• Tidak ada hasil yang ditemukan

Punca Bunyi dengan Ukuran Kenyaringan Jenis bunyi Kenyaringan bunyi (dBA)

Dalam dokumen Seni Dan Alam Sekitar (Halaman 88-101)

DALAM NOVEL THRILLER MELAYU

Jadual 1: Punca Bunyi dengan Ukuran Kenyaringan Jenis bunyi Kenyaringan bunyi (dBA)

Desiran daun 10 Berbisik 20 Bercakap 40 Menjerit 50 Laluan kenderaan 70-80

Jenis bunyi Kenyaringan bunyi (dBA)

Penggerak jalan 90

Disko 110

Kapal terbang 130

Sumber: http://www.clh.com.my/sekolah/Team213/Isu/isu4.htm.

Kesedaran pengarang tentang kesan terhadap pencemaran bunyi boleh disaksikan melalui ayat “deruman enjin motosikal makin membingit” (Tombiruo; 37). Ini diperincikan lagi dalam ayat “Malam semakin larut namun tidak ada istilah sunyi di kawasan pinggir bandaraya itu.

Deruman motosikal anak-anak muda melintasi kawasan perumahan itu mencemari sunyinya

malam” (Rangau; 28). Beberapa ayat mudah yang dipaparkan pengarang mempunyai makna

yang mendalam jika dilihat dari sudut alam sekitar. Isu pencemaran alam sekeliling akibat bunyi bising seumpama ini mendedahkan kepada pembaca tentang hal ini yang ditimbul pengarang ini secara tidak langsung.

Pencemaran udara juga turut mendapat perhatian pengarang muda ini. Manusia telah mencemari atmosfera sejak mereka mula tahu menggunakan api dalam kehidupan mereka untuk aktiviti pertanian, pemanasan dan memasak. Walau bagaimanapun, pencemaran hanya menjadi

72

hakikat berkenaan, penulis ini telah mengangkat isu pencemaran udara dalam novel kajian yang dapat dikesan berdasarkan ayat “Ayah, jerebu tebal! KL tidak nampak!” (Tombiruo; 511).

Jerebu merupakan satu fonomena atmosfera yang disebabkan kehadiran zarah-zarah terapung di ruang atmosfera. Zarah-zarah yang sangat kecil saiznya pada kepekatan yang tinggi, akan menyerap cahaya matahari menyebabkan berlaku penurunan jarak penglihatan, seterusnya mencetuskan suasana atmosfera yang kelam (Abdullah, 1999). Jerebu telah menjadi fonomena biasa di kawasan bandar dan kawasan industri kerana berlaku peningkatan kuantiti bahan-bahan pencemar dari sumber antropogenik yang dikeluarkan ke udara

(http://www.kjc.gov.my/people/environ/haze3.htm)(http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel

_kesihatan/jerebu.htm). Zarah-zarah atau pertikel ini mungkin berasal dari alam semulajadi

ataupun kesan sampingan dari aktiviti manusia. Jamaluddin Jahi (2002) yang memetik pendapat Sham Sani (1997) menyatakan bahawa episod jerebu teruk yang melanda negara penghujung alaf lepas dikatakan berpunca daripada pembakaran dan kebakaran hutan di negara jiran. Jerebu yang teruk melanda negara berlaku pada April 1983, Ogos 1990, Jun 1991, Oktober 1992, Ogos dan September 1994 dan 1996, tetapi berada pada tahap yang serius dari bulan Julai hingga September 1997 kerana kepekatan terampai yang sangat tinggi dalam tempoh tersebut (Abdullah, 1999). Kemunculan jerebu hampir setiap tahun sejak dekad 80-an lagi terutama di sekitar kawasan perindustrian utama menggambarkan bahawa masalah ini tidak sahaja berpunca dari negara jiran semata.

73

yang dikatakan sebagai penyumbang terbesar (Jamaluddin, 2001). Kenderaan merupakan punca utama pencemaran udara iaitu dua kali ganda lebih daripada mana-mana jenis bahan kimia pencemar atau 82 peratus jumlah pencemaran udara (Muhd. Zuki & Hamidah, 2001). Kepekatan plumbum dalam minyak kenderaan di Malaysia ialah 0.84 g seliter, iaitu jumlah tertinggi di dunia berbanding minyak kenderaan di Perancis (0.64g), Itali (0.4g), Jerman Barat (0.15g), Switzeland (0.54g) dan Amerika Syarikat (0.33g), manakala Britain tidak membenarkan plumbum ditambah dalam minyak tanpa plumbum dan minyak berkepekatan plumbum (Zuraida, 1989). Walaupun begitu, pada tahun 1998, semua 45 sampel petrol plumbum yang diambil secara rawak dari stesen minyak seluruh negara didapati mematuhi paras plumbum 0.15 gram per liter yang ditetapkan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor) 1985 (Laporan Jabatan Sains dan Alam Sekitar, 1998).

Sebelum kewujudan manusia, alam sekitar tercemar oleh unsur-unsur semulajadi seperti gunung berapi, habuk, hakisan tanah, bahan-bahan garam dari lautan, hidrogen sulfida dari pereputan organik dan bakteria, tetapi alam masih mampu menghadapinya secara semulajadi. Aktiviti manusia telah menambah kesan pencemaran berkenaan sehingga tidak mampu ditanggung oleh persekitaran.

Sekalipun ayat “asap berkepul-kepul keluar dari ekzos mencemari udara” (Tombiruo;

37) kelihatan mudah dan sederhana, namun ayat berkenaan menyerlahkan satu bentuk pencemaran yang besar kesannya kepada alam sekitar sedang berlaku. Di Malaysia, lebih daripada tiga juta tan bahan cemar dilepaskan oleh kenderaan bermotor sepanjang 1996 seperti

74

tan karbon monoksida, 458 ribu tan hidrokarbon, 146 ribu tan nitrogen oksida dan 19 ribu tan zarah ke udara setiap tahun (Muhd. Zuki, Hamidah, 2001). Pada tahun tersebut dianggarkan terdapat lebih 7 juta kenderaan bermotor di Malaysia.

Belanjawan 2002 yang dibentangkan di Dewan Negara menyatakan bahawa kenderaan bermotor telah menyumbang 67.8% kepada jumlah duti eksais negara membayangkan bahawa kenderaan bermotor mendapat permintaan yang tinggi di negara ini (Belanjawan, 2002). Kadar pelepasan bahan cemar di kawasan yang tinggi kepadatan penduduknya, kadangkala melebihi kadar pembersihan semulajadi yang mampu dilakukan atmosfera. Pengarang ternyata menyedari tentang situasi ini dan diserlahkan seperti ayat “Deruman enjin motosikal makin membingit. Asap

berkepul-kepul keluar dari ekzos mencemari udara. Apabila sampai di hadapan Baizura, Nik

Hussin segera mematikan enjin motosikalnya yang kian uzur” (Tombiruo, 37). Tiga ayat pendek

berkenaan menggabungkan kedua-dua pencemaran bunyi dan pencemaran udara dengan bentuk yang mudah dan jelas.

Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat antara tahun 1991 hingga 1997 telah memberi sumbangan besar kepada perubahan struktur sosial dan ekonomi negara yang mengarah kepada perkembangan pesat perindustrian dan pembandaran menyebabkan berlaku migrasi dari luar bandar ke bandar. Penghijrahan penduduk yang pesat ini tidak mampu ditampung oleh sektor perumahan (http://www.kpkt.gov.my/buletin/peka3-2000/setinggan.htm). Proses pembangunan yang tidak seimbang telah menwujudkan satu sistem perbandaran yang tidak sempurna.

75

satu fonomena setinggan di tengah kepesatan pembangunan dan pembandaran.

Kajian terhadap setinggan di seluruh negara mendapati bahawa terdapat sebanyak 114, 944 unit bangunan setinggan berjumlah 557, 679 orang yang wujud di seluruh negara. Sejumlah 1, 032 kampung setinggan wujud di Malaysia khususnya di Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Sabah. Kebanyakan petempatan setinggan ini terletak di kawasan pantai (atas laut), bekas lombong, rizab jalan, rizab sungai, rizab keretapi dan kawasan pinggir bandar yang belum dibangunkan (http://www.kpkt.gov.my/buletin/peka3-2000/setinggan.htm).

Golongan penulis kreatif memandang isu ini sebagai sebahagian daripada masalah sosial yang mengganggu kehidupan masyarakat Malaysia yang diserlahkan dalam karya. Isu setinggan telah disentuh dalam Rangau, menyerlahkan keprihatinan pengarang ini terhadap masyarakat pinggiran seumpama ini seperti petikan berikut;

Dia lahir dalam keluarga yang miskin. Ibunya bekerja mengambil upah mencuci pakaian. Pendapatan yang tidak tetap. Kadangkala dalam sehari ibunya langsung tidak mendapat sebarang upah kerana tidak ada pakaian yang hendak di cuci. Mereka dua beranak tinggal di sebuah petempatan setinggan. Kehidupan mereka benar-benar daif.

(Rangau; 109)

Setinggan menjadi sebahagian penyebab berlakunya banjir kilat di kawasan bandar selain faktor lain seperti pembandaran, pembinaan bangunan bersimen dan berbatu, jalan raya bertar, medan letak kereta berasphalt, stadium, gelanggang permainan dan pelbagai struktur tidak telap air yang mengurangkan keupayaan permukaan bandar untuk menyerap dan menyimpan air.

76

sempurna, pelupusan sampah sarap yang tidak sistematik hingga menyebabkan berlaku penyumbatan salur larian air dan limpahan, menyebabkan air larian permukaan dalam jumlah yang banyak tidak mampu mengalir secara sempurna. Limpahan ini akan menyebabkan berlaku banjir kilat.

Banjir kilat merupakan kejadian banjir yang berlaku secara lokal pada skala kecil, dengan hidrograf menunjukkan pencapaian aliran puncak (puncak banjir) dalam tempoh yang singkat (biasanya setengah jam hingga kurang sejam selepas hujan). Kapasiti longkang dan sungai tidak mampu menampung aliran luahan yang begitu banyak menyebabkan berlaku banjir kilat

(http://www.el.net.my/pcghs/banjir.html). Akibatnya, kebanyakan bandar besar yang terletak di

dataran banjir di Malaysia yang mempunyai kadar binaan padat, kadar risiko, pendedahan dan vulnerabiliti manusia kepada banjir kilat telah meningkat dengan ketara kebelakangan ini. Pada tahun 1996 sahaja terdapat 100 kejadian banjir telah dilaporkan di kawasan Lembah Kelang sahaja (Persatuan pengguna, Mac 1998). Kejadian banjir kilat yang serius di beberapa bandar utama negara seperti Georgetown (1991), Kuala Lumpur (1993) Bukit Mertajam dan sebagainya menunjukkan bahawa masalah ini semakin buruk dan perlu ditangani secara wajar.

Situasi banjir kilat juga dikemukakan pengarang ini secara mudah dan sederhana. Masalah ini menjadi sebahagian daripada perkara yang berlaku apabila pembangunan lestari dan mapan tidak dilaksanakan secara seimbang. Pengarang telah mengetengahkan tentang masalah banjir kilat yang kerap berlaku di tengah bandaraya seperti berikut;

77

warga kota yang berteduh di perhentian bas dan teksi, malah terdapat juga mereka yang mengurung diri di kompleks-kompleks membeli-belah. Menghindari diri dari hujan yang seakan tidak mahu berhenti. Turun , selebat-lebatnya. Sesekali dentuman guruh kedengaran. Terlalu kuat seakan membelah angkasa. Bila hujan lebat begitu, tentu sekali terdapat beberapa kawasan yang akan mengalami banjir kilat. Namun hujan lebat itu juga merupakan penawar di musim kemarau. Menyejukkan bumi setelah bahang panas melanda bandaraya sejak dua bulan yang lalu.

(Rangau; 499)

Pembangunan yang pesat berlaku sekitar ibu kota umpamanya telah menjadikan pusat bandar Kuala Lumpur-Petaling Jaya-Shah Alam-Kelang muncul sebagai konurbasi bandar berterusan sepanjang Lembah Klang menjelang tahun 2020. Keluasan bandar di Lembah Klang dianggarkan 80 peratus pada tahun 2005. Selangor mempunyai kadar kepesatan pembangunan yang tinggi berbanding negeri lain di negara ini. Pertambahan kawasan tepubina di kawasan pusat bandar di Malaysia akan menyebabkan bencana banjir kilat menjadi semakin buruk daripada segi kekerapan dan magnitud. Ini berlaku berikutan pemilihan tempat menetap di kawasan dataran banjir, tidak lagi mengambil berat tentang ancaman dan bahaya banjir, menguruskan banjir dengan tidak baik, memajukan tanah dengan berlebihan terutamanya kawasan bukit dan memusnahkan sumber hutan dalam kadar yang tidak dapat disesuaikan kepada sistem semulajadi (Chan, 2002).

Pembandaran yang berlaku secara pesat juga mengundang isu kesesakan trafik. Kesesakan trafik ini pula menyumbang kearah pencemaran bunyi dan pencemaran udara yang disumbangkan kenderaan bermotor. Isu kesesakan trafik yang berlaku di tengah-tengah

78

digambarkan pengarang seperti “Sesekali anak matanya dialihkan pula ke arah deretan

kenderaan di Jalan Raja Laut. Bergerak terhenjut-henjut kerana kesesakan yang padat”

(Rangau;500) dan “Juliana tersenyum sinis apabila melihat kereta itu tersekat-sekat

pergerakannya kerana lorong laju juga mengalami kesesakan. Seperti tadi kenderaan bergerak

perlahan” (Mandatori; 262). Selain itu situasi kesesakan trafik di jalan raya yang teruk boleh

mengganggu kesihatan seperti stress, migrain dan hilang kawalan diri.

Malaysia mendapat sumber tenaga dari jana kuasa elektrik bersumberkan petroleum. Penggunaan sumber seumpama ini akan susut dalam satu jangka masa yang panjang dan lama kelamaan akan habis seperti yang berlaku terhadap sumber arang batu, bijih besi, bijih timah dan bauksit. Keperluan terhadap tenaga yang kian meningkat menuntut satu sumber alternatif untuk menentukan kelangsungan tenaga berkenaan. Terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan dari sumber alam yang boleh menghasilkan sumber tenaga secara berpanjangan iaitu matahari, angin, ombak dan air.

Tenaga air yang mengalir di bawah kuasa graviti telah digunakan berkurun lamanya untuk memutarkan kincir air dan kini telah digunakan pada skala yang besar untuk menjalankan turbin. Kuasa elektrik hidro kini menyumbang 5 hingga 10 peratus pengeluaran tenaga pada masa ini (Watson, J, 1993). Keperluan terhadap sumber tenaga yang berterusan inilah mendorong Malaysia untuk membina sebuah lagi terusan seperti Bakun. Empangan bukan satu prinsip teknologi atau idea baru tetapi telah diamalkan dalam tamadun-tamadun awal seperti di Asia Tengah dan Kampuchea, meninggalkan bukti kemahiran kejuruteraan mereka dalam

79

5 000 tahun dahulu di Mesir untuk memperbaiki pertanian dan membekalkan kuasa serta sumber air yang terjamin (Zuraida, 1989).

Semakin moden hidup manusia, semakin besar empangan dibina, yang dapat mengubah dan mengatur sungai-sungai yang terlibat. Perkembangan teknologi manusia telah membolehkannya membina empangan yang besar saiznya, merangkumi kawasan yang lebih luas, kos yang tinggi serta menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Pembinaan empangan telah membawa perubahan kepada kehidupan manusia, terutama dari sudut ekonomi (Zuraida, 1989).

Pembinaan empangan hidro jika dilihat dari sudut alam sekitar memang akan memberi impak terhadap keseimbangan alam. Pembinaan projek-projek hidro mempunyai kaitan rapat dengan pembangunan dan perindustrian negara, sekaligus peningkatan ekonomi. Perkembangan yang pesat dalam berbagai-bagai industri menyebabkan lebih banyak bekalan elektrik diperlukan, sedangkan jumlah bahan bakar semakin hari kian susut.

Pada masa ini, Malaysia banyak bergantung kepada sumber minyak sebagai punca tenaga yang melibatkan 93 peratus daripada penggunaan tenaga keseluruhan. Peningkatan penggunaan sumber tenaga ini dari tahun ke tahun menyebabkan negara terpaksa beralih kepada sumber tenaga lain. Pembinaan empangan untuk mendapatkan tenaga elektrik merupakan salah satu cara untuk menampung keperluan ini. Malaysia mempunyai banyak kawasan yang berupaya untuk menghasilkan tenaga elektrik secara hidro.

80

empangan Temenggor. Empangan Kenyir umpamanya telah menenggelamkan seluas 369 000 hektar kawasan, berkeupayaan menakung 16.5 juta meter air dengan menghasilkan 400 megawat tenaga (Ismail Sahid, 1985). Bakun merupakan antara empangan yang masih dalam pembinaan selain empangan Pergau. Pengarang telah mengangkat isu Bakun dalam Mandatori dengan mengemukakan fakta, data dan perincian pembinaan serta situasi yang berlaku kepada khalayak. Ini dapat disaksikan melalui petikan-petikan berikut;

Apabila selesai sahaja pembinaan tiga buah terowong itu maka kerja-kerja melencongkan air sungai akan dimulakan. Satu kawasan kering akan dapat dihasilkan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan empagan hidro. Projek Hidroelektrik Bakun apabila siap nanti akan menjadi kawasan tadahan air terbesar di Malaysia, malah juga di Asia Tenggara. Projek yang terletak di Sungai Balui itu berada kira-kira 37 kilometer di Hulu Pekan Belaga. Kawasan yang akan dibanjiri merangkumi 695 kilometer persegi beersamaan 70 ribu hektar. Dan ia hanya 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak. Hidroelektrik Bakun berkeupayaan menghasilkan 2400 megawatt kuasa elektrik.

(Mandatori; 57) “Kawasan tadahan air seluas 695 kilometer persegi cuma akan menenggelami Sungai Balui dalam bentuk memanjang. Kawasan sumber air pula seluas 14, 750 kilometer persegi dan bersumber dari Sungai Bahau, Sungai Linau dan Sungai Marua tidak sekali-kali akan memusnahkan alam semulajadi seperti hutan, bukit dan tumbuh-tumbuhan yang lain di sini,” Hambali menyanggah kenyataan awal daripada wanita di hadapannya itu.

(Mandatori; 86)

“Kawasan yang akan dibanjiri nanti merangkumi 695 kilometer persegi dan ia merupakan hanya 0.5 peratus dari keluasan keseluruhan negeri Sarawak. Hidro itu nanti berupaya menghasilkan 2 400 megawatt kuasa elektrik dan akan memberikan Sarawak peluang-peluang sosioekonomi bagi persediaan rakyat negeri ini mengambil bahagian di dalam pembangunan industri-industri utama yang mempelbagaikan ekonomi negeri,” Hambali melanjutkan hujahnya dengan satu semangat yang agak luar biasa.

81

untuk memburukkan projek berkenaan di media antarabangsa. Ini dapat dikesan dari peringkat awal lagi melalui dialog-dialog sinis yang dikemukakan wanita itu seperti ayat “Kemudian…lebih kurang tujuh ribu penduduk di sini akan merempat tak berumah?” (hal. 86).

Watak Hambali yang menjadi jurutera yang bertanggungjawab mengendalikan perjalanan pembinaan Bakun digambarkan bersifat tenang menghadapi situasi berkenaan. Malah watak ini telah memberi penerangan secara terperinci tentang langkah-langkah yang diambil pihak berkuasa bagi mengatasi pelbagai masalah di kawasan berkenaan, umpamanya seperti petikan berikut;

“Kerajaan telah menyediakan kawasan penempatan semula yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Sekolah, klinik, jalan raya, elektrik dan air bersih. Di samping itu sebuah bandar baru akan diwujudkan di Hulu Sungai Belaga. Kumpulan etnik Orang Ulu yang terdiri daripada Kayan, Kenyah, Kajang, Ukit dan Penan akan menikmati kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan itu. Mereka juga perlu didedahkan dengan kemajuan dan sebagai rakyat Malaysia…mereka juga berhak untuk menikmati pembangunan,” hujah Hambali.

(Mandatori; 86)

Pengarang sebaliknya cuba mengetengahkan rasional mengapa pembinaan empangan Bakun perlu diteruskan, seterusnya mengemukakan faedah yang akan diperoleh penduduk tempatan. Ini diserlahkan seperti petikan;

“Kawasan yang akan dibanjiri nanti merangkumi 695 kilometer persegi dan ia merupakan hanya 0.5 peratus dari keluasan keseluruhan negeri Sarawak. Hidro itu nanti berupaya menghasilkan 2 400 megawatt kuasa elektrik dan akan memberikan Sarawak peluang-peluang sosioekonomi bagi persediaan rakyat negeri ini mengambil bahagian di dalam pembangunan industri-industri utama yang akan mengutamakan mempelbagaikan ekonomi negeri,” Hambali melanjutkan hujahnya dengan satu semangat yang agak luar biasa.

82

berkaitan Bakun yang menjadi isu `panas‟ negara kini. Pembaca mendapat maklumat secara

tepat, lengkap dan menyeluruh tentang projek berkenaan, termasuk kesan yang akan dialami apabila empangan Bakun beroperasi kelak. Walau bagaimanapun, kesan akibat pembinaan empangan terhadap persekitaran dan negara hanya dikemukakan dari sudut positif sahaja, tanpa menampilkan impak negatif yang juga terpaksa diterima seperti kehilangan flora dan fauna akibat penenggelaman kawasan hutan berkenaan. Sekalipun begitu, cubaan yang dilakukan pengarang ini patut dipuji kerana ketekunan dan keprihatinannya terhadap isu empangan Bakun yang selama ini dianggap sebagai membazir dan merugikan. Pengarang melalui watak Hambali mampu menyakinkan pembaca tentang keperluan pembinaan empangan Bakun berkenaan terutama kepada negeri Sarawak dan Malaysia amnya.

3. Pembalakan

Dianggarkan bahawa satu pertiga daripada permukaan bumi diliputi oleh hutan. Hutan hujan tropika terdiri daripada 23 peratus atau 935 milion hektar daripada keluasan hutan dunia yang berjumlah kira-kira 4 000 milion hektar. Anggaran keluasan hutan di dunia diklasifikasikan seperti jadual berikut;

83

Negara/ Kawasan Luas (hektar)

Eropah 140, 000

USSR 910, 000

Utara dan tengah Amerika 815, 000 Amerika Selatan 908, 000 Asia 458, 000 China 76, 000 Afrika 639, 000 Ocenia 81, 000 Jumlah 4, 028, 000 (Sumber: Abdullah, 1999)

Hutan tropika yang utuh mengandungi berjuta-juta spesies kehidupan yang bukan sahaja terdiri daripada haiwan dan tumbuhan tetapi spesies-spesies kulat dan mikroorganisma yang tidak dapat dilihat mata kasar. Hutan tropika mengandungi lebih banyak spesies kehidupan berbanding hutan di kawasan latitud tinggi (Mohd. Nordin, 1997). Terdapat sebanyak 14, 500 spesies flora dan 1,000 spesies fauna vetebrata di hutan hujan Malaysia yang merupakan satu keunikan dan kekayaan semulajadi negara. Setiap hidupan di muka bumi mempunyai fungsi yang tersendiri.

Hutan Malaysia merupakan antara hutan yang tertua di dunia, iaitu lebih kurang 150 hingga 180 juta tahun, dianggarkan mempunyai tidak kurang 7, 900 spesies tumbuhan berbunga dan 800 spesies tumbuhan tak berbunga (Abdullah, 1999). Malaysia mempunyai kawasan hutan yang luas iaitu hampir 19 juta hektar atau 58 peratus daripada 32.8 juta hektar keluasan negara. Lebih 14.3 juta hektar atau 43.5 peratus daripada keluasan negara telah dikelaskan sebagai hutan kekal dengan 3.5 juta hektar hutan dilindungi, manakala baki 10.8 juta hektar hutan adalah hutan pengeluaran (Muhd Zuki & Hamidah, 2001). Menurut Asirvatham, J.M. (2001), pembahagian hutan negara secara lebih menyeluruh, boleh dilihat seperti berikut;

84

constitutes some 45.1% of the total land area. Of this, 4, 853, 046 ha are Permanent Reserve Forest (PFR) and 87 (23, 002 ha) Virgin Jungle Reserves (VJR). The main types of forests found in Peninsular Malaysia are the Dipterocarp Forest, Peat Swamp Forest, and Mangrove Forest and Forest Plantation Covers. In Sarawak, it is estimated that about 8, 445, 199 ha are forests area and in Sabah, there are 61.77% forested land or 4, 553, 161 area in hectares.

Dasar Perhutanan kebangsaan telah diwujudkan pada 1978, disusuli dengan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memulihara khazanah hutan tempatan. Ini berikutan berlaku kemerosotan mutu sumber hutan negara. Othman Abdul Manan (1991) yang dipetik Jamaludin Jahi (2001) menyatakan bahawa terdapat kira-kira 69 peratus kawasan Malaysia dilitupi hutan pada 1966, tetapi telah berkurangan dengan banyaknya akibat pembalakan dan pembukaan tanah untuk pertanian, petempatan, pembinaan infrastruktur serta pembangunan lain. Pada 1990, dianggarkan hanya tinggal 61.2 peratus sahaja kawasan negara ini yang dilitupi hutan dengan 47 peratus daripadanya terletak di Semenanjung Malaysia. Jumlah keluasan hutan di Malaysia pada 1999 lebih kurang 19.24 juta hektar atau 58.6 peratus daripada keluasan negara dengan sebahagian besarnya terletak di Sabah dan Sarawak. Ini boleh dilihat melalui jadual di bawah;

Jadual 3: Keluasan Hutan di Malaysia (mengikut tahun – juta hektar)

Dalam dokumen Seni Dan Alam Sekitar (Halaman 88-101)

Dokumen terkait