• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seni Dan Alam Sekitar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Seni Dan Alam Sekitar"

Copied!
333
0
0

Teks penuh

(1)

HASIL PENYELIDIKAN

SENI DAN ALAM SEKITAR

KOD PENYELIDIKAN 11JD/001/2001

PENYELIDIK:

HAMDZUN HARON

MAHARAM MAMAT

MASHITOH YAACOB

MAZNAH HJ IBRAHIM

2002

Kertas ini berupa hasil penyelidikan yang ditaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia gran penyelidikan kod 11JD/001/2001.

(2)

i

Hamdzun Haron Maharam Mamat Mashitoh Yaacob Maznah Ibrahim Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia

hh@pkrisc.cc.ukm.my maharam@pkrisc.cc.ukm.my

mash@pkrisc.cc.ukm.my maznah@pkrisc.cc.ukm.my

abstrak

Penyelidikan Seni dan Alam Sekitar ini bertujuan meneliti sejauh mana penggunaan elemen alam sekitar dalam proses pembinaan atau penghasilan sesebuah karya seni. Penelitian terhadap penggunaan ini tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan cara (gaya) atau bagaimana ia digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara elemen alam sekitar tersebut dengan proses pembinaan atau penghasilan karya seni itu. Justeru itu, empat kajian telah dibuat terhadap dua bidang seni iaitu Seni Kraf Tradisional dan Seni Sastera oleh empat orang pengkaji. Ia melibatkan kajian terhadap Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu, kajian terhadap Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller Pilihan, kajian terhadap Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar, dan kajian terhadap Pantun Melayu dan Alam Sekitar. Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada kedua-dua bidang ini dalam melebarkan horizon perspektif ilmu pengetahuan masing-masing. Bagi bidang seni, khasnya seni tampak dan seni sastera; kajian ini bukan sahaja menambahkan penghayatan kepada proses pembinaan dan penghasilan karya seni tersebut, malah dapat meluaskan khalayak disiplin seni itu sendiri. Bagi disiplin alam sekitar; pemahaman dan penghayatan terhadap alam sekitar oleh pembaca akan bertambah dan diharapkan dapat meninggalkan kesan yang lebih jauh daripada itu; iaitu kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar itu sendiri. Justeru itu, melalui kajian yang menggabungkan dua disiplin ini, kita dapat menarik khalayak bidang alam sekitar supaya turut menghayati dan menghargai seni dan dalam masa yang sama dapat menarik khalayak bidang sastera untuk menghayati dan menghargai alam sekitar.

(3)

ii

Hamdzun Haron Maharam Mamat Mashitoh Yaacob Maznah Ibrahim Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia

hh@pkrisc.cc.ukm.my maharam@pkrisc.cc.ukm.my

mash@pkrisc.cc.ukm.my maznah@pkrisc.cc.ukm.my

abstract

Arts and environment is a research that aims to study how far is the utilisation or application of environmental elements in the process of constructing a particular art work. The focus of this research is what are the elements of environment used and how has it been used in harmony with the process of constructing the art work. Therefore, four studies have been conducted on two areas of arts - Traditional Malay Craft, and Malay Literature by four researchers. Namely, this research involved in the studies of Natural Environmental Motives in Malay Traditional Craft, Issues and Elements of the Environment in Selected Thriller Novels, Classical Malay Poem (Syair) and the Environment, and Malay Poem (Pantun) and the Environment. The findings of this research can be well contributed to both fields in broadening the horizon of their perspectives. For the field of arts, particularly fine arts and literature; this research not only adding to the appreciation towards the process of constructing the work of arts but also multiplies the audience of the field. For the environmental field, the reader is hoped not only to have better understanding of environment but also to have reached the level of environmental awareness. Thus, this research that combined two disciplines is able to attract the audience from both arts and environment to appreciate each others work.

(4)

iii

Laporan Teknik ini adalah hasil daripada satu penyelidikan bertajuk “Seni dan Alam Sekitar” yang telah dijalankan secara berkumpulan di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 15 Ogos 2001 hingga 14 Ogos 2002. Penyelidikan ini dianggotai oleh ahli akademik Pusat Pengajian Umum iaitu Hamdzun Haron, Maharam Mamat, Mashitoh Yaacob (Ketua) dan Maznah Ibrahim. Ia dikendalikan secara bersama oleh Pusat Pengajian Umum dan Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahli-ahli penyelidikan ini amat berterima kasih di atas Skim Peruntukan Penyelidikan untuk fakulti/pusat yang dibiayai oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Skim ini telah memperuntukkan sebahagian daripada dananya bagi penyelidikan ini. Dana ini merupakan penggerak utama dalam menjayakan penyelidikan “Seni dan Alam Sekitar” sehingga terhasilnya Laporan Teknik ini.

Mashitoh Yaacob

ACKNOWLEDGEMENTS

This Technical Report is the outcome of a research entitled, “Arts and Environment,” which was held in group at Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 15th August 2001 to 1st November 2002. The research members are Hamdzun Haron, Maharam Mamat, Mashitoh Yaacob (Leader) and Maznah Ibrahim. They are the academic staffs of Centre for General Studies. This research was organised jointly by Centre for General Studies and Centre for Research Management Universiti Kebangsaan Malaysia. The members of this research are grateful to Universiti Kebangsaan Malaysia for the faculty/centre research-funding scheme given. The scheme has allocated part of the fund for this research. The fund was the main cause for the success of “Arts and Environment” research project that resulted in this Technical Report form.

(5)

iv

Penyelidikan Seni dan Alam Sekitar ini bertujuan meneliti sejauh mana penggunaan elemen alam sekitar dalam proses pembinaan atau penghasilan sesebuah karya seni. Penelitian terhadap penggunaan ini tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan cara (gaya) atau bagaimana ia digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara elemen alam sekitar tersebut dengan proses pembinaan atau penghasilan karya seni itu.

Justeru itu, empat kajian telah dibuat terhadap dua bidang seni iaitu Seni Tampak dan Seni Sastera oleh empat orang pengkaji. Pertamanya ialah kajian terhadap Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu dalam bidang Seni Tampak, keduanya ialah kajian terhadap Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller Pilihan, ketiganya ialah kajian terhadap Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar, dan keempat ialah kajian terhadap Pantun Melayu dan Alam Sekitar. Kajian kedua, ketiga dan keempat adalah dalam bidang Seni Sastera.

Kajian pertama tentang Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu telah memperolehi beberapa penemuan yang menarik. Penemuan kajian ini secara umumnya ialah penciptaan motif dalam kraftangan Melayu sememangnya amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Elemen alam sekitar yang menjadi motif penting dalam kraftangan Melayu boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu elemen alam sekitar flora, fauna dan kosmos. Motif elemen alam sekitar flora iaitu motif bunga ialah motif yang paling popular digunakan dalam kraftangan Melayu. Motif-motif kraf tradisional yang memanfaatkan elemen flora, fauna dan kosmos ini bukan sahaja memaparkan nilai estetika malah mengandungi pendidikan moral dan kepercayaan-kepercayaan animisme di sebaliknya. Jelasnya, elemen-elemen alam sekitar flora, fauna dan kosmos telah digunakan sebagai motif kraftangan Melayu dengan cara (gaya) yang sungguh unik iaitu dengan meletakkan kandungan pendidikan moral dalam setiap elemen alam sekitar yang digunakan sebagai motif itu di samping memaparkan nilai estetika hasil daripada kekreativitian pengkarya mengeksploitasi rupa bentuk elemen-elemen alam sekitar terbabit.

Kajian kedua tentang Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller Pilihan menghasilkan beberapa penemuan yang cukup memberangsangkan. Terdapat lima isu telah dikemukakan pengarang ini dalam novel-novel kajian iaitu falsafah alam sekitar, kesan pembangunan, pembalakan, kesihatan awam dan undang-undang negara. Sekalipun isu-isu berkenaan dipaparkan secara mudah dan bersahaja, tetapi mampu menyerlahkan satu bentuk kesedaran alam sekitar. Pengarang seterusnya cuba mengangkat isu berkenaan dalam karya agar pembaca turut menyedari tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan. Pengarang ini juga turut mengetengahkan elemen alam sekitar dari sudut biotik dan abiotik untuk menguatkan karya, mempersembahkan perlambangan dan mewujudkan suasana suspen, takut dan cemas dalam novel thriller, seterusnya menyerlahkan keprihatinan beliau terhadap alam sekitar. Isu dan elemen alam sekitar ini

(6)

v

Kajian ketiga tentang Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar menghasilkan beberapa penemuan yang tidak kurang menarik. Kajian bahagian ini mendapati bahawa kebanyakan elemen alam sekitar dalam syair-syair yang dikaji ketara sekali bertindak sebagai latar cerita. Elemen alam sekitar abiotik dan biotik juga digunakan sebagai perlambangan dalam syair-syair yang dikaji bagi menyampaikan maksud cerita. Elemen-elemen alam sekitar ini digunakan sebagai perlambangan dalam dua cara iaitu secara analogi dan secara memberikannya unsur-unsur personafikasi. Gabungjalinan yang unik di antara pelbagai kategori elemen alam sekitar bersama-sama fungsinya sebagai latar cerita dan perlambangan (secara analogi dan personafikasi) dalam syair-syair ini telah menghasilkan satu karya seni yang kemas, cantik, indah dan harmonis. Justeru itu, apa yang boleh disimpulkan tentang cara (gaya) penggunaan elemen-elemen alam sekitar di bawah kategori abiotik dan biotik dalam syair-syair yang dikaji ini ialah elemen-elemen alam sekitar yang pelbagai ini digunakan sebagai latar dan perlambangan cerita di mana penggunaan dari segi perlambangan boleh dipecahkan lagi kepada penggunaan perlambangan secara analogi dan penggunaan perlambangan secara personafikasi.

Kajian keempat penyelidikan ini iaitu tentang Pantun Melayu dan Alam Sekitar turut menyumbangkan beberapa penemuan yang cukup menarik. Banyak sekali elemen persekitaran laut dan darat dalam pantun-pantun yang dihasilkan. Elemen-elemen alam sekitar dalam pantun juga telah digunakan untuk menyampaikan banyak maklumat tentang gaya hidup dan interaksi di antara masyarakat Melayu dengan alam sekitar mereka ketika pantun itu dihasilkan. Tentang cara (gaya) elemen-elemen alam sekitar ini digunakan; mereka telah menggabungkan suasana alam sekitar darat dan laut dengan nasihat dan maklumat penting dalam menghasilkan pantun. Jelasnya aspek kepekaan tentang alam sekitar dan aspek penyampaian maklumat telah digabungkan dengan kreatif sekali melalui penciptaan pantun-pantun ini terutama pada bahagian pembayangnya.

Sebagai rumusan, penyelidikan Seni dan Alam Sekitar yang terbahagi kepada empat bahagian kajian ini menghasilkan penemuan-penemuan yang menarik dan berguna bagi bidang seni dan alam sekitar. Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada kedua-dua bidang ini dalam melebarkan horizon perspektif ilmu pengetahuan masing-masing. Bagi bidang seni, khasnya seni tampak dan seni sastera; kajian ini bukan sahaja menambahkan penghayatan kepada proses pembinaan dan penghasilan karya seni tersebut, malah dapat meluaskan khalayak disiplin seni itu sendiri. Bagi disiplin alam sekitar; pemahaman dan penghayatan terhadap alam sekitar oleh pembaca akan bertambah dan diharapkan dapat meninggalkan kesan yang lebih jauh daripada itu; iaitu kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar itu sendiri. Justeru itu, melalui kajian yang menggabungkan dua disiplin ini, kita dapat menarik khalayak bidang alam sekitar supaya turut menghayati dan menghargai seni dan dalam masa yang sama dapat menarik khalayak bidang sastera untuk menghayati dan menghargai alam sekitar.

(7)

vi

SYNOPSIS: RESULT OF THE RESEARCH

Arts and environment is a research that aims to study how far is the utilisation or application of environmental elements in the process of constructing a particular art work. The focus of this research is what are the elements of environment used and how has it been used in harmony with the process of constructing the art work.

Therefore, this research has been divided into four parts. The first study is in the area of fine arts and the other three following studies are in the area of Malay literature. Firstly, the study regarding “Environmental Motives in Traditional Malay Craft, secondly is the study concerning “Issues and Environmental Elements in Selected Thriller Novels, thirdly is the study regarding “Malay Syair and Environment,” and lastly the study concerning “Malay Pantun and Environment.”

The study of “Environmental Motives in Traditional Malay Craft” has resulted in attractive findings. Generally, the creations of motives in Malay traditional craft are obviously influenced by the elements of environment. The important environmental elements in Malay traditional craft can be divided to three categories namely flora, fauna and cosmos. The flower motive is the most popular motive used in Malay traditional craft. These flora, fauna and cosmos motives in traditional Malay craft are not only portraying the aesthetical forms of the craft but also contain moral teachings and animism beliefs behind it. Thus, the elements of flora, fauna and cosmos have been used as the Malay Traditional crafts motives in a very unique way that is by harmonising it with moral teachings as well as pointing out aesthetical forms resulted from the creative work on exploiting the shapes of environmental elements concerned.

The study on “Issues and Environmental Elements in Selected Thriller Novels is also resulted in tremendous findings. Five issues have been revealed by the authors of the studied novels. They are environmental philosophy, the impact of development, logging, public health and national environmental law. Although all the issues have been explored in a very simple and natural way, but the authors are able to express their sense of environmental awareness quite effectively. The authors were also used the issues throughout the plots to trigger the environmental awareness as well as the importance of environment in daily life among readers. Biotic and abiotic elements of environment were also been exploited to strengthen the novels in many ways. They were used as symbols or metaphors in creating suspense, fright and anxious. The issues and environmental elements have also been merged wisely, well presented and effectively exposed the aesthetic in its own way throughout the plots.

The study of “Malay Syair and Environment” is also brings into picture a couple of attractive findings. Most of the environmental elements in the syair act as the background of the stories. They are used as symbols or metaphors in conveying the meaning of the stories particularly in two ways; in terms of analogy and in terms of personification. The unique combination between the various categories of environmental elements along with their own unique functions in the syair particularly as the stories

(8)

vii

categories of abiotic and biotic have been used in such a way that fit as the background and as the symbols for the stories of the syair.

The study on “Malay Pantun and Environment” has also resulted in fruitful findings. There are so many aquatic and terrestrial elements of environment in the

pantun. Environmental elements in the pantun are also used to convey a lot of information regarding lifestyles and interaction between Malay community and environment. Environmental elements have been used in a way that both aquatic and terrestrial elements are combined with advices and information in the pantun. Thus, the aspect of environmental awareness and the aspect of information transfer have been creatively combined in the pantun especially in the first two lines in each pantun.

In conclusion, this research on “Arts and Environment” that contain four parts of studies resulted in attractive and useful findings to both of the fields of arts and environment. The findings of this research can be well contributed to both fields in broadening the horizon of their perspectives. For the field of arts, particularly fine arts and literature; this research not only adding to the appreciation towards the process of constructing the work of arts but also multiplies the audience of the field. For the environmental field, the reader is hoped not only to have better understanding of environment but also to have reached the level of environmental awareness. Thus, this research that combined two disciplines is able to attract the audience from both arts and environment to appreciate each others work.

(9)

viii

KANDUNGAN

Halaman Abstrak i Penghargaan iii Sinopsis iv Kandungan vii

Pendahuluan dan latar belakang kajian 1

Analisis Seni dan Alam Sekitar dalam Karya Sastera Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu 4

Isu-Isu dan Eleman Alam Sekitar dalam Novel Thriller Melayu 58 Isu-isu Alam Sekitar dalam novel Thriller Melayu 61 Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller Melayu 102

Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar 208

Pantun Melayu dan Alam Sekitar 255

Kesimpulan 302

Lampiran B Senarai Penerbitan 311

(10)

1

Latar Belakang Penyelidikan

Pengenalan

Penghasilan sebuah karya seni sememangnya tidak boleh lari daripada penggunaan elemen alam sekitar. Terdapat hubungan yang kuat di antara penggunaan elemen-elemen alam sekitar dan proses pembinaan atau penghasilan karya seni tersebut. Pengkarya cuba menggabungkan dan mengharmonikan pelbagai elemen alam sekitar dalam penghasilan karya mereka. Ini berlaku secara sedar mahupun tidak oleh para pengkarya.

Skop Bidang

Kajian ini akan menggunakan pendekatan dari pelbagai disiplin alam sekitar (yang bebas dipilih oleh setiap ahli kumpulan penyelidik bersesuaian dengan bahagian penyelidikan masing-masing) sebagai landasan dalam menumpukan kajiannya terhadap beberapa bahagian kesenian seperti seni sastera, bahasa dan seni rupa dalam mengungkapkan hubungan kuat yang terdapat di antara elemen-elemen alam sekitar dan proses pembinaan atau penghasilan karya seni tersebut. Secara mudah, empat pengkaji telah mengkaji tentang;

1. Motif alam semulajadi dalam kraf tradisional Melayu 2. Isu-isu alam sekitar dalam novel Melayu

(11)

2 5. Pantun Melayu dan alam sekitar

Skop Lokasi

Kajian ini hanya menggunakan Malaysia sebagai skop lakosi dengan menganalisis karya seni yang dihasilkan pengkarya yang berasal dan menetap di Malaysia sahaja. Tidak terdapat satu bentuk sampel khas yang digunakan pengkaji dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, kajian ini meliputi beberapa genre seni yang berbeza iaitu seni rupa, syair, novel dan pantun.

Kepentingan Kajian

Mengkaji sesuatu bidang tanpa menghubungkan atau mengaplikasikan bidang itu kepada disiplin-disiplin lain tidak akan mengembangkan bidang itu. Apabila sesuatu bidang tidak berkembang ia mungkin akan mati kerana tidak berdaya bersaing dengan perubahan semasa. Fenomena ini tidak sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan keseluruhannya.

Kajian tentang pelbagai hubungkaitan antara elemen alam sekitar dan karya seni masih belum luas diterokai dalam dunia penulisan akademik. Kajian ini cuba mengangkat satu daripada pelbagai cabang hubungkaitan yang belum diteliti itu; khususnya hubungkaitan antara elemen alam sekitar dengan penghasilan karya seni.

Kajian yang menggabungkan disiplin alam sekitar dan seni ini dianggap penting bagi tujuan akademik khasnya dan juga beberapa tujuan implisit yang lain, baik kepada disiplin alam sekitar mahupun disiplin seni. Bagi disiplin alam sekitar; pemahaman dan

(12)

3

meninggalkan kesan yang lebih jauh daripada itu; iaitu kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar itu sendiri. Bagi disiplin seni yang terdiri daripada seni sastera dan bahasa, seni tampak dan seni muzik pula; kajian ini bukan sahaja menambahkan penghayatan kepada proses pembinaan dan penghasilan karya seni tersebut, malah dapat meluaskan khalayak disiplin seni itu sendiri.

Tujuan Kajian

Kajian ini meneliti sejauh mana penggunaan elemen alam sekitar dalam proses pembinaan atau penghasilan sesebuah karya seni. Penelitian terhadap penggunaan ini tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan caragaya atau bagaimana ia digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara elemen alam sekitar tersebut dengan proses pembinaan atau penghasilan karya seni itu.

Metodologi Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif (bebas dipilih mengikut kesesuaian bahagian-bahagian penyelidikan oleh setiap ahli kumpulan penyelidik). Teknik-teknik kaedah kuantitatif termasuk penganalisisan data dan teknik kaedah kualitatif pula termasuklah penyelidikan kepustakaan, temu bual dan pemerhatian. Semua kaedah ini dipilih mengikut keperluan dan keselesaan pengkaji itu sendiri.

(13)

Analisis Seni dan Alam Sekitar

dalam Karya Sastera

1.

Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu

2.

Isu-isu dan Elemen Alam Sekitar dalam novel Thriller

Melayu

3.

Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar

(14)

MOTIF ALAM SEMULAJADI

DALAM KRAF TRADISIONAL MELAYU

OLEH

HAMDZUN HARON hh@ukm.my

HASIL PENYELIDIKAN SENI DAN ALAM SEKITAR

PUSAT PENGAJIAN UMUM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

2002

Kertas ini berupa hasil penyelidikan yang ditaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia gran penyelidikan kod 11JD/001/2001.

(15)

Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu

Abstrak

Tukang-tukang kraf tradisional dengan kreatifnya telah menjadikan bahan dari alam semulajadi sebagai ilham untuk mencipta barangan kraf. Mereka dengan hati-hati memilih dan mengkaji setiap bahan supaya sesuai dengan jenis kraftangan yang hendak dihasilkan. Ini membantu terciptanya rekabentuk kraf yang sempurna. Objek-objek dari alam semulajadi menjadi pilihan bagi menghasilkan motif yang menjadi unsur utama dalam ragam hias. Ini akhirnya mewujudkan hasil kraftangan yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Satu hal yang patut disedari ialah bahan dari alam sekitar khasnya unsur-unsur dari alam semulajadi merupakan bahan terpenting dalam menghasilkan kraftangan tradisional. Barangan kraf tradisional bukanlah satu benda yang asing bagi rakyat Malaysia. Pelbagai jenis barangan kraf telah dihasilkan oleh nenek-moyang terdahulu dalam masyarakat Melayu; di antaranya ialah anyaman, batik, tembikar, ukiran, tekat dan tenunan songket. Penemuan para ahli arkeologi tentang tembikar primitif di Ulu Tembeling Pahang membuktikan bahawa perusahaan kraf telah wujud sejak zaman purba lagi. Kraf-kraf lain juga wujud dengan sejarahnya yang tersendiri. Di samping itu, elemen alam semulajadi dijadikan sebagai motif asas dalam menghiasi permukaan barangan kraf. Motif-motif dari alam semulajadi ini bukan sahaja menampakkan kecantikan pada sesuatu barangan kraf malah ia juga mengandungi falsafah tersendiri di sebaliknya khasnya mengenai pengajaran moral yang secara visualnya dapat mendidik masyarakat pada ketika itu. Penyelidikan ini membuktikan bahawa objek dari alam semulajadi telah dieksploitasi dalam rekaan kraf tradisional. Ini dapat dilihat dengan wujudnya motif-motif flora dan fauna dalam pelbagai jenis kraftangan yang berkait dengan kehidupan sebuah masyarakat tradisional yang tidak dapat dipisahkan dengan alam sekitar. Bahagian-bahagian utama tumbuhan seperti bunga, pucuk, buah, biji, sulur, akar dan tampuk menjadi motif asas untuk menghasilkan corak. Begitu juga dengan pemilihan motif fauna dan motif kosmos (yang berkaitan dengan cakerawala) juga menjadi perhatian tukang-tukang kraf tradisional. Pemilihan jenis-jenis motif ini adalah berdasarkan kepada hubungan rapat antara cara kehidupan harian orang Melayu dengan alam sekitar mereka. Mereka menjadikan alam sekitar sebagai bahan asas keperluan hidup mereka tidak kira dalam pemakanan, perubatan, adat resam, kesenian, pakaian, pendidikan, pertanian, perdagangan dan kepercayaan.

(16)

The traditional craft experts have creatively utilising the elements of environment to create craft masterpieces. They have meticulously studying and choosing each of the environmental elements to make sure that it goes hand in hand with a particular handicraft they are trying to make. This effort helped to obtain a perfect craft designs. Natural objects from environment are chosen to create motives that serve as the main elements in the variations of decoration. It resulted as handicraft masterpieces that possess the aesthetic values. One thing that we have to realize is the elements from natural environment are the most important elements in making the traditional Malay handicraft. Malay traditional crafted goods are not alien to Malaysians. In Malay society, various kinds of crafted goods have been made by their ancestors such as weave, batik

(wax printed patterned cloth), pottery or ceramic, sculpture or woodcarving, tekat or embroidery and songket (a kind of embroidery of gold or silver thread). The discovery of primitive ceramic object in Ulu Tembeling Pahang proved that craft industry existed since the ancient time. The other various kinds of crafted works existed with their own histories. The motives are taken mostly from natural environment that become the basic motives in decorating the surface of the crafted goods. The environmental motives are not only making the particular crafted goods beautiful but they have their own philosophy behind it. It is consisted of visual moral teaching to the society at that time. This study proved that objects from environment have been exploited in traditional craft designs. These can be seen by the existence of flora and fauna motives in the various handicraft related to the life of Malay traditional society that cannot be separated from environment. The major parts of vegetations such as flowers, shoots, fruits, seeds, roots and calyxs became the basic motives to create patterns. The selection of fauna motives and cosmos motives are also popular among traditional craft experts. The selection of the motives usually based on the close relationship between Malay people and their environment. They treat the environment as their basic needs in their lives for food, medicine, culture and customs, arts, clothes, education, agriculture, merchandise and even belief.

(17)

PENGHARGAAN

Kajian motif alam semulajadi dalam kraf tradisional Melayu merupakan kupasan dari hasil penyelidikan antara bidang seni tampak tradisional dengan alam sekitar. Hasil penyelidikan yang dibuat selama satu tahun telah berjaya mengumpulkan data dan memberi petunjuk kaitan rapat antara manusia dengan alam sekeliling sebagai sumber inspirasi mencipta motif seni yang unik. Dengan itu, saya amat bersyukur kerana dapat menghasilkan sesuatu kajian khusus dan penyelidikan berkaitan dengan motif seni tradisional sehingga berjaya mencungkil maksud tersurat dan tersirat padanya. Oleh yang demikian, ucapan terima kasih diberikan kepada Pusat Pengajian Umum dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai penaja penyelidikan ini di atas kepercayaan, peluang dan dana yang diberikan.

ACKNOWLEDGEMENTS

The study on environmental motives in the traditional Malay crafts is mediated through the research work of visual art and the environment. The results derived from the one year duration research clearly indicates that there is a correlation between man and the enviroment as a source of inspiration in creating unique art motives. Thus, I am grateful that have been able to conduct a research related to traditional art motives which assisted in interpreting its abstract meanings. The process of this research was made possible with the kind assistance of funds and intellectual support of Pusat Pengajian Umum and Universiti Kebangsaaan Malaysia. To all of them I owe a debt of gratitud

(18)

4

MOTIF ALAM SEMULAJADI

DALAM KRAF TRADISIONAL MELAYU

Pengenalan

Kewujudan hasil seni kraf tradisional Melayu berasaskan bahan semulajadi telah dikesan sejak zaman primitif lagi. Ini telah terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis dan di Ulu Tembeling Pahang. Ragam hias pada permukaan serpihan tembikar adalah berbentuk sederhana dan dibuat secara spontan. Pengalaman secara tidak sengaja oleh tukang-tukang kraf tembikar dengan terhasilnya corak-corak akar kayu pada permukaan barangan tembikar menjadi titik tolak wujudnya ragam hias bermotifkan objek-objek dari alam semulajadi. Tanpa disedari oleh kita setiap motif mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. “Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu” menjadi tajuk pilihan penyelidikan ini bertujuan mengupas dan mendedahkan tentang definisi perkataan kraf dan jenis-jenis kraftangan yang dihasilkan oleh orang Melayu yang semuanya adalah berasaskan bahan alam semulajadi. Sejarah awal kraf bermotifkan alam semulajadi wujud secara berperingkat-peringkat sehinggalah penciptaan motif agak lebih sempurna setelah menerima pengaruh motif dari seni gangsa. Tiga jenis motif yang dihasilkan pada seni kraf iaitu flora, fauna dan kosmos bukan sahaja akan dianalisis bagi memperlihatkan keindahan luaran secara visual, malah penyelidik juga akan menghuraikan pengajaran-pengajaran moral dan kepercayaan animisme yang tersirat pada motif yang dicipta. Kedua-dua isi tersirat ini secara tidak langsung memperkenalkan kepada kita pendidikan ala tradisional yang diajar oleh orang tua kepada generasi muda mereka pada ketika itu. Seterusnya, kupasan tentang motif flora, fauna dan kosmos menjadi pilihan tukang-tukang kraf yang berkaitan dengan kehidupan harian masyarakat Melayu lama. Semoga penyelidikan ini akan menjadikan kita insan yang selalu mensyukuri nikmat alam sekitar

(19)

5

yang dijadikan oleh Allah kepada manusia dan seterusnya mencintai dan menghargai warisan zaman silam yang masih wujud pada masa kini.

Metodologi dan Skop Penyelidikan

Penyelidikan ini adalah penyelidikan kualitatif yang membataskan kajian kepada motif-motif kraf tradisional Melayu yang terpilih iaitu seni batik, tembikar, anyaman, tenunan songket, ukiran kayu dan tekat. Data-data penyelidikan ini diperolehi daripada sumber rujukan buku-buku, informasi dari internet, majalah, jurnal dan risalah-risalah berkaitan dengan kraf tradisional.

Matlamat Pemilihan Tajuk Penyelidikan

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji sejarah awal terciptanya motif berunsurkan alam semulajadi dan bagaimana ia diadaptasikan pada motif-motif kraf kraftangan tradisional Melayu. Motif-motif ini bukan sahaja memaparkan nilai-nilai estetika yang dapat dilihat secara visual tetapi juga mengandungi falsafah di sebaliknya. Selain itu, penyelidikan juga bertujuan mengkaji sumber-sumber utama yang digunakan oleh tukang-tukang kraf lama yang memberi mereka ilham sehingga tercetusnya motif-motif seni yang unik.

Kepentingan Penyelidikan

Hasil penyelidikan ini amat berfaedah kepada generasi baru yang semakin kurang pengetahuan yang mendalam tentang asal-usul motif kraf bangsa Melayu. Dengan adanya penyelidikan terperinci mengenainya, para pendidik khasnya di sekolah-sekolah dan masyarakat umum dapat mengetahui secara terperinci asal usul motif kraf tradisional yang masih diajar secara umum dalam sukatan Pendidikan Seni Sekolah Menengah (KBSM). Ini juga dapat memberikan pengetahuan tambahan kepada para pendidik dan

(20)

6

menjadikan mereka lebih yakin untuk menerapkan unsur-unsur penghargaan seni kraf warisan zaman kepada para pelajar.

Seni Kraf Tradisional Melayu

Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik. Kepelbagaian kaum yang hidup aman dan damai merupakan akar tunjang kepada pembangunan negara bagi mencapai cita-cita menjadi negara maju seperti yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri kita pada tahun 2020. Dalam merentas ke arah cita-cita itu, masyarakat Malaysia tetap tidak melupakan segala warisan nenek moyang, khasnya dalam bidang kesenian yang telah menjadi simbol warisan bangsa. Kesenian dalam masyarakat Malaysia terbahagi kepada beberapa bidang seperti tarian, pakaian dan barang kemas, seni mempertahankan diri, seni bina, muzik, senjata, permainan dan kraftangan. Tidak dapat dinafikan walaupun kesenian tradisi ini masih wujud pada masa kini tetapi ia telah banyak dipermodenkan dari segi bentuk dan fungsinya mengikut citarasa era baru. Pelbagai cara telah dibuat oleh mereka yang mencintai warisan tradisi agar ia tidak ditelan zaman, di antaranya adalah seperti mendokumentasikannya dalam bentuk buku atau media elektronik, membina pusat-pusat kesenian, pendidikan di sekolah, pameran-pameran, mengadakan bengkel, promosi pasaran dan penyelidikan.

Apabila kita menyebut tentang kesenian tradisi, kaum Melayu merupakan salah satu kaum yang kaya hasil seninya terutama dalam bidang kraftangan. Di alam Melayu, kraftangan adalah pembayang kepada kehalusan gaya hidup yang dapat dilihat melalui halusnya hasil kraf yang dihasilkan oleh mereka. Ia juga dapat membayangkan etika atau tingkah laku orang Melayu yang bersifat sabar, tekun, teliti, bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan sekaligus dapat mencerminkan tamadun yang dicapai oleh nenek moyang kita. Ketamadunan orang Melayu dapat dilihat berdasarkan pelbagai seni kraf berasaskan sumber alam semulajadi dicipta hasil daripada pemikiran kreatif dan inovatif mereka. Pada peringkat awalnya, barangan kraf ini dijadikan sebagai barangan kegunaan harian tetapi akhirnya ia telah menjadi sumber ekonomi yang utama. Kini,

(21)

7

hanya segelintir sahaja masyarakat Melayu menjadikan ia sebagai sumber pendapatan untuk menyara hidup kerana barangan kraftangan bukanlah pilihan utama untuk kegunaan harian. Ini disebabkan masyarakat kini lebih selesa menggunakan barangan kegunaan harian yang berbentuk lebih moden, ringkas, harga berpatutan dan mudah diperolehi di kedai-kedai biasa.

Bagi membuktikan kraftangan orang Melayu berhubung rapat dengan alam semulajadi yang dijadikan sebagai sumber inspirasi, maka penyelidikan ini dijalankan dengan memfokuskan motif dalam kraftangan Melayu tradisional. Hasil penyelidikan ini telah memperlihatkan bahawa pemikiran orang Melayu khasnya pengkarya seni terbentuk hasil daripada pengaruh alam sekitar yang seterusnya menumbuhkan pelbagai motif sebagai penghias pada permukaan kraftangan. Kepelbagaian bentuk motif dari alam semulajadi yang terdiri daripada flora, fauna dan kosmos yang mewarnai barangan kraf tradisional Melayu ini secara tidak langsung dapat memperjelaskan bahawa kraf kaum Melayu amat berhubung rapat dengan alam persekitaran yang menjadi unsur penting dalam kehidupan mereka.

Alam Semulajadi dan Seni Kraf Tradisional Melayu

Istilah kraf berasal dari bahasa Jerman iaitu „kraft‟ yang membawa maksud kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Menurut defini dalam Kamus Dewan, kraf adalah kerja seni yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan manakala tradisional adalah sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun. Pada umumnya, barangan kraf tradisional yang dihasilkan oleh kaum-kaum di Malaysia berasaskan bahan alam semulajadi. Bahan asas dari sumber alam terawal yang digunakan ialah tanah bagi mencipta tembikar. Seterusnya, sumber-sumber alam semulajadi yang lain adalah seperti daun untuk anyaman, logam seperti emas, tembaga dan perak untuk barang kemas, benang untuk tenunan dan tekat, kain untuk batik, kayu untuk ukiran dan ada juga kraf yang menggabungkan dua bahan alam semulajadi seperti senjata tradisional „keris‟ iaitu menggunakan kayu dan logam.

(22)

8

Di negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, hasil krafnya mempunyai keunikan tersendiri mengikut kaum masing-masing dan bahan asas serta motifnya kebanyakannya adalah berasaskan alam semulajadi. Setiap kraf yang dihasilkan akan melambangkan budaya dan tradisi kehidupan kaum tersebut. Sebagai contoh, masyarakat Bumiputera banyak menghasilkan seni kraf berasaskan alam semulajadi yang digunakan untuk perhiasan diri, barangan keperluan harian atau keagamaan. Begitu juga bagi kaum Cina, motif dan rekabentuk seni krafnya mendapat pengaruh dari Negeri Cina. Mereka lebih menumpukan perhatian dalam bidang seramik dengan mencipta peralatan upacara sembahyang dan barangan perhiasan rumah serta seni menulis kaligrafi China. Sementara kaum India pula lebih menumpukan kepada seni tembikar dengan menghasilkan periuk dan belanga tanah.

Seni kraf tradisional Melayu pula telah wujud sejak zaman neolitik lagi. Bahan dari alam semulajadi merupakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kraf tradisi ini kerana sepertimana yang kita ketahui, penempatan asal orang Melayu adalah di pinggir-pinggir hutan dan sungai. Dengan itu, menerusi penyelidikan ini, kita akan dapat melihat bagaimana motif flora, fauna dan kosmos yang telah distalisasikan menjadi motif paling utama dalam menghasilkan reka corak pada kraf tradisional Melayu. Pada suatu ketika dahulu, kraf yang dicipta adalah untuk kegunaan harian sahaja di antaranya seperti dalam kenduri-kendara yang memerlukan tikar anyaman sebagai alas tempat duduk. Adalah kurang sopan jika tuan rumah membiarkan tetamu yang hadir duduk di atas lantai. Tembikar dijadikan pasu hiasan jambangan bunga, periuk belanga, bekas menyejukkan air minuman atau pinggan mangkuk. Ukiran kayu pula berfungsi sebagai mencantikkan rumah dan berfungsi juga sebagai sirip angin bagi menghasilkan pengaliran udara yang baik (ukiran tebuk tembus). Kain batik digunakan ketika kematian, kelahiran atau pakaian harian. Kain tenunan songket dan seni tekat dikhaskan untuk upacara perkahwinan atau digunakan pada hari-hari tertentu seperti Hari Raya. Selain daripada itu, keris yang dicipta dengan menggabungkan bahan kayu dan logam digunakan sebagai sebahagian daripada kelengkapan pakaian lelaki Melayu. Manakala bagi golongan bangsawan, barangan daripada perak dan tembaga dijadikan alat perhiasan

(23)

9

rumah atau tepak sirih sementara emas pula sebagai barang perhiasan diri untuk golongan wanita.

Setelah alam Melayu mula diperkenalkan kepada sistem perdagangan serantau, barangan kraf tadi telah menjadi sumber ekonomi dan hasil dagangan yang penting. Saingan hebat telah berlaku antara kraf tempatan dengan kraf dari para pedagang asing terutama dari Asia Tenggara, China, Arab, Parsi dan India. Hasil seni kraf dari para pedagang luar dikatakan lebih menarik minat penduduk tempatan kerana rekabentuk dan reka coraknya berasaskan motif alam semulajadi yang dipelbagaikan dan lebih berwarna-warni. Bagi mengatasi masalah ini, pencipta kraf tempatan telah mengambil ilham motif dari negara luar tetapi diubah suai mengikut citarasa, budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu. Mereka juga telah mula mencipta warna pada hasil kraf dengan cara menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi seperti warna kuning dari kunyit, warna jingga dan merah dari buah kesumba India, buah pokok arang digunakan untuk mendapatkan warna hitam, daun mengkudu bagi menghasilkan warna biru dan daun bemban bagi mendapatkan warna hijau. Manakala bagi mendapatkan warna yang lebih cerah warna-warna tadi dicampurkan pula dengan kapur. Bagi tembikar labu sayong, sekam padi digunakan bagi menghasilkan permukaan hitam pada badan labu.

Sehingga kini, kita dapat melihat bahawa hasil seni kraf tradisional masih lagi diperdagangkan khasnya di kawasan Pantai Timur Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu begitu juga di Sabah dan Sarawak. Ia masih dapat diteruskan di kawasan tersebut kerana bahan mentah kraf masih banyak lagi dan permintaannya tinggi. Namun, bersesuaian dengan arus pemodenan masa kini, proses menghasilkan barangan kraf tidak seperti zaman nenek moyang kita dahulu kerana kebanyakannya telah menggunakan mesin-mesin elektrik dan pewarna cara moden bagi menghasilkan barangan kraf secara produktif. Sebagai contoh, kalau dahulu tembikar labu sayong dapat dihasilkan lima biji sehari tetapi sekarang dengan menggunakan acuan plaster paris ia boleh dihasilkan sebanyak 50 biji sehari. Rupa bentuk baru juga diperkenalkan bagi menyesuaikan cita rasa semasa seperti songket dijadikan beg kepit, tali pinggang, bingkai gambar, hiasan dinding dan sebagainya dengan masih mengekalkan reka corak asalnya. Walaupun

(24)

10

begitu, bagi memastikan kemahiran membuat seni kraf tradisional tidak „pupus‟ begitu sahaja, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) yang bertanggungjawab bagi melatih belia menghasilkan kraftangan secara tradisional, memasarkan dan mempromosikan produk seni ini bagi memastikan ia terus diwarisi oleh generasi akan dating.

Sejarah Kraf Tradisional Melayu Bersumberkan Motif Alam Semulajadi

Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang sentiasa berfikir untuk menghasilkan sesuatu benda bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan harian. Ini telah terbukti sejak zaman pra sejarah lagi. Manusia purba ketika itu telah mencipta api untuk memanggang makanan, menghangatkan badan, menerangi kegelapan atau untuk menghindari daripada gangguan binatang buas. Zaman pra sejarah terdiri dari tiga zaman iaitu zaman Paleolitik (35000-8000 SM), Mesolitik (8000-3500 SM) dan Neolitik (6000-1500 SM) dan sejarah telah membuktikan bahawa manusia pada zaman-zaman itu telah mula mencipta barang keperluan harian seperti penemuan kapak-kapak yang diperbuat daripada batu yang digunakan untuk menebang pokok-pokok.

Fenomena ini juga berlaku dalam alam Melayu pada zaman neolitik kira-kira 2000 hingga 1500 SM yang lampau. Manusia Melayu ketika itu hidup berpindah-randah, bercucuk tanam, membuat alat-alat senjata untuk pemburuan, mencipta alat-alat perlindungan dan kemudahan harian seperti rumah, pakaian, alat-alatan memasak (periuk belanga dari tanah), kenderaan bergerak seperti sampan serta tidak ketinggalan penciptaan alat perhiasan diri. Mengikut Dunn dipetik oleh Siti Zainon (1986), hubungan antara manusia Melayu dengan hutan telah wujud sejak kira-kira 20,000 tahun yang lampau apabila hutan digunakan sebagai tempat tinggal, sumber makanan dan keperluan harian. Hubungan ini telah menjadikan penyebab bagi orang Melayu lama mengaplikasikan sumber alam sebagai motif dalam kraftangan mereka.

(25)

11

Penemuan sebuah pinggan tembikar bertapak tinggi zaman Neolitik di Gua Ca, Hulu Kelantan merupakan bukti menunjukkan manusia Melayu telah mula mencipta barangan kraftangan tanpa hiasan motif dengan menggunakan bahan dari alam semulajadi iaitu tanah [Sila rujuk Lampiran A Gambar 1]. Kesedaran manusia Melayu tentang barang-barang keperluan harian semakin bertambah bagi memudahkan dan menyempurnakan lagi kehidupan pada ketika itu. Dari ciptaan periuk belanga, pinggan mangkuk dari tanah, mereka mula mencipta kraf yang lain seperti anyaman kelarai (pandan dan mengkuang) dan bakul rotan. Jika diperhatikan, jelaslah bahan-bahan dari alam semulajadi yang mudah didapati sekitar mereka menjadi bahan asas untuk mencipta kraftangan yang begitu sederhana reka bentuknya.

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia yang sentiasa memikirkan untuk mencipta sesuatu bagi kemudahan dirinya. Dari mencipta tembikar berbentuk buyung yang hanya boleh dibawa sebiji dengan cara menggendung ke tempat pembakaran untuk dikeraskan, mereka memikirkan bagaimana cara terbaik membawa tembikar lebih dari satu ke tempat pembakaran, maka timbul idea mengikat badan tembikar yang lembab itu dengan rotan bertangkai untuk mudah dibawa. Dari sinilah, cara menghias barang kraf secara tidak sengaja ditemui iaitu ikatan rotan yang terbakar akan meninggalkan kesan jalinan sentuh (permukaan timbul yang boleh disentuh) pada permukaan tembikar tadi. Bermula dari itu proses meluru atau melicinkan permukaan tembikar tidak hanya menggunakan tangan sahaja tetapi objek-objek keras dari alam semulajadi seperti kayu dan batu yang boleh menghasilkan sesuatu permukaan yang lebih indah. Perkembangan menghias permukaan tembikar ini akhirnya menjadi kemestian kerana ia bukan sahaja dapat memperlihatkan estetika tetapi juga dapat mengesatkan lagi permukaan tembikar supaya tidak licin bila dibawa [Sila rujuk Lampiran A Gambar 2].

Perkembangan kraf yang mempunyai permukaan berhiasan berterusan sehinggalah alam Melayu mendapat pengaruh dari kebudayaan gangsa Dong-Son. Kebudayaan ini dinamakan sedemikian sempena dari nama tempat di mana bahan gangsa ini dijumpai iaitu di satu kawasan Tongkin dan Annam Utara. Kebudayaan ini ada dicatat oleh Haji Buyong Adil dalam bukunya Sejarah Pahang, di mana Tanah Melayu

(26)

12

menerima zaman gangsa-besi di bawah kekuasaan Empayar Funan dalam lingkungan masa dari tahun 300 SM hingga ke akhir tahun memasuki masehi (Siti Zainon, 1986).

Kesenian gangsa Dong-Son ini memperlihatkan penggunaan motif dari alam semulajadi seperti dari kosmos (alam sekitar), flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (binatang) [Sila rujuk Lampiran A Gambar 3]. Penemuan permukaan gendang loceng dengan ragam hiasnya bermotifkan motif Dong-Son telah ditemui di Kelang (1964) cukup membuktikan titik tolak peralihan idea dalam menghias permukaan kraf ke arah menggunakan motif-motif alam semulajadi yang lebih kompleks dan tersusun. Pengaruh Dong-Son tidak sahaja wujud pada tembikar dan anyaman malah juga pada bahan kraf lain seperti kayu, buluh dan tekstil. Melalui pengaruh Dong-Son ini jugalah telah menambahkan lagi minat „menghias‟ pada barangan kraf. Idea mencipta motif hiasan banyak dipengaruhi oleh kehidupan masyarakat Melayu pada waktu itu yang di kelilingi oleh sumber alam semulajadi.

Pengertian dan Falsafah dalam Motif Alam Semulajadi

Motif didefinisikan sebagai satu imej atau rupa yang dijadikan dasar atau corak pada sesuatu karya seni tampak. Dalam erti kata lain, satu motif akan diulang atau digabungkan dengan pelbagai motif untuk menghasilkan corak yang seimbang dan harmoni. Manakala alam semulajadi dalam konteks seni pula adalah bahan dari alam yang dicipta oleh Allah dan bukan ciptaan manusia, terbentuk melalui proses biologikal mengikut sifat semulajadinya; sepertimana manusia wujud hasil daripada percantuman benih lelaki dan wanita maka terbentuklah janin dalam kandungan dan dilahirkan ke dunia. Motif merupakan unsur seni yang paling penting dalam menghasilkan corak pada permukaan kraf tradisional Melayu. Dalam kraf tradisional Melayu, motif bertindak sebagai penyampai hasrat pemikiran dan kehendak pengkarya kerana motif itu sebenarnya mengandungi pengertian, kegunaan dan falsafahnya tersendiri yang boleh memberi kebaikan, pengajaran dan peringatan kepada masyarakat Melayu. Pengajaran dan peringatan kepada anak-anak pada masa itu disampaikan melalui dua cara iaitu lisan

(27)

13

dan visual (tampak). Penyampaian secara lisan adalah seperti nasihat, pantun, syair dan cerita teladan manakala dalam penyampaian visualnya pula, ada beberapa motif kraftangan khasnya dalam ukiran kayu dapat menyampaikan isi berunsur pengajaran ini dalam bentuk rupa dan nama ukiran yang dapat dijadikan teladan dan peringatan kepada manusia apabila mereka melihat ukiran tersebut.

Umumnya dalam karya seni, motif dicipta dengan pelbagai cara seperti dengan teknik mengukir, mewarna, mencetak, mengecop, menggunakan acuan, menjalin, melukis, menenun, menjahit dan memahat. Kesemua teknik menghasilkan motif itu adalah bergantung kepada bahan yang digunakan oleh pengkarya. Kesesuaian teknik, peralatan dan bahan adalah penting bagi memastikan karya yang dihasilkan sempurna, halus dan tinggi mutu seninya. Sebagai contoh, untuk menghasilkan motif-motif dalam kerja seni ukiran, kemahiran melukis, mengukir dan memahat diperlukan bagi menghasilkan pola corak ukiran yang sempurna. Hasil karya seni kraf yang sempurna juga memerlukan kekuatan diri pengkarya sebagai akar tunjang bagi melahirkan seni kraf yang bermutu tinggi. Kekuatan diri yang dimaksudkan adalah seperti sifat kesabaran, ketekunan, ketelitian, berimaginasi dan mempunyai kemahiran kerja tangan yang cekap. Ciri-ciri ini penting bagi membolehkan pengkarya memberi tumpuan semasa mengolah motif-motif dari alam semulajadi yang bersifat lentuk-liuk dan kadang kala berlingkar-lingkar.

Seperti yang telah dikatakan tadi, motif adalah penyampaian hasrat pengkarya kepada penonton dalam bentuk abstrak yang mempunyai makna tersirat di sebalik lingkaran-lingkaran motif itu. Masyarakat Melayu lama mempercayai motif-motif alam semulajadi mempunyai kuasa magisnya tersendiri. Kepercayaan ini dinamakan animisme dan ia telah wujud dan diwarisi oleh masyarakat Melayu kuno sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kuasa magis ini dapat menghindarkan manusia daripada diganggu oleh makhluk halus atau khianat daripada perbuatan sihir bomoh. Makhluk halus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ia boleh membawa kecelakaan kepada manusia. Bagi mengatasi masalah ini, mereka mengadakan upacara pemujaan untuk mengusir makhluk jahat itu. Selain daripada itu, mereka juga menggunakan simbol-simbol tertentu supaya

(28)

14

dapat menakut-nakutkan makhluk halus ini seperti motif kepala cicak [Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(8)] dalam kraf ukiran kayu. Bentuk kepala cicak distailisasikan kepada bentuk yang lebih ringkas dan kemudian ia dipakukan di pepenjuru bumbung rumah. Ia berfungsi sama seperti „hulu balang‟ menjaga dan menghalang rumah daripada dimasuki pencuri. Bentuk kepala cicak diukir dengan melubangkan (tebuk tembus) kedua-dua bahagian mata dengan saiz yang agak besar. Dipercayai seolah-olah ada makhluk lain di rumah itu yang tidak tidur, sentiasa berjaga dan keadaan mata yang bulat lagi besar itu dapat menakut-nakutkan makhluk halus. Motif-motif lain yang dipercayai mempunyai kuasa magis serupa dengan motif kepala cicak adalah seperti motif kuda laut [Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(2)] yang terdapat pada ukiran kayu dan songket. Kuda laut yang telah dikeringkan dan digantung di pangkal-pangkal pintu dipercayai dapat menghindari tuan punya rumah daripada dikhianati oleh orang lain. Motif kuda laut dalam ukiran kayu sesuai dijadikan pagar di bahagian anjung rumah di mana fungsinya sama seperti motif kepala cicak.

Penyampaian nilai-nilai moral juga boleh dilihat dalam motif kraf tradisional Melayu. Berbudi pekerti mulia, lemah lembut dan beradab sopan merupakan tingkah laku yang sangat dititikberatkan dalam masyarakat Melayu. Tingkah laku ini penting bagi menjamin seseorang itu dapat hidup dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan cara hidup menghormati orang lebih tua dan pemimpin, bergotong-royong, bekerjasama, bertolak-ansur dan prihatin kepada jiran. Pengajaran moral ini disampaikan dalam seni kraf dengan menggunakan motif-motif fauna atau haiwan yang telah distailisasikan dari bentuk asal seperti yang dituntut dalam ajaran agama Islam yang melarang peniruan makhluk ciptaan Allah. Motif haiwan ini dipilih bagi mengingatkan kepada manusia bahawa kadang kala ada baiknya perlakuan haiwan tertentu dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

Seni ukiran pada rumah-rumah tradisional Minangkabau di Negeri Sembilan banyak menggunakan motif fauna (haiwan) untuk tujuan ini seperti motif itik pulang petang [Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(5)]. Motif diukir dengan rupa seperti sifat semulajadi itik bejalan berderet-deret mengikut ketua menuju ke satu arah. Nilai moral

(29)

15

yang ingin disampaikan oleh pengukir adalah kita patut mengikut dan taat setia kepada raja dan pemimpin, tidak sombong dan tidak mengatasi orang yang berada di hadapan bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Ini amatlah sesuai dengan fahaman masyarakat Melayu yang amat tebal dengan kesetiaan kepada raja dan pemimpin yang menjadi teras dalam keseluruhan bidang kehidupan mereka. Kesetiaan ini boleh dilihat pada satu ungkapan Melayu seperti „pantang anak Melayu menderhaka‟ membawa maksud adalah menjadi kesalahan besar orang Melayu tidak mentaati raja kerana ia boleh membawa padah dalam hidup akan datang. Jika tidak mentaati raja atau pemimpin, masyarakat akan berpecah-belah dan kucar kacir.

Motif kucing lalok yang bermaksud kucing tidur mempunyai nilai moral bahawa orang yang malas berusaha tidak akan mendapat kehidupan yang baik (Abdul Halim, 1987). Tajuk ukiran ini bertepatan dengan sifat kucing yang gemar tidur di siang hari dan berjaga pada malam hari. Orang yang malas bekerja dan suka tidur di siang hari dikatakan tidak mudah mendapat rezeki kerana pada hari siang sepatutnya kita bekerja mencari rezeki dan mereka yang malas ini tidak akan memperolehi kesenangan hidup. Motif badak mudik pula khas ditujukan kepada kaum lelaki yang merupakan tunggak utama atau ketua dalam sesebuah keluarga. Badak dijadikan ilham kerana sesuai dengan sifat fizikalnya yang besar, kulitnya keras dan bersifat sentiasa memerhati dan melindungi anak-anaknya dari serangan haiwan lain. Mudik pula bermaksud niat atau usaha yang ada tujuan. Oleh itu, motif badak mudik ini memperlihatkan bahawa lelaki mestilah kuat bekerja untuk tujuan kesenangan keluarganya tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat dan agama [Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(3)].

Keharmonian dalam keluarga amat penting bagi menjamin kehidupan yang aman dan sentosa. Perbalahan dalam keluarga boleh menjadikan sesebuah keluarga itu kucar kacir dan rasa hormat menghormati di antara satu sama lain akan berkurangan. Bagi masyarakat Melayu, etika yang baik datangnya daripada didikan di rumah yang seterusnya dapat mempengaruhi keamanan dalam masyarakat. Bagi mendidik anak-anak supaya saling menghormati antara satu sama lain motif ayam berlaga dijadikan penghias utama pada tangga rumah agar ia dapat dilihat selalu. Motif ini mengingatkan penghuni

(30)

16

rumah supaya tidak bergaduh sesama sendiri dan segala masalah boleh diselesaikan dengan cara perbincangan dan bertolak ansur [Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(9)]. Sebagai manusia, jangan kita jadi seperti ayam yang gemar berlaga menggunakan kekuatan bagi menentukan siapa yang kuat.

Motif-motif kraf ini bukan sahaja menggambarkan animisme dan pengajaran nilai-nilai moral, malah ia juga mengandungi unsur-unsur simbolik berkaitan dengan kehidupan rohaniah manusia. Simbol didefinisikan oleh Needham yang dipetik oleh Othman Yatim (1989), sebagai sesuatu yang mewakili sesuatu perkara yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi dan mengenali nilai-nilai yang patut ada untuk mereka hidup bersama-sama. Di dalam kraf tradisional Melayu, motif bersimbolik kebanyakannya terdiri dari jenis fauna dan kosmos yang dipercayai dapat memberi ketenangan hati, kebahagian dalam hidup dan keagungan Tuhan yang mencipta alam semesta. Motif bunga tanjung yang paling popular dalam kraf tradisional Melayu adalah simbol kepada „selamat datang kepada tetamu‟ atau kedatangan tetamu ke rumah mereka sangat dialu-alukan. Motif bunga teratai membawa simbol kepada keyakinan yang kuat, kebersihan, keamanan dan percaya kepada ketentuan Allah. Kuntuman bunga yang berkembang melambangkan kesegaran dan kegembiraan yang terpancar di sebalik keindahan bunga itu sendiri. Kebanyakan motif bunga berbentuk bulat yang melambangkan alam semesta. Motif awam larat memperlihatkan sifat kehalusan budi pekerti manakala liuk-lintuk daunnya melambangkan sopan-santun orang Melayu. Motif ini juga simbolik kepada sifat Tuhan yang tiada permulaan dan tiada pengakhirannya manakala motif sulur bayung melambangkan pemusatan kepada suatu kuasa yang maha tinggi martabatnya.

Sumber Motif Alam Semulajadi Dalam Kraf Tradisional Melayu

Terdapat tiga sumber motif alam semulajadi dalam kraf tradisional Melayu yang diaplikasikan pada permukaan kraf iaitu motif flora (tumbuhan), fauna (haiwan) dan kosmos (cakerawala). Sumber dari motif flora dan fauna diperolehi dari kawasan-

(31)

17

kawasan hutan yang sememangnya sejak azali menjadi habitat bagi kedua-dua sumber ini. Oleh itu, sejajar dengan masyarakat Melayu dahulu penempatan awalnya adalah di pinggir-pinggir hutan dan di tepi-tepi sungai, tumbuh-tumbuhan dan haiwan ini dijadikan sebagai sumber motif pada kraf. Pada masa itu, hutan memainkan peranan penting sebagai sumber rezeki utama untuk membekalkan hasil hutan seperti rotan, kayu-kayan, hasil pemburuan dan juga tempat tinggal haiwan. Hutan juga dapat membekalkan keperluan harian seperti sayuran tradisi, bahan perasa, ulam-ulaman, bahan ubatan tradisional dan juga buah-buahan. Selain itu, cakerawala turut diberi perhatian oleh masyarakat dahulu. Pemerhatian kepada bentuk-bentuk awan memberi panduan kepada mereka dalam menjalani kehidupan harian, contohnya seperti menentukan musim hujan. Bahagian ini bertujuan mengemukakan dan menganalisa peranan objek-objek alam semulajadi yang dipilih menjadi motif di dalam kraf tradisional orang Melayu dalam kehidupan harian mereka.

Berikut adalah jadual menyenaraikan tumbuh-tumbuhan yang dijadikan sebagai motif flora dalam kraf tangan Melayu tradisional:

JADUAL 1 Bunga

Motif Bunga Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat Air Mata Kasih 

Anggerik     Berbaling  Buluh  Cempaka      Kaca Piring  Kenanga   Kerak Nasi    Kerawang  Mawar     Raya     

(32)

18 Bogan   Pala  Ator  Berembang  Cengkeh      Mangga  Cina    Durian  Gedong  Melur    Tanjung     Mempelas  Lawang     Ketamguri  Ketumbit  Kecubung   Tahi Ayam  Matahari  Kunyit  Kemuncup  Kertas  Asam Batu  Semangat    Bakung  Kemboja  Kekwa  Kelabut  Kedudut  Kecubung   Tahi Ayam 

(33)

19 Matahari  Kunyit  Kemuncup  Kertas  Asam Batu  Semangat    Bakung  Kemboja  Kekwa  Kelabut  Kedudut  Sarung Celak  Cermai   Cabit  JADUAL 2 Daun

Motif Daun Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat Berjalar  Keladi     Puding  Sirih  Susur Kelapa  Bayam  Setulang  Lontar  Pandan  Peria  JADUAL 3 Pokok

(34)

20

Motif Pokok Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Kacang 

Kerak Nasi 

Ara 

JADUAL 4 Tampuk

Motif Tampuk Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Manggis     

Pinang 

Kesemak  

Jantung 

JADUAL 5 Sulur

Motif Sulur Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Bakung  

Bayung  

Kacang 

JADUAL 6 Pokok Air

Motif Pokok Air Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Kiambang  

Telepuk  

(35)

21

JADUAL 7 Pucuk

Motif Pucuk Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Rebung      

Jaja 

Macang 

Paku 

JADUAL 8 Akar

Motif Akar Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat Menjalar 

Berakar 

JADUAL 9 Buah/Biji

Motif Buah/Biji Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Pala  Padi    Anggur  Nona  Zaitun  Delima 

Peranan Motif Flora dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Seperti yang telah diketahui bahawa tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan harian dan mempunyai implikasi terhadap sosio budaya dalam masyarakat Melayu. Tumbuh-tumbuhan ini banyak digunakan dalam upacara tertentu seperti perkahwinan, kelahiran dan kematian. Justeru itu, perhubungan yang rapat ini,

(36)

22

memberikan ilham kepada tukang-tukang kraftangan bagi mengaplikasikan bentuk-bentuk flora yang telah distailisasikan dalam motif-motif kraf agar dalam kehidupan mereka (sama ada di dalam atau di luar rumah) imej tumbuh-tumbuhan tetap bersama mereka. Berdasarkan jadual di atas, beberapa bahagian tumbuhan dijadikan motif asas seperti bahagian bunga, daun/pucuk, buah, bijirin, sulur dan akar.

Mengapa tumbuh-tumbuhan dipilih sebagai motif flora dalam kraf? Ada beberapa sebab tumbuh-tumbuhan dipilih sebagai motif, di antaranya ialah kerana peranannya berkait rapat dengan kehidupan orang Melayu sebagai tumbuhan perhiasan yang dapat mengindahkan perkarangan rumah seperti bunga kertas, anggerik, raya, matahari, kekwa, kaca piring, bakung, cina dan ketamguri. Ada juga yang berfungsi sebagai penghias halaman yang boleh mengeluarkan bau wangi seperti mawar, melor, kenanga, cempaka dan tanjung. Biasanya pokok-pokok ini ditanam di atas tanah atau dalam pasu. Selain itu, tumbuhan hiasan yang dikategorikan sebagai tumbuhan air seperti teratai, kiambang dan telepuk juga boleh didapati di kawasan paya dan tasik. Walau bagaimanapun, bunga semangat dan teratai yang diaplikasikan sebagai motif dalam kraftangan datang dari pengaruh agama Hindu.

Perubatan tradisi bukanlah perkara asing dalam masyarakat Melayu lama sebagai jalan mengatasi masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Sehingga kini walaupun perubatan moden telah wujud tetapi sesetengah orang Melayu masih mengamalkan perubatan tradisi yang dikatakan lebih berkesan dan bersih kandungannya kerana ia terdiri daripada bahan mentah dari alam semulajadi. Kebanyakan tumbuhan ubatan tradisi ini adalah tumbuhan liar yang hidup dalam hutan atau ditanam di perkarangan rumah. Motif tumbuhan ubatan tradisi yang digunakan di dalam kraftangan adalah seperti motif bunga raya. Selain sebagai tumbuhan hiasan, ia juga boleh mengubati penyakit pening kepala dan untuk melebatkan rambut. Caranya ialah dengan merebus daunnya dan diminum airnya, sementara untuk kegunaan kedua pula daunnya diramas hingga keluar lendir dan disapukan di kepala. Begitu juga bunga melor, berfungsi untuk mengubati pening kepala dengan cara merebus daunnya dan dituamkan atas kepala. Kunyit dan sirih pula berguna untuk membuang angin, mengembalikan tenaga dan mengecutkan rahim

(37)

23

bagi wanita selepas bersalin. Sementara itu, daun keladi yang popular sebagai motif dalam kraftangan pula berfungsi untuk mempertingkatkan tenaga batin dengan merebus ubinya dan diminum airnya atau dimakan dengan sirih pinang.

Orang Melayu sangat mementingkan penggunaan bahan perasa yang boleh bertindak membangkitkan aroma yang harum pada masakan mereka dan menjadikannya lebih sedap. Bunga lawang dan cengkeh yang sering digunakan dalam masakan Melayu merupakan motif tumbuhan perasa yang sering digunakan dalam kraftangan. Motif pandan yang digunakan dalam kraf songket merupakan pewarna hijau semulajadi dan pewangi pada masakan. Motif buah-buahan juga menjadi pilihan utama tukang-tukang kraf dan kebanyakannya terdiri daripada buah-buahan yang bermusim pada tempat-tempat tertentu atau tidak mudah diperolehi seperti buah nona, zaitun, delima, cermai, pinang, kesemak dan pala. Tukang-tukang kraf berminat menjadikan buah-buah pilihan ini sebagai motif berdasarkan warna dan bentuk luar serta dalamannya yang unik. Buah manggis dan durian pula adalah buah-buahan tempatan bermusim yang mudah diperolehi. Buah-buahan tadi biasanya dimakan mentah, dengan sambal atau tempoyak, dijeruk atau dibuat jus minuman.

Ada juga motif-motif alam semulajadi berdasarkan tumbuhan yang sering digunakan dalam upacara adat atau ritual untuk memperolehi tujuan tertentu seperti daun kelapa yang dikibas dengan kuat di hadapan kanak-kanak perempuan yang hendak dikhatankan yang dikatakan boleh menghilangkan rasa sakit. Wanita yang baru bersalin dilarang lalu di bawah pokok cermai kerana dikatakan boleh bentan. Daun sirih merupakan daun yang banyak khasiatnya kerana dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit buatan orang, dijadikan lambang utama dalam adat peminangan dan perkahwinan serta bahan semulajadi bagi memerahkan bibir.

Motif bayam, kacang, pucuk paku, peria, rebung dan keladi diklasifikasikan sebagai tumbuhan sayuran. Sayur-sayur kampung ini biasanya dimasak secara goreng, masak lemak, masak asam rebus, kerabu atau sayur air. Pucuk paku, rebung dan keladi merupakan sayuran yang tumbuh liar dan melata di kawasan hutan, paya atau belukar.

(38)

24

Rebung yang berasal dari buluh iaitu pokok yang banyak tumbuh di pinggir-pinggir hutan adalah motif yang paling popular digunakan dalam semua jenis kraftangan. Ini disebabkan ia berbentuk tiga segi yang amat sesuai dijadikan sebagai kepala atau kaki corak seperti pada kraf batik, songket dan tekat.

Motif tanaman bijirin iaitu padi turut digunakan. Ia merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang utama untuk keperluan keluarga sahaja dan dijalankan sama ada di kawasan bukit bukau atau dataran lembah. Tukang-tukang kraf bukan sahaja memilih motif padi ini berdasarkan bentuknya yang cantik tetapi atas dasar kepercayaan orang Melayu terhadap semangat padi yang dijaga oleh makhluk halus yang boleh menjamin hasil yang baik. Jika semangat ini merajuk, ia akan mendatangkan kesan kepada penghasilan padi. Oleh itu, bagi mengekalkannya, motif-motif padi diterapkan pada barangan kraf kegunaan harian seperti tikar, tembikar dan tekat.

Berikut adalah senarai haiwan-haiwan yang dijadikan sebagai motif dalam kraf tradisional Melayu:

JADUAL 10 Burung

Motif Burung Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Ayam      Burung      Keluang     Itik   Bangau  Geroda  Kala   Kupu-kupu   Siput    Belalalng    Lalat 

(39)

25

Cicak 

Motif Burung Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Kumbang 

Lebah 

Lipan 

JADUAL 11 Akuatik

Motif Akuatik Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat Tapak sulaiman  Ikan     Kuda laut  Yu   Belut  Udang  Naga 

JADUAL 12 Binatang Liar

Binatang Liar Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat

Gajah  Harimau  Anjing  Badak  Pelanduk  Kucing 

Gambar

Gambar 1 : Tembikar tanpa hiasan  zaman Neolitik di jumpai  di Gua Ca, Kelantan
Gambar 3: Ragamhias Dong Son
Gambar 4: Motif Flora
Gambar 4: Motif Flora (samb)
+7

Referensi

Dokumen terkait