• Tidak ada hasil yang ditemukan

Al-Wala’ & al-Bara’ Mengikut Manhaj Salaf

Secara umum (al-wala’) bermaksud: Cinta dan setia kepada Allah, cinta terhadap segala yang dicintaiNya, benci terhadap segala apa yang dibenciNya, reda kepada apa sahaja yang diredaiNya, memerintahkan kepada apa yang diperintahkanNya, mencegah segala yang dicegahNya, memberi kepada seseorang yang Allah cinta untuk memberinya dan tidak memberi kepada seseorang yang Allah tidak suka memberinya.370

Allah ‘Azza wa-Jalla tidak mencintai orang-orang Yahudi sebaliknya melaknat mereka. Begitu juga dengan Nasrani, Majusi, munafik dan fasik. oleh itu adalah suatu kesalahan bagi para tokoh Ikhwanul Muslimin dan para pengekornya yang mengajak umat Islam agar bersatu dan mencintai Yahudi, Nasrani dan orang-orang yang terkeluar dari millah Islamiyah seperti kaum-kaum Gulat yang terdiri dari kalangan Syiah, golongan sufiyah dan yang seumpamanya, yang mana para tokoh Ikhwanul Muslimin berbara’ secara mutlak kepada mereka sehingga orang-orang awam mencontohi mereka.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda yang dapat dikenali pengertian wala’ dan bara’ dari sabdanya:

ِﷲا ﻰِﻓ ُﺾْﻐُﺒْﻟاَو ِﷲا ﻰِﻓ ﱡﺐُﺤْﻟا ُنﺎَﻤْﯾِﻻا ىَﺮُﻋ َﻖَﺛْوَأ

.

“Simpul ikatan iman yang paling kukuh ialah cinta kerana

Allah dan benci kerana Allah”.371

370

. Lihat: al-Furqan. Hlm. 52. Ibn Taimiyah.

371

ﻰِﻓ ﱠﺐَﺣَأ ْﻦَﻣ

ﻰِﻓ َﺾَﻐْﺑَأَو ِﷲا

ﻰَﻄْﻋَأَو ِﷲا

ﻰِﻓ

ﻰِﻓ َﻊَﻨَﻣَو ِﷲا

ﺪَﻘَﻓ ِﷲا

ِ

ْﻜَﺘْﺳا

ِنﺎَﻤْﯾِﻻْا َﻞَﻤ

“Barangsiapa yang cinta kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi kerana Allah, maka

sesungguhnya telah sempurna imannya”.372

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:

“Bagi seseorang yang beriman ia harus melakukan wala’ dan bara’ kerana Allah. Seseorang mukmin harus mencurahkan wala’nya kepada mukmin lainnya meskipun orang mukmin tersebut telah menzaliminya, sebab kezaliman itu tidak memutuskan al-mawaalah al-imaniyah. Allah berfirman:

ِإَو

ﺎَﻤُﮭَﻨْﯿَﺑ اْﻮُﺤِﻠْﺻَﺄَﻓ اْﻮُﻠَﺘَﺘْﻗ َﻦْﯿِﻨِﻣْﺆُﻤْﻟا َﻦِﻣ ِنﺎَﺘَﻔِﺋﺂَﻃ ْن

.

“dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin

berperang, maka damaikanlah antara keduanya”.373

dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

ٌةَﻮْﺧِإ َنْﻮُﻨِﻣِْﺆُﻤْﻟا ﺎَﻤﱠﻧِإ

“Sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara”.

ِهِﺪَﯾَو ِﮫِﻧﺎَﺴِﻟ ْﻦِﻣ َنْﻮُﻤِﻠْﺴُﻤْﻟا َﻢِﻠَﺳ ْﻦَﻣ ُﻢِﻠْﺴُﻤْﻟَا

.

“Seorang Islam ialah yang menjadikan orang-orang Islam

selamat dari lidah dan tangannya”.374

Walaupun seorang mukmin tidak boleh berwala’ (mencintai) orang-orang kafir, tetapi masih diwajibkan berbuat baik kepada mereka sebagaimana akan dijelaskan di tulisan ini dengan dibawakan hujah-hujah dari al-Quran, hadis-hadis sahih, athar-athar para sahabat dan fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang muktabar.

Kepada Siapa Sewajarnya Berwala’ dan Berbara’?

Setiap mukmin sewajarnya berwala’ dan berbara’ kerana Allah ‘Azza wa-Jalla dan sentiasa mencari keredaanNya. Iaitu berwala’ (membela, bersama, mencintai, memuliakan dan menghormati) lahir dan batin kepada setiap mukmin yang lurus

372 . H/R Turmizi 373 . al-Hujurat. 9. 374

akidahnya (agamanya) dengan wala’ yang sempurna mengikut syara. Antara tanda dan sikap wala’ ialah mencintai setiap orang Islam dan tolong-menolong dengannya, kerana wala’ bukan hanya sekadar cinta tetapi dibuktikan dan diiringi dengan pembelaan di samping perasaan cinta dan bersatu kerana Allah ‘Azza wa-Jalla. Antara sifat-sifat berwala’ ialah bersatu dalam satu jamaah orang-orang Islam, pemerintahnya dan tidak berpecah-belah, kerana Allah ‘Azza wa-Jalla memerintahkan setiap orang-orang beriman melalui firmanNya:

اْﻮُﻗﱠﺮَﻔَﺗ َﻻَو ﺎًﻌْﯿِﻤَﺟ ِﷲا ِﻞْﺒَﺤِﺑ اْﻮُﻤِﺼَﺘْﻋاَو

“dan berpegang teguhlahlah kamu semua kepada tali (agama)

Allah dan janganlah kamu bercerai-berai (berpecah-belah)”.375

Umat Islam akan sentiasa bersatu apabila berpegang dengan prinsip al-wala’ dan akan menjadikan mereka umat yang satu, mulia, dihormati dan bersifat serta bersikap rahmat kepada alam. Allah ‘Azza wa-Jalla telah berfirman tentang bersatunya umat Islam kerana berpegang dan mematuhi prinsip wala’:

َنْوُﺪُﺒْﻋﺎَﻓ ْﻢُﻜﱡﺑَر ﺎَﻧَأَو ًةَﺪِﺣاَو ًﺔﱠﻣُأ ْﻢُﻜُﺘﱠﻣُأ ِهِﺬَھ ﱠنِإ

“Sesungguhnya inilah umatmu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu, maka hendaklah kamu menyembah (mengabdikan

diri) kepadaKu”.376

َﻧَأَو ًةَﺪِﺣاَو ًﺔﱠﻣُأ ْﻢُﻜﱠﻣُأ ِهِﺬَھ ﱠنِإَو

ِنْﻮُﻘﱠﺗﺎَﻓ ْﻢُﻜﱡﺑَر ﺎ

.

“dan sesungguhnya inilah umatmu, umat yang satu dan

Akulah Tuhan kamu, maka hendaklah kamu bertakwa

kepadaKu”.377

Ayat yang pertama di atas melarang umat Islam daripada berpecah-belah, iaitu firman Allah: اْﻮُﻗﱠﺮَﻔَﺗ َﻻَو “Jangalah kamu berpecah-belah”. Apabila seseorang memahami al-wala’ dan al-bara’ dengan pengertian yang benar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara, maka mereka akan menerapkan wala’ antara umat Islam yang akan menjadikan mereka bersatu padu atau berjamaah, berkasih sayang sesama mereka, bertindak lunak terhadap yang lain, mengeratkan tali silaturrahim antara mereka dan bersatu kerana berpegang dengan prinsip dan suruhan Allah agar sentiasa berwala’. Memahami persoalan al-wala’ dan al-bara’ dengan sempurna akan menjadikan seseorang mukmin benar-benar mencintai Tuhannya dengan kepatuhan dan

375 . Ali Imran. 3:103 376 . al-Anbia. 21:92. 377 . al-Mukmin. 23:52.

ketakwaan kepadanya. Kepatuhan akan menjadikan umat Islam bertakwa dan umat yang bertakwa adalah umat yang sentiasa berbuat baik kepada semua manusia. Mereka tidak akan menjadi umat yang radikal, pelampau dan pengganas.

Mungkin ada yang bertanya, bolehkah berwala’ kepada orang Islam yang fasik, kufur dan pembuat maksiat (‘Asi / ﻲﺻﺎﻋ) dan juga orang-orang Islam yang mencampurkan kebaikan dengan kemungkaran? Adapun kepada orang-orang Islam yang mencampur-adukkan kebaikannya dengan berbagai-bagai kemaksiatan, maka hanya diwajibkan berwala’ sesuai dengan darjat, kedudukan dan kebaikannya, kemudian wajib berbara’ (berlepas atau menjauhkan diri) sebanding (sesuai) dengan kejahatan atau maksiat yang dilakukannya. Tidak diizinkan berbara’ (berlepas tangan) daripada seseorang individu jika individu tersebut seorang Islam, kerana seorang Islam dengan orang Islam yang lain tetap bersaudara walau bagaimanapun besar maksiat dan kesalahannya. Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ِﷲا ِﺔَﯿِﺼْﻌَﻣ ْﻦِﻣ ْﻲِﺗْﺄَﯾ ْيِﺬﱠﻟا ُهَﺮْﻜَﯿَﻓ ، ٍﺔَﯿِﺼْﻌَﻣ ْﻦِﻣ ﺎًﺌْﯿَﺷ ْﻲِﺗْﺄَﯾ ُهآَﺮَﻓ ٍلاَو ِﮫْﯿَﻠَﻋ َﻲِﻟَو ْﻦَﻣ َﻻَأ

ٍﺔَﻋﺎَﻃ ْﻦِﻣ اًﺪَﯾ ُعَﺰْﻨَﯾ َﻻَو

.

“Ketahuilah, sesiapa yang berwala’ (mentaati atau mencintai)

seseorang pemimpin (Islam), kemudian dia mendapati

pemimpinnya bermaksiat kepada Allah, maka hendaklah membenci (berbara’) terhadap kemaksiatannya kepada Allah, tetapi tidak

dihalalkan melepaskan tangan (berbara’) dari mentaatinya!”.378

Orang-orang beriman masih tetap diwajibkan berwala’ kepada Allah dan setiap orang Islam, walaupun orang Islam tersebut terlalu lekeh dan rendah kedudukannya di sisi masyarakat, seperti hamba sahaya yang mukmin misalnya, termasuklah para tokoh Ikhwanul muslimin dan para pengikutnya.

Jika berbara’ (berlepas tangan) hanyalah berbara’ kepada setiap kesalahan Ikhwanul Muslimin, kesalahan para tokohnya, kesalahan para pemimpin Islam yang lain serta berbara’ kepada setiap kesalahan orang-orang awamnya, namun melapaskan wala’ tidak diizinkan sama sekali oleh syara kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

َلﺎَﻗ ُﮫْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر ﱟرَذ ْﻲِﺑَأ ْﻦَﻋ

:

ًﺪْﺒَﻋ َنﺎَﻛ ْنِإَو َﻊْﯿِﻃَأَو َﻊَﻤْﺳَأ ْنَأ ْﻲِﻧﺎَﺻْوَأ ْﻲِﻠْﯿِﻠَﺧ ﱠنَأ

ِفاَﺮْﻃَﻷأ َعَﺪْﺠُﻣ

)

ٍﺔَﯾاَوِر ﻰِﻓَو

(

ِفاَﺮْﻃَﻷْا َعَﺪْﺠُﻣ ﺎﯿِﺸَﺒَﺣ اًﺪْﺒَﻋ

.

“Dari Abi Zar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam) telah berwasiat kepadaku agar aku mendengar

378

dan taat (wala’), sekalipun kepada seorang hamba sahaya yang kudung (cacat dan tidak sempurna sifat fizikalnya). (Diriwayat yang lain): Sekalipun

seorang hamba Habsyi yang cacat”.379

Hadis ini mewajibkan setiap individu muslim berbara’ kepada setiap orang Islam yang lain, termasuklah orang-orang Ikhwanul Muslimin sekalipun mereka telah ditahzir akidahnya kerana mereka masih orang-orang Islam.

Adapun akidah mereka diserahkan kepada Allah ‘Azza wa-Jalla untuk menghukumya. Kerana kita berwala’ kepada individunya dan berbara’ daripada setiap kemungkarannya.

379