• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dr. Safar al-Hawali dan Dr. Salman al-‘Audah adalah dua tokoh Ikhwanul Muslimin kelahiran Arab Saudi. Mereka telah ditahzir oleh para ulama terutama tentang tulisan mereka yang menyalahi Manhaj Salaf as-Soleh. Apabila Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nasruddin al-Albani rahimahullah ditanya tentang buku tulisan Dr. Safar al-Hawali, “Zahiratul Irjai fil Fikril Islami”. Maka beliau menjawab:

“Tercetus dibenakku untuk menyatakan bahawa (Safar al-Hawali) serta mereka yang bersamanya bertindak melakukan penentangan yang menyalahi manhaj Salaf serta cara berfikir para Salaf. oleh itu, lahir dari pandanganku untuk menggelar mereka dengan Kharijiyatun ‘Asriyah (Khawarij Gaya Baru). Sekarang ini setelah aku membaca beberapa persoalan mengenainya, maka jawapannya yang pasti bahawa mereka telah menempuh cara berfikir firqah Khawarij dalam mengkafirkan (umat Islam) yang melakukan sesuatu dosa besar. Perkara ini mungkin disebabkan kebodohan mereka atau sebuah bentuk penipuan yang mereka lancarkan”.

Syeikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullah, Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi serta Ketua Haiah Kibaril Ulama dan Idaratil Buhusil Ilmiyah wal-Ifta’ Arab Saudi, telah mengeluarkan fatwanya melalui Lembaga Fatwa pada tarikh 3/4/1414H. No. 11/951. Lampiran 18/ Salinan.

“Lembaga Fatwa menetapkan (Safar Hawali dan Salman al-‘Audah) telah melakukan beberapa kesalahan yang telah diajukan kepada pemerintah. Lajnah yang dibentuk oleh pemerintah yang dianggotai oleh dua orang ulama yang dipilih oleh Menteri Hal

Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Umum, maka jika keduanya mengakui kesalahannya dan bertekad untuk tidak mengulangi kesalahan mereka, alhamdulillah itu sudah memadai, tetapi jika keduanya tidak mengindahkannya, keduanya dilarang memberi ceramah, kajian intensif, khutbah dan menerbitkan keset demi melindungi masyarakat dari terkesan dengan kesalahan-kesalahan mereka. Semoga Allah memberi hidayah kepada keduanya dan menunjuki jalan yang lurus”.

Seorang pakar hadis dari Yaman, Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’i ditanya tentang keputasan Majlis Fatwa yang berkaitan dengan kesalahan Safar al-Hawali dan Salman al-‘Audah, beliau berkata:

“Saya telah menasihati Salman dua atau tiga kali. Saya berpendirian bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Haiah Kibaril Ulama adalah suatu kebenaran dalam rangka melindungi masyarakat dari huru-hara dan fitnah. Tidak ditemui suatu daerah pun - sepengetahuan saya- dipenuhi dengan keamanan dan ketenteraman seperti bumi al-Haramain (Mekah dan Madinah). Saya menasihati keduanya (Salman dan Safar) supaya rujuk dan bertaubat kepada Allah”.

Bagaimana pandangan Mohd. Asri bin Zainal Abidin (salah seorang penulis buku Islam Liberal) berkenaan fatwa kibarul ulama tentang kesalahan Salman Audah dan Safar Hawali? Apakah komen beliau tentang nasihat Syeikh Muqbil kepada Salman dan Safar Hawali agar kedua rujuk dan bertaubat kepada Allah?

Apakah keputusan fatwa dari para ulama di Lembaga Fatwa Arab Saudi pada 3/4/1414H dan nasihat Syeikh Muqbil itu melampau sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepada saya (Rasul bin Dahri) penulis Muwazanah?

Apakah para ulama Arab Saudi juga melampau kerana bertindak terhadap Salman dan Safar Hawali yang bertujuan demi melindungi masyarakat dari terkesan dengan kesalahan-kesalahan mereka? Apakah para pemimpin pemerintahan Arab Saudi ghulu kepada ulama mereka apabila memenjarakan Salman dan Safar Hawali? Hanya orang yang ghulu kepada Ikhwanul Muslimin dan bertaqlid buta serta taksub (fanatik) kepada Yusuf al-Qaradhawi sahaja yang berfikiran demikian. dan apakah gelaran “Khawarijiyatun ‘Asriyah” atau Khawarij Gaya Baru yang diberikan oleh Syeikh al-Albani rahimahullah kepada Salman dan Safar al-Hawali dianggap sebagai melampau? Berfikirlah dan gunakanlah otak sebelum melemparkan kata-kata. Bak kata orang: “Biar hodoh jangan bodoh”.

Qutubiyah

Qutubiyah atau Qutubi adalah suatu fahaman yang dinasabkan kepada Sayid Qutub rahimahullah. Atau para pengikut Sayid Qutub yang fanatik dan ghalu kepadanya. Meraka (Qutubiyah) adalah hasil keluaran Jamaah Ikhwanul Muslimin atau sesiapa yang lahir dari hasil pemikiran Sayid Qutub (semoga Allah mengampunkan segala kesilapannya).

Sayid Qutub dan Hasan al-Banna dianggap sebagai mati syahid oleh para pengikutnya dan mereka menyangka: “Bahawa beliau (Hasan al-Banna) hidup di sisi Rabnya dan mendapat rezeki di sana”187 sedangkan (menurut para ulama Salaf as-Soleh) tidak boleh memutuskan seseorang sebagai syahid kecuali dalam bentuk global188 atau menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya iaitu terbunuh di medan perang fisabilillah. Di dalam hadis Bukhari ada dijelaskan:

“Tidak boleh mengatakan Si Fulan syahid”.189

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah apabila mensyarahkan hadis riwayat Bukhari di atas bahawa:

“Tidak boleh memastikan seseorang syahid kecuali melalui penentuan wahyu”.

Sayid Qutub yang digelar ulama dan syahid oleh pengekor Ikhwanul Muslimin, semasa hidupnya gemar mengejek cara pakaian ulama yang diistilahkan oleh beliau sebagai orang rohaniawan, pakaian rohaniawan, pemikiran rohaniawan atau budaya rohaniawan. Sayid Qutub lebih senang menampilkan gaya luarannya dengan

187

. Lihat: al-Maurid al-‘Adab az-Zulal. Hlm228 an-Najmi.

188

. Lihat: Fathul Bari 6/90. Ibn Hajar.

189

penampilan Eropah seperti mencukur janggut, memakai topi dan lebih kerap memakai pakaian ala barat. Dia merasa bangga dengan fesyen seperti itu dan beliau melepaskan ejekannya dan penghinaannya kepada ulama dengan berkata:

“Sebahagian syubhat yang muncul, ia dimunculkan oleh pemikiran agama dari orang yang digelar saat ini sebagai rohaniawan. Iaitu syubhat yang merosak Islam dan strukturnya sehingga ke dalam jiwanya. Mereka – rohaniawan – merupakan makhluk yang paling mustahil untuk diterapkan pemikirannya dan mustahil diikuti buah fikirannya, baik dari segi budaya atau perilakunya, bahkan pakaian dan tindak-tanduknya disebabkan

kebodohannya terhadap realiti agama dan warisan penjajah”.190

Sayid Qutub melahirkan lagi celaan (penghinaan), ejekan dan perlinya terhadap ulama:

“Kebodohan yang lahir dari kebudayaan Islam tidak akan memberi tasawwur (gambaran) Islam yang teguh, kerana mereka mengetahui dari orang-orang yang mereka kenali sebagai para rohaniawan. Inilah kenyataan tentang Islam yang paling buruk

yang digambarkan oleh agama-agama yang lainnya”.191

Para pemuja Sayid Qutub tidak akan terkilan dengan ejekan Syeikh mereka ini, malah mereka meniru gaya dan cara berpakaian Sayid Qutub. Mereka senang dan bangga dengan apa saja yang datangnya dari Sayid Qutub, seperti mencukur atau menipiskan janggut mereka lantaran malu untuk memeliharanya, berpakaian isbal (melabuhkan pakaian melebihi bawah mata kaki), menggemari gaya pakaian dan budaya Barat.

Berkata Syeikh Abdussalam bin Salim bin Raja as-Suhaimi:

“Qutubiyun adalah mereka yang satu kaum membaca (mempelajari) tulisan-tulisan Sayid Qutub, mengambil dan meyakini sebagai kebenaran mutlak apa sahaja yang terdapat di dalam tulisan-tulisan tersebut sama ada yang hak (benar) atau yang batil

(merosakkan)”.192

Menurut Syeikh Abdussalam lagi: Didapati para pentaqlid dan pengekor Sayid Qutub sangat berlebih-lebihan apabila mempertahankan Sayid Qutub. Jika mereka dapati ada seseorang yang menegur kesilapannya, sekalipun teguran tersebut benar, maka

190

. Lihat: ﺔﯿﻟﺎﻤﺳأﺮﻟاو مﻼﺳﻻا ﺔﻛﺮﻌﻣ hlm. 63. Sayid Qutub.

191

. Ibid.

192

. Yang paling keji dan membahayakan ke atas orang-orang Islam ialah menghidupkan pemikiran (fahaman) Khawarij iaitu takfiri (pengkafiran) dan teori “Tauhid Hakimiyah”.

mereka akan mengeluarkan berbagai-bagai alasan. Syeikh Abdussalam menjelaskan:

“Sudah dimaklumi bahawa Sayid Qutub bukanlah seorang yang menguasai ilmu agama. Dia hanyalah seorang penulis (sasterawan) berpegang dengan mazhab Asy’ari. Terdapat banyak kesalahan yang keterlaluan dan keji di dalam tulisannya, malangnya apabila Sayid Qutub diberi teguran (oleh para ulama), para pendokong Qutubiyah bangun membantah dengan kata-kata

yang keji”.193

Antara fatwa dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nasruddin al-Albani rahimahullah diakhir hayatnya:

“Sayid Qutub tidak mengetahui tentang Islam, baik secara usulnya (ilmu-ilmu dasarnya) atau ilmu-ilmu furu’. Maka saya berterima kasih kepada al-akh (Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali) kerana menunaikan kewajipannya dengan menjelaskan dan menyingkap kejahilan dan penyimpangan (akidah Sayid Qutub) dari

Islam”.194

Di Malaysia, Mohd. Asri adalah termasuk mereka yang terpalit dengan kenyataan Syeikh Abdussalam. Jenis pengekor yang ghulu ini bermatian-matian mempertahankan Ikhwanul Muslimin dan para tokohnya. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah bahawa ghulu itu: “Berlebih-lebihan dalam memberi pujian, sanjungan dan lainnya”.195 Sikap keji ini telah berlaku di kalangan pengekor tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sehingga ke taraf melatah dan melalut.

Tidakkah pengekor ini memahami akidah Sayid Qutub sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Albani dan sokongannya terhadap Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali yang dihukum suka mengkafirkan dan pelampau oleh penulis ‘Islam Liberal’ tersebut? Apakah Syeikh al-Albani juga pelampau kerana menjelaskan akidah Sayid Qutub? Fahamilah apa yang telah ditulis oleh Sayid Qutub yang berkaitan dengan akidah:

“Berkenaan hal “Istiwa” Allah di atas ‘Arasy, maka hendaklah kita mengatakan bahawasanya istiwa ertinya: Penguasaan

(Berkuasa, Memerintah) Allah atas makhlukNya”.196

193

. Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 98. Raja as-Suhaimi.

194

. Lihat: Ta’liq (komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab (al-Awasim Mimma fi Kutubi Syaid Qutub Minal Qawasim) tulisan Rabi’ bin Hadi.

195

. Lihat: Syarah Kasyfus Syubuhat Fii Tauhid. Hlm. 7. Muhammad bin Soleh al-Utaimin.

196

Imam az-Zahabi, imam Ibn Taimiyah, imam Ibn Qaiyim, imam Ibn Kathir, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan ramai lagi para ulama Salaf termasuk Syeikh Ibn Bazz dan Muhammad Nasruddin al-Albani dengan tegasnya telah menolak dan membantah cara takwil atau penafsiran yang dilakukan oleh Saiyd Qutub kerana mengingkari Allah beristiwa di ‘Arasy.

Syeikh Abdul Aziz bin Bazz dengan ketegasannya membantah:

“Perkataan ini adalah perkataan yang fasid. Maksud dari

kalimah “Penguasaan/Berkuasa/Memerintah” di sini adalah

mengingkari istiwanya (Allah di ‘Arasy) yang maknanya telah jelas iaitu tinggi di atas ‘Arasy. Apa yang dikatakan oleh beliau (Sayid Qutub) adalah batil dan ini membuktikan bahawa dia miskin dalam

ilmu tafsir”.197

Namun para masyeikh (para ulama Salaf) tidak pernah mengkafirkan Sayid Qutub atau sesiapapun dari tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang muflisin ilmu sebagaimana dinyatakan oleh Syeikh Hammad al-Ansari:

“Diketika orang ini (Sayid Qutub rahimahullah) masih hidup maka sewajarnya dia bertaubat, jika tidak bertaubat dia dikenakan hukuman mati kerana telah murtad. oleh kerana dia telah

meninggal maka perlu dijelaskan kepada umat bahawa

perkataannya itu batil, namun kita tidak mengkafirkannya kerana

kita belum menegakkan hujjah ke atasnya”.198

Sayid Qutub rahimahullah, selain mewariskan fahaman Qutubiyah Khawarijiyah dan Tauhid Hakimiyah Takfiriyah, beliau juga melahirkan ramai para pengekor yang fanatik kepadanya di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Gerakan dan fahaman Qutubiyah yang tersemai di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan diterima pakai oleh tokoh-tokohnya telah berjaya menarik minat ramai masyarakat meniru perjuangan mereka (antaranya Mohd Asri bin Zainal Abidin dan jenis-jenis speisis yang seakal-akalan sepertinya terutamanya yang terdapat di Malaysia).

Sayid Qutub melalui pelbagai tulisannya telah mengheret ramai umat kepada berbagai bid’ah pemikiran, teori, persepsi dan andaian. Bid’ah-bid’ah ini tercipta melalui penafsiran beliau yang dihanyutkan oleh rakyunya (pendapatnya) sehingga membawa kepada kesesatan akidah selain bid’ah ibadah, akhlak, sosial, siyasah dan iedologi songsang.

Berpunca dan juga kesan dari pelbagai bentuk pemikiran Sayid Qutub yang bid’ah, ia telah melahirkan fahaman yang rosak dan perpecahan yang begitu banyak di

197

. Perkataan ini termuat dalam keset rakaman Ibn Bazz tahun 1413

198

kalangan umat Islam seperti melahirkan Jamaah Takfir wal-Hijrah, Jamaah Jihadiyah, JI, DII, Hizbut Tahrir dan berbagai-bagai hizb yang lainnya.

Antara teori-teori bid’ah yang terkandung di dalam tulisan-tulisan Sayid Qutub seperti di dalam Ma’alim fii at-Tariq199 dan fii Dilal al-Quran ialah fahaman takfir (pengkafiran) dan penghinaan terhadap umat Islam sekarang ini dengan tuduhan sebagai masyarakat jahiliyah. Sebagai bukti Sayid Qutub telah berkata:

“Masyarakat yang mengaku sebagai masyarakat Islam (sekarang ini) telah termasuk ke dalam kategori masyarakat jahiliyah. Mereka dianggap sebagai jahiliyah bukan kerana berkeyakinan tentang anggapannya ada ketuhanan seseorang selain Allah dan bukan kerana mereka mengutamakan syiar-syiar pengibadatan kepada selain Allah….. tetapi mereka masih memberikan keutamaan yang sangat utama dari sifat ketuhanan kepada selain Allah iaitu mereka masih beragama dengan

berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah”.200

Menuduh umat ini sebagai: “Termasuk ke dalam kategori masyarakat jahiliyah” samalah seperti mengkafirkan umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang ada sekarang ini. Selanjutnya dia berkata:

“Apabila hal sudah jelas, maka pendirian Islam terhadap masyarakat jahiliyah adalah berkait dengan satu ungkapan iaitu Islam menolak pengakuan seperti itu iaitu pengakuan keIslaman

masyarakat ini secara total”.201

Kenyataan Yusuf al-Qaradhawi telah menjadi saksi dan bukti bahawa Sayid Qutub melahirkan pemikiran takfirnya (pengkafirannya) terhadap umat Islam sekarang ini kerana ia telah diakui oleh Yusuf al-Qaradhawi dengan fatwanya:

“Pada peringkat pengkafiran ini, yang merupakan kemuncak terakhir dari pengkafiran Sayid Qutub, ia tercatit di dalam tulisan-tulisannya. Di dalam tulisan-tulisan tersebut terpancar pengkafiran terhadap masyarakat dan perlunya penundaan dakwah untuk beralih kepada undang-undang Islam (hakimiyah) dan menyerukan

jihad melawan seluruh manusia”.202

Fatwa Yusuf al-Qaradhawi di atas yang dinukil secara amanah ini, didukung dan dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahmad Farid Abdul Khaliq:

199

. Buku yang berunsur pengkafiran (takfiriyah) ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan judul “Petunjuk Sepanjang Jalan”.

200

. Lihat: Ma’alim fii at-Tariq. Hlm 101.

201

. Ibid.

202

“Sayid Qutub telah memperlekeh Nabi Musa ‘alaihissalam, mencela Khalifah Uthman radiallahu ‘anhu, mencela sahabat, meninggalkan tauhid uluhiyah, berakidah Asy’ariyah dalam mentakwil sifat-sifat Allah, menyebarkan pemikiran takfir dan

sebagainya”.203

Di dalam kitab لﻼﻈﻟا ءﺎﻄﺧأ ﻰﻠﻋ ﮫﯿﺒﻨﺘﻟا ﻰﻓ لﻻﺰﻟا درﻮﻤﻟا Syeikh Abdullah bin ad-Duwais telah mendedahkan sebanyak 182 (seratus lapan puluh dua) kesalahan termasuk kesalahan dalam bab akidah. Apakah pengekor, pentaqlid buta yang taksub dan mereka yang bersangatan memuja dan memuji Sayid Qutub dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin boleh memejamkan mata tentang kesalahan yang terlalu banyak ini? Apakah Syeikh Abdullah bin ad-Duwais seorang yang bodoh? Pastinya beliau seorang ulama besar sehingga mampu mendedahkan kesilapan Sayid Qutub yang sebanyak itu di dalam tafsirnya.

Begitu juga dengan kitab Turkh Hasan Al-Banna Wa-Ahammul Warisin. Di dalam kitab ini Syeikh Ayyad asy-Syamari telah mendedahkan kekejaman, keganasan dan kemungkaran gerakan Ikhwanul Muslimin serta disingkap segala rancangan jahat dan konspirasi mereka untuk menjatuhkan pemimpin Islam. Disingkap dan didedahkan juga pergerakan dakwah di dalam Ikhwanul Muslimin terutamanya yang dipemimpin oleh Sayid Qutub, Hasan al-Banna, Umar at-Tilmisani dan yang lainnya.

Terlalu banyak buku-buku yang telah mendedahkan kemungkaran gerakan Ikhwanul Muslimin dan sikap para pemimpin mereka yang keji dan mungkar, sama ada dalam pertimbangan syara atau neraca akal yang rasional.

203

. Supaya lebih jelas, rujuklah kepada buku Sayid Qutub “at-Taswirul Fanni’. Hlm. 163. Atau kitabnya “Kutub wa-Syaksiyat. Hlm.242.