• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sayid Qutub rahimahullah dalam tafsirnya fi-Zilalil al-Quran telah menulis:

Manhaj Muwazanah

1. Sayid Qutub rahimahullah dalam tafsirnya fi-Zilalil al-Quran telah menulis:

تاوﺎﻤﺴﻟاو ضرﻻﺎﻛ ﺔﯿﻧﻮﻛ ةﺮھﺎﻇ نآﺮﻘﻟا

“al-Quran adalah suatu yang zahir, kauniyah (fenomena yang bersifat alami

iaitu sama seperti makhluk) sebagaimana bumi dan langit”.414

Gaya penafsiran ayat di atas ini jika disengajakan, ia membuktikan bahawa Sayid Qutub telah membuat kesilapan besar di segi akidah (mudah-mudahan ia kesilapan yang tidak disengajakan atau kesalah-fahaman orang awam terhadap uslub sastera beliau yang tinggi), kerana kata-kata “Sebagaimana bumi dan langit” ia menyerupakan al-Quran sebagaimana makhluk yang lainnya, sedangkan al-Quraan adalah Kalamullah bukan makhluk yang sama sekali tidak boleh disama atau disekufukan dengan makhluk. Malah tafsir Sayid Qutub di atas ini benar-benar membawa maksud “al-Quran itu Makhluk, bukan Kalamullah”. Ini adalah akidah Jahmiyah dan akidah mereka yang sealiran dengan kelompok yang sesat, sebagaimana yang telah dijelaskan tentang sesatnya akidah serupa ini oleh Imam Abdullah rahimahullah:

ﷲا ُﺪْﺒَﻋ ُمﺎَﻣِﻻْا َلﺎَﻗ

:

ُلْﻮ ُﻘَﯾ ْﻲ ِﺑَا ُﺖْﻌِﻤَﺳ

:

َلﺎ َﻗ ْﻦ َﻣ

ٌمَﻼ َﻛ َﻮ ُھَو ، قْﻮ ُﻠْﺨُﻣ ِنآْﺮُﻘْﻟﺎ ِﺑ ﻲ ِﻈْﻔَﻟ

ﺔﱠﯿِﻤْﮭَﺠْﻟا ُمَﻼَﻛ َﻮُھَو ، ٌءيِدَر ٌءْﻮُﺳ

.

“Berkata Imam Abdullah: Aku mendengar bapaku berkata: Sesiapa yang mengatakan lafazku terhadap al-Quran itu makhluk maka itu adalah ucapan yang buruk dan kotor, itu adalah perkataan

Jahmiyah”.415

Para imam Salaf menyakini bahawa al-Quran adalah “Kalamullah” bukan “Makhluk”. Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah kerana ketegasan pendiriannya menghadapi orang-orang yang mengatakan bahawa “al-Quran Itu Makhluk”, yang terang-terangan mempertahankan yang hak, akibatnya beliau dipenjarakan selama tiga tahun. Beliau terpaksa dikeluarkan pada bulan Ramadan setelah manusia berhimpitan beramai-ramai di pintu penjara, sehingga sultan merasa takut dan membebaskan beliau. Ketika beliau dikeluarkan dari penjara, kesan pukulan (siksaan) masih kelihatan di belakangnya sehinggalah beliau meninggal dunia.416

Begitu jugalah nasib yang menimpa Ibnu Taimiyah rahimahullah. Beliau meninggal dunia di penjara kerana mempertahankan akidahnya bahawa al-Quran itu “Kalamullah” bukan “Makhluk”. Apakah kata-kata (penafsiran) Sayid Qutub ini tidak bertentangan dengan kesepakatan para ulama Salaf as-Soleh bahawa al-Quran itu Kalamullah? Apakah akidah Sayid Qutub ini tidak bertentangan dengan akidah Salaf? Akidah yang dibawa oleh Syaid Qutub ini perlu diwar-warkan kepada ummah

414

. Lihat: fi Zilalil al-Quran. 4/2328.

415

. Lihat: ﺔﻨﺴﻟا 1/165.

416

Islamiyah agar ia ditinggalkan, bukan dipertahankan sebagaimana yang dipertahankan oleh Mohd. Asri di dalam VCD yang telah tersebar. Umat perlu diselamatkan dari apapun perkara yang boleh menyebabkan kesyirikan.

Sayid Qutub telah menyebarkan fahaman wahdatul wujud di dalam tafsirannya. Beliau berkata apabila menafsirkan ayat:

ُﷲاَﻮ ُھ ْﻞ ُﻗ

ٌﺪ َﺣَا

:

ﮫ ﺘﻘﯿﻘﺣﻻا ﺔ ﻘﯿﻘﺣ كﺎ ﻨھ ﺲﯿ ﻠﻓ ، دﻮ ﺟﻮﻟا ﺔ ّﯾﺪﺣا ﺎ ﮭﻧا

كﺎ ﻨھ ﺲﯿ ﻟو ،

دﻮ ﺟﻮﻟا ﻚ ﻟذ ﻦ ﻣ هدﻮ ﺟو ﺪﻤﺘﺴ ﯾ ﺎ ﻤﻧﺎﻓ ﺮ ﺧآ دﻮ ﺟﻮﻣ ّﻞ ﻛو ، هدﻮ ﺟو ﻻا ﻲ ﻘﯿﻘﺣ دﻮ ﺟو

ﻲﻘﯿﻘﺤﻟا

.

“Sesungguhnya ayat: (Katakanlah bahawa Allah itu Esa!):

Sesungguhnya ia menjelaskan kesatuan zat ( دﻮ ﺟﻮﻟا ةﺪ ﺣو). Maka tidak

ada hakikat zat kecuali hakikat zatNya. dan tidak ada sesuatu zat yang sebenarnya kecuali zatNya. Sedangkan segala sesuatu (zat)

yang lain wujudnya tersimpul dari (zat)Nya yang sebenarnya”.417

Ini adalah jelas dan terang akidah yang batil, keyakinan yang tersasar jauh dan pegangan ahli tariqat sufi aliran “Wahdatul Wujud”. Kalau Si Tokoh pengekor Ikhwanul Muslimin yang berada di Malaysia (yang bodoh) menafikan bahawa penerangan Sayid Qutub ini bukan bermaksud Wahdatul Wujud, maka beliau perlu mempelajari semula bahasa Arab, ulumul Quran dan terutamanya bab akidah Salafiyah.

Fahaman Wahdatul Wujud termasuk warisan Hallaj. Ia juga merupakan amalan dan akidah yang dipertahankan oleh hampir seluruh tariqat kesufian dan ianya juga menjadi akidah yang diyakini benar oleh mereka. Akidah Wahdatul Wujud adalah akidah yang menyeleweng menurut kesepakatan (ijmaknya) ulama Ahli Sunnah yang bermanhaj Salaf Soleh. Seseorang yang telah memahami manhaj akidah Salaf as-Soleh pasti ia akan merasa malu besar setelah menyedari bahawa akidah Wahdatul Wujud adalah akidah yang sesat dan menyesatkan.

Berkata pula Muhammad Qutub:

ةﺮ ﻤﻟا هﺬ ھ ﻰ ﻓ ﻢ ﮭﱠﻧﻷ ﻻ مﻼ ﺳﻻا ﻰ ﻟا ﺪ ﯾﺪﺟ ﻦ ﻣ سﺎ ﻨﻟا ةﻮ ﻋد ﻰ ﻟا جﺎ ﺘﺤﯾﺮﻣﻻا نا

نﻮﻀ ﻓﺮﯾ سﺎ ﻨﻟا نﺎ ﻛ ﺎﻤﻛ ،ﷲا لﻮﺳر ﺪﻤﺤﻣ ﷲا ﻻا ﮫﻟاﻻ ﻢھاﻮﻓﺎﺑ اﻮﻘﻄﻨﯾ نا نﻮﻀﻓﺮﯾ

ﮫ ﻟاﻻ ﻲﺴ ﺋﺮﻟا ﻰﻀ ﺘﻘﻤﻟا نﻮﻀ ﻓﺮﯾ ةﺮ ﻤﻟا هﺬھ ﻰﻓ ﻢﮭﱠﻧﻻ ﻦﻜﻟو ﻰﻟوﻻا ﺔﺑﺮﻐﻟا ﻰﻓ ﺎﮭﻘﻄﻧ

ﻮھو ﷲا ﻻا

:

ﷲا ﺔﻌﯾﺮﺷ ﻢﯿﻜﺤﺗ

.

“Sesungguhnya perkara yang diperlukan untuk berdakwah kepada manusia adalah memperbaharui Islamnya. Bukan kerana

417

mereka menolak mengucakpan kalimah (La Ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah) sebagaimana musyrikin zaman sahabat yang menolak untuk mengucapkannya, tetapi mereka saat ini menolak kandungan kalimah tersebut, iaitu menolak berhukum

dengan yang disyariatkan oleh Allah”.418

Mungkin semangat berdakwah Muhammad Qutub yang tinggi menyebabkan beliau sabkul lisan (tersasul atau melatah) sehingga terkeluar perkataan yang batil ini. Inilah hakikat Tauhid Hakimiyah Takfiriyah ciptaan Sayid Qutub.

Allah Subhanahu wa-Ta’ala Yang Maha Pengasih dan Penyayang masih membuka pintu taubat baginya. Semoga beliau segera bertaubat dan semoga Allah memberinya hidayah. Amin!

Berkata Syeikh Soleh bin Fauzan hafizahullah apabila mengomentar perkataan Muhammad Qutub di atas:

“Ini adalah pengkafiran terhadap majoriti manusia”.419

Sudah jelas menurut hadis bahawa mengkafirkan seseorang yang belum layak dikafirkan maka kekafiran tersebut terpantul kepada Si Penuduh.

Berkata Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr:

“Bahawa Sayid Qutub bukan termasuk ulama yang dapat

dikuti perkataannya dalam masalah-masalah ilmiyah”.420

2. Hasan al-Banna (pengasas pertubuhan Ikhwan Muslimin). Beliau membuat kenyataan akan perbuatannya yang mungkar, beliau mengaku: Kami keluar berarak pada hari memperingati Maulid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam setelah menghadiri (majlis maulid) setiap malam. Iaitu sejak hari pertama Rabiul Awal sehingga ke 12 hari bulan sambil mendendangkan nasyid:

Sang Kekasih telah hadir (tiba) bersama para pencintanya. Memaafkan semua dosa yang telah pergi dan berlalu,……tidak ragu

lagi bahawa sang kekasih telah datang.421

Melalui bait-bait syair di atas dengan jelas membuktikan bahawa Hasan al-Banna meyakini:

418

. Lihat: ﺮﺻﺎﻌﻟا ﺎﻨﻌﻗاو hlm. 29. Muhammad Qutub.

419

. Lihat: ﺪﯾﺪﺠﻟا ﺞھﺎﻨﻤﻟا ﺔﻠﺌﺳا ﻦﻋ ﺪﯿﻔﻤﻟا ﺔﺑﻮﺟﻷا hlm. 34.

420

. Ucapan yang dirakam pada tanggal 7/11/1414.

421

Pertama: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam boleh mengampunkan segala dosa yang telah lalu.

Kedua: Hasan al-Banna juga percaya bahawa Nabi menghadiri majlis-majlis peringatan yang diadakan di perkuburan.

Ketiga: Beliau masih mengamalkan amalan kuburi yang dihukum syirik oleh para ulama yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh.

Hasan al-Banna berkata lagi dengan ucapan yang mungkar dan menyalahi pegangan para aimatus-salaf:

ﻢﮭﺗﺎﻓﺎﺼ ﻣ ﻰ ﻠﻋ ﺾ ﺣ ، ﻢﯾﺮ ﻜﻟا نآﺮ ﻘﻟا نﻷ ، ﺔ ﯿﻨﯾد ﺖﺴ ﯿﻟ دﻮ ﮭﯿﻠﻟ ﺎﻨﺘﻣﻮﺼ ﺧ ّنا

ﻢﮭﺗﺎﻗدﺎﺼﻣو

.

“Sesungguhnya permusuhan kita dengan Yahudi bukan kerana masalah agama. Sesungguhnya al-Quran menganjurkan

agar berteman dan bersahabat dengan mereka”.422

Perkataan Hasan al-Banna ini mengelirukan (meracau), menyesatkan dan menyalahi manhaj Salaf as-Soleh. Kerana Yahudi dan Nasrani termasuk dalam ayat yang menjadi peringatan kepada mereka yang beriman. Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:

ِﻟ ًةَواَﺪَﻋ َسﺎﱠﻨﻟا ﱠﺪَﺷَأ ﱠنَﺪِﺠَﺘَﻟ

اْﻮُﻛَﺮْﺷَأ َﻦْﯾِﺬﱠﻟاَو َدْﻮُﮭَﯿْﻟا اْﻮُﻨَﻣآ َﻦْﯾِﺬﱠﻠ

.

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang yang beriman ialah

orang-orang Yahudi dan orang-orang-orang-orang yang musyrik”.423

Yahudi dan Nasrani adalah benar-benar kafir dan mensyirikkan Allah dengan makhlukNya. Dikafirkan dan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan dilaknat juga oleh Rasulullah.424 Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

َﻞْﯿِﺋاَﺮْﺳِا ْﻲِﻨَﺑ ْﻦِﻣ اْوُﺮَﻔُﻛ َﻦْﯾِﺬﱠﻟا َﻦِﻌُﻟ

“Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israil”.425

ىَرﺎَﺼﱠﻨﻟاَو ِدْﻮُﮭَﯿْﻟا ﻰَﻠَﻋ ِﷲا ُﺔَﻨْﻌَﻟ

422

. Lihat: ﺦﯾرﺎﺘﻟا ﺖﻌﻨﺻ ثاﺪﺣا ﻦﯿﻤﻠﺴﻤﻟا ناﻮﺧﻷا 1/409. Mahmud Abdulhalim.

423 . al-Maidah. 5:82. 424 . Lihat: ةﺪﯾﺪﺠﻟا ﺞﮭﻨﻤﻟا ﺔﻠﺌﺳا ﻦﻋ ةﺪﯿﻔﻤﻟا ﺔﺑﻮﺟﻷا hlm. 39. 425 . al-Maidah, 5:78.

“Laknat Allah atas orang-orang Yahudi dan Nasrani”.426

Malangnya ada individu yang telah mengaku sebagai seorang yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh, tetapi masih mempertahankan kemungkaran Hasan al-Banna. Orang seperti inilah yang mengotori kesucian nama dan manhaj Salaf as-Soleh yang sebenar.

3. Yusuf al-Qaradhawi seorang ahli fikir yang diulamakan oleh golongan Ikhwanul Muslimin. Beliau telah mengiktiraf (menerima) golongan-golongan yang telah ditolak dan dikafirkan oleh aimmah Salaf as-Soleh. Yusuf al-Qardhawi telah mendominan pemikiran generasi masa kini dengan berbagai-bagai fatwa beliau yang batil, antaranya beliau menyatakan:

“Sesungguhnya peperangan kita bukanlah melawan

Asy’ariyah, Maturidiyah, Muktazilah atau Jahmiyah, tetapi

peperangan terbesar ialah melawan kaum atheis”.427

Beliau berkata lagi:

“Peperangan kita bukanlah melawan para penakwil sifat-sifat

Allah, tetapi melawan para pengingkar Allah secara

keseluruhannya”. 428

Sesungguhnya perkataan seperti ini sebenarnya sama seperti memerangi tauhid uluhiyah dan tauhid asma wa-sifat. Ucapan ini adalah syubhat dan talbis iblis (perangkap iblis atau syaitan) yang sesat dan menyesatkan yang tidak akan diucapkan oleh seseorang yang mengenali firqah yang sesat dan memahami manhaj Salaf as-Soleh. Kerana para ulama Salaf as-Soleh telah mengharamkan mentakwil sifat Allah yang telah diithbatkan (ditetapkan) oleh Allah di dalam al-Quran dan yang telah ditetapkan oleh RasulNya di dalam hadis-hadis yang sahih.

Allah telah memberi peringatan kepada setiap orang yang beriman agar berjaga-jaga terhadap tipu helah atau perangkap iblis ( ﺲﯿ ﻠﺑا ﺲﯿ ﺒﻠﺗ) yang berupa perkataan-perkataan indah, mempersona atau istilah-istilah yang syubhat. Seperti istilah muwazanah atau yang semisal dengannya. Allah berfirman sebagai amaran kepada mereka yang mengikut perkara yang syubhat:

ْﻧَا ْيِﺬﱠﻟا َﻮُھ

ﺎ ﱠﻣَﺎَﻓ ٌتﺎَﮭِﺑﺎَﺸ َﺘَﻣ ُﺮ َﺧُاَو ِبﺎ َﺘِﻜْﻟا ﱡمُا ﱠﻦ ُھ ٌتﺎ َﻤَﻜْﺤُﻣ ٌتﺎ َﯾآ ُﮫ ْﻨِﻣ َبﺎ َﺘِﻜْﻟا َﻚْﯿَﻠَﻋ َلَﺰ

ُﻢ َﻠْﻌَﯾ ﺎ َﻣَو ِﮫ ِﻠْﯾِوْﺎَﺗ َءﺎ َﻐِﺘْﺑاَو ِﺔ َﻨْﺘِﻔْﻟا َءﺎ َﻐِﺘْﺑا ُﮫ ْﻨِﻣ َﮫَﺑﺎَﺸ َﺗ ﺎ َﻣ َنْﻮُﻌِﺒﱠﺘَﯿَﻓ ٌﻎْﯾَز ْﻢِﮭِﺑْﻮُﻠُﻗ ﻰِﻓ َﻦْﯾِﺬﱠﻟا

426

. H/R Bukhari 425 dan Muslim 531.

427

. Lihat: مﻼﺳﻻا ﺔﻌﯾﺮﺸﻟ يوﺎﺿﺮﻘﻟا ﺔﻔﻟﺎﺨﻣ ﻦﻋ مﺎﺜﻠﻟا ﻊﻓر

428

ُﮫَﻠْﯾِوْﺎَﺗ

ُﷲا ﱠﻻِا

.

ﱠﻻِا ُﺮﱠﻛﱠﺬ َﯾ ﺎ َﻣَو ﺎ َﻨﱢﺑَر ِﺪ ْﻨِﻋ ْﻦ ِﻣ ﱞﻞ ُﻛ ِﮫ ِﺑ ﺎﱠﻨَﻣآ َنْﻮُﻟْﻮُﻘَﯾ ِﻢْﻠِﻌْﻟا ﻰِﻓ َنْﻮُﺨِﺳاﱠﺮﻟاَو

ِبﺎَﺒْﻟَﻻْا اْﻮُﻟْوُا

.

“Dialah yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepada kamu antara isinya ada ayat-ayat yang muhkamat itulah pokok-pokok isi al-Quran dan ayat-ayat yang mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka

mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk

menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Rabb kami. dan tidaklah dapat mengambil pelajaran daripadanya melainkan

orang-orang yang berakal”.429

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata tentang ayat di atas:

ْﻢُھْوُرَﺬْﺣﺎَﻓ ُﷲا ﻰﱠﻤَﺳ َﻦْﯾِﺬﱠﻟا َﻚِﺌِﻟْوُﺎَﻓ ، ُﮫْﻨِﻣ َﮫَﺑﺎَﺸَﺗ ﺎَﻣ َنْﻮُﻌِﺒﱠﺘَﯾ َﻦْﯾِﺬﱠﻟا َﺖْﯾِاَر اَذِﺎَﻓ

.

“Maka apabila kamu melihat orang-orang yang menginginkan hal-hal yang mutasyabihat (syubhat/tidak jelas), maka merekalah orang yang disebutkan oleh Allah (dalam ayat ini) maka

waspadalah terhadap mereka”.430

Semoga para ikhwan yang bermanhaj Salaf as-Soleh dapat bekerjasama mempertahankan sunnah dan memeliharanya, serta sentiasa berusaha memerangi bid’ah dan kesyirikan demi untuk mengimarahkan manhaj Salaf as-Soleh yang Rasulullah diutus kerananya. Semoga Allah memberkati usaha ini. Amin!

429

. Ali Imran, 3:7.

430

Syubhat Buku