada lafaz dan makna, tashif terbahagi kepada tashif pada lafaz dan tashif pada makna.

1. Tashif pada lafaz

2. Tashif ini banyak berlaku. Contohnya sama seperti contoh-contoh di atas.

Tashif pada makna

Iaitu perawi yang melakukan tashif itu mengekalkan lafaz dengan keadaanya tetapi dia mentafsirkannya dengan cara dia memahami makna itu tidak mengikut makna yang asal. Contohnya kata-kata Abu Musa al-`Anazi:”Kami adalah kaum yang mempunyai kemuliaan. Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan menghadap ke arah kami.” Beliau maksudkan dengan hadis: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan menghadap `anazah (tombak). Beliau telah waham bahawa baginda bersembahyang menghadap ke kabilah mereka sedangkan `anazah itu ialah tombak yang dipacakkan di hadapan orang yang bersembahyang.

Pembahagian al-Hafiz Ibn Hajar

Al-Hafiz Ibn Hajar telah membahagikan Tashif kepada pembahagian lain denagn menjadikannya dua bahagian iaitu:

Musahhaf dan Muharraf.

1. Musahhaf: Hadis yang terdapat perubahan yang merujuk kepada titik huruf dalam keadaan tulisan tetap kekal tidak berubah.

2. Muharraf: Hadis yang terdapat perubahan yang merujuk kepada baris dalam keadaan tulisan tetap kekal tidak berubah.

Adakah tashif menjejaskan keadilan perawi?

Apabila tashif itu jarang-jarang terbit daripada seorang perawi maka itu tidak menjejaskan ketepatannya kerana tidak ada orang yang terselamat daripada kesilapan dan tashif yang sedikit.

Sebaliknya jika sering berlaku maka menjejaskan ketepatannya, menunjukkan kepada kelemahannya dan dia bukanlah tokoh dalam bidang ini.

Sebab berlakunya tashif yang banyak pada perawi

Kebiasaannya tashif yang banyak berlaku pada perawi kerana dia mengambil hadis melalui kitab dan catatan tanpa menerima daripada guru-guru. Ulama hadis berkata: “Janganlah kamu mengambil hadis daripada suhufi” maksudnya jangan kamu mengambil hadis daripada orang yang mengambilnya melalui catatan.

Kitab-kitab yang masyhur

1. Al-Tashif oleh al-Daruqutni.

2. Islah Khata‟ al-Muhaddithin oleh al-Khattabi. 3. Tashifat al-Muhaddithin oleh Abu Hamid al-`Askari.

3.3.3.11 Al-Syazz

Definisi:

Dari segi bahasa Syazz ialah kata nama pelaku daripada syazza iaitu berseorangan. Syazz bermakna seseorang yang bersendirian daripada orang lain.

Dari segi istilah pula: Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang maqbul dalam keadaan bercanggah perawi yang lebih utama daripadanya.

Huraian Takrif:

Perawi maqbul ialah perawi adil yang sempurna ketepatannya atau perawi adil yang kurang ketepatannya. Perawi yang lebih utama daripadanya ialah perawi yang lebih kuat dan utama kerana mempunyai kelebihan ketepatan atau lebih bilangan atau mempunyai kelebihan sudut-sudut tarjih yang lain.

Bagaimanapun ulama berbeza pendapat dalam mengemukakan definisi hadis syazz tetapi inilah takrif yang dipilih Hafiz Ibn Hajar dan beliau mengulas: Inilah yang diakui berkenaan takrif syazz mengikut istilah.”[1]

Di mana berlakunya syazz

Sebagaimana syazz berlaku pada sanad begitu juga terdapat pada matan. Contoh syazz pada sanad ialah:

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasa‟i dan Ibn Majah melalui jalan Ibn `Uyainah dari `Amar bin Dinar daripada `Ausajah daripada Ibn Abbas bahawa seorang lelaki telah meninggal dunia pada zaman Rasulullah s.aw. dalam keadaan tidak meninggalkan waris

kecuali seorang hamba yang dibebaskannya. Ibn Juraih menjadi mutabi` kepada Ibn `Uyainah dan perawi lain dengan mewasalkannya (menyambungkannya) tetapi Hammad bin Zaid menyanggahinya dengan meriwayatkan daripada `Amar bin Dinar daripada `Ausajah tanpa menyebut Ibn Abbas.

Oleh kerana itu, Abu Hatim mengatakan: “Hadis yang mahfuz (terpelihara) ialah hadis Ibn `Uyainah. Hammad bin Zaid adalah dari kalangan perawi yang adil dan kemas bagaimanapun Abu Hatim mentarjihkan riwayat perawi yang lebih ramai bilangan.

Contoh syazz pada matan:

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dari hadis Abdul Wahid bin Ziyad daripada al-A`masy daripada Abi Soleh daripada Abu Hurairah secara marfu`: “Apabila salah seorang dari kamu telah sembahyang sunat subuh hendaklah dia berbaring atas lambung kanannya. Kata al-Baihaqi, Abdul Wahid telah menyanggahi perawi yang ramai dalam perkara ini. Sebenarnya mereka meriwayatkan hadis itu sebagai perbuatan Rasulullah bukan ucapannya. Dari kalangan murid al-A`masy, Abdul Wahid telah berseorangan meriwayatkan dengan lafaz ini.

3.3.3.12 Al-Mahfuz

Hadis yang berlawanan dengan Syazz ialah Mahfuz iaitu hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah dalam keadaan bercanggah dengan perawi thiqah. Contohnya adalah sama dengan contoh bahagian syazz.

Hukum hadis syazz dan mahfuz:

Sebagaimana diketahui syazz adalah hadis yang ditolak manakala hadis mahfuz adalah hadis maqbul.

Dalam dokumen Terjemahan Buku Taisir Mustolah Hadis (Halaman 58-64)