• Tidak ada hasil yang ditemukan

“Setiap Muslim dengan muslim yang lain diharamkan:

Batil dan Mungkar

“Setiap Muslim dengan muslim yang lain diharamkan:

“dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya. dan mengutuknya serta menyediakan

azab yang besar baginya”.239

ٌﺮْﻔُﻛ ُﮫُﻟﺎَﺘِﻗَو

“dan membunuh (orang Islam) suatu kekufuran”.240

ُﮫُﺿْﺮِﻋَو ُﮫُﻟﺎَﻣَو ُﮫُﻣَد ٌماَﺮَﺣ ِﻢِﻠْﺴُﻤْﻟا ﻰَﻠَﻋ ِﻢِﻠْﺴُﻤْﻟا ﱡﻞُﻛ

.

“Setiap Muslim dengan muslim yang lain diharamkan:

Darahnya, hartanya dan kehormatannya”.241

ﺎَﺴَﻓْوَأ ٍﺲْﻔَﻧ ِﺮْﯿَﻐِﺑ ﺎًﺴْﻔَﻧ َﻞَﺘَﻗ ْﻦَﻣ ُﮫﱠﻧَأ

ﺎًﻌْﯿِﻤَﺟ َسﺎﱠﻨﻟا َﻞَﺘَﻗ ﺎَﻤﱠﻧَﺄَﻜَﻓ ِضْرَﻷْا ْﻲِﻓ اًد

.

“Barangsiapa membunuh seorang manusia bukan kerana ia membunuh orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia

seluruhnya”.242

Membunuh kaum kuffar dengan sengaja tanpa ada sebab yang dibolehkan secara syarie, walau dengan apa cara sekalipun, maka ia adalah perbuatan haram, keji dan

237

. Menurut Hadis qudsi: “Wahai hamba-Ku! Bahawasanya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan

Aku pun mengharamkannya antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi”. H/R Muslim, No.

6572.

238

. Firman Allah: “dan jika ia (yang terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka

dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (yang terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang mukmin”. an-Nisa 92. Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang membunuh orang yang dalam perjanjian, maka ia tidak akan mencium bau syurga”.

Mutaffaq ‘alaihi.

239

. an-Nisaa. 4: 93.

240

. H/R Bukhari No. 48. Muslim No. 64.

241

. H/R Muslim No. 2564.

242

termasuk perbuatan terkutuk yang amat bertentangan dengan hukum ahkam agama Islam.

Membunuh orang-orang kafir dari kalangan Yahudi, Nasrani atau Majusi yang ada perjanjian damai dengan orang Islam, yang dilindungi oleh pemerintah Islam atau orang-orang Islam yang berada (tinggal dan menetap) di negeri atau negara kuffar, maka melakukan pembunuhan termasuk melalui pengeboman berani mati seperti yang telah dinyatakan di atas adalah haram hukumnya menurut kesepakatan semua para imam mazhab. Kerana hal tersebut telah dijelaskan hukumnya di dalam syariat Islamiyah sebagaimana yang terdapat dalil-dalil tegahan dan pengharamannya di dalam firman Allah ‘Azza wa-Jalla dan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Maka semua apa yang ditetapkan oleh syara wajib ditaati oleh orang-orang yang beriman. Allah ‘Azza wa-Jalla telah berfirman tentang haramnya membunuh orang-orang kafir atau orang-orang-orang-orang Islam jika tidak ada sebab yang dibolehkan oleh syara:

ٍﺔَﻨِﻣْﺆﱡﻣ ٍﺔَﺒَﻗَر ُﺮْﯾِﺮْﺤَﺗَو ِﮫِﻠْھَأ ﻰَﻟِإ ٌﺔَﻤﱠﻠَﺴﱡﻣ ٌﺔَﯾِﺪَﻓ ٌقﺎَﺜْﯿِﻣ ْﻢُﮭَﻨْﯿَﺑَو ْﻢُﻜَﻨْﯿَﺑ ٍمْﻮَﻗ ْﻦِﻣ َنﺎَﻛ ْنِإَو

.

“Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (keluarga si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang

mukmin”.243

dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Janganlah membunuh anak-anak, perempuan, orang tua dan orang yang beribadah di tempat pengibadahannya. dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka

seolah-olah dia telah memelihara kehidupam manusia

semuanya”.244

Tindakan pengebom berani mati adalah bertentangan dengan semua dalil-dalil di atas yang mengharamkan perbuatan tersebut.

(3). Kerosakan harta-benda: Tindakan pengebom berani mati menyerupai perbuatan orang-orang kafir, kerana antara ciri-ciri perbuatan orang-orang kafir dan fasik yang keji ialah gemar membuat kerosakan di permukaan bumi, pembunuhan, kebinasaan harta-benda serta kemusnahan kepada kepentingan awam dan negara, sehingga merugikan berbagai lapisan masyarakat. Firman Allah ‘Azza wa-Jalla:

َﺳ ﻰﱠﻟَﻮَﺗ اَذِإَو

ِﻓ َﺪِﺴْﻔُﯿِﻟ ِضْرَﻷْا ﻰِﻓ ﻰَﻌ

َدﺎَﺴَﻔْﻟا ﱡﺐِﺤُﯾَﻻ ُﷲاَو َﻞْﺴﱠﻨﻟاَو َثْﺮَﺤْﻟا َﻚِﻠْﮭُﯾَو ﺎَﮭْﯿ

.

243 . an-Nisaa, 4:92. 244 . H/R Muslim. No. 4522.

“dan apabila ia berpaling, ia berjalan di permukaan bumi untuk mengadakan kerosakan padanya dan merosakkan tanaman

dan binatang, dan Allah tidak menyukai kebinasaan”.245

(4). Merosakkan dan mencemarkan kehormatan: Pengeboman berani mati adalah perbuatan biadab tidak bermoral, mencabul kehormatan dan kedaulatan individu, jamaah dan negara. Menimbulkan kekacauan, menyemarakkan permusuhan, huru-hara, ketakutan dan kefasadan di permukaan bumi. Allah ‘Azza wa-Jalla menegah dan mengharamkan perbuatan tersebut dengan firmanNya:

ﺎَﮭِﺣَﻼْﺻِإ َﺪْﻌَﺑ ِضْرَﻷْا ﻰِﻓ ُﺪِﺴْﻔُﺗ َﻻَو

.

“Janganlah kamu membuat kerosakan (kefasadan) di muka

bumi sesudah (Allah) memperbaikinya”.246

(5). Menunjukkan akal yang rosak: Jika ditimbang dengan pemikiran yang waras, dilihat dengan aspek purifikasi dan moral agama, maka tindakan pengeboman berani mati yang mengorbankan pelakunya, mengakibatkan kerosakan, menimpakan kemusnahan dan pembunuhan orang awam tanpa mengenal agama, usia, jantina, belas kasihan, kasih sayang dan keadaan, semunya itu adalah perbuatan ganas yang merugikan semua pihak. Ia tidak diterima oleh akal yang rasional, malah bertentangan dengan naluri manusia serta hukum-hukum syara.

Berkata Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rahimahullah:

“Sesungguhnya tindakan sebahagian manusia

mengorbankan dirinya247 dengan cara membawa bom, lantas ia

pergi ke tengah-tengah orang-orang kafir lalu meletupkannya, merupakan perbuatan bunuh diri – semoga Allah melindungi kita. Maka sesiapa yang membunuh diri akan dikekalkan di neraka Jahanam buat selama-lamanya sebagaimana yang dijelaskan oleh

sebuah hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam,248 kerana perbuatan

tersebut tidak memberi kemaslahatan kepada agama Islam. Sebab jika ia berjaya membunuh sepuluh, seratus atau dua ratus orang, natijahnya tidak mendatangkan manfaat bagi Islam dan tidak ada orang yang mahu memeluk Islam berbeza dengan kisah pemuda

(Ashabul Ukhdud), bahkan memungkinkan hal ini akan

menimbulkan kemarahan di hati para musuh sehingga

membinasakan kaum muslimin dengan sepenuh

kemampuannya”.249 245 . al-Baqarah. 2:205. 246 . al-A’raf. 7:56. 247

. Antara cara pengeboman berani mati adalah dengan meletupkan dirinya di tengah-tengah kaum kuffar, pelanggaran dengan kenderaan atau pesawat dan sebagainya

248

. H/R Bukhari No. 5778.

249

Majlis Haiah Kibarul Ulama di Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa tentang haramnya membunuh diri, antara yang dikategorikan sebagai membunuh diri ialah pengeboman berani mati yang dianggap istisyhad (mati syahid) oleh Yusuf al-Qaradhawi. Fatwa pengharaman tersebut ialah:

“Pengeboman berani mati lebih banyak membawa kepada

kemusnahan, kerosakan, kekejian, kezaliman, kecelakaan,

mencemar kehormatan agama, mengorbankan jiwa, kecederaan dan kecacatan. Pengeboman berani mati menghilangkan rasa keamanan dan kedamaian di seluruh dunia. Akibatnya ia mendatangkan kebencian, ancaman, tindakan ketenteraan dan balas dendam masyarakat kuffar terhadap umat Islam, negara dan agamanya. Apabila ini berlaku pastinya akan menimbulkan bahaya dan ketakutan kepada umat Ialam di seluruh dunia, terutama kaum-kaum minorati Islam yang menetap di negara-negara bukan Islam”.

250

250

. Lihat: Majalah Mujamma’ Fiqh Islami. Edisi ke 2. Hlm. 181. Keputusan No. 148. Pertemuan ke 32. 12 Muharram 1409H.

Beralasan dengan Dalil