• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alam Sekitar Semulajadi

Dalam dokumen Seni Dan Alam Sekitar (Halaman 179-198)

Elemen Alam Sekitar dalam Novel Melayu

Jadual 6: Beberapa Spesies Hidupan Liar Dilindungi di Malaysia

1. Alam Sekitar Semulajadi

Alam sekitar semulajadi terdiri daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran semulajadi sama ada berbentuk fizikal seperti suhu, iklim, kelembapan, angin, keamatan matahari, badan air (kedalaman, air hujan, arus sungai, ombak, tasik dll) dan topografi, atau berbentuk kimia seperti gas-gas, nutrien, pH, garam mineral dan kemasinan (dalam air) (Mohd.

163

terutama faktor-faktor biotik yang hanya boleh hidup sekiranya mempunyai faktor semulajadi yang sesuai.

Analisis yang dilakukan terhadap novel kajian mendapati terdapat empat kategori alam sekitar semulajadi boleh ditemui, merangkumi;

i. Cuaca

Unsur cuaca menjadi elemen alam sekitar semulajadi utama yang dipaparkan pengarang. Terdapat pelbagai bentuk cuaca telah diketengahkan pengarang ini seperti mendung, hujan, guruh, ribut, kabus, jerebu, siang, malam dan tiupan angin. Bentuk cuaca ini telah diangkat pengarang ini sama ada secara langsung seperti “angin laut tentu sekali menyegarkan” (Rangau; 176) ataupun digabungkan dengan pelbagai unsur cuaca umpamanya “angin mengelus agak

kencang menerbangkan rambutnya ke belakang. Kilat melibas cahaya di awan dan guruh

menyusul berdentum” (Tombiruo; 29). Gabungan unsur cuaca seumpama ini menyerlahkan

kreativiti pengarang ini, selain mewujudkan unsur suspens yang sangat penting dalam karya kajian.

Unsur cuaca seperti mendung, hujan, guruh, angin dan ribut boleh ditemui secara kerap di sana sini dalam novel-novel kajian sama ada menggunakan ayat mudah seperti “Guruh

berdentum. Halilintar sabung menyabung di langit bumi. Hujan masih lebat di luar rumah.

164

juga perubahan berkenaan dipaparkan juga seperti “Kepulan awan hitam semakin mendekat.

Cuaca yang cerah tiba-tiba berubah. Angin laut bertiup kencang. Langit mendung dan gelap.

Hujan sudah mulai turun. Renyai-renyai dan dalam masa yang singkat sahaja bertukar menjadi

lebat. Terlalu lebat” (Mandatori; 31). Gabungan unsur cuaca seumpama ini boleh ditemui dalam

Rangau (86, 228, 499, 501, dan 517) Tombiruo (32, 35, 53 dan 39) Semangat Hutan (30, 31, 156, 435, 449 dan 485) dan Mandatori (31, 34, 37, 253, 262, 330, 336, 411, dan 481). Pengarang ini mengeksploitasi elemen cuaca sebagai perantara untuk menyampaikan maksud yang tersirat. Mendung, hujan, guruh, petir serta angin dan ribut telah digunakan pengarang untuk mengetengahkan perasaan gusar, gelisah, bimbang dan emosi watak yang tidak menentu seperti diutarakan dalam petikan di bawah;

Salina mendongak ke langit. Awan hitam semakin menebal menyelubungi matahari. Ketelusan sinar siang terperangkap dalam gumpalan pekat. Salina mengeluh sejenak, melepaskan himpitan nafas yang berlegar di dada. Angin mengelus agak kencang menerbangkan rambutnya ke belakang. Kilat melibat cahaya di awan dan guruh menyusul berdentum.

(Tombiruo; 29)

Elemen cuaca seumpama ini juga digunakan pengarang untuk memberi gambaran kepada pembaca tentang tragedi bakal berlaku melibatkan unsur cuaca berkenaan. Hal ini mencetuskan konflik, suasana yang tegang, dan suspen. Secara tidak langsung pengarang mampu menarik perhatian pembaca dengan tanda-tanda yang sengaja disembunyikan maknanya. Elemen cuaca yang menjadi tanda tersembunyi berkenaan telah dipaparkan pengarang umpamanya seperti petikan di bawah;

165

dibungkus kabus dan hanya dihinggari suara alam serta haiwan. Sebentar kemudian, cuaca berubah lagi. Kali ini hujan renyai semakin lebat. Tangisan awan mencurah-curah membasahi bumi. Lapisan jagat raya pula terkelupas dibelah libasan cahaya kilat. Kepekatan mendung di daerah pedalaman seolah enggan berarak mengakhiri simbahan hujan lebat.

(Tombiruo; 32)

Anasir cuaca seperti angin, ribut dan hujan juga turut mengundang satu bentuk elemen cuaca yang lain seperti ombak besar. Mandatori (411, 412, 490 dan 496) telah menggambarkan tentang ribut, ombak dan gelombang besar dengan membaurkan elemen hujan, angin dan ribut hingga mencetuskan ombak dan gelombang besar serta menggila. Bauran semua unsur ini boleh dilihat seperti petikan;

Langit mendung dan gelap. Hujan sudah mulai turun. Renyai-renyai dan dalam masa yang singkat sahaja bertukar menjadi lebat. Terlalu lebat…Ombak besar datang lagi. Kali ini lebih besar dari gelombang yang pertama tadi. Hempasan yang kuat menyebabkan perahu kecil itu terbalik….Gelombang ketiga muncul lagi. Menghempas kuat sehingga perahu kecil itu pecah. Amran dan Tua Putih terapung-apung di lautan. Ombak dan gelombang besar semakin bertali arus. Pelukan amran yang memaut tubuh Tua Putih sedari tadi terungkai jua akhirnya. Mereka terpisah. Sekejab sahaja kelibat orang tua itu hilang dari pandangan.

(Mandatori; 411-412)

Pengarang muda ini juga mengutarakan elemen cuaca berdasarkan waktu, iaitu siang dan malam. Waktu siang digambarkan sama ada terang benderang, mendung, senja atau hujan, manakala waktu malam pula digambarkan sama ada terang benderang dengan kerlipan bintang dan bulan di langit, mendung, hujan atau diserikan dengan hembusan bayu malam. Kepelbagaian waktu siang dan malam ini juga dipaparkan dalam ayat yang sederhana seperti “Kim mendongak

166

kemerahan dan suram. Seluruh jiwanya juga turut suram. Seperti wajah bulan berbalam merah”

(Rangau;163) dan “Malam terasa panjang. Cahaya bulan samar-samar menyimbah bumi. Detik

waktu dirasakan lambat berputar” (Rangau; 416), yang secara tidak langsung turut memaparkan

emosi watak. Kegusaran Kim diserlahkan dan dibantu dengan kehadiran unsur cuaca yang menguatkan lagi kesan gelodak perasaan watak berkenaan. Suasana malam yang indah dengan tiupan lembut bayu pula diutarakan untuk mengetengahkan suasana gembira, bahagia dan romantik seperti dipaparkan pengarang dalam Rangau (hal. 202). Suasana seumpama itu juga diketengahkan pengarang seperti berikut;

Malam kelihatan begitu indah apabila bulan mengambang penuh. Seperti malam-malam sudah, air laut di Teluk Likas berpuput lembut. Bersepoi sekadar berbahasa. Bahasa alam yang sukar ditafsirkan. Di dada langit bintang-bintang bergemerlapan. Bersih seperti baru sahaja disapu angin. Tidak terdapat tompok-tompok hitam. Tidak terdapat tanda-tanda kemelut yang bakal melonjakkan gelora di langit. Ini bermakna hujan tidak akan turun malam ini.

(Rangau;169)

Perubahan waktu antara siang dan malam telah diperincikan pengarang secara menarik seperti petikan;

Senja menjadi pengakhir suasana siang hari itu. Cahaya matahari yang kelihatan membiaskan warna merah di ufuk barat sudah lama berlabuh. Suara cengkerik mulai kedengaran, seolah-olah berpesta menyahut panggilan malam di hutan yang sunyi itu. Pandangan seakan-akan buta ketika berada di hutan pedalaman itu pada waktu malam. Terlalu gelap.

(Semangat Hutan; 79)

Perubahan suasana seumpama ini menimbulkan satu kesan estetik terhadap karya. Gambaran pengarang terhadap perubahan waktu siang yang bertukar malam telah dibuat dengan

167

hutan telah membantu melengkapkan lakaran suasana yang ingin dijelaskan pengarang ini.

Pengarang juga kerap mengemukakan suasana matahari terbenam seperti yang boleh ditemui dalam Semangat Hutan (207, 215 dan 216). Pemaparan malam dan siang ini tidak sekadar melibatkan bulan dan bintang sahaja, malah turut mengangkat unsur matahari dan langit. Ayat “Bulan kemerahan. Malam terhias dengan bintang-bintang bergemerlapan di hamparan

langit. Cahaya yang muram dari angkasa itu tumpah ke bumi dalam kesamaran” (Rangau; 1)

kelihatan mudah dan bersahaja tetapi kaya dengan unsur alam sekitar semulajadi dari gabungan bulan, bintang, langit, bumi dan cahaya.

Pengarang telah melukiskan keindahan bintang-bintang secara terperinci seperti petikan di bawah;

Kelihatan sekumpulan bintang-bintang berkerlipan. Gugusan bintang yang dipanggil peti permata itu menghiasi langit yang gelap. Bintang-bintang itu kebanyakannya kelihatan seperti titik cahaya berwarna perak yang bergemerlapan. Namun terdapat juga bintang yang dilihat berwarna sebenarnya.

(Semangat Hutan; 351)

Meneliti petikan di atas, pembaca hanya diberi gambaran tentang keindahan suasana malam dengan kehadiran kerlipan bintang. Kecenderungan pengarang memaparkan elemen bintang secara terperinci dengan maklumat yang padat menyerlahkan kelainan dalam karya.. Ini boleh diperhatikan seperti petikan berikut;

“Cuba tengok bintang-bintang tu,” Dr. Haslia menunjukkan ke arah beberapa butir bintang yang kelihatan menyinar diantara bintang-bintang lain. Bintang-bintang itu membentuk satu susunan di tengah dan dua bintang agak jauh sedikit di sebelah

168

bintang terang tu menandakan bahu dan lututnya. Tiga lagi bintang menandakan tali pinggangnya dan satu lagi Nebula Orion, menandakan pedangnya,” jelas Dr. Haslia.

(Semangat Hutan; 176-177)

Elemen cuaca juga boleh dilihat dengan kehadiran angin sama ada angin kencang yang akhirnya mencipta ribut dan mengakibatkan gelombang besar atau bayu yang akan mendamaikan dan mententeramkan emosi amarah watak, manakala bayu yang bertiup lembut dan segar sebagai elemen alam yang mendamaikan dengan emosi yang tenang dan romantik. Elemen angin dan bayu ini boleh disaksikan seperti “angin laut dari Teluk Likas bertiup sepoi-sepoi bahasa” (Rangau; 153), “Dia menghirup bayu subuh yang dingin” (Rangau; 214) dan sebagainya.

Gabungan antara unsur alam semulajadi dan emosi kemanusiaan pula telah ditonjolkan dalam petikan berikut;

Tubuhnya mulai berasa sejuk diterpa angin malam. Dia lantas berpaling dan melangkah masuk ke ruang tamu. Pintu bercermin yang memisahkan antara beranda dan ruangtamu sengaja tidak dikatup, membiarkan cebisan angin malam memasuki ruang itu supaya kedinginannya dapat berlegar-legar, membawa ketenangan bersama tiupan yang berpuput lembut dan ramah. Bagi Wan Suraya, itu merupakan ketenangan hasil gabungan antara alam dan manusia.

(Tombiruo; 120)

Keindahan alam yang terjaga dari pencemaran diangkat pengarang dengan mengetengahkan unsur kabus. Kehadiran unsur embun juga turut menyerlahkan unsur kesegaran, kedinginan dan keindahan suasana pagi yang semulajadi indah. Penceritaan tentang kesegaran dan keindahan alam yang tidak tercemar ini telah diceritakan seperti ayat-ayat berikut;

169

kabus dari kawasan perbukitan akan berarak turun, menyelubungi dan mengatapi kawasan persekitaran hutan (Semangat Hutan; 167)

embun jantan yang awal-awal lagi menyapa bumi telah mencampuri titisan darah itu (Semangat Hutan; 432).

Penggunaan elemen `embun' dan `kabus‟ secara tidak langsung telah memaparkan tentang situasi alam sekitar semulajadi yang masih terjaga. Suasana hari yang berkabus hanya boleh dilihat di kawasan yang belum tercemar atau mempunyai kapasiti indeks pencemaran yang sangat rendah. Kawasan yang tercemar teruk tidak akan berkabus, sebaliknya dicemari oleh jerebu. Suasana alam sekitar yang bersih dan terjaga ini juga wujud dalam struktur semulajadi yang ketara tanpa pencemaran bunyi bising seperti ayat “Subuh masih panjang. Embun jantan

sudah lama turun menaburi persekitaran dan kedinginan pun menguliti semua penghuni jagat

raya. Namun hutan tetap sunyi daripada suara-suara manusia” (Tombiruo; 410). Pengarang

tidak sahaja menyerlahkan suasana semulajadi yang terjaga tetapi turut memaparkan keindahan unsur semulajadi berkenaan secara lebih terperinci yang boleh dilihat seperti petikan;

Udara di hutan sejuk dan segar, sunyi dan hening. Kabus pagi masih merayapi suasana persekitaran. Sinar lembut matahari berjalur-jalur menembusi kepulan kabus. Wan Suraya menyedut udara pagi, menyegarkan ada yang semput, berusaha melenyapkan keletihan yang menguliti setiap sendi anggota badan.

(Tombiruo; 413)

Situasi alam sekitar yang tercemar pula diangkat pengarang melalui penggunaan ayat ringkas iaitu “ayah, jerebu tebal! KL tak nampak!” (Tombiruo; 511), menggambarkan suasana

170

menggambarkan situasi alam sekitar yang rosak dan tenat. Kata `jerebu‟ telah terlalu cukup

untuk memberi gambaran secara keseluruhan tentang kerosakan alam sekitar semulajadi sehingga meninggalkan kesan yang amat ketara.

ii. Badan Air

Air yang menjadi keperluan utama manusia boleh didapati daripada tiga sumber utama iaitu air kerpasan, air permukaan dan air bumi. Air kerpasan terdiri daripada air hujan, embun dan salji. Air permukaan ialah air yang terdapat di permukaan bumi seperti air sungai, tasik, paya, laut dan terusan, manakala air bumi merupakan air yang boleh didapati dari perut bumi seperti air mata air dan air telaga; berasal dari air hujan yang diserap ke dalam tanah (Noor Hassim, 1996).

Pengarang ini hanya memaparkan elemen laut, tasik dan sungai dalam karya-karya analisis untuk memaparkan kehadiran badan air dalam alam semulajadi fizikal. Elemen laut telah diserlahkan pengarang secara bebas di sana sini dalam karya-karya analisis sama ada secara gabungan dengan unsur alam yang lain seperti pantai, ombak, ribut dan gelombang, ataupun dilukiskan secara sendirian. Ayat “Laut China Selatan terbentang luas saujana mata

memandang di hadapannya. Cermin tingkap dilongsorkan ke tepi. Angin laut menerpa masuk

dengan pantas. Norman menghirup udara bersih itu sepuas-puasnya” (Mandatori, 2000; 396)

dan “Pemandangan laut terbentang luas, membiru dengan hembusan angin yang sesekali

171

hutan di Sandakan” (Semangat Hutan; 10) dan “Ombak besar datang lagi. Hempasan kali ini

membuatkan tubuh Amran yang gempal itu tenggelam dan muncul semula di permukaan laut”

(Mandatori; 412) merupakan gabungan unsur laut dan elemen alam sekitar yang lain iaitu angin dan ombak. Pengarang ini ternyata mampu mengeksploitasi elemen alam sekitar semulajadi untuk menguatkan karyanya sama ada sebagai pemaparan ke arah tragedi atau berbentuk emosi watak seperti sedih dan gembira. Selain itu, elemen alam ini juga digunakan untuk mengangkat nilai dan budaya tempatan sesuatu masyarakat secara lebih sempurna seperti diperturunkan melalui petikan berikut;

Nun dikejauhan, di laut yang tenang petang itu, kelihatan beberapa buah sampan sedang menuju ke arah pantai. Burung-burung laut pula berkumpul-kumpul di ruang udara mengepakkan sayap seolah-olah bermain dan bergurau senda dengan para nelayan yang sedang pulang membawa hasil tangkapan.

Sejenak dia berdiri meninjau ke laut dan dari anak tangga rumah. Beberapa buah sampan sudahpun mengalih haluan ke arah lain menyusur ke pantai dengan muatan rezeki masing-masing. Jamiah meninjau lagi. Kali ini jelas pada pandangannya sebuah sampan sedang menuju ke arah pantai berhampiran rumahnya

Air laut bergulung-gulung kecil mendamparkan kesejukannya ke tepi pantai lalu menghempas perlahan ke pasir meninggalkan buih-buih sebagai kenang-kenangan. Selepas itu ia pun kembali berderai. Angin lalu mengelus wajah tua Jamiah yang semakin mengendur dimamah waktu pada perjalanan usianya.

(Tombiruo;165)

Petikan ini telah membaurkan keindahan alam semulajadi, gelodak emosi Jamiah dan persekitaran budaya yang wujud di sebuah perkampungan nelayan yang dibelenggu kemiskinan. Eleman sampan yang digunakan memaparkan tentang tahap hidup dan ekonomi masyarakat berkenaan, iaitu kehidupan nelayan pinggir pantai yang terhimpit dengan kemiskinan. Kemiskinan itu pula terpaksa dialami sepanjang hidup mereka yang diserlahkan dalam rangkai

172

Semua persekitaran kehidupan ini telah dipaparkan pengarang menggunakan eleman alam sekitar semulajadi dalam bentuk perlukisan terhadap pantai dan perlambangan.

Badan air yang melibatkan air tawar diserlahkan melalui penggunaan sungai dan tasik. Elemen sungai telah dikemukakan secara meluas dalam Tombiruo, Semangat Hutan dan Mandatori. Pengarang telah mengangkat unsur semulajadi sungai melalui penceritaan secara lebih terperinci seperti petikan-petikan di bawah;

Aliran sungai kira-kira 30 meter dari rumahnya jelas kedengaran. Sejenak dia mengimbau. Di sungai itu dahlu adalah tempat dia dan rakan-rakan sebaya bermandi manda. Sungai itu dipenuhi batu-batu bulat malah sampai ke tebing. Dia sungai itu jugalah tempat orang kampung mencuci kain. Malah ada di antara mereka terutama kaum bapa dan lelaki-lelaki dewasa memandikan kuda padi mereka di situ.

(Rangau;134)

Air sungai itu kelihatan jernih tetapi bergeladak di dasarnya. Di tepi sungai pula terdapat batu-batu bulat yang berlumut. Dan terdapat juga bongkah-bongkah batu besar yang berwarna kehitaman bercampur coklat.

(Semangat Hutan; 157)

Penggunaan elemen badan air dari jenis air tawar ini juga diterangkan secara terperinci apabila melibatkan pembinaan empangan iaitu empangan Bakun. Projek empangan Bakun ini telah diperincikan pengarang secara meluas dalam Mandatori (hal. 57, 86 dan 87), umpamanya;

Dia memerhatikan sejenak sekumpulan pekerja sedang menyiapkan kerja-kerja pelencongan Sungai Balui. Tiga buah terowong yang sedang dalam pembinaan hampir siap. Dijangka dalam bulan ini kerja-kerja itu akan selesai.

173

dihasilkan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan empagan hidro. Projek Hidroelektrik Bakun apabila siap nanti akan menjadi kawasan tadahan air terbesar di Malaysia, malah juga di Asia Tenggara. Projek yang terletak di Sungai Balui itu berada kira-kira 37 kilometer di Hulu Pekan Belaga. Kawasan yang akan dibanjiri merangkumi 695 kilometer persegi beersamaan 70 ribu hektar. Dan ia hanya 0.5 peeratus daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak. Hidroelektrik Bakun berkeupayaan menghasilkan 2400 megawatt kuasa elektrik.

(Mandatori; 57)

Perincian ini telah dilakukan dengan menggabungkan fakta tentang pembinaan empangan Bakun dan cara gaya tulisan berbentuk kreatif. Fakta dan penerangan bersifat ilmiah ini telah disaring dan dipersembahkan pengarang menggunakan ayat yang pendik, mudah dan senang difahami.

Selain empangan, pengarang ini telah mengangkat keunikan sistem perhubungan di Wiesbadan, Jerman yang menggunakan air sebagai sumber kuasa untuk menaikkan keretapi ke puncak bukit Nevobeg. Penggunaan ayat yang mudah dan tepat telah menyokong penerangan yang ingin dikemukakan pengarang ini. Pengarang cuba untuk memberi penerangan sebaik mungkin tentang keunikan sistem berkenaan supaya lebih mudah difahami, jelas dan tidak mengganggu eleman kreatif dalam sesebuah karya sastera. Ini telah dipersembahkan pengarang sebagaimana berikut;

Norman, Juliana dan Sofia menaiki kereta api ke puncak Bukit Nerobeg. Perkhidmatan di situ dibina pada tahun 1888. Keretapi itu digerakkan dengan kabel menggunakan kuasa air. Air dipam ke dalam tangki di atas puncak dan dari situ ke dalam kereta api. Apabila ia dipenuhi air yang dimasukkan ke ruang bawah gunung, kenderaan itu akan naik dengan perlahan.

174

Elemen tasik hanya disebut sebanyak tiga kali oleh pengarang ini dalam Mandatori pada halaman 231, 232 dan 233. Penggunaan badan air dari elemen alam sekitar ini juga turut memaparkan emosi watak. Sifat semulajadi ombak di lautan yang bergelora dan mampu mengancam nyawa manusia apabila bertindak balas dalam skala yang besar diumpamakan sebagai perasaan seorang manusia yang sedang marah. Ini diserlahkan secara mudah oleh pengarang seperti berikut;

Wan Suraya mengukir senyuman memaniskan roman wajahnya ketika ini. Walhal dalamannya amat bergelora, umpama badai lautan yang menghempas pantai berkali-kali. Seperti gunung berapi yang meletup-letup memuntahkan laharnya.

(Semangat Hutan; 63)

Unsur personafikasi telah digunakan terhadap alam sekitar yang melibatkan `badai' dan `lahar gunung berapi' sebagai gambaran gelodak perasaan watak Wan Suraya. Lautan yang bergelora boleh memusnahkan kapal di tengah lautan. Para nelayan pinggir pantai juga tetap mengalami kemusnahan harta benda dan nyawa sekiranya ombak yang besar melanda. Bencana juga turut berlaku sekiranya terjadi ledakan lahar gunung berapi yang boleh merosakkan harta benda, tanaman, kehilangan nyawa dan kerugian yang besar. Kedua-dua eleman alam sekitar fizikal ini telah digunakan pengarang untuk menyerlahkan perasaan Wan Suraya yang sedang marah walaupun watak ini cuba untuk menyembunyikan hal berkenaan disebalik senyumannya.

Berdasarkan analisis ini, ternyata pengarang tidak sekadar mengangkat elemen alam sekitar sebagai satu bentuk paparan alam yang akan menimbulkan suspen dan nilai estetik terhadap pembaca tetapi mampu menyerlahkan emosi dan perasaan, seterusnya menguatkan karya.

175

Alam sekitar semulajadi terdiri daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran semulajadi sama ada berbentuk fizikal seperti suhu, iklim, kelembapan, angin, keamatan matahari, badan air (kedalaman, air hujan, arus sungai, ombak, tasik dll) dan topografi, atau berbentuk kimia seperti gas-gas, nutrien, pH, garam mineral dan kemasinan (dalam air) (Mohd. Noor Ramlan, 1999). Faktor ini sentiasa berubah-ubah dan menentukan struktur ekosistem terutama faktor-faktor biotik yang hanya boleh hidup sekiranya mempunyai faktor semulajadi yang sesuai (Maharam Mamat, 2002).

Analisis terhadap novel kajian mendapati terdapat dua bentuk alam sekitar semulajadi fizikal telah dikemukakan pengarang secara kuat, kukuh dan menyakinkan iaitu berdasarkan bentuk muka bumi atau topografi dan perbezaan waktu siang dan malam antara kawasan di dunia.

Bentuk muka bumi atau topografi

Kamus Dewan (1994) telah mendifinisikan topografi sebagai kajian ciri permukaan sesuatu kawasan secara terperinci, atau juga dikenali sebagai bentuk rupa bumi sesuatu kawasan.

Pengarang telah mengangkat alam sekitar semulajadi fizikal dengan memperincikan bentuk muka bumi sesuatu kawasan atau topografi seperti yang boleh dilihat dalam beberapa petikan di

176

Doktor Zahid hanya menumpukan perhatiannya mengenai kesan-keasan sejarah zaman pemerintahan Firaun, di samping mengagumi keunikan Sungai Nil. Sungai ini merupakan sungai terpanjang di dunia yang bermula di Tasik Tanyanyika menembusi beberapa buah negara Afrika seperti Zaire, Tanzania, Burundi, Sudan, Ethiopthis, Kenya, Uganda, Mozambique sehinggalah membelah Padang pasir Sahara melalui Mesir sehingga ke Laut Mediterranean. Panjang sungai ini kira-kira 7,124 km, iaitu lapan kali berulangalik dari Singapura ke Alor Setar. Keseluruhan penduduk Mesir dari Luxor hingga ke Iskandariah menggunakan air sungai Nil sebagai air minuman mereka. Manakala pelancongan negara itu pula tertumpu di Kaherah, Luxor dan Aswan. Penduduk Mesir dianggarkan seramai 60 juta orang.

(Rangau; 71) Wanita itu memberitahu bahawa Papar adalah sebuah daerah yang terletak di pantai barat selatan. Dan Melugas itu merupakan antara kampung-kampung yang terdapat di daerah Papar. Kampung-kampung lain yang turut disebut pelayan wanita itu ialah Kampung Buang Sayang, Kampung Laut, Kampung Takis, Kampung Benoni dan banyak lagi yang tidak diingati Norman.

(Mandatori; 403)

“Cik Wan tahu…menerusi fakta geografi…kat sana ada Sabah The Lost World.

Dalam dokumen Seni Dan Alam Sekitar (Halaman 179-198)

Dokumen terkait