• Tidak ada hasil yang ditemukan

Undang-undang Negara

Dalam dokumen Seni Dan Alam Sekitar (Halaman 113-119)

DALAM NOVEL THRILLER MELAYU

Jadual 3: Keluasan Hutan di Malaysia (mengikut tahun – juta hektar) Kawasan\ Tahun 1980 1987 1989 1990 1991

5. Undang-undang Negara

Sempadan negara merupakan isu antarabangsa yang menentukan keharmonian sesebuah negara. Pencerobohan sempadan oleh warga asing sama ada secara terang-terangan seperti dilakukan Iraq terhadap kuwait pada awal 90-an, atau kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina, Indonesia, Thailand dan sebagainya di Malaysia semasa berlaku krisis ekonomi telah mengubah banyak situasi. Perang Teluk telah memberi peluang Amerika Syarikat campur tangan di beberapa negara Teluk, manakala kebanjiran pendatang tanpa izin di Malaysia telah mewujudkan kawasan petempatan dan setinggan yang tidak terurus, meningkatkan kadar kejadian jenayah, meningkatnya gejala sosial dan melibatkan isu kesihatan awam terutama jangkitan penyakit.

Pencerobohan sempadan berlaku di kawasan pintu masuk negara seperti Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Rantau Panjang, Johor Bahru, Pulau Langkawi, Kuala Perlis dan lain-lain melibatkan penyeludupan barang dagangan seperti beras, makanan, minyak masak, pakaian, hasil pertanian dan sebagainya yang mampu mengancam nilai ekonomi dan industri tempatan. Walau bagaimanapun, pencerobohan sempadan di kawasan bukan pintu masuk utama yang

97

dadah, senjata api, rompakan dan penculikan. Kejadian penculikan pelancong di Pulau Sipadan yang berlaku pada tahun 2000 umpamanya tidak sahaja melibatkan dua buah negara semata (Filipina-Malaysia) tetapi turut mengancam kestabilan kawasan Asia.

Pengarang ini telah menggunakan isu sempadan antarabangsa ini untuk mengemukakan wujudnya kegiatan jenayah yang terpaksa didepani oleh pihak berkuasa dan mampu mengancam kestabilan ekonomi serta keselamatan negara. Novel Rangau telah mengemukakan isu tentang pencerobohan sempadan antara Filipina-Malaysia di sempadan Sabah seperti petikan;

Berhampiran sempadan, mereka dikejar sebuah kapal marin penguatkuasa Maritim Negara Filipina. Boon Ching yang memandu bot laju itu bertindak pantas dengan menyusur lautan dan berselindung di balik beberapa buah kepulauan kecil. Sejurus memecut semula kesebelah utara negeri Sabah. Sekali lagi mereka mengharungi cabaran apabila kapal merin Malaysia pula mengesan bot laju yang mereka naiki. Boon Ching memecut bot laju itu ke Pulau Banggi dan bersembunyi di pulau itu beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kudat.

(Rangau; 190)

Perenggan ini memaparkan cara seorang penjenayah seperti watak Boon Ching boleh masuk ke Malaysia dari negara Filipina walaupun terdapat kawalan keselamatan di kawasan sempadan perairan antarabangsa. Kelicikan watak ini berjaya mengelakkan dirinya daripada dikesan pihak berkuasa kedua-dua buah negara. Ini menyerlahkan berlakunya pencerobohan sempadan negara memandangkan Boon Ching adalah warganegara Filipina. Watak ini telah masuk ke dalam negara Malaysia tanpa melalui kebenaran secara sewajarnya. Kebenaran untuk

98

dan menggunakan pasport secara sah.

Undang-undang negara yang kedua dikemukakan pengarang ini di bawah isu-isu alam sekitar adalah berkaitan undang-undang hidupan liar. Kawasan tropika merupakan punca yang amat kaya untuk spesies liar bagi haiwan dan tumbuhan domestik. Ternakan seperti ayam, lembu, kerbau, kambing dan babi serta tanaman seperti pisang, padi, jagung, sekoi, limau dan getah semuanya berpunca dari kehidupan liar hutan tropika. Selain dari itu, berbagai-bagai hasil hutan dituai secara langsung dan didagangkan seperti kayu-kayan, rotan, gaharu, cendana dan ubat-ubatan (Mohd. Nordin, 1997). Kesedaran bahawa setiap binatang memainkan peranan terhadap ekologi semulajadi sehingga pupus telah mendorong banyak negara termasuk Malaysia untuk menggubal undang-undang untuk mengawal kepupusan. Di Malaysia, 22 jenis binatang telah dimasukkan ke dalam senarai binatang terancam akan pupus jika tidak dikawal seperti harimau, orang utan, gajah dan tapir (Zuraida, 1989).

Kawasan hutan yang dibersihkan untuk tujuan pertanian dan pembalakan menyebabkan banyak spesies fauna mengalami pengurangan. Jumlah hidupan liar dikatakan telah berkurangan bukan hanya disebabkan penyahutanan tetapi juga pencemaran air, pertambahan pemburu dan senjata api, pertambahan guna tanah untuk pertanian petempatan dan infrastruktur serta langkah-langkah pemuliharaan yang tidak mencukupi (Jamaludin Jahi, 2001). Ini menyebabkan spesies ini mula mengancam kehidupan dan keselamatan manusia kerana memenuhi keperluan makanannya, menyebabkan berlaku kes serangan harimau terhadap orang kampung dan binatang ternakan mereka.

99

Tabung Hidupan Liar Malaysia (WWF) cuba mencari penyelesaian konflik yang wujud antara manusia-harimau menerusi projek kajiannya di Felda Jerangau Barat, Terengganu. Di felda ini, penternak kehilangan lembu ternakan apabila harimau memburu di petempatan manusia bagi mendapatkan makanannya. Pembersihan hutan untuk kegiatan manusia seperti pertanian atau petempatan menyebabkan tempat tinggal harimau semakin mengecil. Harimau jantan memerlukan kawasan antara 40 hingga 100 kilometer persegi untuk memburu (Muhd Zuki, 2002).

Senarai Merah Spesies Terancam 2000 Kesatuan Pemuliharaan Dunia (IUCN) mengklasifikasikan spesies harimau sebagai terancam dengan harimau Amur di Selatan China dan Harimau Sumatra terancam teruk. Dalam abad lepas, dunia kehilangan tiga daripada lapan subspesis harimau. Harimau Bali, Jawa dan Kaspia didapati telah pupus, manakala harimau Selatan china sedang berhadapan dengan masalah yang sama Muhd Zuki, 2002). Berdasarkan situasi berkenaan, novel Semangat Hutan mengambil isu memburu dan membunuh hidupan liar (harimau) yang dilakukan pihak berkuasa setelah mendapati hidupan berkenaan mengancam penduduk setempat. Kesedaran pengarang tentang undang-undang berkenaan diserlahkan seperti petikan di bawah;

Dia diarahkan menghentikan usaha memburu itu kerana harimau merupakan spesis yang dilindungi. Ketua Polis Negeri khuatir isu pembunuhan harimau belang itu akan digembar-gemburkan terutama oleh media barat. Akibatnya sudah tentu mereka akan mengutuk negara ini kerana membunuh binatang yang dilindungi dengan seweneng-wenangnya.

100

Langkah menembak harimau tidak akan menahan harimau lain untuk datang ke tempat yang sama. Harimau jantan yang berkeliaran di sesuatu tempat akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai miliknya. Harimau jantan biasanya mengetuai kumpulan harimau betina yang terdiri daripada empat ekor harimau betina. Apabila harimau jantan berkenaan mati atau dibunuh, harimau jantan dari kawasan lain akan mengetuai kumpulan berkenaan (Muhd. Zuki, 2002). Menyedari situasi itu dan kepentingan hidupan ini dalam alam sekitar, pengarang cuba mengatasi masalah ancaman harimau dengan berusaha melakukan tangkapan tanpa mencederakan binatang berkenaan. Ini ditonjolkan seperti berikut;

“Saya akan meminta semua pihak bersetuju agar usaha memburu harimau itu diteruskan. Tetapi kali ini…kita akan tangkap harimau yang seekor lagi hidup-hidup. Kita gunakan perangkap atau jerat,”

(Semangat Hutan; 129)

Berdasarkan petikan di atas menyerlahkan keprihatinan pengarang berinteraksi dengan alam sekitar. Hidupan liar seperti harimau itu perlu dipertahankan kelestariannya. Pada masa yang sama keselamatan penduduk setempat turut diutamakan.

Di bawah isu undang-undang negara ini juga pengarang telah menyentuh tentang pelaksanaan sistem tender pembalakan yang diperkenalkan kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri. Sistem tender atau sebut harga ini merupakan salah satu sistem penaksiran hasil hutan yang dilakukan dengan cara kawalan harga tanpa memberitahu harga simpanan, atau dengan cara lelongan awam. Cara ini lebih sesuai dan popular di Malaysia yang digunakan apabila terdapat

101

Pengarang memperkenalkan sistem ini kepada pembaca melalui ayat;

Pelaksanaan sistem tender semasa menawarkan konsesi balak oleh kerajaan negeri merupakan berita baik untuk perniagaannya. Dia mengerti bahawa pelaksanaan sistem itu secara berperingkat-peringkat adalah untuk memaksimumkan sumber balak yang semakin berkurangan.

(Tombiruo; 23)

Akta Perhutanan Negara 1984 tidak menyebut tentang jenis-jenis konsesi balak yang boleh diserahkan di bawah sesuatu perjanjian. Terdapat tiga jenis konsesi balak dilakukan iaitu konsesi perjanjian jangka panjang, konsesi permit dan konsesi lesen (Abdul Hamid, 2000). Pengarang seterusnya menulis;

Kerajaan pada masa ini mengamalkan dasar pengawalan kayu bergergaji bagi memenuhi keperluan industri tempatan. Untuk tujuan itu, kerajaan mengenakan levi pada kadar RM120 hingga RM250 ringgit semeter padi ke atas eksport spesis kayu bergergaji yang diperlukan oleh industri pemprosesan tempatan. Mengenakan kuarta dan levi eksport kayu bergergaji getah serta membenarkan pengeksportan bagi spesis kayu bergergaji yang tidak diperlukan oleh industri pemprosesas kayu tempatan. Di samping itu, cukai eksport kayu bergergaji sebanyak RM1.36 semeter padu juga turut dikenakan ke atas semua spesis kayu bergergaji yang dieksport ke luar negara.

(Tombiruo; 356)

Novel thriller kreatif yang dikaji ini telah memuatkan eleman pengetahuan dan maklumat kepada pembaca. Ini secara tidak langsung memberi informasi kepada pembaca bahawa kerja-kerja penulisan kreatif sebenarnya bukan semudah yang disangka tetapi mencabar dan memerlukan ketekunan yang tinggi. Terdapat beberapa isu berkaitan alam sekitar telah ditemui

102

undang negara dan pembalakan haram. Ini menjadikan novel analisis tepu dengan maklumat dan pengetahuan.

Dalam dokumen Seni Dan Alam Sekitar (Halaman 113-119)

Dokumen terkait