• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alat-alat Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral.

Dalam dokumen PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENG (Halaman 69-74)

Garis Panduan Menjalankan Lawatan Sebelum Lawatan

3.2 Alat-alat Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral.

Penyampaian guru-guru kreatif amat berbeza dengan penyampaian guru-guru yang kurang atau tidak kreatif. Guru kreatif sering memikirkan sesuatu teknik yang baru dan berkesan untuk diadun dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Banyak sungutan yang biasa diluahkan oleh guru-guru yang kurang berpengalaman dalam mengajarkan Pendidikan Moral sama ada di sekolah rendah atau menengah.

Alat-alat berfikir merupakan satu komponen yang penting dalam pendekatan kemahiran berfikir. Seseorang guru yang dapat menguasai penggunaan alat-alat berfikir akan dapat membimbing murid dalam proses berfikir secara sistematik. Dengan itu murid dapat menguasai cara berfikir ketika membuat keputusan dan dalam menyelesaikan masalah harian.

Contoh: Murid Tahun 5 dibuli dan diugut oleh sekumpulan murid di sekolahnya. Dengan menggunakan alat berfikir CoRT 1, murid-murid boleh menilai kesan tindakan yang paling sesuai diambil untuk kebaikan diri.

3.2.1 Pengenalan Konsep Am Kemahiran Berfikir

Berfikir merupakan operasi mental yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk membentuk pola pemikiran, mencari sebab atau membuat keputusan.

Keperluan berfikir adalah jelas sebagaimana digambarkan dalam maksud sebuah hadis Nabi “Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh tahun”

Satu proses penggunaan minda yang berkesan untuk menilai kesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, ‘worldview’ dan nilai untuk membolehkan seseorang bertindak balas secara rasional terhadap sesuatu perkara berdasarkan bukti dan sebab musabah.

Konsep Kemahiran Berfikir secara kreatif ialah:

Kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea baru, kemungkinan- kemungkinan baru, ciptaan baru berdasarkan keaslian individu berkenaan. Dengan kata lain ciptaan yang dihasilkan oleh individu tersebut berdasarkan ideanya sendiri atau mengubah suai idea yang sedia ada dengan membuat penambahbaikan ataupun melahirkan ciptaan baru berdasarkan idea pokok yang telah ada.

Selain itu proses berfikir juga merupakan tindak balas yang berlaku dalam mental manusia yang melibatkan beberapa peringkat aktif seperti mengenal dan memahami masalah mencari maklumat sebagai penyelesaian, membuat penolakan setelah menimbangkan segala kemungkinan penyelesaian, menilai hipotesis yang sudah dibuat dan akhirnya bergerak ke peringkat membuat keputusan. Seseorang yang sedang berfikir sebenarnya sedang mengawal tingkah lakunya sendiri.

3.2.2 Alat-alat Berfikir

Alat-alat berfikir yang dapat digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral ialah:

 Peta minda

 Soalan dan Penyoalan Kritis dan Kreatif

 CoRT 1

 Pengurusan grafik

3.2.2.1 Peta minda

Tony Buzan (1984) telah menghasilkan satu teknik untuk mencatat nota dengan berkesan dan sistematik.

Ciri-ciri yang harus difikirkan dalam penyediaan peta minda:  Menggunakan kata kunci

 Menggunakan imej

 Menggunakan warna dan lukisan tiga dimensi

 Menggunakan perkataan yang saiznya berbeza-beza  Membezakan antara fakta utama dengan sub fakta

 Tulisan haruslah dalam huruf cerai jika tidak menggunakan komputer

3.2.2.2 Soalan dan Penyoalan Kritis dan Kreatif

Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah untuk menggalakkan murid-murid berfikir atau sebagai penilaian spontan terhadap pemahaman murid berhubung dengan topik yang diajar oleh guru.

Sekiranya guru dapat mengemukakan soalan pada aras yang tinggi, murid-murid sudah tentu akan berfikir pada aras yang tinggi juga. Sekiranya jika guru melontarkan soalan “adhoc” atau tidak dirancang, sudah tentu jawapan murid juga jadi kelam-kabut. Oleh itu guru digalak menggunakan pokok soalan kritis dan kreatif untuk membantu mereka mengorganisasi teknik penyoalan.

Jenis-jenis soalan:

Terdapat 5 jenis teknik soalan yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kefahaman murid-murid

a) 5W 1H

b) Soalan bertumpu dan soalan bercapah c) Soalan kritis dan kreatif

d) Lingkaran soalan a. 5W 1H

Soalan jenis 5W 1H bertujuan menguji kefahaman murid-murid berkaitan dengan satu petikan/bahan rangsangan dalam satu bentuk teks/petikan. Soalan jenis ini haruslah berdasarkan kepada frasa kata tanya berikut:

 Apa (What)?  Siapa (Who)?  Di mana (Where)?  Bila (When)?  Mengapa (Why)?  Bagaimana (How)?

b. Soalan Bertumpu dan Soalan Bercapah

Soalan bertumpu

Soalan bertumpu menghendaki murid menjawab secara berfokus. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh murid-murid berbeza daripada jawapan yang dikehendaki, jawapan tersebut dianggap salah.

Contoh soalan bertumpu:

i. Adakah anda bersarapan sebelum pergi ke sekolah pagi tadi? ii. Adakah anda mencintai negara anda?

Soalan bercapah:

Jawapan untuk soalan bercapah adalah lebih luas dan biasanya jawapan tersebut tidak boleh didapati secara langsung daripada bahan rujukan/teks. Jawapan kepada soalan bercapah memerlukan seseorang menyatakan pandangan, perasaan dan penilaian am terhadap sesuatu perkara. Soalan bercapah lebih bersifat subjektif. Oleh itu, ia memerlukan pemikiran dan penaakulan yang lebih mendalam bersesuaian dengan aras tinggi penyoalan.

Contoh soalan bercapah:

i. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan niat seseorang

ii. Beri pandangan anda tentang pendapat yang menyimpulkan bahawa gejala lepak ialah ibu kepada segala maksiat

iv. Sejauhmana anda setuju bahawa pengaruh rakan sebaya amat mempengaruhi perkembangan moral diri pelajar

v. Adakah anda mencintai negara anda? c. Soalan Kreatif dan Kritis

Berikut ialah frasa atau kata kunci yang boleh digunakan dalam soalan kreatif dan kritis

SOALAN KREATIF SOALAN KRITIS

1. Sekiranya… 1. Apakah persamaan dan perbezaan…

2. Apakah ramalan… 2. Bagaimanakah anda mengkategorikan.. 3. Apakah tindakan… 3. Apakah idea-idea utama...

4. Apakah perkaitan antara… 4. Bagaimanakah anda tahu… 5. Apakah pola… 5. Mengapakah anda memilih… 6. Apakah hipotesis… 6. Yang manakah…

7. Sila berikan dua contoh… 7. Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan yang telah anda buat… 8. Apakah yang boleh direka cipta… 8. Mengapakah…

9. Apakah pandangan anda… 9. Bagaimanakah alasan…

10. Bolehkan sumber data atau maklumat.. 11. Apakah interpretasi yang boleh dibuat

tentang…

12. Bagaimanakah data/idea dan sebagainya…

d. Lingkaran soalan

Lingkaran soalan merupakan satu bentuk yang memberikan tumpuan kepada skop-skop tertentu.

Perkara (P)

Merujuk tema, tajuk, subjek, isu atau teks bacaan. Individu (I)

Merujuk pembaca atau orang yang dihendaki memberikan respons berhubung perkara yang sedang dibincangkan.

Luar Individu (LI)

Merujuk skop di luar individu. Contoh: masyarakat (rakan, Negara, luar Negara), tempat (Bandar, kampong), masa (sekarang, masa depan)

Gabungan antara ketiga-tiga aras di atas dapat menghasilkan 7 skop lingkaran: 1. Perkara (P)

2. Individu (I) 3. Luar Individu (LI)

4. Perkara (P) + Individu (I) 5. Individu (I) + Luar Individu (LI) 6. Perkara (P) + Luar Individu (LI)

7. Perkara (P) + Individu (I) + Luar Individu (LI) Skop-skop dalam lingkaran soalan

3.2.2.3 Alat Berfikir CoRT 1

Edward de Bono telah mempelopor CoRT (Cognitive Research Trust) sebagai alat berfikir atau instrument yang fungsinya boleh memperluaskan persepsi serta meningkatkan kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat-alat CoRT dapat meningkatkan kemahiran seseorang dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Terdapat 7 teknik asas dalam CoRT 1.

Dalam dokumen PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENG (Halaman 69-74)

Dokumen terkait